Explore the blog
Thursday, December 25, 2014
Bila orang tanya apa yang kau rasa unik dan best tentang Malaysia? Orang akan jadi macam pelancong. Maksud aku, rakyat Malaysia sendiri akan beritahu jawapan yang klise seperti makanan, tempat-tempat menarik seperti KLCC, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian.. Ada juga yang akan bercerita tentang kepelbagaian kaum dan sebagainya.

Ya, memang diakui itu antara unique features tentang Malaysia. Dialog klise lain, "walaupun kita hidup berbilang kaum, kita masih dan tetap harmoni." Rakyat Malaysia sangat menghormati antara satu sama lain, yada, yada, yada. Aku suka dengan sikap ni.

Tapi, aku perasan.. Yang meng-unik-kan lagi tentang rakyat Malaysia adalah sikap suka membuat telahan sendiri, exaggerate tentang sesuatu perkara dan cepat 'gelabah' dengan isu semasa. Aku tak tahu nak perihalkan bagaimana.. Tapi itu lah realiti Malaysian. Ambil contoh tentang isu sekarang, perihal Banjir besar di Pantai Timur. Aku sangat menyanjungi sikap rakyat yang prihatin. Pelbagai bantuan cuba dihulurkan. Cuma kadang-kadang, sesetengah daripada mereka seolah-olah cuba mengapi-apikan keadaan yang memang dah kritikal.

1) Contoh situasi membuat telahan sendiri:
Ketika orang sibuk bercerita mengenai bantuan, ada yang membangkitkan tentang punca utama banjir adalah disebabkan pihak pembangkang yang memerintah negeri. Ini adalah bala sebab kerajaan negeri tak betul. Dah kenapa kau nak kaitkan sentimen politik dalam urusan ni? Kalau betul lah sebab pembangkang, kenapa Selangor, Penang, Kedah tak dilanda banjir? Kenapa Terengganu, Perak, Pahang yang diperintah kerajaan pun banjir? Aku agak pissed-off dengan mereka yang mengeluarkan 'fatwa' sewenangnya. Nak kata bodoh ke bangang ke aku pun tak tahu, tapi ramai jugak lah warga twitterjaya yang condemn dia. Itu pun dia masih mahu mempertahankan apa yang diperkatakannya.

Padahal, banjir berlaku banyak sebab, Ujian kali ini menimpa Pantai Timur. Tak dinafikan, tiap-tiap tahun Pantai Timur banjir, tapi tak adalah seteruk ini. Aku rasa pihak yang berwajib masih belum mengambil ibrah dengan apa yang berlaku sebelum ni. Sebagai seorang yang bermastautin di Kelantan, aku tahu antara punca banjir adalah kerana tanah rendah dan sistem perparitan yang amat lemah. Nak bangunkan kawasan pun agak-agaklah sistem perparitan dan perancangan bandar tu.


2) Contoh situasi meng-exaggerate cerita:
Yang ni banyak berlaku kepada mereka yang tidak tahu perihal sebenar keadaan. Peranan media sosial -- FB, whatsapp, twitter dan blog yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini. Aku tak salahkan orang yang simply percaya dengan apa yang berlaku sebab mereka pun tak tahu. Mesej pun seperti berantai. Tak tahu dari siapa dan disebarluas tanpa mengambil tahu kesahihan berita.

Disebabkan itu, rakyat jadi buka mata tentang betapa teruknya keadaan yang menimpa. Ada bagusnya apabila berlaku exaggerate macam ni sebab orang jadi buka mata. Cuma apabila terlalu melampau, kadang-kadang ia menekan pihak-pihak tertentu seperti keluarga mangsa banjir itu sendiri. Let's say lah dia tidak berada di negerinya, tetapi disebebkan cerita buruk yang disebarluaskan menyebabkan dia tertekan. Padahal, keadaan di sana masih dapat dikawal.

Contohnya dua gambar di bawah ni:

Media sosial claim ni gambar banjir di Rantau Panjang.
Tapi ada yang mengesahkan ni keadaan di Narathiwat.
Aku pun buntu sebenarnya dekat mana.

Orang hantar kat group whatsapp, ni merupakan situasi di KB sekarang.
Tapi aku lama perhatikan gambar ni. Aku rasa keadaan sekarang bukan macam ni.
Struktur bulatan tu dah berubah.
Then, ada orang sahkan ini merupakan gambar lama.

Dan banyak lagi cerita yang di-share di group whatsapp, seperti; sudah dibuat pengisytiharan darurat sedangkan masih belum. Jalan udara juga sudah terputus padahal tidak. Bandar KB dinaiki air hingga ke paras tinggi walhal hanya 0.2 meter, dan sebagainya.

Bukan tak bagus exaggerate cerita. Bagusnya exaggerate cerita ni sebab dapat mempercepatkan proses penghantaran bantuan dan kecemasan. Sejujurnya, aku kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang sangat-sangat prihatin. Tetapi ada sesetengah kawasan di sana yang masih selamat dan terkawal. Cerita-cerita yang melebih-lebih kadang-kadang akan menekan sesetengah pihak. 

Ambil sahaja contoh Tragedi MH 370 dan MH 17. Pelbagai spekulasi cuba dibangkitkan tanpa pengesahan menyebabkan ada insan yang tertekan. Jadi, kajilah sesuatu perkara sebelum berkongsi. Tanyalah sumber yang sahih.

Itu belum cerita lagi tentang perangai me-mocking atau troll orang. Pagi ni pun dah hangat cerita troll DS Najib sebab pergi main golf waktu-waktu kritikal macam ni. Keh keh keh


Konklusi, uniknya rakyat Malaysia adalah terletak pada keunikan perangai rakyat itu sendiri. Sekian.



P/s: Apa-apa pun, teruskan berdoa dan solat hajat supaya air cepat surut.  


Saturday, December 13, 2014
9.12.2014 
Selasa

Aku tak tahu macam mana nak describe mengenai perjalanan ni. Ikutkan niat hanyalah untuk membuat passport sahaja. Ada beberapa tempat yang dicadangkan untuk membuat passport sama ada di UTC Kajang atau di Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tapi, aku tak tahu di mana UTC di Kajang dan cara nak ke sana menggunakan public transport. Ah senang je sebenarnya. Aku boleh naik KTM sampai ke Kajang, sampai sana naik je lah teksi ke UTC. Mungkin saja-saja mahu rasa adventure, aku pilih untuk ke Putrajaya. Jadi, hari Selasa, mengenangkan kelas pagi dibatalkan, aku memulakan perjalanan pukul 10 pagi.

Satu habit aku, aku tak suka menyusahkan orang. Selagi aku boleh berdiri atas kaki sendiri, mencari jalan dan berdikari, aku rasa better aku buat sendiri. Pukul 10 pagi, aku gerak ke KTM Nilai, beli tiket sehala ke BTS. Sampai ke BTS, aku naik ERL ke Putrajaya. Ya, ini kali pertama aku menaiki ERL sebenarnya. Agak kagum dengan accomodation dalam ERL tu, tapi perjalanan dari ERL BTS ke ERL Putrajaya yang hanyalah satu stesen, tambangnya RM 5.30 sehala, agak mahal juga lah bagi aku.

Ok, sesampai kat stesen ERL Putrajaya, aku buntu. Terlalu banyak bas dan aku tak tahu bas mana yang perlu aku naik sebenarnya untuk ke Jabatan Imigresen. Nasib baik aku ada google search dulu Jabatan Imigresen di Putrajaya. Jadi, aku tanya pakcik bas, bas mana yang akan menuju ke Jabatan Imigresen. Aku rasa aku macam dungu, nerd dan noob gila, tapi tak kisahlah.. Malu bertanya sesat jalan. Pakcik suruh aku tunggu bas di Platform 03 atau 04. Sejujurnya, aku tak berapa mahir naik bas sebenarnya. Aku lagi selesa naik KTM atau LRT atau yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya, kalau sesat, masih ada jalan untuk berpatah balik, tukar platform sahaja dan tak perlu membazir duit nak bayar tambang banyak kali.

