Explore the blog
Wednesday, August 20, 2025

Pengalaman DIJAP di USIM (Sesi 2023/2024): Belajar sambil Bekerja Full Time

"Macam mana rasanya sambung belajar bila dah bekerja full-time, ada anak kecil dan masa terhad?" Jujurnya, aku pun tak sangka akan survive DIJAP di USIM.

Sejak dari zaman belajar Degree, aku tak pernah bercita-cita nak menjadi seorang peguam syariah. Mungkin sebab pengalaman intern dulu (sekitar tahun 2015-2016), berhadapan dengan kes-kes cerai dan sewaktu dengannya buatkan aku kesian dan rasa drain my energy. Tapi entah kenapa circa 2023, aku tiba-tiba berminat nak sambung belajar Post-grad Diploma Guaman Syarie. Mungkin sebab aku banyak buat kes-kes pentadbir dan estet orang meninggal, aku berminat untuk belajar dan praktis guaman syarie.

Sebelum mula daftar, aku survey universiti-universiti yang ada tawarkan kursus-kursus Diploma Lanjutan Guaman Syarie ni. Diploma ni penting sebab kebanyakan negeri peruntukkan peguam syarie perlu mempunyai Diploma Guaman Syarie sebagai syarat untuk jadi Peguam Syarie di negeri-negeri yang berkenaan. Ada juga negeri yang tak perlukan diploma ni, contohnya negeri Kelantan.

Ni antara hasil survey aku masa tahun 2023 tu (mungkin sekarang dah berubah). Boleh rujuk pada jadual di bawah perbezaan antara kursus-kursus yang ditawarkan:-

Dalam jadual perbandingan ni, aku tak masukkan subjek-subjek yang dipelajari. Yang tu boleh survey sendiri ya di website-website universiti tersebut:-

  1. USIM (klik SINI) atau baca je post ni
  2. UKM (klik SINI)
  3. UiTM (klik SINI)
  4. UIAM (klik SINI)
Pilihan aku?

Aku memilih untuk sambung DIJAP di USIM, bukan sebab aku merupakan Graduan USIM masa degree dulu. Aku pertimbangkan juga option-option lain. Tapi memandangkan aku dah berkeluarga, aku perlu fikirkan masa commute untuk menghadiri kelas dan juga jadual kelas. 

UKM awal-awal lagi terpaksa aku ketepikan walaupun dekat dengan rumah, sebab kelasnya jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Aku ada anak. Jika aku hadir ke kelas pada hari Sabtu dan Ahad, aku akan terpaksa menyusahkan ahli keluarga untuk jaga anak aku pada kedua-dua hari minggu untuk menghadiri kelas. UiTM pula memang paling murah dari segi yuran, tapi jarak dari rumah ke Shah Alam sangat jauh, membuatkan pilihan UiTM agak tidak praktikal untuk aku. UIA pula lagi jauh dan lari budget. Haha

Jadi USIM adalah pilihan paling terbaik untuk aku. Dan memandangkan aku daftar awal dan juga alumni USIM, aku dapat diskaun sebanyak RM200 (diskaun early bird & diskaun alumni). So, jumlah yuran pengajian cuma RM5,950 untuk tempoh setahun. Alhamdulillah. P/s: Thank you Abahku sebab sponsor pengajian niii <3

Subjek Yang Dipelajari Sepanjang Pengajian

Seperti yang dinyatakan pada jadual di atas, tempoh pengajian DIJAP USIM berlangsung selama 1 tahun (2 Semester). Semester 1 berlangsung pada bulan Oktober 2023 hingga Januari 2024, manakala Semester 2 berlangsung pada bulan Februari 2024 hingga Julai 2024. Kelas hari Sabtu sahaja bermula pada pukul 8 pagi hingga 7 petang. Subjek-subjek yang aku belajar sepanjang 2 semester ni adalah seperti berikut:-

Semester 1:
  • Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia
  • Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia
  • Undang-Undang Keterangan Islam di Malaysia
  • Undang-Undang Pentadbiran Harta Islam di Malaysia
  • Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia
  • Bahasa Arab Asas Kehakiman dan Guaman Syarie (boleh drop subjek jika degree dulu belajar Syariah dan sewaktu dengannya)

Semester 2:
  • Acara Mal di Mahkamah Syariah
  • Acara Jenayah di Mahkamah Syariah
  • Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie
  • Kemahiran Rundingcara dan Sulh
  • Kemahiran Penghujahan dan Penghakiman
  • Pengurusan Firma Guaman
  • Latihan Industri  selama 1 bulan (Bulan Mei), berlangsung concurrently with the semester (Boleh mohon pengecualian jika masa degree dulu pernah intern di firma guaman Syariah atau Mahkamah Syariah. Perlu kemukakan dokumen pengesahan internship degree)

Selama dua semester ni, memang aku menghadap hari-hari yang sibuk. Setiap subjek ada banyakkk sangat assignment dan presentation sebab carry mark 60-70%, final exam cuma 30-40% sahaja bergantung kepada subjek.

