Explore the blog
Monday, August 13, 2018

Tentang Pertama Kali Memakai Kanta Lekap

Pertama kali aku membeli dan memakai kanta lekap adalah pada 2 Julai 2018, iaitu kira-kira sebulan yang lalu. Sebelum mengambil keputusan yang nekad untuk membeli kanta lekap, aku menonton beberapa video berkenaan kanta lekap di youtube, membaca tentang saranan netizen berkenaan jenama dan harga kanta lekap di twitter dan membaca sedikit sebanyak mengenainya di tulisan-tulisan blog dan artikel. Aku sangat bimbang sekiranya memakai kanta lekap memberikan satu impak buruk terhadap penglihatan aku, memandangkan telah banyak cerita yang membahayakan kesihatan telah aku baca dan aku lebih selesa berkaca mata sejak 14 tahun lepas. Ya, aku mula memakai cermin mata sewaktu aku berusia 11 tahun, tetapi waktu itu rabun aku tidaklah terlalu tinggi. Lama kelamaan disebabkan tabiat tidak memakai cermin mata, power mata aku naik dari tahun ke tahun. Aku mengambil keputusan untuk memakai cermin mata secara tetap semasa aku berumur 15 tahun. Sehingga kini, sudah hampir 10 tahun aku memakai cermin mata dan aku sangat selesa berkaca mata.

Jadi, kenapa aku mengambil keputusan untuk mencuba kanta lekap pula?

Pertama, seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, aku perlu memakai kanta lekap untuk proses pemulihan luka disebabkan oleh sinaran laser di kawasan hidung. Sekiranya memakai kaca mata, ia akan mengganggu proses pemulihan luka. Seminggu juga aku memakai spek sebelum membuat keputusan untuk membeli contact lens, jadi, di spek aku terlekat sisa-sisa luka, Sekiranya berlarutan, proses pemulihan luka akan berlarutan.

Kedua, aku sengaja mahu merasa pengalaman tanpa kaca mata. Bertahun dengan kaca mata, apa lah agaknya perasaan tanpa kaca mata semula walaupun hanya untuk seketika.

Setelah betul-betul nekad, aku bersama rakan sekerjaku terus ke kedai cermin mata Focus Point yang terletak di dalam Giant, Nilai untuk membuat contact lens. Menurut hasil pencarianku di twitter, Focus Point antara kedai cermin mata yang menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang bagus. Disebabkan ini pertama kali aku mahu membeli kanta lekap, aku bertanya kepada optometrist di situ tentang pakej contact lens. Beliau menerangkan terdapat dua jenis contact lens iaitu harian (daily) atau bulanan (monthly). Manakala untuk warna, terdapat dua jenis iaitu jernih (transparent/clear) atau berwarna (coloured lens). Harga untuk setiap jenis ini berbeza. Aku berminat untuk mencuba yang bulanan walaupun penjagaan yang sangat rapi diperlukan. Aku tidak berapa berminat untuk mencuba yang harian kerana harganya agak mahal dan aku yakin aku mampu menjaga kebersihan tangan dan jari sekiranya aku memakai kanta lekap bulanan. Untuk cubaan kali pertama, aku berhajat untuk mencuba clear contact lens (monthly).
Optometrist tersebut mengambil kaca mata aku dan menilai power kaca mata tersebut. Terdapat perubahan pada power mata spek mata lama dan power mata sekarang. Jadi, beliau melakukan sedikit ujian tahap kerabunan dan refraction untuk mengetahui power mata sekarang. Aku agak hampa kerana power mata naik agak banyak tetapi salah aku juga kerana sentiasa menggunakan telefon di dalam gelap.

