5/random-posts/slider1

Printable Activities Khas Untuk Kanak-Kanak

Hai semua. Kat sini saya kumpulkan sedikit sebanyak free printable activities untuk kanak-kanak. List ni akan di-update dari semasa ke semasa. Saya tak sediakan banyak sebab saya share apa yang saya buat dengan anak saya je dulu. Nanti ada lagi, saya akan share dari semasa ke semasa. Enjoyyy!


List of Printable Activities for Toddlers:


For Junior Toddlers (1- 3 Years Old)

  1. Penguin & Hats Colour Recognition |  Click (here)
  2. Sticker or Dot Activity |  Click (here)
  3. Matching Toys with Shadow |  Click (here)

Akhirnya Law USIM berjaya mendapat Pengiktirafan Penuh LPQB! (Dan sedikit-sebanyak Backstory Sweat & Tears)

Aku sebenarnya lambat tulis pasal berita ni. Tapi takpelah, aku nak tulis jugak sebab blog ni jadi saksi jatuh bangun aku sepanjang belajar di USIM dulu. Aku pernah tulis macam-macam post tentang Tamhidi & Degree Law & Syariah USIM. Aku tamhidi tahun 2011-2012. Degree tahun 2012-2018. Kalau nak baca, boleh je klik kat bawah ni:

CATATAN TAMHIDI (<-- klik)
CATATAN DEGREE (<-- klik)


Alhamdulillah, pada 5 Jun 2021 lalu, USIM akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan penuh daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB). Sememangnya ni berita yang sangat-sangat gembira bagi kami! Dah lama senior-senior fight untuk dapatkan pengiktirafan ni kemudian bersambung kepada batch kami dan batch junior-junior.

Poster Makluman daripada USIM

Pengalaman Swab Test Covid-19 di Klinik Dr. Najwa, Putrajaya | Beza RTK Antigen & RT PCR

Hari Jumaat lepas, aku ke Klinik Dr. Najwa (KDN) Presint 15 untuk mendapatkan 'swab test' Covid-19. Kesnya ayah officemate aku positif covid, so officemate aku jadi kontak rapat. Aku pulak jatuh dalam kategori ketiga kontrak rapat. Nak dijadikan cerita, aku tiba-tiba selesema, batuk dan sakit tekak. Aku risau sebab kat rumah aku ada anak kecil berumur bawah 2 tahun, husband aku tutor, so selalu juga ke rumah client untuk mengajar anak mereka, dan kami kerap juga ke rumah mentua di BSP. Taknak ragu-ragu dan jadi spreader, aku nekad untuk buat swab test pada Jumaat lepas.


Aku sebelum ni tak pernah langsung mendapatkan swab test di mana-mana klinik atau hospital. Tapi selalu sangat nampak orang post gambar dan video kena swab test. Haha. Nampak ngilu ya kena swab dalam hidung sampai berair mata. So kalini rasakanlah sendiriii.


Ni harga & jenis ujian swab yang ada di KDN:


Harga & Perbezaan Ujian Swab Covid-19

Berkelah di Sungai Tekala, Selangor Gaya Norma Baharu

Hari ni ada masa sedikit jadi kami satu keluarga ke Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Sejak duduk Semenyih, ini kali pertama kami jejakkan kaki ke Sungai Tekala. Tapi all my life, I've never been to Sungai Tekala too! Afiq selalu lah dulu lepak dengan kawan-kawan dia waktu sekolah dulu. Bila dengar nak pergi picnic, sis jadi excited okayyy. Pagi-pagi dah goreng kuetiau, goreng ayam, sediakan bakul makanan untuk keluar picnic. Haha


Pukul 2 pm, kami keluar rumah menuju ke Sungai Tekala. Rupa-rupanya jarak Sungai Tekala dari rumah kami cuma 18.6 km sahaja. Boleh pergi selalu ni nampak gaya! Setibanya kami di sana, Afiq park kereta, berjalan belikan tiket dan tinjau keadaan kat dalam. Ada anak kecil ni susah nak redah masuk semua. Jadi Afiq pergi dulu ke pondok tiket untuk tanyakan sama ada kanak-kanak bawah dua tahun boleh masuk atau tidak. Nasib baik boleh. Alhamdulillah.. Tiket masuk RM 2/seorang (dewasa). Car park dia luas, rezeki kitorang dapat parking dekat juga.

Indoor Playground: Aisha Kidz Planet, Semenyih

First time bawa Ali ke indoor playground semalam. Search punya search kat google, ada jumpa indoor playground yang dekat sangat dengan area rumah: Aisha Kidz Planet, Ecohill Semenyih. Try lah bawa Ali kat sana, seronok kemain dapat berlari, main itu-ini. Macam-macam toys ada. Sesuai lah untuk Ali sebab dia dah masuk fasa melasak sekarang ni. Habis benda panjat kat rumah. Meja makan, meja, kerusi, peti ais pun dia nak masuk. Hahaha.

Seronok Ali dapat main pasir, main scooping