Istana Kehakiman
Aku mesti ingat zaman tamhidi & first year tiap kali lalu
Bas di Platform 03 tiba, Aku naik dan bertanya pakcik India tu sama ada bas akan menuju ke Jabatan Imigresen atau tidak. Pakcik mengangguk dan aku bayar tambang. Aku masih kurang jelas sebenarnya dan masih samar-samar waktu naik bas sebab ada orang kata Jabatan Imigresen di Presint 15, tapi aku search, jabatan tu di Presint 3. Tapi lastly, aku ikut je gerak hati dan percaya dengan kata-kata pakcik sahaja,

Sepanjang perjalanan, aku melilau mencari Presint 3 dan memastikan sama ada bas menuju ke tempat yang betul atau tidak. Of course lah betul, cuma aku tak tahu kat mana yang aku perlu turun. Aku tengok penumpang-penumpang dalam bas. Berkira-kira mahu tanya kepada mereka atau beriman pada google search aku sahaja. Aku juga berkira-kira nak pergi depan dan tanya pakcik bas.. Tapi aku memilih untuk diam dan duduk memerhatikan sekeliling. Malu atau ego dengan sikap sendiri, aku tak pasti.

Tak lama lepas tu, aku nampak 'Menara Ikhlas'. Aku ada terbaca sewaktu search yang Jabatan Imigresen ni di dalam Menara Ikhlas. Kira-kira 300 meter terlepas, aku bagitahu pakcik bas yang aku mahu berhenti di Jabatan Imigresen. Alhamdulillah pakcik tu in good mood. Terus diberhentikan bas di tepi jalan dan menyuruh aku berjalan sedikit sebab dah terlepas. Aku memang tak kisah pun berjalan. Lagi jauh dapat berjalan, lagi aku suka. Heh. Amikkau, nak bakar kalori sangat kan.

Sampai-sampai depan Menara Ikhlas, aku tak tahu celah mana yang aku perlu masuk untuk sampai ke Jabatan Imigresen. Aku tanya dekat pakcik pekebun dan pakcik bagitahu arah. Alhamdulillah senang hati bila dah sampai. 'One step closer to make a passport', aku berkata dalam hati. Bila sampai je kat tingkat 3 Jabatan Imigresen, aku dapat tengok betapa ramainya manusia. Hei Nis, kau sampai pukul 12 kot, ada rezeki ke nak buat? Aku dah terfikir dalam hati, tapi aku tetap positif. Bila pergi nak ambil nombor giliran nak buat passport, makcik guard kata nombor dah habis. Allahu.. Hilang arah aku. Terus aku call abah, tanya nak buat kat mana passport.

Pemandangan setentang Menara Ikhlas

Aku masa tu berkira mahu escape ke Alamanda, tak pun IOI Mall.Tapi aku bakal ponteng kelas petang ni dan tujuan utama perjalanan aku adalah untuk buat passport. Totally lost! So, aku ronda-ronda kawasan berdekatan dengan tu. Tengok-tengok baju, tudung, gajet-gajet yang ada dijual. Tak lama lepas tu, abah call. Abah bagi option sama ada ke UTC Kajang atau ke Plaza Rakyat. Aku tanya yang mana senang? Abah kata Plaza Rakyat lagi selamat. Aku sebagai anak yang 'taat' ni pun mengikut je lah.

Cuma masalahnya, macam mana aku nak ke ERL tadi? Bas nombor berapa yang aku kena naik? Ah aku buntu. Lastly, aku nampak ada bas Putrajaya-Kuala Lumpur. Aku tengok destinasi yang dia akan singgah. Salah satunya adalah KTM Serdang. Apa lagi.. Hop in lah aku dalam bas tu. Tambangnya RM 2 sahaja. Dah sampai KTM Serdang, aku beli tiket ke BTS sekali lagi. Selesai solat terus bertolak ke BTS. Dekat BTS, aku beli token LRT ke Plaza Rakyat. Sampai Plaza Rakyat, aku call abah, tanya celah mana bangunan UTC tu. Pendek kata, walaupun abah jauh nun di sana, tapi dia sangat-sangatlah expert area KL ni. Lepas dia bagitahu, menujulah beta ke tempat itu.


Otw to Serdang naik bas. Maaf lah aku jakun naik bas intra-city sendiri


Di LRT BTS. Bukan jakun. Tapi aku rasa sadis tunggu train setengah jam.
LRT mana pernah lambat sebelum ni. Hmm


Bahagian Imigresen di Tingkat 2. Aku naik lif je sebab aku dah malas nak mendaki. Sampai tingkat 2, aku tengok direction Bahagian Imigresen dan terus berjalan ke sana. Then, aku tengok ramai gila manusia. Exaggerate sikit. RAMAI GILA! Aku rasa aku bakal dapat bad luck lagi kali ni tapi aku maintain positif. Terus ke pintu dan tanya pak guard.

"Pakcik, nak buat passport..."

"Maaf dik.. Nombor dah habis.. Datang esok pulak ya.."

"oh.. okay..."

Helpless. Hopeless.

Aku hampir terduduk dan-dan tu jugak. Aku tak tahu nak menyumpah ke nak sedih ke nak react camne time tu. Mata dah start bergenang tapi aku kena maintain emosi. Terus aku cari kerusi sebab nak redakan perasaan. Tapi berapa lama sangat aku boleh tahan keadaan camtu. Menitik jugak lah air mata sekali dua. Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Tak tahu nak pergi ke mana. Dua kelas petang aku ponteng. Berapa ringgit aku habis untuk perjalanan ni dan berapa lama masa aku terbuang untuk perjalanan sejauh ni.

Masa tu aku terfikir, 'hari belum senja, moga ada perkara baik yang Tuhan nak tunjuk..'
Dalam diam, aku cuba jadi sepositif mungkin. Aku cuba cari sebanyak mungkin hikmah perjalanan ni. Tiba-tiba hujan lebat di luar. Aku rasa memang aku bakal stuck je dalam UTC tu. Tak apa lah. Asalkan keadaannya selamat. Aku habiskan masa di situ sahaja. Mujur ada wifi free UTC, boleh lah aku bertwitter, ber-whatsapp untuk seketika. Aku tengok-tengok buku dan pemandangan di KL. Dalam hati terdetik, 'nak ke aku kerja kat KL nanti?' Aku tengok pace nya laju. Semerta aku teringat kenapa abah dan ibu eager sangat nak pindah Kelantan. Faktor kepadatan dan kesibukan adalah antaranya.

Hujan
Gambar diambil dari lif UTC

Lepas solat Asar dan makan, aku berkira untuk bertolak balik ke Nilai. Makan pun seorang, ditemani dengan buku The V oleh Project V. Buku yang menyentuh isu feminism. Memang forever alone lah pendek kata. Tapi aku tak kisah kot. Bukannya ada orang dan memang aku introvert pun sejak dulu. Kadang-kadang perlu juga masa bersendirian, kan?


Ni sum up lunch + dinner aku. Supper pun sekali kot sebab sampai rumah, aku dah tak makan


Aku rasa aku suka interior design food court UTC ni. Cuma banyak sangat sampah

So yep, aku dah makan, dah solat, dah puas melilau kat sana, hujan pun dah reda, aku kira boleh lah aku berangkat pulang. Masa otw ke bangunan sebelah, aku nampak pakcik dan makcik ni. Sebenarnya dari awal aku dah nampak, cuma aku mengejar Jabatan Imigresen. Hala balik aku tak kejar apa-apa. Nak kejar train pun, letih. Aku terpana dari awal bila tengok pasangan ni. Dua-dua ada masalah penglihatan tapi dua-dua kelihatan sangat adorable. Pakcik menyanyi. Makcik sentiasa berada di sampingnya, mendengar. Mungkin makcik jatuh hati kepada pakcik daripada suaranya? Aku meneka je tetapi aku benar-benar terhibur.

:)

Jadi, aku stop dekat laluan untuk snap gambar. Orang mungkin akan kata aku jakun. Tapi peduli apa. Aku rasa momen ni menarik. Mereka seolah berada di dalam dunia sendiri. Terus menyanyi walau tidak tahu entahkan ada atau tidak yang mendengar, entah siapa audiens mereka tetapi mereka tetap melakukannya. Itu yang aku kagum.

