Aku sebenarnya lambat tulis pasal berita ni. Tapi takpelah, aku nak tulis jugak sebab blog ni jadi saksi jatuh bangun aku sepanjang belajar di USIM dulu. Aku pernah tulis macam-macam post tentang Tamhidi & Degree Law & Syariah USIM. Aku tamhidi tahun 2011-2012. Degree tahun 2012-2018. Kalau nak baca, boleh je klik kat bawah ni:
CATATAN TAMHIDI (<-- klik)
CATATAN DEGREE (<-- klik)
Alhamdulillah, pada 5 Jun 2021 lalu, USIM akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan penuh daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB). Sememangnya ni berita yang sangat-sangat gembira bagi kami! Dah lama senior-senior fight untuk dapatkan pengiktirafan ni kemudian bersambung kepada batch kami dan batch junior-junior.
Poster Makluman daripada USIM |
|
|
Sedikit backstory:
Batch kami (2012/2017) dua kali menerima kunjungan, interview secara langsung daripada badan LPQB ni.
Pertama kali semasa kami menduduki tahun kedua pengajian iaitu tahun 2013. Pihak fakulti, pelajar (semua batch especially pelajar Tahun 2, Tahun 4 dan Tahun 5) dan pensyarah semua kena prepare. Kami diagihkan mengikut kumpulan untuk pensyarah buat mock-teaching, kami dipecahkan secara random untuk ditemuduga oleh pihak LPQB. Bukan mudah kami nak impressed this body. Terlalu banyak kritikan dilemparkan tentang credit hour dan sebagainya. Walaupun lawatan tersebut berlangsung selama tiga hari (18-20 November 2013), tetapi preparation dan post-mortem memang sangat-sangat memakan masa. Ini sedikit gambar semasa lawatan kali pertama.
Semua muka nervous tapi enjoy dapat lawatan ni. Seolah-olah masa ni memang kami sangat-sangat yakin akan dapat pengiktirafan |
Suasana sekitar lawatan LPQB kali pertama |
Verdict lawatan kali pertama: Kami tak berjaya dapat pengiktirafan atas sebab-sebab yang tak dinyatakan secara jelas. Mostly lebih kepada silibus kot. Kami belajar fusion undang-undang sivil dan syariah. Syariah tu bukannya syariah law Malaysia tu je. Semua silibus kitab-kitab arab kami belajar (Fiqh Ibadat, Fiqh Munakahat, Fiqh Muamalat, Faraidh & etc). Aku dah tak ingat berapa jam kredit satu sem, tapi boleh refer transkrip akademik kami. Tapi 8-9 subjek tu biasa lah bagi kami. Tuning bahasa Inggeris dan bahasa Arab biasa je. Buat presentation in Arabic masa study dulu pun selambaaa (walaupun direct translation Malay to Arab = Broken Arabic hahaha). Btw, sedih ya tak dapat padahal dah bertungkus lumus masa tu.
************************************
Lawatan kali kedua LPQB adalah pada tahun 2017 (6-8 Mac 2017). Kami batch 2012/2017 berada di final year (Tahun 5) ketika itu. Dan naifnya, kami masih lagi mengharap untuk dapat pengiktirafan penuh kali ini. Sebagai pelajar paling senior, kami memang buat sehabis baik. Aku ingat lagi, waktu ni kami memang bertungkus-lumus bersama pensyarah untuk buat mock chamber, mock teaching dan belajar macam nak exam lah bagi menjayakan lawatan kali ini. Dalam tempoh 4 tahun selepas lawatan kali pertama, pelbagai rombakan telah pihak fakulti lakukan termasuk menukar silibus, memastikan tenaga pengajar adalah di kalangan pemegang PhD, mengambil peguambela & peguamcara sebagai lecturer untuk subjek-subjek core dan menukar nama course kami dari Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (SMSU) kepada Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (SMUS). Reason being, nak tunjukkan yang undang-undang adalah major course while syariah adalah minor course. Of course, kami paling senior dan dua kali pengalaman meletakkan sedaya-upaya usaha untuk tampil the best.
Bergambar bersama interviewer selepas habis interview subjek Professional Ethics. Sumber gambar IG gue. Ooohhh memori! |
Gambar suasana sekitar lawatan LPQB kali kedua. Ada gambar di Moot Chamber. Aaaaa rindu! |
Gambar suasana lawatan LPQB visit tahun 2017. Kawan-kawan power tengah buat mock trial di Moot Court. Fun fact, dua orang kawan (gambar bawah hujung) tu dah jadi pasangan suami isteri dah! Hehe |
Verdict lawatan kali kedua: SMUS lulus bersyarat (partially recognized). Apa maksud lulus bersyarat ni? Maksudnya kami still tak boleh chambering right after study. Kena ambil exam CLP dulu, dah lulus exam CLP baru lah boleh chambering. Dah habis chambering 9 bulan baru lah boleh call-to-the bar. Whattt?! Kenapa tak bagi full recognition je?! Allahuuu..