Setelah itu, beliau mencari sekiranya terdapat stok kanta untuk power mata aku. Pada awalnya, aku agak salah faham kerana aku menyangka bahawa harga RM70 sekotak itu untuk tiga pasang kanta lekap, jika benar, harga itu sangatlah murah. Tetapi rupa-rupanya, disebabkan power mata aku di sebelah kiri dan kanan berbeza, jadi beliau memberikan dua kotak kepadaku. Terdapat tiga kanta lekap bagi setiap kotak untuk stok tiga bulan. Aku juga membeli solution di kedai yang sama kerana aku sangat tidak familiar tentang solution contact lens. Maka jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM 168 (Dua kotak contact lens berharga RM 140 -- sekotak RM 70 dan harga tiga botol solution adalah RM 28 -- 2 botol besar dan 1 botol travel pack). 


Dua kotak kanta lekap yang berbeza power dan tiga botol solution

Close-up packaging kanta lekap HOYA Airy One Month.
Bekas kanta turut diberi bersama apabila membeli botol solution Re-Nu
 

Terdapat beberapa pakej kanta lekap bulanan yang diterangkan kepadaku. Paling murah berharga RM 35 sekotak untuk stok tiga bulan tetapi kandungan airnya agak rendah. Aku banyak melakukan research sebelum membeli. Menurut hasil bacaanku, lebih bagus memilih kandungan air yang tinggi kerana apabila memakai contact lens, mata kita akan menjadi cepat kering. Sekiranya kandungan air tinggi, ia akan memberikan keselesaan kepada si pemakai dan juga lebih selamat. Jadi, aku sengaja memilih harga kanta lekap (jenis soft lens) yang agak mahal iaitu RM 70 sekotak berjenama HOYA Airy buatan Jepun. Untuk kanta lekap jenama HOYA Airy ini, ia diperbuat daripada Silicon Hydrogrel, teksturnya sangat lembut dan aku boleh memakainya sehingga 12 jam maksima. Untuk membaca lebih lanjut tentang jenama ini, boleh klinik sini.

Optometrist tersebut menyuruh aku membaca langkah-langkah yang perlu dituruti sekiranya memakai contact lens. Yang paling utama adalah kebersihan jari dan tangan. Apabila memakai contact lens, kita akan menggunakan jari untuk memasukkan kanta tersebut ke dalam mata dan membuang kanta dari mata. Aku sempat mengambil gambar tatacara penjagaan kebersihan dan penjagaan kanta di kedai tersebut. Boleh rujuk gambar di bawah.

Klik untuk tumbesaran

Selepas itu, optometrist tersebut mengajar aku cara-cara memakai contact lens, membuang dan mencuci kanta menggunakan solution. Untuk pertama kali, rekod untuk memakai sebelah kanta sahaja mengambil masa hampir 15 minit (atau lebih)! Hahaha. Aku sangat takut untuk memasukkan benda asing tersebut ke dalam mata. Sering sahaja aku merasakan kanta tersebut sudah terletak di kornea mata padahal ia sudah terlenyek di hujung jari telunjuk. Satu lagi faktor yang susah untuk memasukkan buat kali pertama kerana aku tidak dapat mengawal mata aku daripada berkedip. Bulu mata aku agak panjang, jadi ia menyukarkan lagi proses memasukkan contact lens tersebut. Manakala untuk membuangnya, aku mengambil masa kurang lima minit untuk pertama kali. Agak gerun juga untuk mencubit lens keluar dari mata. Practice makes perfect though! Rekod terkini, aku mampu memakai dan membuang kanta lekap beberapa saat sahaja.

Saat pertama kali cuba memasukkan kanta, berjuraian air mata jatuh ke pipi

Pandangan aku tentang kanta lekap jenama HOYA Airy ini, sewaktu mula-mula memakainya, aku tak dapat nafikan mata aku sering sahaja merah-merah dan gatal. Tetapi tidak mengapa, bagi aku itu hanyalah adjustment sahaja. Maklumlah, aku tidak pernah memakai mana-mana kanta lekap sebelum ini, apabila aku cuba memakainya, akan ada beberapa ketika aku  merasakan ketidakselesaan. Lama-lama apabila kita sudah biasa, rasa itu tidak lagi mengganggu. Aku juga sentiasa membawa beg kecil/pouch yang mengandungi barang-barang kelengkapan untuk memakai kanta lekap seperti gambar di bawah.