Dan menambahkan lagi kekaguman aku, lagu yang didendangkan pakcik sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam kepada mereka yang lalu lalang. Sayangnya, nilainya bukan pada semua. Cintanya utuh buat mereka berdua, terikat dek serasi minatnya dan sokongan bersama.

Tabahnya mereka :')

Aku rasa ini yang aku dapat untuk perjalanan sehari yang aku kira agak memenatkan. Pengajaran dan hikmah yang sukar dicari jika aku berada di dalam kelas sepanjang hari.

Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah pada jam 9 malam.
10 pagi keluar, 9 malam balik. Tak cukup 12 jam lagi tu.

Sekian, kembara sedih 091214



Friday, November 21, 2014
Semenjak masuk sem 5 ni, aku tak lagi menceburkan diri dalam kerja-kerja organisasi, aku rasa aku enjoy jadi freelance lagi daripada sibuk dengan mesyuarat yang berpanjangan, karenah birokrasi yang meletihkan. Setahun bersama organisasi (sekretariat fakulti; Syariah & Law Club dan kelab di bawah kelolaan HEP; Kelab Debat) banyak mengajar aku selok-belok dunia korporat(?) Aku tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang selok-belok dunia ni. Yelah, berdepan dengan karenah birokrasi, organizational behavior dan sebagainya. Tapi aku dapat banyak 'soft skill'. Dan aku mungkin dah pun establish nama aku sebagai 'designer' (kot?) untuk apa-apa program. Orang dah recognize kita sebagai designer pun sebenarnya dah bagi sesuatu yang besar kot bagi aku sebab aku tak pernah rasa aku layak pun dapat gelaran tu. Design pun simple habis, aku nak cakap artwork aku sebagai satu nilai seni pun rasanya banyak lagi yang kena praktis.

Jadi, aku sibukkan diri dengan benda-benda lain. Aku rasa memang aku bukanlah seorang yang boleh duduk diam macam tu je. Selagi aku tak buat sesuatu, aku akan ikut gerak hati dan kadang-kadang memang intuitif aku mampu mengawal otak. Maka terjadilah sesuatu dengan minda separa sedar.

Ambil contoh mudah, projek terbaru kami -- COFFEE TALK oleh #Gengsukakopi

Poster event pertama:
Bedah buku Room to Read
Aku tak adalah menjadi penyumbang secara langsung untuk Gengsukakopi ni. Aku masuk group ni pun lepas puji poster comel yang kawan aku buat (sebelah kanan ni). Asalnya mereka nak buat Diskusi Buku sambil minum-minum kopi. Aku yang sememangnya lapang terus setuju nak join program first diorang (rujuk poster sebelah kanan). 12 November 2014 - Terus CEO (Tyah) create group dekat whatsapp, dikumpulnya potential members untuk sama-sama menjunjung gagasan #gengsukakopi. So, malam tu kitorang bincang through whatsapp je tentang apa sebenarnya #gengsukakopi? apa yang kitorang aim daripada projek ni dan sebagainya. 

Disebabkan malam tu aku gatal tangan dan agak lapang, aku terus buka file photoshop dan mula lah mengedit. Ada lah jugak manfaat setahun aku menjinakkan diri dengan ilmu photoshop. Aku siapkan Logo #Gengsukakopi dan Poster PENGENALAN #Gengsukakopi
Official logo #Gengsukakopi

Poster Pengenalan Gengsukakopi
Poster event kedua:
Bedah Lagu & Puisi Siri 1

Alhamdulillah, diorang terus setuju dengan design logo dan poster pengenalan. Terus dikongsi di media-media sosial -- facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya. Perasaan aku? Walaupun aku sering menganggap hasil seni aku adalah picisan semata, tapi bila tengok orang gembira dan disebar luas hasil seni tu, aku rasa gembira. Tak tahu nak ungkap macam mana. Lebih-lebih lagi bila ada yang memuji. Bagi aku, kerja-kerja designing ni tak sama dengan kerja-kerja penulisan. At least, penulisan, kita tahu siapa penulisnya. Pelukis pun ada watermark pada lukisannya. Tapi kalau kita berbicara perihal graphic designer, jarang orang mahu mengambil tahu siapa designer, unless beliau betul-betul dah established dan orang dapat mengagak siapa designer tersebut. 

Dulu, masa aku masih berada dalam organisasi, aku rasa progres aku untuk menyiapkan satu poster agak lambat. Mungkin sebab aku tiada jiwa menyiapkan, atau manusia dalam organisasi terlalu demand dalam meletakkan nilai seni, atau ilmu aku dalam bidang Photoshop masih dangkal. Tapi bila dibandingkan dengan non-profit organisation, aku rasa lagi senang. Aku mampu siapkan poster dalam hanya beberapa jam. Benda ni seakan sudah jadi passion. Mungkin kerana tiada tekanan, kawan-kawan yang sangat-sangat supportive dan ilmu photoshop juga semakin meningkat. Entahlah. Aku pilih semua jawapan yang aku nyatakan.

Apa-apa pun, aku rasa mungkin juga passion aku dalam buku, kopi dan juga designing menyebabkan aku gembira berada dalam circle ni. Mereka sangat-sangatlah passionate, toleransi, berani dan berkeyakinan. Moga istiqamah kawan-kawan.. Kita bermula mungkin agak senang, Tuhan mempermudahkan jalan untuk kita, tapi aku harap kita sama-sama support each other. Alhamdulillah kita terima positive feedback daripada orang sekeliling, bukan hanya pelajar perempuan dari FSU, malah dari fakulti-fakulti lain, lecturer, para jejaka USIM dan juga orang luar.

Moga kita kekal dengan imej underground dan rare (dibaca tunduk dan rendah hati) ini.


P/s: Banyak lagi upcoming event! Stay tuned with us! :)


Tuesday, November 18, 2014

Among other love stories that have been played in the TV or even in reality,
I would always adore this or any of this kind.




I just love to see how deeply they fall for each other despite the look.

Imperfections --
Never amputate the feelings though.
It somehow creates an ultimate love story.





Wednesday, November 12, 2014




Kadang-kadang, betapa kejamnya mejadi Sang Realis, yang mampu menggoyahkan mimpi Sang Idealis hanya sekelip mata. Kejamnya dia apabila tidak memberi peluang kepada Sang Idealis mengorak angan dan memprovok setiap apa yang difikir Sang Idealis.

Maka, antara angan dan sedar, Sang Idealis mula melupakan mimpi-mimpinya hanya kerana satu kata -- "berpijaklah pada bumi yang nyata, bukan terawang di awangan semata."

Kejamnya Sang Realis -- 
seolah dia tidak pernah punya mimpi. Hidup hanya bersandar realiti.


12112014
0114



Sunday, November 9, 2014

Perasaan yang paling rapuh
-- apabila kau rindu pada yang telah tiada




Disebabkan memori telefon aku hampir penuh, telefon selalu hang, aku decide untuk membuang separuh gambar yang sudah pun dibluetoothkan ke laptop. Memang terlalu banyak gambar untuk seorang pencinta memori seperti aku. Hatta gambar zaman sekolah, tamhidi, awal-awal tahun pengajian degree masih tersimpan rapi di dalam telefon walaupun sudah pun dipindahkan ke laptop. 

Ketika membelek-belek dan memilih gambar untuk dibuang, aku ternampak gambar-gambar kenangan aku bersama arwah Che. Terlalu banyak gambar kenangan. Aku membuka kesemua gambar tersebut. Gambar selfie bersama, gambar ketika hari raya, gambar aku menemaninya ke hospital dan sebagainya. Aku tak dapat menahan sebak. Serta-merta air mata seakan mahu mengalir keluar. Cepat-cepat aku menahan sebak dan bajet cool di hadapan kawan-kawan rumahku.



