Orang kata tahi lalat di wajah menaikkan seri di muka. Mungkin sesetengah orang sukakan penaik seri itu, tapi aku berada dalam golongan yang tidak sukakan tahi lalat hidup di muka. Aku tidak kisah dengan tahi lalat mati, asalkan dia kekal di muka tanpa ada tumbesaran, aku boleh terima keadaan itu. Namun, tahi lalat aku semakin membesar apabila meningkatnya usia. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membuang tahi lalat pada bulan Jun lalu. Sepanjang usiaku 25 tahun, tahi lalat itu semakin membesar dengan jayanya.
Sebelum itu, aku banyak survey di internet tentang lokasi rawatan dermatologi dan aestatik di sekitar Kota Bharu, Nilai dan Bangi. Namun, aku tidak pernah membaca sebarang reviu atau komen dan itu membuatkan aku jadi ragu-ragu dengan rawatan di situ. Aku teruskan lagi pencarian aku sehingga aku terbaca satu tulisan blog tentang laser mole removal di sini. Cuma blogpost ini bertarikh 17 September 2012 dan aku tidak pasti sama ada klinik itu masih wujud sehingga kini atau tidak. Menurut saudari Surina, beliau membuat rawatan laser di Poliklinik Medi-Kulit dan Surgeri Kepong dengan harga yang berpatutan.
Hasil carian Google. Hadapan klinik. Kredit gambar: blog ini |
Jadi, aku mulakan pencarian aku tentang Poliklinik Medi-Kulit ini sehingga aku menemukan website mereka dan page fb. Mereka agak aktif di facebook page kerana posting terakhir ketika itu agak baru juga. Aku, tanpa ragu-ragu terus sahaja menghantar mesej kepada mereka untuk mengetahui kadar harga yang ditawarkan.
Temujanji di klinik boleh dibuat melalui panggilan telefon. Nombor telefon mereka: 03-6257 5762 |
Kos bayaran |
Jika tengok dari segi bayaran, aku rasa Poliklinik ini tidaklah semahal pusat aestetik yang lain. Aku pernah baca reviu, ada yang perlu membayar sehingga RM 400 untuk membuang satu tahi lalat sahaja. Aku terus membuat temujanji dengan klinik tersebut pada 26 Jun 2018, pukul 11 pagi.
26 Jun 2018 -- Memandangkan aku tinggal di kawasan Nilai, perjalanan ke Kepong mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Lokasinya aku waze sahaja: Poliklinik Medi-Kulit dan Surgeri Kepong, memang sampai betul-betul di hadapan klinik. Aku bertolak kira-kira pukul 10 pagi dan tiba hampir pukul 12 tengah hari. Aku turut mengajak kawan aku, Zati dan Farah untuk menemani aku ke klinik tersebut. Mereka sangat setia menunggu aku sehingga selesai urusan.
Suasana di dalam klinik |
Setibanya di sana, aku mendaftarkan diri dan berjumpa dengan pakar aestetik. Doktor tersebut menerangkan tanda-tanda tahi lalat yang boleh menyebabkan kaser kulit. Tahi lalat aku tidaklah mempunyai petanda-petanda tersebut. Tujuan pembuangan tahi lalat ini lebih kepada kecantikan dan untuk menanamkan keyakinan yang lebih tinggi dalam diri aku. Doktor juga menerangkan yang rawatan ini mungkin mengambil masa yang agak lama sekiranya tahi lalat tersebut mempunyai akar yang dalam dan panjang. Doktor melihat saiz tahi lalat aku dan memberitahu harga. Saiz tahi lalat aku jatuh dalam kategori medium. Jadi caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 190 (RM 50 - consult, RM 50 - bius dan RM 90 untuk rawatan laser saiz medium). Doktor juga menerangkan tatacara penjagaan selepas rawatan laser dilakukan. Disebabkan tahi lalat aku betul-betul terletak di sebelah kiri di batang hidung dan aku juga memakai spek mata, doktor menasihati aku supaya elakkan memakai spek (sebab tahi lalat berada di kawasan pressure point) seketika untuk memastikan parut luka dapat sembuh sepenuhnya.
