Explore the blog
Friday, May 17, 2019

Persediaan Kahwin: Kursus Pra-Perkahwinan

Hai semua. Dah lama dah nak tulis post ni tapi selalu tak tertulis. Tup-tup, dah nak masuk dua bulan aku kahwin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kalau rajin, nanti aku tulis post. Masih menunggu gambar dan video daripada photographer dan videographer.

Okay, seperti yang kita semua maklum, salah satu syarat untuk berkahwin bagi yang belum pernah berkahwin adalah: Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan (Kursus Kahwin). So, sijil kursus kahwin tu lah nanti akan dianggap sebagai salah satu lesen besar kalau nak kahwin. Kalau dah pernah kahwin, mesti dah ada sijil kan? Tapi Kelantan ada juga pengecualian daripada mengambil kursus kahwin untuk orang yang ambil peperiksaan SMU/STAM dan mereka yang belajar kursus Syariah Islamiah. Banyaknya perkataan kahwin dalam perenggan nii. Hahaha. 

Jadi, aku dan pasangan aku mengambil kursus kahwin di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan pada 29 & 30 Disember 2018 yang dikendalikan oleh *** Management Services. Bayaran bagi kursus kahwin ini adalah sebanyak RM 80/seorang. Aku dan Afiq telah mendaftar untuk pergi ke kursus bersama-sama memandangkan waktu tu lagi tiga bulan kami akan berkahwin. 

Sebelum kursus, aku telah membayar deposit RM 60 untuk dua orang. Selebihnya bayar pada hari pendaftaran. Kod pakaian? Aku hanya memakai jubah pada hari pertama dan skirt & blaus pada hari kedua. Tiada kod pakaian tertentu yang ditetapkan asalkan pakaian sopan dan menutup aurat. Pada hari pendaftaran, admin menyatakan yang kami perlu membawa gambar pasport & salinan kad pengenalan yang dipotong mengikut bentuk IC. Tak pasti untuk apa, mungkin untuk pengesahan sijil nanti. Kita ikutkan sahajalah.

Apa sebenarnya benda dan persoalan yang dikupaskan dalam kursus kahwin ni sampai jadi silibus wajib untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga?

Hari Pertama:
  1. Aqidah
  2. Ibadah
  3. Akhlak
  4. Hubungan Suami Isteri
  5. Perkahwinan dan Prosedur

Hari Kedua:
  1. Pengurusan Kesihatan
  2. Pengurusan Kewangan Masa
  3. Pengurusan Stress Konflik
  4. Rundingcara di JAIN
  5. Pembubaran Perkahwinan

Okay, so dah tau apa yang dikupaskan oleh penceramah-penceramah sepanjang kursus kahwin ni. Komen aku sepanjang dua hari berkursus? Banyak sebenarnya benda yang telah berlaku sepanjang kursus ni nak-nak apabila admin cuba membuat side income dengan menjual folder yang berharga RM 15 satu demi menjana keuntungan sendiri. Lepas tu claim yang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang arahkan untuk berbuat demikian. Walhal, tiada arahan pun daripada pihak JHEAINS. Penceramah-penceramah pun ada yang okay, ada yang syok sendiri dan ada juga yang melencong jauh daripada topik. Admin pula menganggap kami masih keanak-anakan dengan menyuruh kami berpegangan tangan (mengikut jantina) sebelum memulakan majlis supaya dapat merapatkan ukhuwah (ice-breaking lah kononnya), pasang video-video sedih ala-ala zaman sekolah supaya kami bersimpati dan menggunakan kesempatan untuk mengutip dana, membuat latihan dalam kumpulan (LDK), mengatakan yang kami cetek ilmu, bodoh dan sombong, tidak menghormati penceramah dan sebagainya. Kami datang untuk menuntut ilmu dan mendapatkan sijil sahaja, tak perlu torture kami sampai begini rasanya? Dan cuba lah guna pendekatan yang lebih dewasa memandangkan peserta-peserta ini sudahpun berumur 25 tahun ke atas.

Ni lah folder RM15/satu yang dikatakan wajib untuk dibeli sebab arahan JHEAINS. Kalau tak beli, tak boleh dapat sijil kursus. Just make it optional lah kot. Siapa nak, beli. Bukan paksa peserta beli. 

Sejujurnya, aku dan Afiq serta peserta-peserta lain sangat-sangat tidak berpuas hati dengan pengurusan kursus kahwin yang dikendalikan oleh syarikat ni. Sangat kebudak-budakan dan tidak menghormati client aku kira. Kalau nak rekemen, memang aku tak rekemen datang ke sini. Baiklah korang pergi ke Putrajaya atau mana-mana tempat kursus kahwin yang profesional daripada tempat begini. Sijil pun kami dapat tiga hari selepas berkursus, bukan sejurus selepas majlis. Kami (baca aku, Afiq dan peserta-peserta lain) berkeras tidak mahu bayar folder RM 15 kerana ia bukanlah elemen wajib dan hanya modus operandi syarikat untuk mendapatkan side income.

Kata akhir? Aku rasa kursus kahwin ni boleh jadi better kalau pergi ke syarikat yang profesional. Benda-benda yang diajar dalam kursus pun sebenarnya benda yang telah pun kami belajar di sekolah dan universiti. Mungkin ada orang yang masih baru tahu ilmu munakahat, maka itu satu ilmu dan pendekatan baru untuk mereka. Cuma syarikat yang mengendalikan ini cuba lah baiki cara penyampaian dan menguruskan peserta. Sayang lah sampai macam ni pengurusannya. Aku boleh rating 2/10 je.

Yang ni je benda yang paling penting untuk kahwin. Alhamdulillah dah boleh kahwin!

Dah habis kursus ni aku dah tak kisah dan malas fikir apa-apa, yang penting, kami berdua dah dapat sijil kursus kahwin dan boleh mengisi borang-borang kahwin yang lagi banyak prosedurnya! Walaupun aku dan Afiq bukan lahir di Negeri Sembilan dan kami berkahwin di Kelantan, tapi sijil ni valid je digunakan dan ia tiada tarikh luput. Senang lah bab tu. Alhamdulillah.


Would you like to comment?