30072013 | Tangan aku dan tangan Che
Tak mungkin aku lupa tangan tua ini yang berupaya membesarkan anak cucunya dengan tabah hati dan penuh cinta


Tak lama selepas itu, Nani whatsapp aku. Rindu katanya. Sungguh melankolik rasanya. Ketika aku rindukan yang telah tiada, Nani berkata alangkah bagusnya kalau aku berada di sampingnya, duduk bersama, berkongsi cerita bersama-sama. Aku memberitahunya rasa rinduku terhadap Che. Nani berkata instinct kami kuat. Perasaan rindunya menebal terhadapku, mungkin kerana dapat merasai mood aku yang agak melankolik.

Nani berkata, "Hanis.. Mu cucu yang baik... Sedekahkan al-fatihah dan Yassin untuk dia.."

Aku terimbas saat Che menghembuskan nafasnya yang terakhir (23 Jun 2014). Ketika itu, aku sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir sem 4. Sewaktu itu, aku dan budak-budak rumah yang lain baru selesai solat jemaah Maghrib bersama-sama dan berbuka puasa bersama-sama (tu first time kami buat aktiviti macam tu anyway). Telefon aku langsung aku tak sentuh sebab tengah dicas. Tak lama selepas itu, Along telefon, memberitahu berita kematian Che. Aku terkejut, tak mampu berkata apa-apa. Solat isyak dalam keadaan tersedu dan menangis. Sepanjang malam aku menangis. Bukan tak mampu nak menerima berita ini.. Tapi mungkin aku sudah setkan dalam minda yang aku akan menjaganya sepanjang cuti dua bulan. Mungkin juga aku mengenangkan hakikat yang aku tidak mampu memberikannya penghormatan terakhir kerana peperiksaan yang berturut-turut selama 4 hari.

Keluarga-keluargaku yang lain menenangkan aku. Kebanyakannya berkata, "Angah dah banyak jaga Che selama ni.. Banyak dah jasa Angah dekat Che.. Terima kasih Ngah.. Jangan sedih-sedih" Tapi mana mungkin aku tak sedih. Masa yang aku luang bersamanya juga sangat lama. Tidur bersama, menemaninya ke hospital, menyediakan makan, minum, pakai buatnya setiap hari, setiap kali cuti. Sungguh, kehilangan Che merupakan kehilangan yang cukup besar pernah aku rasa. Aku masih rasa yang aku belum serve well untuknya hatta sehingga sekarang. 


That feeling somehow... Fragile


Tetapi, aku bersyukur kerana menjadi orang kepercayaan keluarga untuk menjaganya. Sungguh, itu pengalaman yang tak mungkin aku lupa.. Aku berdoa.. Dengan masa yang masih ada, moga aku dapat menaburkan jasa kepada kedua-dua ibu dan abah..



Moga arwah Che dan semua yang telah tiada tenang di sana.
Al-fatihah..







Saturday, November 8, 2014
Semalam (7 November 2014), berlangsungnya Debat Polisi Universiti buat kali kedua sempena PRK USIM. Kali pertama diadakan pada tahun lepas. InsyaAllah program ini akan menjadi program tahunan setiap kali menjelang PRK USIM. Program ini bertitik tolak daripada usaha SLC lepas (walaupun tahun lepas sumpah kurang gila audiens dan calon MPP yang turun padang dan melibatkan diri). Aku walaupun sudah bersara secara langsung dari SLC, tapi atas sebab teknikal, SLC baru menyatakan hajat dan meminta aku untuk memberi sumbangan dari segi poster hebahan. Maka, jadilah poster simple yang dihebahkan di FB dan hard copy poster yang diedarkan sekitar fakulti. Simple simple pun, aku rasa satu kepuasan. Mungkin sebab ni merupakan Debat Polisi Universiti Kedua dan aku dapat nilai perkembangan artwork setelah setahun.

Kiri: Poster pertama ever yang pernah aku hasilkan menggunakan Photoshop (masa ni tak reti LANGSUNG ilmu Ps)
Kanan: Perkembangan setelah setahun bersama SLC (gitu testimoni) Still banyak ilmu yang kena godek ni.

Ok, main focus adalah tentang debat polisi. Tentang poster nanti lah aku cerita di lain post. Gaya macam hebat sangat je nak claim-claim poster ni. Heh. Mohon jangan bash gua. Hewhew.

Debat Polisi semalam membawakan 3 agenda (seperti yang tertera di poster sebelah kanan). Pada pendapat aku, tajuk-tajuk yang dicadangkan itu adalah quite controversy. Seperti yang pelajar sedia maklum, banyak benda yang berlaku pada sesi lepas (sesi 2013/2014). Antara isu yang dibangkitkan oleh pelajar supaya MPP membawakan kepada pihak atasan adalah seperti berikut:
  • Isu 'kecurian' yang dilakukan oleh pihak Bendahari USIM berkenaan yuran pelajar (tanpa dimaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu)
  • Isu yuran LSP yang timbul secara tiba-tiba. Para pelajar selama ini dimaklumkan program yang dianjurkan selama 3 sesi adalah free of charge, tetapi tiba-tiba timbul kecuaian daripada pihak Bendahari sehingga pelajar menjadi mangsa keadaan dan perlu membayar sejumlah amount kepada pihak Bendahari.
  • Isu bas. Tentang schedule perjalanan bas setiap hari dan kemucak apabila berlaku insiden bas terbabas pada 28 September 2014 di sekitar Ulu Yam berpunca daripada penyelenggaraan bas yang tidak berkala.
  • dan pelbagai lagi isu yang diketengahkan
Disebabkan isu-isu yang disebut di atas, maka pelajar mempersoalkan peranan MPP yang sepatutnya mendokong harapan pelajar, telah tersimpang. Maka, sesetengah pelajar mengambil jalan mudah dengan memboikot Pilihan Raya Kampus pada kali ini. Jadi, pendekatan yang dilakukan oleh SLC adalah dengan mengetengahkan calon-calon umum MPP untuk membuka mulut dan memberi respon terhadap tajuk-tajuk yang dicadangkan dan memberi peluang kepada audiens untuk menilai sama ada pandangan mereka berunsur realistik atau retorik semata.

#1. PRK 2014 - Hambar: Peranan MPP Malap?

Untuk sesi ini, moderator, Saudara Syamil memanggil semua calon umum (yang dapat menghadirkan diri) supaya memberikan pandangan mereka berkenaan peranan MPP malap ataupun tidak. Pada pendapat aku, calon-calon tidak menjawab isu ini seperti yang diharapkan. Sebahagian mereka menjawab hambar kerana beberapa faktor teknikal seperti:
  • Para pelajar tidak cakna tentang tarikh-tarikh seputar PRK (tarikh pendaftaran calon, penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi)
  • Masalah publisiti yang kurang berkenaan PRK kali ini
  • Masalah teknikal berkenaan tempoh berkempen. Sangat singkat sehingga menyukarkan mereka untuk mempromosikan diri dan sebagainya.
Dan ada juga sebahagian daripada calon yang menjawab, PRK kali ini tidak hambar disebabkan:
  • Ramai calon yang bertanding. Pada awalnya, hanya 10 calon umum yang mendaftarkan diri. Tetapi pada waktu-waktu akhir hari pendaftaran calon, seramai 13 calon umum yang telah mendaftarkan diri.
  • Malam penamaan calon menyaksikan DKP 3 penuh dengan audiens yang hadir bagi menyaksikan calon-calon yang bertanding memberi pidato dan memperkenalkan diri
  • Debat Polisi Universiti pada malam tadi juga mendapat sambutan yang menggalakkan -- tanda mahasiswa cakna dan memberi sokongan kepada calon-calon MPP.
Sedangkan, isu yang diketengahkan adalah berkenaan Peranan MPP sendiri. Untuk apakah MPP? Mengapa perlu ada MPP di setiap universti? Adakah MPP mampu untuk membawa suara pelajar atau hanya bekerja bagi pihak HEP? Tetapi hanya segelintir daripada mereka yang betul-betul menjawab persoalan ini.


#2. MPP: Jalan Konfrontasi atau Jalan Diplomasi?