************************************
Selepas lawatan kali pertama dan kedua LPQB, LPQB menganjurkan Kursus Modul Lanjutan selama 4 bulan dan pihak FSU sebagai badan tindakan bertanggungjawab memastikan graduan batch 2016 & 2017 yang mahu menjadi orang berkelayakan perlu mengikuti kursus ini. Kursus ini bermula dari bulan Ogos 2019 hingga Januari 2020. Aku tak join kursus ni sebab aku grad tahun 2018 (extend sem sebab fail paper Criminal Procedure II). Tapi kawan-kawan aku yang join memang sangat tinggi semangat mereka. Mereka burnt out tapi tetap teruskan perjuangan. Lepas habis kerja, diorang kena datang weekly ke fakulti untuk pengajian kursus tambahan ni demi melayakkan mereka mendapat pengiktirafan penuh ni. Ada yang datang dari Johor, Kedah, Perak dan sebagainya demi mengikuti kursus ini. Memang kursus ni wajib untuk diorang. Kalau kehadiran tak cukup kuota, boleh digugurkan dari kursus ni. Dan mereka punya assessment berubah tiap-tiap masa. Sekejap individual assessment, sekejap group assessment. Eh eh.. Can you imagine the stress??! Diorang kebanyakannya dah bekerja. Kena datang dengan wang mereka sendiri, cari tempat untuk menginap selama dua hari (Sabtu dan Ahad) semata-mata nak join kelas. Dah lah ada assignment ya tiap-tiap minggu. dan perlu mengikuti exam di akhir kursus tersebut. Ya Allah kuat betul semangat diorang!
Antara graduan yang mengikuti kursus 4 bulan. Gambar daripada FB Haris Md. Nor |
Okay, kursus berakhir pada Januari 2020. Tapi diorang masih belum dapat tarikh exam. Menjelang bulan Mac 2020, situasi Covid di Malaysia semakin meruncing. PKP dilaksanakan di seluruh negara. Macam-macam ya sistem dan birokrasi kat Malaysia ni tergendala disebabkan oleh PKP ni termasuklah pihak LPQB. Nasib mereka yang join kursus ni pun tak tahu macam mana. Tunda punya tunda, akhirnya mereka telah pun mengikuti exam pada bulan September 2020. I don't know much about exam and their results later on. Aku hanya ikuti secara senyap perbualan dalam group Kuliah aku tentang chaotic-nya suasana nak exam dan konflik-konflik yang berlaku sepanjang modul ini dijalankan. Aku bukanlah orang selayaknya untuk bersuara sebab I didn't contribute anything. Ada yang join kursus tapi tak dapat exam sebab nama digugurkan atas sebab komitmen. Aku tumpang simpati. They really fought for this. Ramai juga kawan aku yang tarik diri di saat-saat akhir kerana tak mampu menanggung stress sepanjang mengikuti kursus.
Fast forward beberapa bulan kemudian, berita tentang pengiktirafan penuh SMUS keluar. And I must say, usaha mereka sangat-sangat membuahkan hasil. Aku sebagai orang yang tak bertungkus-lumus selepas habis study, tak ada join kursus sebab aku grad tahun 2018, tak sambung law sebagai kerjaya, aku hanya boleh tumpang happy bagi mereka. I guess, I was just lucky. Grad lambat setahun, aku tak perlu harungi semua susah payah mereka tapi aku boleh buat chambering. Jadi aku sangat kagum kepada rakan-rakanku yang berjaya harungi semua perit jerih ni untuk sampai tahap ni. Tahniah korang! YOU GUYS DESERVED THIS!
Perjuangan untuk mendapatkan pengiktirafan penuh ni dah lama. Lebih sedekad Law USIM tunggu untuk dapat pengiktirafan penuh. Sayangnya hanya batch 2018 ke atas sahaja diiktiraf sebagai orang berkelayakan tanpa perlu melalui apa-apa syarat. Manakala, bagi batch 2016 dan 2017, hanya mereka yang lulus exam sahaja dan telah mendapat 'Certifcate of Completion' barulah layak digelar orang berkelayakan. Keputusan tak retrospective ni sememangnya agak tak adil juga sebab dari batch senior-senior lagi dah fight for recognition. Tapi apakan daya.. Keputusan bukannya di tangan kami.
Ramai orang tanya, kalau aku dari tahun 2011 dah tau law USIM tak diiktiraf, kenapa gatal jugak masuk uni tu? Kenapa tak sambung law kat lain? Entah lah.. aku pun tak ada jawapan. Aku sangat-sangat positif ketika itu yang dalam jangka masa dari tamhidi (2011) ke habis belajar (2018), SMUS akan dapat pengiktirafan. Not that I know, 3 years after I graduated baru dapat recognition. Mungkin jawapan dia aku baru jumpa sekarang, aku kenal kawan-kawan aku yang setia tetapi rebellious. Fasa jatuh bangun bersama tu banyak. Sehingga sekarang kami masih boleh berkawan rapat walaupun ramai yang dah beranak-pinak. Dan aku jumpa dengan suami aku di sini (walaupun dia belajar course ni sampai sem 5 je dan kemudian tukar uni lain). And aku end up tak praktis law pun (not yet). Aku tak tahu lagi sama ada aku mahu chambering atau tidak. It must be a waste kalau aku tak grab peluang ni padahal aku dah automatik digelar orang berkelayakan. But who knows what they truly want right? Haha. Apa-apa pun, aku happy gila Law USIM dah recognised. Dulu siapa-siapa yang nak masuk law USIM, aku akan jadi penghasut utama untuk kata jangan masuk. Sekarang aku dah boleh freely kata, masuk lah law USIM. Belajar ilmu aqli dan naqli gituuu hahaha.
Would you like to comment?