Throwback gambar 10 Jun 2018. Faham kan kenapa doktor kata tahi lalat aku berada di pressure point? Sebab bila pakai spek, tahi lalat tu akan terlindung dengan spek. |
Selesai konsultasi bersama doktor, doktor menyuruh aku melangkah ke bilik rawatan. Aku baring di atas katil dan menutup mata. Doktor meneliti tahi lalat di muka dan membius tahi lalat tersebut. Tidaklah sakit mana apabila suntikan bius dikenakan di atas tahi lalat. Rasa seperti semut-semut kebas sahaja. Kemudian, aku terbau sesuatu yang hangit-hangit. Mungkin kerana tahi lalat tersebut sudah dikenakan cahaya laser dan menyebabkan tahi lalat dibuang dari kulit muka. Aku terdengar dokor berbincang dengan pembantunya bahawa tahi lalat aku agak dalam, tidak seperti yang dilihat dari saiz luarannya. Kira-kira 20 minit juga lah proses pembuangan tahi lalat dilakukan. Sesudah rawatan, doktor menyapukan krim antibiotik di kawasan tersebut dan memberikan aku cermin untuk meneliti keadaan kulit di muka aku. Pada mulanya, kawasan tersebut mempunyai luka yang agak dalam dan kelihatan darah keluar dari kawasan tersebut. Mereka meletakkan handiplas di muka aku untuk mengelakkan darah mengalir. Doktor menerangkan, akar tahi lalat aku agak dalam, jadi sekiranya perlu, akan ada sesi rawatan buat kali kedua. Aku membuat pembayaran di kaunter pembayaran dan diberikan dua jenis ubat iaitu krim antibiotik dan ubat surut bengkak. Pembantu klinik (akak) kemudiannya memberitahu aku tentang tatacara penjagaan yang perlu dilakukan. Menurut akak tersebut,
- Luka rawatan laser tersebut perlu sentiasa berada dalam keadaan kering
- Perlu apply krim antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dua kali sehari, dalam masa dua minggu
- Ubat surut bengkak yang dibekalkan juga mestilah dihabiskan supaya luka tersebut cepat pulih.
- Sekiranya memakai spek, spek tersebut mestilah tidak mengganggu luka tahi lalat tersebut. Jadi, adalah sangat digalakkan untuk tidak memakan spek mata. (Untuk poin yang ni, beberapa hari kemudiannya, aku pergi ke kedai spek untuk membuat contact lens. Ada masa nanti, aku tulis pasal pengalaman aku memakai contact lens)
- Tidak boleh menggaru kawasan luka walaupun akan tiba masa, kawasan tersebut akan menjadi sangat gatal
- Tidak menyentuh kawasan laser terlalu kerap
Gambar di atas adalah gambar beberapa minit dan beberapa jam selepas rawatan laser dilakukan.
Proses penyembuhan luka mengambil masa kira-kira dua ke tiga minggu. Jadi sepanjang tempoh tersebut, aku sangatlah rajin menyapu krim antibiotik dan makan ubat susut bengkak supaya luka aku dapat pulih dengan kadar segera. Aku turut menonton beberapa video di youtube dan membaca beberapa artikel di web untuk mengetahui cara-cara menjaga kulit selepas rawatan laser dilakukan. Ada yang mencadangkan untuk menyapu vaseline pada bahagian tersebut. Tetapi menurut pengalaman aku, vaseline tidak sesuai untuk disapu pada muka sekiranya luka masih lembap kerana akan menyebabkan luka lambat pulih. Seeloknya, sapukan sahaja krim antibiotik yang diberikan oleh doktor sehingga luka telah kering. Apabila luka betul-betul kering, barulah sapukan vaseline, bio-oil atau apa-apa sewaktu dengannya untuk memudarkan parut laser tersebut.