Sesi ini agak kontroversi disebabkan tajuknya yang agak provokatif. Saudara Alim sebagai moderator memberikan analogi yang cukup menarik sebagai intro dan warm up berkenaan tajuk. Beliau berkata, "jalan konfrontasi umpama highway. Ekspres dan laju, kadang-kadang sahaja perlu berhenti di tol, manakala jalan diplomasi adalah seperti jalan lama. Banyak kereta dan kadang-kadang lori sehingga menyebabkan perjalanan menjadi perlahan.."

Aku kira saudara dan saudari panel telah mengambil jalan yang selamat. Kebanyakan mereka menyokong untuk memilih jalan diplomasi tetapi harus disertakan dengan desakan. Pelajar juga haruslah bersama-sama mereka untuk mendokong hasrat tersebut. Ada juga calon yang mempersoalkan, "sekiranya jalan konfrontasi yang dipilih, siapa sanggup untuk dibuang universiti bersama-sama?" Pertanyaan tersebut, pada hemat aku menampakkan jalan konfrontasi adalah satu dosa dan salah sama sekali sehingga boleh mengakibatkan pelajar dibuang. Betul kah?

Suasana debat dipanaskan lagi dengan seorang audien (Saudara Mustaqim) yang bangkit memberikan respon tentang maksud jalan konfrontasi adalah antara jalan penyelesaian yang bagus. Jalan diplomasi sudah lagi tidak mampu menyelesaikan masalah. Pendahuluan kepada soalan beliau yang panjang menyebabkan para panel seolah terprovok dan membuka mata mereka bahawa realiti tiadalah seindah fantasi. Aku suka soalan tu by the way.

Apa-apa pun, aku juga menyokong pandangan mereka tentang jalan diplomasi yang harus diutamakan terlebih dahulu sebelum dipanjangkan kepada jalan konfrontasi menilai kepada mudarat-mudarat yang mungkin berlaku.

#3. Intelektualisme/Aktivisme: Mana Patut Datang Dahulu?
Sesi yang dikendalikan oleh Saudara Kamil ini sedikit hambar. Pada pendapat aku, tajuk sudah agak menarik, namun mungkin disebabkan oleh faktor masa (ramai orang beransur pulang) dan juga jawapan para panel yang agak direct kurang memberansangkan kami. Kedua-dua calon MPP menyokong kepada intelektualisme harus datang dahulu sebelum aktivisme walaupun kedua-duanya adalah penting. Mungkin jawapan kepada pendefinisian harus dipertajamkan supaya kami yakin. Jawapan seperti "IQRA'" merupakan wahyu pertama sememangnya betul, tetapi hujah yang kurang menjadikan suasana agak kurang menarik.

Konklusi daripada Saudara Kamil bagi aku agak menarik. Beliau menyatakan, "ilmu itu umpama batang pokok, manakala dahan, ranting, daun dan buah adalah umpama aktivisme. Sekiranya aktivisme yang dititikberatkan tanpa ilmu, tiada apalah seseorang manusia itu.."

_________________

Konklusi keseluruhan yang aku dapat semalam adalah:
  • Mungkin sesetengah calon pandai berkata-kata, tetapi ada juga yang kurang menyerlah pada medan ini. Aku tidak mempersalahkan calon sekiranya mereka tidak dapat berpidato secara lantang kerana hakikat manusia itu berbeza. Mungkin skill itu akan dapat diasah dari semasa ke semasa.
  • Setiap calon harus mempersediakan diri mereka dengan isu-isu semasa dan cakna tentang apa yang berlaku.
  • Berkata-kata manis seperti yang dicanang orang pada malam penamaan calon dan malam perdebatan haruslah dibuktikan sekiranya mendapat amanat menjadi MPP kelak. Kebanyakan audiens memberikan harapan yang tinggi terhadap mereka dengan memperkatakan, "MPP adalah untuk pelajar, yang membawa isu pelajar, bukannya hanya bekerja untuk HEP"
  • MPP perlu matang dalam menangani kritikan pelajar. Tidak semestinya dikritik bermakna dibenci. Tidak perlu menjadi dismisif terhadap sesetengah isu tetapi mestilah bersikap terbuka.
  • MPP perlu menjawab persoalan pelajar berdasarkan fakta dan seharusnya bersikap realistik, bukan hanya retorik semata. Aku perasan autoriti ayat Quran dan hadis disertakan di dalam jawapan sahaja tidak cukup untuk meyakinkan para pelajar yang lain sekiranya tidak berlandaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Dan aku rasa perlu digariskan sedikit penambahbaikan untuk pihak penganjur supaya debat ini akan lebih efisien pada masa akan datang. Pada pandangan aku, tiga topik untuk didiskusikan pada satu malam adalah terlalu banyak. Masa terhad yang diberikan untuk calon menjawab isu juga amat suntuk lantas menyebabkan ada perkara yang tertinggal dan persoalan isu tersebut tidak ditackle dengan jayanya.. Sekiranya perlu, jemput juga para calon MPP Fakulti untuk turun padang bagi memeriahkan acara ini. Moderator-moderator yang mengendalikan pada pendapat aku sudah berjaya kerana berjaya menimbulkan suasana provokasi dan membuka mata para calon dan audiens. Apa-apa pun, tahniah dan kudos kepada penganjur kerana penganjuran yang bersahaja dan selesa! Moga event seperti ini diteruskan lagi pada lain masa. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon yang turun dan melibatkan diri anda dalam Debat Polisi Universiti ini!

Selamat maju jaya kepada para calon yang bertanding!
Selamat mengundi buat semua warga pelajar USIM!




P/s: Penulisan adalah pandangan picisan peribadi penulis. Terbuka kepada kritikan. Moga tidak menjadi isu yang havoc. Tiada tujuan mencaci pihak atasan USIM mahupun MPP, tetapi sekadar menyatakan senario yang berlaku di kampus. Kalau mahu consider aku keyboard warrior, pandai mengkrtik tapi tak mampu nak masuk bertanding, anggaplah jiwa aku kecil..



Wednesday, November 5, 2014
96 friend request di Facebook buat masa ini. Tak rasa mahu approve siapa-siapa.

Tapi, satu hari aku terpandang tab 'other' di bahagian mesej facebook. Ada menunjukkan satu (1) mesej daripada seseorang yang belum menjadi kawan aku di FB. Bila buka tab tersebut, aku tidak cam siapa pengirimnya itu. Tapi aku tersenyum akhirnya. Cepat-cepat aku approve request dia. Mesej tersebut bertulis begini... 



What can I say? Aku terharu. Sangat terharu. 
Rasa keikhlasan terpancar pada kalimahnya.

Ainaa ni berumur 9 tahun. Bukanlah daripada kalangan ahli keluargaku. Merupakan anak keempat daripada 6 beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Aku rasa aku harus hafal semua adik-beradiknya kerana bagi aku mereka sangat istimewa. Mereka merupakan anak yatim. Ibu mereka meninggal seawal si bongsu (Iki) berusia 2 bulan kerana penyakit kanser.

Aku baru sahaja mengenali mereka sewaktu cuti panjang semester 4. Ayahnya memberitahu ibuku perihal anak-anak perempuannya (Ainaa dan Wawa), tentang pelajaran mereka, pakaian mereka (waktu tu hampir tiba hari raya) dan sebagainya. Ibu jawab, "Boleh lah Acik (panggilan kami buat ayah mereka) hantar Ainaa dan Wawa kat sini. Lagipun Angah ada je sepanjang cuti ni.. Dia cuti sampai bulan 9.. Rasa Ainaa dan Wawa mesti suka. Angah pun senang rapat dengan budak.."

Aku yang mendengar perbualan tersebut terkesima. So, jadi babysitter kah aku? Aku tak kisah. Tapi penat sikit lah dengan bermacam-macam kerja rumah yang kena buat.

Jadi suatu hari, Uncle Cik datang bersama Ainaa, Wawa, A'ie dan Iki. Masa tu baru aku berkenalan dengan mereka. Petang itu juga, Uncle Cik tinggalkan Ainaa dan Wawa di rumah kami. Ibu mengajak aku menjadi driver dan kami pusing satu KB untuk memborong tudung raya. Aku dah dapat budak memang main tak ingat dunia lah. Daripada sepatutnya cari tudung, jadi main sorok-sorok dengan si Wawa (5 tahun) dalam kedai. Ainaa relaks dan cool sahaja gayanya. Mungkin kerana personalitinya sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga walaupun baru sahaja berumur 9 tahun. 


