Explore the blog
Saturday, May 18, 2019

Persediaan Kahwin: Prosedur Permohonan Nikah Negeri Kelantan

Hai guys!

Sekarang aku tengah rajin nak buat blogpost sebab senang kalau kawan-kawan atau saudara mara aku yang nak kahwin nanti rujuk untuk masa akan datang. Kalau lambat tulis, nanti lama-lama lupa pulak. Sementara masih fresh ni, baik aku tulis apa yang terlintas.

Okay dalam banyak-banyak prosedur nak kahwin, isi borang nikah adalah part paling penting sebab ni lah dokumen yang kita akan gunakan untuk dapatkan kebenaran kahwin dalam negeri masing-masing. Disebabkan aku bermastautin di Kelantan sejak 2006, maka tempat kahwin aku wajiblah Kelantan. Ada je kawan aku yang born and raise in Kelantan tapi kahwin di negeri lain, berbeza lah prosedurnya. Disebabkan aku berkahwin di Kelantan, aku kena patuh dengan prosedur-prosedur negeri Kelantan.

Prosedur sekarang semuanya online sahaja. Tak perlu ke pejabat agama untuk mengambil borang. Kalau dulu-dulu, mungkin perlu ke pejabat, bayar RM 2 untuk mengambil borang, isi borang secara manual dan sebagainya. Sekarang, borang hanya perlu diisi online, print-out dan kemudian setelah selesai, baru lah hantar proses di pejabat agama (Balai Islam Negeri Kelantan - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JHEAIK). Faham je kan setakat ni? Oh ya, permohonan kahwin ini hanya boleh diisi seawal-awalnya 90 hari sebelum tarikh berkahwin dan selewat-lewatnya seminggu sebelum berkahwin.

Ni borang aku + dokumen-dokumen yang dikepilkan

Aku dan pasangan aku berbeza negeri, jadi prosedur untuk isi borang nikah adalah lain. Pasangan aku tertakluk bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). So untuk post kali ini aku terangkan dulu part aku (Prosedur Permohonan Nikah Negeri Kelantan). Kalau rajin nanti, aku tulis pula prosedur nikah bawah JAIS.

Kat mana nak isi borang nikah sekiranya anda orang Kelantan? Isi di laman web ini:


Klik 'Teruskan' dekat link tersebut dan ia akan menyuruh anda mengisi nombor kad pengenalan lelaki dan perempuan. Lepas isi nombor kad pengenalan, baru lah ia akan meminta maklumat-maklumat seperti berikut:
  • Maklumat Lelaki
  • Maklumat Perempuan
  • Maklumat Perkahwinan
  • Maklumat Wali Perempuan
  • Maklumat Saksi (2 orang)
Rasa tak susah pun bahagian ni. Part yang susah sikit dekat bahagian 'Maklumat Perkahwinan' sebab dia ada minta Kariah Masjid. Nak pastikan masjid mana susah juga sebab banyak masjid dekat Kelantan ni, dekat-dekat pulak tu. Untuk kes aku, jadi agak mengelirukan sebab mak aku nak suruh kami akad nikah di Kerian Valley Resort, Kubang Kerian padahal aku tinggal di Jalan Bayam. Takut juga kalau Tok Imam tak boleh datang dekat Kerian Valley. Nak call minta kepastian dengan JHEAIK, asyik engage je. Call masjid terdekat dengan Kerian Valley pun takde orang angkat. Sudahnya aku isi je Alamat Perkahwinan di Kerian Valley Resort, Kariah Masjid: Masjid Sultan Ismail Petra. Kalau salah, boleh baiki balik.

Lepas selesai isi borang, print-out, tandatangan. Nak selamat, baik print dua salinan. Senang kalau ada apa-apa yang diminta in future. Dokumen lain yang perlu dikepilkan bersama adalah seperti berikut:




Selesai prepare dokumen, nak kena dapatkan tandatangan Pengesahan Status Pemohon yang perlu diisi oleh Penolong Pendaftar. Haa, ini lah part yang memeningkan lagi. Nasib baik ayah aku tahu selok belok kampung aku dan tahu siapa yang perlu dihubungi. Aku isi borang aku pada 8 Januari 2019 memandangkan kami akan berkahwin pada 30 Mac 2019. Aku sanggup balik Kelantan pada 12-14 Januari 2019 semata-mata nak dapatkan tandatangan imam masjid. Disebabkan masjid kampung aku tiada Imam Tua, kami ke masjid kampung sebelah. Alhamdulillah, Imam tersebut boleh buatkan dan beliau sudi untuk menikahkan kami di Kerian Valley Resort pada 30 Mac 2019 nanti. Alhamdulillah, dapat Tok Imam yang baik. Beliau menyuruh aku menyelesaikan semua borang  di JHEAIK terlebih dahulu baru lah bagi salinan yang telah diproses oleh JHEAIK kepada beliau. Oh ya, sebelum nak proses borang, kena pastikan borang kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) telah diselesaikan. Ikutkan, lelaki kena setelkan semua part dia barulah diberikan kepada pasangan perempuan untuk dihantar proses di pejabat agama. Tapi aku buat awal part aku sebab aku takut tak jumpa Tok Imam dan aku sangat-sangat keliru dengan proses.