Krim antibiotik yang disapukan di muka setiap hari selama dua minggu. Tak pasti pula apa nama sebenar krim antibiotik tersebut. |
Alhamdulillah, sudah lebih sebulan tanpa tahi lalat di wajah dan luka juga sudah sembuh sepenuhnya. Yang berbaki hanyalah parut laser di muka. Aku kena rajin usahakan supaya parut jerawat itu hilang pula lah sekarang ni. Tapi kalau dilihat dari jauh, parut tersebut tidaklah terlalu jelas.
Update: Gambar terkini (6 Ogos 2018). Parut semakin memudar, contact lens juga sudah pack yang kedua dan full ceramic crown teeth! |
Sekian laporan saya! Dah lama aku pasang niat nak tulis pasal ni supaya dapat bantu orang yang dalam kekeliruan dan kebuntuan macam aku dulu-dulu. Sekarang baru ada masa nak menaip. Pukul 7.43 pm baru nak pulang dari kerja sebab tengah semangat nak menaip. Moga membantu!
Hi awk, jadi total rawatan awk rm190 ye..ade rawatan susulan ke selepas tu??
ReplyDeleteHi.. Yep total RM 190. Sepatutnya ada rawatan susulan untuk laser kali kedua sebab akar saya panjang. Tapi nampak macam okay dah, so saya tak pergi pun..
DeleteHai awk...mcm mana keadaan parut sekarang?sy ada tahi lalat sama mcm awak...rasa mcm nk buat jugak la lps baca awak punya blog...tqq
ReplyDeleteHai awal. Alhamdulillah sekarang parut dah makin okay. Ada jugak lah parut sebab saya pakai spek. Kalau kawasan laser tak kacau mana2 kawasan, takde masalah pun sebenarnya
Deletehai..nak tanya..RM190 tu dah termasuk ubat semua tu lah ye...sebab saya pon rasa nak buang tahi lalat...sbb lepas baca blog awak rasa berkobar-kobar pulak nak buang.....thank you.
ReplyDeleteHai.. Betul tu RM 190 dah include ubat. Go for it! Tak sakit pun :)
DeleteHai..nak tanya utk 2nd follow up ade charge lain pula ke?
ReplyDeleteKalau follow-up, cajnya separuh daripada harga kali pertama buat. Tapi saya tak sure separuh daripada RM90 atau separuh daripada RM190 sebab tak tak buat rawatan susulan
Deletehilang tak parut nya..bole share pakai ape untuk hilangkan parut tu
ReplyDeleteParutnya hilang. Saya tak pakai produk spesifik untuk parut. Lepas laser, saya sapu krim yg dr bagi. Ada juga sapu vaseline bila luka dah tertutup.
DeleteTapi bila luka dah sembuh sepenuhnya, saya pakai skincare biasa. Skincare, toner, moisturiser. Ada juga letak anti-scar serum. Tapi saya tak disiplin sangat pakai serum. Yang paling penting, jangan lupa pakai sunblock!
hai nk tnya , kalau lepas buat tu bbrapa jam lepas laser luka tu boleh kena air tak . macam time ambil wuduk ke . sbb sya nk buat inshaa allah next month . tapi nk tahu kalau boleh luka tu xboleh kena air terpaksa laser time period la . please reply . tqsmm
ReplyDeleteHai sorry lambat reply. Lama tak buka blog. Boleh kena air untuk berwudhu'. Cuma lepas lepas wudhu', kena lap (dab guna tuala muka) kawasan tersebut.. jangan bagi air bertakung
DeleteKlu tahi lalat kawasan berhampiran mata awak rsa ok x klu buat rawatan laser ni?
ReplyDeleteDekat sangat ke dengan mata? Better consult dengan dr dulu. Saya tak pasti. Takut affect mata
Deletehai sis... sy nk buang moles jgk.. tp tp akan tumbuh baliknx ye lepas buatb laser ni?
