Hari ni ada masa sedikit jadi kami satu keluarga ke Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Sejak duduk Semenyih, ini kali pertama kami jejakkan kaki ke Sungai Tekala. Tapi all my life, I've never been to Sungai Tekala too! Afiq selalu lah dulu lepak dengan kawan-kawan dia waktu sekolah dulu. Bila dengar nak pergi picnic, sis jadi excited okayyy. Pagi-pagi dah goreng kuetiau, goreng ayam, sediakan bakul makanan untuk keluar picnic. Haha
Pukul 2 pm, kami keluar rumah menuju ke Sungai Tekala. Rupa-rupanya jarak Sungai Tekala dari rumah kami cuma 18.6 km sahaja. Boleh pergi selalu ni nampak gaya! Setibanya kami di sana, Afiq park kereta, berjalan belikan tiket dan tinjau keadaan kat dalam. Ada anak kecil ni susah nak redah masuk semua. Jadi Afiq pergi dulu ke pondok tiket untuk tanyakan sama ada kanak-kanak bawah dua tahun boleh masuk atau tidak. Nasib baik boleh. Alhamdulillah.. Tiket masuk RM 2/seorang (dewasa). Car park dia luas, rezeki kitorang dapat parking dekat juga.
Masuk-masuk Sungai Tekala nampak ramai juga orang datang berkelah dengan family. Padahal hari ni hari Jumaat. Afiq tanya diorang ni tak kerja ke. Aku pun cakap, entah-entah orang ni pun pelik tengok kita datang hari Jumaat. Haha. Tapi ramai pun still ada privacy, ada ruang untuk duduk berkelah. Tak adalah crowded sampai tak ada tempat. Yang menariknya dekat Sungai Tekala ni, kawasan dia luas, ada pondok dan bangku yang diletakkan secara rawak di banyak tempat. Kalau nak berkelah tak perlu bawa tikar pun tak mengapa. Boleh duduk dekat pondok je.
Ali's first experience with river! Mula-mula takut, lama-lama seronok pula jalan duduk dalam air |
Mommy pun nak join jugakkk |
Sungai dekat area entrance ni cetek je. Paras betis dewasa je. Okay lah untuk budak-budak. Kalau nak lepak dengan kawan-kawan, nak extreme, kena panjat sampai atas |
Indah betul suasana hijau giniii |
Kami tak lama pun kat sini. Duduk hampir sejam tiba-tiba hujan turun. Jadi kita cepat-cepatlah tukar baju, bersiap-siap balik. Nasib baik bilik salinan disediakan. Lelaki senang tukar baju. Kita perempuan ni of course kena tukar kat bilik persalinan dan tandas. Jangan risau, kat sini ada dua-dua bilik persalinan, tandas dan ada juga surau.. Complete!
Okay, itu sahaja untuk coretan kali ni. Wishlist lain sebenarnya teringinnn sangat nak bawa Ali ke laut pula, pijak pasir, pegang air lauk, kutip seashells & sebagainya, tapi apakan daya pergerakan sangat terhad sekarang. Ali banyak membesar dalam rumah dan tempat-tempat di luar rumah adalah something yang dia akan cepat amaze. Seronok rakam semua benda yang first time baginya.
Would you like to comment?