Fast forward, setelah pasangan aku selesaikan borang JAIS beserta dokumen-dokumen yang diminta (Borang Permohonan Nikah Kelantan dan Selangor), aku pulang ke Kota Bharu sekali lagi pada 22-24 Februari 2019 untuk memproses urusan nikah di JHEAIK. Aku pergi ke Balai Islam pukul 9.30 pagi. Urusan mengambil masa sejam juga sebab perlu menunggu. Kat situ bukan orang nak kahwin je, orang nak sijil cerai, nak dapatkan cabutan semua ada. Redha lah yaa.


Dekat Balai Islam ada banyak bangunan. Ni JHEAIK. Urusan Nikah, Cerai, Ruju' semua dekat sini


Kiri: Borang Permohonan Nikah Kelantan, Kanan: Borang Permohonan Nikah Selangor

Bayaran untuk proses adalah sebanyak RM 126. Nasib baik dah keluarkan duit siap-siap. Menurut pegawai kat situ, bayaran ni dah kira sekali dengan upah Tok Imam, Sijil Nikah dan Kad Nikah. Kiranya nanti waktu hari pernikahan, tak perlu bayar apa-apa dah kepada Tok Imam untuk beliau selesaikan perkara-perkara tersebut. Cuma dokumen pengesahan pejabat agama akan disediakan dalam masa tiga hari daripada tarikh proses. Sadly, aku dah balik ke Nilai semula waktu itu. Jadi, ayah aku yang akan ambil dokumen yang telah disahkan pada 26 Februari 2019.

Slip bayaran RM 126. Semua benda aku  nak ambil gambar. Hahaha

With my beloved Abah. Thank you Abah teman Angah. Abah datang pun sebab aku terlupa nak minta tandatangan wali dekat borang nikah aku. Kahkah. Punya excited nak kahwin sampai wali pun tak tandatangan. Tapi dia memang dah restu dahh. Nasib baik pejabat Abah depan Balai Islam je.

Lepas tiga hari, Abah datang ambil borang dan dokumen yang telah disahkan di pejabat agama. Alhamdulillah. Lega gila rasa masa tu sebab dah selesai urusan borang ni selepas dua bulan juga bertungkus-lumus. Abah bawa dokumen-dokumen tersebut dan berikan pada Tok Imam untuk tindakan Tok Imam yang selanjutnya. Alhamdulillah sangat-sangat.

Dapat dokumen pink ni maksudnya dah boleh kahwin lah tuuu

Itu sahaja. Kalau korang baca sampai habis, aku ucapkan tahniahhh! Panjang kot post ni! Hahaha




Whould you like to comment?

  1. Sis, lau msa isi online tu, sy x isi lgkap.. Cmna nk bkk blik utk up

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak balik website yg isi borang nikah online. ada simpan no rujukan x?

      Delete
    2. Betul.. Buka balik website dan isi. Tapi kalau yang borang online kelantan tak boleh edit. Kena isi yang mana tak lengkap by hand je

      Delete
  2. Haii.. nk tanya mcm mana yer nk kemas kini borang nikah dan print yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut portal setiap negeri. untuk kelantan, once dah submit, tak boleh kemaskini semula

      Delete
  3. salam hai.. nak tnya mcm mana nk bukak balik borang tu utk print ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk negeri mana ya? just masukkan username/password (negeri Selangor) or nombor ic je (untuk kelantan)

      Delete
  4. Asslm sis..sy nk tnye klo asl kltn tpi nk buat hiv test kt perak.. Nk ambik borng online kt mne..sbb pihak klinik ckp kne isi borng nikah online dlu bru kuar hiv test punya borang.. Tpi sy isi xde pon.. Mcm borang wakalah sy nk cri kt mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin awak boleh rujuk majlis agama islam perak. setiap negeri berbeza prosedur

      Delete
  5. boleh tolong share.. mcm mn nk apply borang nikah online..... cara dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk negeri mana ya? setiap negeri berbeza prosedur

      Delete
  6. Laaa.. blog hanis rupanya.. duk baca post... tup2 nampak gambar... ehhhh macam kenal... tengah cari info pasal borang nikah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yelah nur.. Saja tulis senang orang nak rujuk nanti. Nak nikah dah ea.. wahhh.. tahniah nurrr! Semoga dipermudahkan urusan :D

      Delete
    2. Hehe.. soon, insyaAllah... ingatnya nak pegi ziarah sambil hantar jemputan, tapi x sempat lagi.
      Hanis, cane nak dapat borang test HIV.. Takde pun lepas isi borang permohonan nikah tu?