ReplyDeleteAda possibility untuk tumbuh kalau akar dalam. Better consult dengan doktor dulu
DeleteAssalammualaikum nk tanye sy baru lps buang tahi lalat menggunakn rawatan laser .besar tahi llat lbh kurang mcm awk punya..slepas hampir sblm luka dah kering.cuma warna parut agak gelap.adakah awak jgk sama .dan mcm mane nk hilangkn ye.
ReplyDeleteHai sy bru buat td laser tahi lalat.. tkut jgk ni berpart.. awk buat dr ad bg ubt pape x?
DeleteWaalaikumussalam Ziyad.. Maaf lambat reply. Sama lah. Kawasan tempat buang tahi lalat saya pun agak gelap. Cuba consistent pakai bio oil atau vaseline untuk elokkan kawasan tu
DeleteKalau tahi lalat tak hidup lagi murah ke berbanding hidup?
ReplyDeleteSaya tak sure tapi kalau ikut klinik ni, tak kira tahi lalat hidup atau tak hidup, harga bergantung pada saiz tahi lalat
DeleteHai, sy bru je tdi buat laser tahi llat, die mcm luka berlubang kn.. dr sy ckp xpyh ltk ubt ape2 n jgn kne chya matahri.. dr xde bg antibiotik.. dr just ckp jgn pakai ape2 dekt tmpt luka tu.. tp sy tkut berpart... cmne ek
ReplyDeleteHai Sera. Kalau luka dah kering, cuba amalkan sapu Bio Oil atau Vaseline dengan konsisten kat tempat tu. Kena selalu juga amalkan sebab memang akan ada tendency untuk berparut
DeleteHi awakk.. Suka tgk gg awakk.. Awak buat kat mana?
ReplyDeleteCrown teeth
Hai Dylla.. Terima kasih! Saya buat di Klinik Pakar Pergigian USIM di Nilai. Boleh call klinik 06-8504921 untuk tanya apa-apa :)
DeleteHai awak sy dah lama ushar klinik tu dkat aje dgn rumah folow lama dah suri yg g klinik tu juga. Tp xada keberanian sb btl2 atas garisan antara bibir dan hdung.takut kalau buang tibe2 ada lekuk dkat garisan tu..tp tahi lalat makin mbesar..awk rasa lekuk parut tu blh hlang tak dgn laser..skdr mta pandangan
ReplyDeleteNak cntik tapi takot 😔
saya tak berani nak jawab soalan ni sebab tak expert. mungkin awak boleh cuba pergi klinik tu & consult dulu dengan doktor.. lagi better sebab dia lagi tau :)
DeleteHai,adakah bila buang tahi lalat ada pantang makan?
ReplyDeletesaya pantang makan telur je sebab takut luka lambat sembuh. selain tu tak ada pun. dan minum air masak banyak-banyak
DeleteNk tnye sis.. Klau buang taik lalat biasa kt muka tu blh ke.. Means taik lalat yg rata la.. Xtimbul pon..
ReplyDeleteKalau rata biasanya tak boleh buang. Kena consult dengan doktor dulu lagi bagus
DeleteBoleh buang sis.rata atau timbul bole buang dgn laser.sy baru buat
Deleteassalamualaikum sis,haritu saya ada pergi buang tahi lalat dekat mall kedai kedai biasa yang ada khidmat buang tahi lalat and then menjadi memang menjadi tapi kena tunggu beberapa hari untuk mole tu luruh. But saya ada nampak macam bekas berlekuk pulak kat muka tu haduihhh.. Sis pun jadi benda yang sama ke masa awal awal dulu?