19 Julai 2014| Kedai Tudung


Dipendekkan cerita, selesai membeli, kami pulang ke rumah aku dan menunggu beberapa jam sebelum ayah mereka datang menjemput. Aku biarkan sahaja laptop aku menjadi mainan mereka. Apa yang memberi kesan kepada aku apabila mereka menyanyi lagu 'Arjuna Beta - Fynn Jamal' yang mana lagu itu menceritakan tentang harapan seorang ibu kepada anaknya. Tetapi untuk situasi ini.. Aku sebak. Ibu mereka sudah meninggal, mereka menyanyikan lagu tersebut dengan ceria. Ah, budak.. Masih terlalu muda untuk memahami dan mendalami makna lagu. Tapi, aku bahagia melihat mereka begini.

Sudahnya, mereka tertidur di bilik aku sebelum ayah mereka menjemput mereka. Terasa berat hati untuk melepaskan sebab sudah separuh hari bersama. Betapa pertemuan yang tidak sampai sehari itu menjadikan mereka manusia yang ceria dan moga mereka akan terus-terusan begini selamanya.

Kak Ngah rindu kamu juga, Ainaa dan Wawa! Nanti kak ngah balik kita main sama-sama :)



Red Tulips



Small thing makes a huge pleasure
-- to those who know how to appreciate


:)
Sunday, October 26, 2014
Terlalu banyak benda berlaku sampai tak mampu teringat, tak mampu tertaip apatah lagi terkenang. Saban waktu, aku kerap mengunjungi blog untuk mencurahkan sisa-sisa perasaan dan pemikiran, tetapi sudahnya aku hanya tinggalkan draf yang tidak berkesudahan.

Mungkin makin lama, pendam lagi bagus?
Atau skil penulisan aku sudah pun kelaut?
Atau bilangan pengunjung yang sudah tiada? 
(ah, aku tak kisah.. aku lagi suka begini sebenarnya. Tak perlu tulis to impress)
Atau aku malas? 
(Last punya alasan paling prevail!)

Apa-apa pun.. Cerita 26 Oktober 2014, Jam 0030 di KLIA



Semalam, alhamdulillah, rombongan haji KT 40 selamat tiba di KLIA. Aku antara khalayak yang berada di depan, dengan tenang dan sabar menanti ketibaan ibu dan abah. Sementara menanti, aku memerhatikan gelagat mereka yang sudah tiba. Hati kecil aku bertanya, "kenapa mesti nangis tiap kali rombongan haji sampai?" dan aku terus memerhati dan menanti kemunculan dua sosok yang aku rindui. Soalan itu terjawab sehinggalah hampir sejam aku menanti. Betapa tak terkata hati saat melihat kedua-dua manusia yang aku rindui itu. Ya, itulah jawapannya -- rindu

Aku bawa bersama album gambar untuk dihadiahkan kepada bibik. Aku suakan kepada abah. Abah membaca nota kecil yang aku sertakan di dalam album. Abah betul-betul menghayati penulisan ringkas aku. Seketika, dia memandang mataku dan berkata, "antara lima orang anak abah, kakak je yang menulis. Betul-betul anak abah.." Abah terlalu suka apabila aku menulis. Saat itu, aku rasa keikhlasan pada bait katanya, sebak terasa. Betapa aku rasa aku sudah tidak terlalu rapat dengan beliau sejak membesar. Padahal, mereka kata, muka aku lebih mirip kepada beliau. Sifat-sifat aku juga agak mirip dengan beliau. Pendek kata, apa yang mereka lihat pada aku, mengingatkan mereka tentang abah.

Berbalik kepada niat asal aku berblogspot adalah untuk mengumpul cebisan penulisan picisan yang aku sendiri akan baca kelak. Aku akan terus menulis walau tiada yang membaca sebab pokoknya aku menulis untuk aku -- metamorfosis hidup aku.


Wednesday, September 24, 2014
Let us alone swimming in the ocean,
with the big wave lashing all over us --
drowning over the body deep deep down,
crashing all the hopes, enclosed by the fear..

Possibly none will rescue us, we thought..

Till the very end of day,
Let alone died with the paralyzing fear of being disdained

If only we knew, there are people that would always stand with us.
If only we realized there are few.

24092014,
Desa Anggerik, Nilai







Thursday, September 11, 2014
11 September 2014

Sepatutnya hari ni adik-adik UPSR sudah pun merdeka, tidak payah dihantui dengan jembalang peperiksaan lagi. Tapi ternyata, sikap segelintir orang yang tidak bertanggungjawab, tidak telus bekerja membocorkan soalan, memang satu kenyataan yang tidak boleh diterima.

Tapi aku sedikit pun tak hairan bila dapat tahu berita soalan-soalan bocor. Aku dengan rasa rendah diri rasa, patut hapuskan sahaja peperiksaan yang besar-besar ni. Saban tahun dengar soalan bocor, apa kes?

Sudahlah Malaysia dimomokkan dengan negara yang agak kurang dari segi pendidikan. Terlalu exam-oriented. Peperiksaan demi peperiksaan perlu diambil untuk melayakkan pelajar pergi ke peringkat-peringkat seterusnya. Ya, tak dapat dinafikan, acuan ini telah lama. Sistem pendidikan yang menyimpang dari tujuan sebenar -- seharusnya memberi pemahaman dan menjadikan pelajar menuntut ilmu secara holistik, tetapi disudahi dengan pelajar hanya diajar untuk menjawab soalan demi soalan, tanpa pemahaman yang jitu. Pendek kata, sistem pendidikan yang hanya memberikan mereka pendedahan untuk menghafal teknik menjawab soalan dengan berkesan semata demi memberikan kepuasan A kepada mereka, sedang mereka tidak memahami.

Seterusnya, sesiapa yang mendapat bilangan A yang banyak akan menjanjikan sekolah yang cemerlang, guru yang bagus dan persekitaran yang selesa. Sayangnya bila kepandaian seseorang diukur berdasarkan bilangan A semata.

Bayangkan seorang pelajar lepasan UPSR yang mendapat 4A 1B. Oleh kerana 1B yang diperolehinya, dia dimarahi dan dibebelkan oleh ibu bapa lantaran tidak pandai seperti anak orang lain. Oh shit. Kenapa masyarakat telah mendoktrinisasikan pelajar seawal usia 12 tahun, bahawa mereka itu pemalas dan tidak pandai seperti anak orang lain hanya kerana 1B? Sepandai-pandai anak orang lain yang memperolehi semua A dalam peperiksaan, tetapi jika mereka terlebih dahulu mendapat soalan bocor, apa nilainya? Soalan bocor sebijik-sebijik. Come on lah. Matlamat sebenar nak serve pendidikan atau hanya menjanjikan nilai A yang banyak?

Ok, aku tak boleh pukul rata dengan mengatakan mereka yang dapat 5A hasil soalan bocor dan mereka yang memperoleh 4A adalah hasil usaha mereka. Poinnya di sini adalah ketidaktelusan mereka-mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ni. Dan poin kedua adalah berkenaan penyimpangan matlamat pendidikan di Malaysia.

Bila semua perkara mahu dimudahkan, bukan kau yang susah. Aku bet adik-adik UPSR ni dah pun dapat tekanan mental yang hebat. Dahsyat! Tahniah!

Andai kata ini seditious, terpulang pada pengamatan. Kata rakyat Malaysia ada freedom of speech?
Wednesday, August 20, 2014

Gambar hiasan

Ibu boleh dikatakan sebagai angel bagi aku. Tak pernah lokek nak tolong orang walaupun diri dalam kesusahan. Walau ada sahaja keluhan yang akan keluar daripada mulutnya, tapi hanya kami sahaja yang tahu. 

Aku tahu ini mungkin sikap biasa. Tolong orang itu perkara biasa. Menderma, senyum dan sebagainya. Tapi, tak semua boleh buat benda tu seikhlas hati. Ambil contoh aku lah. Mungkin aku boleh memaniskan muka semanis-manisnya bila orang minta tolong, tapi jauh di sudut hati, aku menyinga. Kadang-kadang tersembul keluar juga sikap 'menyinga' tu. Tarik muka, senyap dan tak senyum.