Kalau perasan, subjek-subjek semester 1 kebanyakannya adalah subjek berbentuk teori jadi banyak belajar tentang konsep, analisis kes dan perbincangan kes. Assignment pun kebanyakkan adalah tentang penulisan kertas kerja mengenai topik-topik yang dipelajari, case presentation and analysis, pembentangan mengenai konsep, dalil dan undang-undang berkaitan. Tenaga pengajar pun kebanyakannya adalah dari kalangan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dan pensyarah-pensyarah jemputan.

Untuk semester 2 pula, kebanyakannya adalah subjek berbentuk praktikal. Jadi kami belajar tentang cara penyediaan kertas kausa, belajar Akta dan Enakmen Syariah negeri-negeri. Tenaga pengajar adalah dari kalangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pegawai Syariah dan practitioner. Assignment dan presentation pun kebanyakannya berbentuk mooting, rundingan di hadapan kelas, ada juga presentation kertas kerja dan case presentation. Kami perlu juga menemu bual beberapa peguam syariah, pegawai sulh untu mendapatkan input. Bagi aku, assignment sem 2 lebih mencabar berbanding semester 1.

Pengalaman Peribadi

Bagi aku, keputusan untuk aku mula belajar semula setelah lama meninggalkan dunia pendidikan tu adalah titik tolak cabaran yang aku sendiri cipta. Al-maklumlah masa degree dulu aku belum berkahwin, belum bekerja. Kali ni, aku dah berkahwin, ada anak seorang dan sudah bekerja sepenuh masa sebagai Peguam. Jadi cabaran memang pada pembahagian masa. Tapi alhamdulillah walaupun assignment banyak dan subjek yang dipelajari juga agak banyak, Allah permudahkan urusan menuntut ilmu tu. Dan pada pendapat aku, pengurusan DIJAP dan tenaga pengajar juga banyak membantu memudahkan urusan kami dalam memberikan ruang dan fleksibiliti, memandangkan semua (atau kebanyakan) pelajar memang sudah bekerja. 

Tak sangka aku skor juga belajar. Sem 1 aku berjaya mendapat GPA 4.0, manakala sem 2 aku peroleh GPA 3.88. Total CGPA aku untuk 2 sem adalah 3.93. Alhamdulillah, ni pointer tertinggi aku pernah dapat berbanding dengan asasi dan degree dulu. Kita ingat bila bertambah komitmen, pembelajaran pun jadi sukar, tapi tak sebenarnya. Mungkin pembelajaran lagi mudah masuk sebab aku pun bekerja dalam bidang guaman. Jadi agak tak sukar untuk kita membaca dan memahami topik serta kes sebab kita dah ada gist tentang perkara tersebut.

Habis final exam sem 2 bulan Ogos 2024, keputusan keluar bulan September 2024, konvokesyen pada awal bulan Disember 2024 di Dewan Tuanku Canselor USIM. Smooth je prosesnya. Tiada bayaran tambahan untuk konvokesyen. Hanya perlu bayar untuk gambar pentas jelah kalau mahu.

Graduan DIJAP 2023/2024 FSU USIM

Sekarang dah pursue jadi Peguam Syarie ke?

Jujurnya aku memang teringin sangat nak jadi peguam syarie. Tapi memandangkan aku pun bekerja di firma yang buat Conveyancing dan Litigation (sivil), aku agak sukar nak pursue jadi peguam syarie sekarang. Mungkin nanti. At least kita dah dapat Diploma Guaman Syarie tu. Nak pursue bila-bila pun tak jadi masalah. Semoga suatu hari nanti dipermudahkan urusan. Aminnn.


Buat mereka yang tengah dalam proses nak pilih untuk sambung post-grad diploma guaman syarie, semoga post ini membantu sedikit sebanyak! Kalau berminat nak daftar course DIJAP ni, boleh rujuk poster ni. Eceh promote macam dibayar je oleh USIM kan. Padahal tak punnn. Saja share pengalaman sahaja








Would you like to comment?