Explore the blog
Thursday, February 28, 2019

Persediaan Kahwin: Prosedur Ujian HIV untuk Bakal Pengantin

Hai semua.

Pejam celik, pejam celik sekarang sudah hari ke-28 bulan Februari. Hari terakhir bulan Februari ini menandakan tinggal lagi sebulan sahaja sebelum majlis perkahwinan aku dan Afiq bakal berlangsung. InsyaAllah, kami akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2019 akan datang. Sekarang, alhamdulillah sudah 80% persiapan sudah dilakukan. Terima kasih banyak-banyak buat semua pihak yang terlibat, terutama ibu dan abahku.

Okay, hari ini aku nak coretkan sedikit tentang ujian HIV untuk bakal pengantin. Kenapa aku nak tulis pasal ni? Sebab aku sendiri tak jelas tentang prosedur walaupun ujian HIV ini wajib diambil di Klinik Kesihatan Kerajaan. Aku baca posting di blog-blog pun kebanyakannya berbeza. Jadi ni versi pengalaman aku pula menjalani ujian HIV di Klinik Kesihatan Nilai.

Aku pernah terbaca blog, sekiranya anda orang Kelantan, anda perlu menjalankan ujian HIV di Kelantan. Aku rasa benda ini tidak logik sebab takkan lah aku perlu balik ke kampung semata-mata untuk membuat HIV test? Jadi aku pergi ke Klinik Kesihatan Nilai untuk mengesahkan tentang perkara tersebut. Jururawat di situ maklumkan pada aku, hanya perlu bawa borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing) yang telah dimuat turun dari internet dan kad pengenalan ke klinik. Jadi, aku download borang di sini.

Borang Ujian HIV Negeri Kelantan (untuk aku):

Borang Ujian HIV Negeri Selangor (untuk Afiq):

Aku pergi ke klinik semula pada 5 Disember 2018 untuk membuat ujian HIV. Mudah sahaja urusannya, bawa borang ujian HIV yang telah dimuat turun, isi borang-borang Kementerian Kesihatan Malaysia (seperti gambar di bawah) untuk mendaftar dan bayar RM 1 untuk bayaran pendaftaran

Borang Saringan Ujian HIV (Senarai Semak)

Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Kemudian, jururawat mengarahkan aku untuk tunggu di bahagian kecemasan untuk mengambil sampel darah. Setelah menunggu beberapa minit (tak lama pun), penolong pegawai perubatan (MA) memanggil namaku dan mengambil sampel darah. Oh ya, aku buat ujian HIV dan ujian talasemia. Jadi sampel darah yang diambil agak banyak. Setelah selesai, aku perlu menunggu di ruang menunggu. Mula-mula aku dipanggil untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui tentang keputusan ujian talasemia. Alhamdulillah, aku bukan pembawa atau pesakit talasemia. Setelah itu, aku dipanggil untuk bertemu dengan MA pula untuk mereka memaklumkan tentang keputusan saringan ujian HIV. Alhamdulillah, tiada HIV juga. Keseluruhan masa yang diambil dari pendaftaran hingga selesai adalah lebih kurang 40 minit sahaja. 

Jadi, itu sahajaaa. Mudah sangat kan?


Okay, bonus. Ni summary untuk apa yang aku tulis kat atas tadi dan sedikit FAQ yang aku agak orang akan selalu tertanya-tanya.


Lokasi:
Klinik Kesihatan Nilai, Negeri Sembilan

Hari dan Masa yang available untuk Ujian HIV?
Isnin, Rabu dan Jumaat SAHAJA: 2.30 petang hingga 4.30 petang SAHAJA

Perlu buat temujanji ke?
Kalau KK Nilai, tak perlu.
Hanya datang walk-in sahaja dan mestilah mengikut masa seperti yang tertulis di atas.

Dokumen yang perlu dibawa:
- Kad Pengenalan
- Borang Ujian HIV (mengikut negeri) yang telah dimuat turun
- RM 1 untuk pendaftaran

Berapa bulan ujian HIV sah? 
6 Bulan SAHAJA. Jadi kalau nak kahwin, pastikan anda membuat ujian saringan HIV seawal-awalnya 6 bulan daripada tarikh nikah.

Lama ke masa menunggu?
Tak lama pun. Kalau ikut pengalaman aku, 30-40 min sahaja.
Bergantung juga pada KK berdekatan anda

Keputusan HIV test dapat pada hari yang sama ke?
YES! Hari yang sama. Macam aku tulis kat atas tadi, 30-40 min tu dah kira lump sum sekali dengan prosedur dan keputusan ujian HIV.

Wajib ke buat ujian talasemia?
Tak wajib pun. Tak ada dalam syarat-syarat borang nikah.. tapi kalau nak selamat better buat. Aku buat sebab pasangan aku thalassemia carrier. Pelik juga doktor-doktor di situ kenapa aku nak buat ujian talasemia. Aku just kata, "saya nak kahwin. Just nak confirm kan yang saya thalassemia carrier ke tak sebab pasangan saya carrier.." Gituuu bagusnya kesedaran seorang aku. Haha. Buat kat KK lah murah. Kalau buat kat swasta, mau RM 200 juga untuk buat test talasemia.