Tapi ibu, walau aku tak tahu sedalam mana tahap keikhlasannya, aku dapat baca daripada reaksi orang. Orang amat menyenangi dia. Lihat sahaja baru-baru ini. Dia dimasukkan ke dalam hospital kerana denggi. Agak lama durasinya (9 Ogos 2014 - 17 Ogos 2014). Dalam tempoh tersebut, 4 hari dia di ICU. Bagi aku, tu antara kesedihan terbesar bila melihat seorang angel jatuh sakit.

Ramai sangat kawan-kawannya datang menziarah. Tak kurang juga keluarga-keluarga yang lain. Aku terharu dengan sokongan mereka. Padahal, ada yang jauh di KL sana, sanggup meredah perjalanan jauh untuk bagi sokongan.Tabahnya ibu dalam kesakitan pun, masih mampu melayan mereka. Saat tu, aku terfikir. "Apa sebenarnya yang istimewa tentang ibu, sampaikan sokongan maha dahsyat? Kalau aku yang berada di posisi dia, ada ke orang nak ziarah aku sampai macam tu?" 

Jadi, aku buat penaakulan sendiri. Ibu sangat pemurah. Jarang ditinggalnya solat dhuha. Apa yang termampu, diberinya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Ibu selalu pesan:
"Duit yang kita sedekah tu lah sebenarnya duit kita. Duit yang kita ada sekarang ni tak semestinya duit kita. Kita guna, belanja untuk diri. Sudahnya labur macam tu je.."
"Jangan tarik muka kalau tetamu datang. Tetamu datang ni bawa berkat. Susah macam mana pun kita, raikan mereka.." 
"Biasa-biasakan diri solat dhuha. Buka pintu rezeki. Rezeki yang datang tak semestinya dalam bentuk duit atau hadiah. Boleh jadi kesenangan dalam urusan dan kesihatan.."
Aku teringat satu situasi semasa bulan puasa. Masa tu, aku yang merangkap driver dan peneman shopping ibu ke mana-mana, memang masak benar dengan perangainya yang suka berbelanja untuk keluarganya (dibaca suami, anak-anak, ibu mertua dan anak saudaranya). Singgah di kedai yang menjual baju melayu, ibu dan aku memilih baju melayu untuk abah, along, Amir dan Amin. Tak lama selepas itu, ada seorang kanak-kanak lingkungan tujuh tahun masuk ke kedai. Serta-merta ibu menyuruh aku mencari baju melayu untuk Syakir dan Iwan. Dua-dua kanak-kanak ni merupakan anak kepada pasangan yang kami kenal masa Amin di wad 2 tahun lepas. Keluarganya tidaklah tergolong dalam kalangan berada. Jadi, ibu terus buat keputusan nak belikan sepasang baju melayu buat mereka berdua.

Selesai urusan, kami pulang ke rumah. Ternampak sebuah kereta dekat kawasan rumah. Aku tak kenal makcik dan pakcik tu tapi dia seolah mencari seseorang. Rupa-rupanya mereka adalah kawan abah. Datang ke rumah dengan tujuan memberikan sebuah hamper. Terkejut. Hamper besar. Mungkin nilainya mampu menjangkau RM100++ bila melihat kepada makanan dan minuman dalam balutan yang besar itu.

Rezeki Allah, siapa yang duga? On the spot Allah balas.

Monday, August 18, 2014
Aku rasa sejak membesar ni, banyak masa aku spend dengan ibu. Walhal, masa kecil, aku amat-amatlah anak abah. Sampaikan abah pernah cerita yang aku masa kecil, taknak duduk belakang atau atas riba ibu. Nak duduk kat abah je even abah tengah drive masa tu. So, waktu spend masa dengan ibu, banyak benda yang kitorang kongsi. Jadi, aku rasa nak tulis 'Pesan Ibu' ni ikut topik. 'Pesan Abah' pun ada jugak, tapi episod dia maybe tak sebanyak pesan ibu.



Perihal memasak.


Aku dah diajar untuk masuk ke dapur seawal masuk usia belasan tahun. Malaslah macam mana sekalipun, ibu akan paksa juga aku duduk kat dapur. Tolong kopek bawang, potong cili, kentang dan sebagainya. Dah besar sikit, ibu ajar cara nak siang ayam, ikan, udang, sotong & etc. Tipulah kalau aku ni redha orangnya. Senang je nak tolong ibu dengan muka yang senang hati. Jiwa mana yang tak memberontak. Muda-muda lagi dah kena masuk dapur. Menyumpah tu memang ada. Tarik muka pun wajib. Aku tengah syok-syok layan facebook, twitter, tengok tv, ada jeee benda ibu suruh. Kadang-kadang cemburu bila melihat rakan seusia boleh luang banyak masa depan laptop atau buat apa-apa yang diorang suka tanpa perlu masuk ke dapur. Masuk pun untuk makan je.

Tapi, aku sedar bila berlaku satu insiden.

Insiden tu menyebabkan aku sedar peri pentingnya kewujudan aku sebagai anak dekat rumah. Betapa pentingnya pergaulan 'parents-children' kat rumah. Betapa sucknya bila masa sering dihabiskan depan laptop atau telefon sebab nak menghadap social networking. Insiden tu menyebabkan ibu terasa dengan aku sampai petala kelapan. Hanya kerana sehelai kain yang aku gosok terbakar sedikit di bahagian hujungnya.

Sejak itu aku faham erti mengdevotekan diri untuk keluarga. 

Aku belajar yang memasak juga merupakan salah satu devotion. Kalau itu yang membuatkan mereka bahagia, aku harus belajar. Maklum pula, aku anak perempuan sulung dalam keluarga. Cuti-cuti sem seterusnya, aku tak lagi spend masa berjam-jam depan laptop. Sampaikan tengok laptop pun aku dah jelak. Cukuplah berbulan-bulan aku menghadap laptop untuk menyiapkan tugasan assignment dan bikin poster.

Cuti sem sekarang menjadi eksperimen untuk aku buat cubaan memasak. (kat Uni, almost takde masa nak masak, sibuk dengan macam-macam benda) Alhamdulillah, nak kata expert gila-gila tu takdelah. Cuma kalau nak masak tu, bahan-bahan dan cara-cara nak masak semua dalam kepala.

Ibu pun selalu kata, 
"kalau anak ibu pandai masak, takdelah ibu malu nak lepas anak ibu dekat mertua.. jatuh saham ibu dengan biras ibu kalau anak ibu tak reti memasak.."

Poinnya bukan sebab memasak untuk bakal mertua ke apa. Bagi aku, tu benda sampingan dan bonus kalau seseorang pandai memasak. Kadang-kadang ibu panggil aku ke dapur bukan untuk tujuan nak suruh tolong, tetapi hanya sebagai peneman. Poin penting di sini, banyak perkara dan falsafah yang bakal kita belajar bila berada di dapur. Oleh kerana sang ibu yang sinonimnya berada di dapur, kita bakal belajar tentang resipi, soft skill (cara-cara memotong dan menyiang dengan betul), fatamorgana kehidupan dan perkongsian pandangan dengannya.

So, rajin-rajinkanlah diri masuk dapur bagi yang perempuan ni. Tak rugi.



P/s: Peh. Ni bukan nak naikkan saham diri ke apa. Just untuk catatan peringatan buat diri kala lupa.


Sunday, April 13, 2014
Petik kata member aku: Ada mood, takde idea. Ada idea, takde masa. Ada masa, takde mood. Tu lah hidup blogger. Aku pun tak declare dah diri aku as blogger kot. Last sem, satu entri je up. Sem ni pun last sekali bulan Januari. Malas. Tu je sebenarnya. Lol.