Barang-barang kelengkapan yang sentiasa ada di dalam pouch aku
  1. Beg bersaiz sederhana kecil. Aku beli di Mr. DIY sahaja berharga RM 1.99
  2. Cermin muka yang boleh dilipat. Beli di Daiso sahaja dengan harga RM 5.53
  3. Artificial tears untuk menyegarkan mata sekiranya mata kering. Boleh dapatkan di farmasi berhampiran.
  4. Bekas kanta lekap
  5. Air solution kanta lekap Re-Nu (botol travel senang dibawa ke mana-mana)
  6. Tisu basah, tisu dan hand sanitizer for hygienic purpose :)


Perbezaan antara pakai spek dan kanta lekap. Aku lagi prefer pakai spek lah. huhuhu


Itu sahaja pengalaman tentang pertama kali memakai kanta lekap yang dapat aku kongsikan. Moga bermanfaat buat kalian yang tertanya-tanya dan tercari-cari seperti aku dahulu. Tapi kalau ikutkan, aku lagi selesa berkaca mata sehingga kini kerana aku agak lasak. Memakai kanta lekap sangat mengajar aku berdisiplin. Yang paling utama, kau harus buang kanta lekap terlebih dahulu sebelum tidur walau mengantuk macam mana pun keadaan kau. Kau juga harus ingat untuk tidak memakai kanta lekap dalam masa yang lama kerana ia boleh mengakibatkan mata kering. Mesti pernah dengar kan kes-kes yang membahayakan sehingga boleh menyebabkan buta kerana kesan memakai kanta lekap? Oleh itu, sentiasalah berhati-hati memilih kanta lekap. Ok, tu je. Tataaaa~

Whould you like to comment?

  1. Hai nak tanya, degree mata awak brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Maaf lambat reply. Power mata saya -4.0 kedua-dua belah

      Delete
  2. Hai nk tnya.. Lens tu utk mata kanan dn kiri berbeza ke power die? Atau sama je.. Sbb sya beli kedua2 kotak sama je xde tunjk mne utk kanan atau kiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli 2 kotak. Kalau beli satu kotak memang sama je power dan takde state kiri atau kanan

      Delete
  3. Saye pn same.. Power lain2. Dia bagi saye dua kotak sbb power lain².. Dlm setiap satu kotak tu ada dua lens. Knpe ye? Sye kne bukak satu dlu dan bile habis period month baru bukak yg lagi satu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka kedua2 kotak sebab satu kotak tu untuk satu power. dah habis tempoh, baru guna yang berikutnya

      Delete
  4. Assalamualaikum, Saya ada persoalan, Even different power pun harga tetap Rm70 eh? Tengah research ;) terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga lain bergantung kepada brand. lebih baik minta optometrist assist masa beli sebab lain harga, lain brand -- lain juga ciri-cirinya. kalau saya, saya suka yang tinggi kandungan air. lebih selesa

      Delete
  5. Hi. boleh tahu power mata awak berapa?

    ReplyDelete
  6. hai awak,boleh saya tau awak selesa x first time pakai konteks lens?

    ReplyDelete
  7. Teringin nak pakai contact lens ni.. tapi rasa macam renyah pula. Takpelah, kekal dengan spek jela nampaknya.. hihi

    ReplyDelete
  8. hi nak tanya optometrist tu ada buat apa apa ujian lain tak selain untuk tengok power? or just cari power yang sesuai then terus prescribed?

    ReplyDelete
  9. Hai saya nak tnya kdang ada setengah power lens dia tulis mcm ni
    -1.75-2.5
    And ada jugak yg tulis mcm ni
    100 200 400

    Apa beza kedua2 tu?

    ReplyDelete
  10. Ada yang kata kena beli power lebih rendh supaya xpening..betul ke

    ReplyDelete