ReplyDeleteSaya buat memang terus luruh, tak perlu tunggu beberapa hari. Tapi memang berlekuk mula-mula. Bagi masa kulit sembuh
Deletehi, awak tau tak rawatan ni kalau area kota bharu? saya memerlukan sangat ��
ReplyDeleteHai.. Saya rasa dekat Klinik Primer Nilam Puri ada rawatan laser ni. Cuba search
DeleteSis kalau tahi lalat kecik (size mata pen 0.5) tpi dikira size kecik eh ? Sbb kalau tgok muka... Bnyk tahi lalat kecik2 😅
ReplyDeletealamak. saya tak sure lah yang tu. Kena consult dengan pakar kulit
DeleteTaik lalat sy kck2 n byk.bole bt laser.sy baru buang kat anggun medispa..ada 12 rm600..tggi sikit kosnya sbb byk
DeleteDah buat leser buang tahi lalat,boleh ke nak cuci Muka,pakai serum lagi,mesti sentuh jg area tu
ReplyDeleteSentuh guna cotton bud & kapas muka takpe. Cuci muka pun takpe tapi kena kawal jangan direct kena
DeleteAsalam sis....nak tanya sakit tak buang tahi lalat?
ReplyDeletetak sakit pun sebab dah bius dulu
Deletehai assalam, sekarang muka awak dh takde taik lalat ke or dia tumbuh balik ? dan muka awak ada parut berlubang tak ? saya nk buat tapi takut nnti muka ada parut yg berlubang tu -.-
ReplyDeletewassalam. takde tumbuh balik dah. dan tak berlubang pun cuma ada timbul kesan sikit sangat je tapi tak berapa jelas pun. kena selalu urut2 juga bahagian laser tu sampai sekarang.
DeleteHi, nk tnya ada lg x klinik tu sekarang. Still berparut lg x. Bila buang tu lubang dia tu besar ke. Mcm lubang whitehead ke?ada gmba latest x. Rasa nk buang. Tp sy punya kat atas bibir. Rasa xconfident dgn diri pulak.
ReplyDeleteHai awak saya pn nak buat lah
ReplyDeleteHi sis.. nak tny sakit x spnjg buat laser tuh? or after laser uh sakit x?
ReplyDeleteTak sakit pun sis
DeleteHi nak tanye kalau taik lalat nak kecilkan sahaja boleh tak? Maksudnye bukan buang terus sebab takut berbexa sgt muka, Sebab saya ade taik lalat dekat kening mata
ReplyDeletehye awak , saya nak tanya cara nak jaga lepas buat pmbedhan laser nie , saya baru sahaja buat and sya tak tahu langkah2 penjagaan tu .
ReplyDeleteBoleh saya tnya.. Harga untuk mole removal tu mmg dlm 100+ ke??? And mmg kalau remove tu trus permenant hilang ke tahi lalat tu??
ReplyDeleteHai.. harga tu bergantung kepada saiz tahi lalat. kalau remove tu nak permanently hilang bergantung kepada kepanjangan akar. kalau akar tahi lalat panjang, mungkin kena 2 sesi. kalau tak ada kemungkinan untuk tumbuh semula
ReplyDeleteSalam sis, sy nak buang tahi lalat jgk tpi nk pkai cream je sbb murah. Sis rsa ok x
ReplyDeleteHi awak nk Tanya saya Ada saiz taik lalat small tpi banyak lebih Kurang 6 biji ...harga dia dikira sekali atau 1 taik lalat satu harga
ReplyDeleteSabar je lah komen mcm2. Tuan rumah dah bg alamat klinik, cerita pjg2. 😁.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi pengalaman. Sy pun buang tahi lalat masa dah 20an, skrg ni tumbuh pulak dekat atas tahi lalat lama tu. Rasanya sunscreen mmg membantu psl sy tak pernah pakai pun ms muda2. Dah tua ni brlah nak pakai.
Hi sy baru lepas buang mole , nak tanye , time nak pergi kerja awak biar je ke luka tu ngn cream pastu gi office terus ? atau ade cover dgn something . really need to know .
ReplyDelete