      Delete
    3. Bulan 11 ni ore balik nur. InsyaAllah ada je kalau nak ziarah. Borang HIV test tu boleh download je dekat website. Tapi kalau dah takde, rasanya mana-mana KK kat Kelantan available je. Ore sebab buat dekat Nilai, jadi kena isi borang HIV kelantan sebab KK Nilai tak provide borang HIV ikut negeri

      Delete
    4. Ni link download borang yang latest: http://www.jaheaik.gov.my/v6/index.php?option=com_jdownloads&view=summary&id=14:borang-hiv-kelantan&Itemid=359&lang=ms

      Delete
  7. Nak tanya kalau lepas isi borang tak keluar tempat untuk print out mcmana ya ? kena isi lagi sekali ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure. Awak kena call pejabat tanya. Huhuhu

      Delete
  8. nak tanya,borang permohonan negeri kelantan dia akan keluar untuk pemohon lelaki dan perempuan,jadi untuk pemohon lelaki kena sign n cop jugak ke dekat borang permohonan lelaki tu?ke bagi satu je bagi pihak pemohon perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lelaki Kelantan jugak, just guna borang yang keluar tu jugak. Kalau lelaki dari negeri lain, ignore je borang yang laki tu. Memang dia print out dua-dua

      Delete
  9. Kiranya waktu akad nikah nnti pihak lelaki xpayah bwk duit upah dhlaa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya tak perlu dah tapi saya dulu, mak saya hulur je kat tok kadi sebab upah memudahkan dan boleh datang kat tempat majlis huhu

      Delete
  10. Salam sis. Nak tnya ni saya ada isi borang nikah online kelantan.. Setel semua print out tgk yang pihak lelaki pom kena tandatangan yer kat borang tu.. Jadi confius la.. Blh terangkan tak... Ke memang mcm tu.. Sebab yang lelaki negeri lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lelaki negeri lain, boleh ignore je borang lelaki tu. Lelaki akan guna borang negeri dia. Application Kelantan memang dia akan print-out untuk kedua-dua belah. Maybe dia assume semua orang Kelantan kahwin dengan pasangan Kelantan jugak kot. Haha

      Delete
  11. Salam..sy ada bberapa soalan nk tnya borang kelantan ni...
    1) alamat nikah tu kalau nk akad nikah kt rumah kena letak alamat rumah ke?atau tetap kena letak alamat masjid? sy asalnya nk buat kt rumah sy letak alamat rumah..lepas tu ayah sy sruh letak alamat maasjid pulak sbb x jumpa tok iman nk tanya boleh datang rumah ke x..so mcm mana sis?

    2) mcm mana nk edit balik borang ni?

    ReplyDelete
  12. Assalam. Nak tya, kalau nama bakal isteri trtgl stu huruf, mcm nana nk kemaskini ya? Utk borang kelantan.. tq

    ReplyDelete
  13. Boleh saya tahu prosedur jika saya nk nikah di mukim lain?bukan ditempat saya?

    ReplyDelete
  14. Sis.. kenapa yg sy punya bila print out keluar jgk borang permohonan lelaki pdhal yg laki dh buat kat ngri dia bermaustatin.semua bila print out ada 5pages skali laki punya.

    ReplyDelete
  15. Salam.Tumpang tnya sikit kak,mcm sya ni sya isi smua borang belah pepuan pn isi jgok..masa nk pgi penjabat agama bawak dua2 skali ke ..pasangan luar negeri..

    ReplyDelete
  16. borang nikah kelantan xboleh nk kemaskini la..nama saksi pn xletak lg..nk kemaskini macam mana ea?

    ReplyDelete
  17. Salam sis. Nk tnya mcm mne nak amek borang nikah luar mukim ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde pengalaman bab ni sis. Mungkin kena tanya pejabat agama

      Delete
  18. Salam sis, nk tnya. Mcm mna nk edit no ic yg salah? Silap msukkan no ic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure lah sis. Cuba contact pejabat agama

      Delete
  19. Pihak laki dh isi borang kebenaran khwin sbb dia dari kedah..sy dari Kelantan..perlu isi utk borang negeri Kelantan ke..ke xpyh isi DH sbb pihak laki dh isi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya masih perlu isi. Perlu hantar dua2 borang laki & perempuan kat pejabat agama nanti. Saya ada tulis dalam post

      Delete
  20. Salam nak tanya, saya dan pasangan akan bkahwin n dua² org kelantan. Jadi nak tau la adakah kedua² pihak perlu isi borang online atau pihak lelaki sahaja?

    ReplyDelete
  21. Nak tanya macam mana nak print out borang nikah ye..dh submit tapi tak boleh print..macam mana nk print balik yee

    ReplyDelete
  22. Kalau tersilap isi negeri mcm mna pulak. Negeri kelantan tak boleh kemaskini

    ReplyDelete
  23. Borng yg kelantan punya xblh kemaskini... Camna nk buat ya kalau ada tersilap maklumat?

    ReplyDelete