****************************

Aku rasa itu sahaja kot berkenaan prosedur ujian HIV untuk bakal pengantin. Tak rumit pun proses ini. Yang rumit mungkin nak cari masa untuk pergi buat test jelah. Kalau tempat lain rumit, perlukan borang nikah apa semua, itu aku tak berapa pasti. Aku sangat-sangat puji dengan Klinik Kesihatan Nilai punya servis. Pantas dan tidak menyusahkan banyak pihak. Semoga post ini dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana!













Whould you like to comment?

  1. Saya nak tanya, borang hiv Selangor bukan ke ambil di klinik sahaja, boleh dapat online ke ? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada klinik kerajaan kawasan juga. Ada yang sediakan. Tapi kalau nak selamat, better print siap2 daripada link yang saya bagi kat atas sebab memang Selangor dah. Kalau klinik kata guna yang dia, guna yang klinik je

      Delete
    2. memang borang yang dekat link tu selangor punye ke ?? sebab takde lambang jais pun kt borang link tu

      Delete
    3. suami saya isi borang tu. Memang takde lambang tapi pejabat agama daerah dia terima je

      Delete
  2. nak tanya.. kalau keputusan hiv test tu hanya di tanda pada borang permohonan nikah sahaja tanpa di sertakan borang kesihatan dari klinik. boleh juga ke? sbb klnik yg sy p tu xda bagi laporan ujian tu. hanya cop pada borang yang sy bawa ja (borang permohonan nikah)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je rasanya. Kalau memang klinik tak sediakan, saya rasa cik bagitahu je dekat pejabat agama, hanya ada borang tu sahaja.. Sebab kat borang yang cik bawa pun memang ada tandatangan MA yang buat ujian tu kan..

      Delete
  3. salam, nak tanye... borang saringan hiv tu boleh isi manual kan? mean sy print dari link yang cik bagi then isi manual. Boleh je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang isi secara manual je cik. takde masalah..

      Delete
  4. Nk tanya..jika belum nk nikah...bole ke buat ujian hiv sewaktu bujang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Saya tak sure tapi rasanya boleh je. Prosedur macam mana kena tanya klinik. Tapi yang pasti klinik swasta memang boleh

      Delete
  5. Salam sis..nk tye kalau borang hiv utk negeri johor mane nk dpt ye...pi kt mane kkm atau jabatan agama islam?sbb cari2 xjumpe..tq😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tolong jawapkan... Borang hiv test utk johor hanya boleh dapat lepas isi borang nikah... Borang nikah boleh isi 3 bulan before majlis... So hiv test boleh buat dalam masa 3 bulan tu je... Website nak isi borang nikah sy tak sure... Ni sy share pengalaman kawan sy je... Dia asal n nikah kt johor...

      Delete
  6. Salam sy nak tanya... Sy plan nak buat hiv test 6 bulan before majlis (biasa org buat 3 bulan before majlis)... So ada effect tak masa nak isi borang nikah tu nanti? Boleh kan as long kita simpan result tu elok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik. Tapi tengok juga ya syarat majlis agama negeri masing-masing. takut lain

      Delete
  7. Terima kasih membantu👍tp masa dan hari tu ade ditentukan ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada KK. Kalau KK yang saya buat tu, dia tentukan hari

      Delete
  8. Ujian hiv nie blh buat kat clinic swasta ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat di klinik swasta kalau untuk saringan biasa. Tapi kalau untuk kahwin, kena buat di klinik kesihatan kerajaan

      Delete
  9. hi nak tanya, borang hiv mengikut negeri tu, maksudnya mengikut negeri yang kita buat atau mengikut negeri asal kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negeri tempat awak nak kahwin. Kalau saya, kahwin kat Kelantan, kena guna borang yang ada jata negeri Kelantan walaupun saya buat HIV test dekat Nilai

      Delete
  10. Hai nak tanya. Betul ke sebelum nk medical cek up ni kena isi borang nikah dulu kat web pastu print pastu bawak ke KK? Puan ada bawa tak borang nikah tu yang ada saksi smua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. klu nikah di negeri johor, yes kena isi borang nikah n print utk buat hiv test di kk johor. Utk nikah dia selangor tak perlu pun nk isi borang nikah dlu n bwk ke kk.. ikut nikah ni negeri mana..

      Delete
  11. Mcm mana prosedure test hiv ni ye..die ambil darah tu cucuk kt mana

    ReplyDelete
  12. Mcm mana prosedure test hiv ni ye..die ambil darah tu cucuk kt mana

    ReplyDelete
  13. Asslaammualaikum....Borang test HIV ni Masih sama ke tuk thun 2020

    ReplyDelete