Mungkin agak lapuk. Benda ni aku dah lama nak tulis since the day MH 370 found missing. Tapi aku tunggu sampai ke usaha penemuan. Hampa. Hari tu balik rumah naik flight pun, ada je fikiran buruk menerjah akal. Macam mana kalau jadi macam tragedi MH 370. Aku imagine kalau aku one of the passenger dalam flight tu. Thrilling. Aku bukanlah fobia, tapi mungkin jadi habit (yang tak berapa elok sebenarnya) fikir benda bukan-bukan. Contoh kalau tengah drive or ride, ada je fikir, macam mana kalau aku accident nanti. Lepas tu meremang satu badan. Nauzubillah.

Cakap-cakap mengenai MH 370 pun dah makin kurang. Kiranya macam fasa move on lah. But then, sukar kot nak move on dari benda yang tak nampak depan mata. Menghilang entah ke mana. Oh ye, aku bukan nak tulis pasal teori penemuan, teori hilang bagai. Cuma bila berbicara soal tragedi ni, aku teringat satu movie yang pernah aku tengok -- Europa Report. Nah, tengok trailer dulu.




Aku sejujurnya susah nak layan Sci-Fi movie, nak-nak cerita ni dibuat dalam bentuk dokumentari. Tapi entah macam mana aku boleh tergam/terglu dekat kerusi sampai cerita ni habis. Dan storyline dia sangat slow. Nak sampai kat part klimaks tu aku macam nak tekan channel lain. (oh ye, aku bukan nak buat movie review) Mungkin agak cliche bagi cerita Hollywood bila diorang buat filem kat Space semua, tapi aku rasa cerita ni smart sebab ending dia yang berjaya buatkan aku terleleh. Heh, definisi smart kalau aku leleh? LOL

Plot klimaks start bila tiba-tiba alat komunikasi space shuttle dengan centre kat bumi terputus. Orang-orang dekat bumi semua tak dapat trace apa yang berlaku dekat para angkasawan (enam orang semuanya) dalam Europa One (nama spaceship).  Angkasawan enam orang ni sebenarnya dalam misi mengkaji hidupan dekat planet Jupiter. Then, the plot got tense bila salah sorang angkasawan nak betulkan wayar komunikasi untuk membolehkan sistem komunikasi dengan bumi. Tapi misi dia gagal & angkasawan tu tak boleh masuk kapal sebab terkena asid angkasa. Kalau dia masuk, dia akan harm other astronauts, so, dia  korbankan diri dia -- terapung-apung di angkasa in the middle of nowhere. 

Part-part lepas tu pun agak menyedihkan. Boleh tengok sendiri movie ni atau baca kat Wikipedia -- Europa Report

Aku bukan nak samakan tragedi MH 370 dengan cerita Europa Report, tapi cerita ni somehow macam relate dengan insiden kehilangan MH 370. Dalam cerita tu, dia ada highlight macam mana watak-watak tu rasa bila berjauhan dengan orang yang tersayang. Diorang tension gila dengan ketidakboleh komunikasi dengan orang bumi. How would they life be kalau diorang tak dapat balik bumi? Which in the end semua mati kat angkasa. Cerita ni juga conveyed a message, kuasa Tuhan memang tiada tandingannya. Kita manusia memang susah nak expect and treasure apa yang berlaku. Somewhat, part tu sangat buat aku touching. Noted that, aku tengok cerita ni before insiden. So, cerita ni membuatkan perasaan simpati makin menebal untuk mangsa tragedi. 

Last but not least, keep on praying.




Monday, January 27, 2014
Insiden di Hospital USM, Kubang Kerian.

Sewaktu menunggu ketibaan abang aku untuk menjemput aku dengan nenek aku di sana semalam, aku terhibur melihat keletah dua orang kanak-kanak. Berbasa-basi, aku pun menghulurkan tangan, tanda salam. Sambil mulut mengungkapkan "Salam..."

Budak dua orang tu menyambut salamku. Aku meramahkan lagi bertanya, "nama apa dik, umur berapa?"

"Tengku Fasihah Aqilah.. Adik nama Amanda" Memang kebiasaan budak akan menjawab nama panjang bila ditanya. Tapi nama yang sorang lagi, pendek pun takpe. 

"Panjangnya nama.. Nak panggil apa?" Tapi, dia still menyebut nama panjangnya. Aku tergelak sendiri. "Umur berapa dik?" Tanyaku lagi

"Umur lima tahun, adik umur.. emm.. lima..." 

"Aik, lima jugak?" Obviously budak-budak memang akan tahu lebih pasal diri mereka.

"Akak umur berapa?" Tanyanya sambil tangan mula menyentuh headphone yang aku pakai

"Teka.." 

"Em.. Enam tahun?"

LOL. Memang jauh sangat tu enam tahun. Aku yang menjangkau usia awal 20-an ni tergelak sendiri. Dia memandangku tanpa memahami. Tersengih. Mungkin dia merasakan telahannya benar. Aku membetulkan jawapan, memberitahu usia sebenarku. Somehow, aku rasa sangat tua. Mungkin aku dulu pun begitu. Innocent.

Dia membilang jarinya. Memang umur akak sudah tidak cukup jari pun dik. Setelah itu, dia mula belajar membilang dan menyuruhku meneka. Permainan budak kecil sememangnya sangat mudah. Tak perlu sesuatu yang kritikal. Cukup jika dia merasakan kasih sayang sewaktu berada dalam dunianya..

Tiba-tiba telefonku berdering. Panggilan daripada abangku. Dia sudah sampai, dan aku terfikir, bagaimana seharusnya aku mengucapkan selamat tinggal untuk pertemuan sementara dengan si cilik ini. Dia memandangku, seolah memahami.

"Em, dik.. Akak kena balik dulu..." Ucapku perlahan.

"Alaa.. akak nak pergi mana?" Matanya memang tepat memandangku

"Akak kena balik rumah sebab abang akak dah sampai" Sambil mengemas-ngemas beg tangan.

"Oh, ok.. Nak sayang sikit.." Terus dia bangun dan mencium pipi kiri dan kananku. Neneknya yang berada di situ tersenyum. Tindakan drastiknya menyebabkan aku tersentuh. Membalas ciuman di pipinya juga.

Dia tersenyum. Aku membuka aplikasi kamera dan menghalakan ke arah mereka. Secara spontan, mereka posing dan senyum. *save*


"Kita jumpa esok ye kak kat sini?" 

Terkelu lidahku. Tak mahu menipu. Sememangnya aku tak suka ditipu sedari kecil lagi. Aku memandang muka comel dia dan adiknya. Masih lagi tersenyum memandangku. Aku mengangguk perlahan. Dalam hati, macam mana kalau dia tunggu aku kat sini esok? Aku memandang neneknya, mengharapkan beliau memahami getar hati. Neneknya tersenyum memandangku dan memanggil cucunya.

Aku bingkas bangun dari situ dan menolak wheelchair nenekku dan keluar dari farmasi. Sebelum keluar, sempat aku memandang ke arah mereka. Mereka masih tersenyum sambil melambai-lambai sehinggalah aku hilang dari pandangan.

And the rest is history.

****************

Dan hari ini, aku berdoa agar mereka tidak menungguku. Tidak menganggap aku seorang penipu. Betapa kanak-kanak sangat mempunyai hati yang luhur nan suci.

Dan disebabkan insiden yang tidak sampai sejam itu, aku rasa aku belajar sesuatu yang bermakna, 

"Be kind to everybody you meet even though you might not see them again"

Akak akan ingat awak sampai bila-bila, insyaAllah. Terima kasih untuk peristiwa hari ni :')



P/s: Setelah 4 bulan tanpa sebarang blog post, aku memang kekok nak kembali menulis. Aku mahu tulis sesuatu yang lebih matang as comeback. Tapi, still, aku perlukan banyak pembacaan untuk menulis benda yang lebih matang. So, entry comeback kali ni aku rasa biarlah sesuatu yang ringan tapi bagiku bukanlah simplistik. Mereka mengajarku.

P/s 2: Aku rasa ni pengaruh novel dan cerpen sampai terbawa-bawa elemen baku dalam penulisan. Haha

P/s 3: Terkejut aku meneliti ada beberapa draf sebagai percubaan menulis entry sebelum-sebelum ni. Tapi malas+busy yang amat menyebabkan aku tak mampu nak menyambung draf2 tersebut