Explore the blog
Saturday, December 13, 2014

Travelog Memburu Passport

9.12.2014 
Selasa

Aku tak tahu macam mana nak describe mengenai perjalanan ni. Ikutkan niat hanyalah untuk membuat passport sahaja. Ada beberapa tempat yang dicadangkan untuk membuat passport sama ada di UTC Kajang atau di Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tapi, aku tak tahu di mana UTC di Kajang dan cara nak ke sana menggunakan public transport. Ah senang je sebenarnya. Aku boleh naik KTM sampai ke Kajang, sampai sana naik je lah teksi ke UTC. Mungkin saja-saja mahu rasa adventure, aku pilih untuk ke Putrajaya. Jadi, hari Selasa, mengenangkan kelas pagi dibatalkan, aku memulakan perjalanan pukul 10 pagi.

Satu habit aku, aku tak suka menyusahkan orang. Selagi aku boleh berdiri atas kaki sendiri, mencari jalan dan berdikari, aku rasa better aku buat sendiri. Pukul 10 pagi, aku gerak ke KTM Nilai, beli tiket sehala ke BTS. Sampai ke BTS, aku naik ERL ke Putrajaya. Ya, ini kali pertama aku menaiki ERL sebenarnya. Agak kagum dengan accomodation dalam ERL tu, tapi perjalanan dari ERL BTS ke ERL Putrajaya yang hanyalah satu stesen, tambangnya RM 5.30 sehala, agak mahal juga lah bagi aku.

Ok, sesampai kat stesen ERL Putrajaya, aku buntu. Terlalu banyak bas dan aku tak tahu bas mana yang perlu aku naik sebenarnya untuk ke Jabatan Imigresen. Nasib baik aku ada google search dulu Jabatan Imigresen di Putrajaya. Jadi, aku tanya pakcik bas, bas mana yang akan menuju ke Jabatan Imigresen. Aku rasa aku macam dungu, nerd dan noob gila, tapi tak kisahlah.. Malu bertanya sesat jalan. Pakcik suruh aku tunggu bas di Platform 03 atau 04. Sejujurnya, aku tak berapa mahir naik bas sebenarnya. Aku lagi selesa naik KTM atau LRT atau yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya, kalau sesat, masih ada jalan untuk berpatah balik, tukar platform sahaja dan tak perlu membazir duit nak bayar tambang banyak kali.

Istana Kehakiman
Aku mesti ingat zaman tamhidi & first year tiap kali lalu
Bas di Platform 03 tiba, Aku naik dan bertanya pakcik India tu sama ada bas akan menuju ke Jabatan Imigresen atau tidak. Pakcik mengangguk dan aku bayar tambang. Aku masih kurang jelas sebenarnya dan masih samar-samar waktu naik bas sebab ada orang kata Jabatan Imigresen di Presint 15, tapi aku search, jabatan tu di Presint 3. Tapi lastly, aku ikut je gerak hati dan percaya dengan kata-kata pakcik sahaja,

Sepanjang perjalanan, aku melilau mencari Presint 3 dan memastikan sama ada bas menuju ke tempat yang betul atau tidak. Of course lah betul, cuma aku tak tahu kat mana yang aku perlu turun. Aku tengok penumpang-penumpang dalam bas. Berkira-kira mahu tanya kepada mereka atau beriman pada google search aku sahaja. Aku juga berkira-kira nak pergi depan dan tanya pakcik bas.. Tapi aku memilih untuk diam dan duduk memerhatikan sekeliling. Malu atau ego dengan sikap sendiri, aku tak pasti.

Tak lama lepas tu, aku nampak 'Menara Ikhlas'. Aku ada terbaca sewaktu search yang Jabatan Imigresen ni di dalam Menara Ikhlas. Kira-kira 300 meter terlepas, aku bagitahu pakcik bas yang aku mahu berhenti di Jabatan Imigresen. Alhamdulillah pakcik tu in good mood. Terus diberhentikan bas di tepi jalan dan menyuruh aku berjalan sedikit sebab dah terlepas. Aku memang tak kisah pun berjalan. Lagi jauh dapat berjalan, lagi aku suka. Heh. Amikkau, nak bakar kalori sangat kan.

Sampai-sampai depan Menara Ikhlas, aku tak tahu celah mana yang aku perlu masuk untuk sampai ke Jabatan Imigresen. Aku tanya dekat pakcik pekebun dan pakcik bagitahu arah. Alhamdulillah senang hati bila dah sampai. 'One step closer to make a passport', aku berkata dalam hati. Bila sampai je kat tingkat 3 Jabatan Imigresen, aku dapat tengok betapa ramainya manusia. Hei Nis, kau sampai pukul 12 kot, ada rezeki ke nak buat? Aku dah terfikir dalam hati, tapi aku tetap positif. Bila pergi nak ambil nombor giliran nak buat passport, makcik guard kata nombor dah habis. Allahu.. Hilang arah aku. Terus aku call abah, tanya nak buat kat mana passport.

Pemandangan setentang Menara Ikhlas

Aku masa tu berkira mahu escape ke Alamanda, tak pun IOI Mall.Tapi aku bakal ponteng kelas petang ni dan tujuan utama perjalanan aku adalah untuk buat passport. Totally lost! So, aku ronda-ronda kawasan berdekatan dengan tu. Tengok-tengok baju, tudung, gajet-gajet yang ada dijual. Tak lama lepas tu, abah call. Abah bagi option sama ada ke UTC Kajang atau ke Plaza Rakyat. Aku tanya yang mana senang? Abah kata Plaza Rakyat lagi selamat. Aku sebagai anak yang 'taat' ni pun mengikut je lah.

Cuma masalahnya, macam mana aku nak ke ERL tadi? Bas nombor berapa yang aku kena naik? Ah aku buntu. Lastly, aku nampak ada bas Putrajaya-Kuala Lumpur. Aku tengok destinasi yang dia akan singgah. Salah satunya adalah KTM Serdang. Apa lagi.. Hop in lah aku dalam bas tu. Tambangnya RM 2 sahaja. Dah sampai KTM Serdang, aku beli tiket ke BTS sekali lagi. Selesai solat terus bertolak ke BTS. Dekat BTS, aku beli token LRT ke Plaza Rakyat. Sampai Plaza Rakyat, aku call abah, tanya celah mana bangunan UTC tu. Pendek kata, walaupun abah jauh nun di sana, tapi dia sangat-sangatlah expert area KL ni. Lepas dia bagitahu, menujulah beta ke tempat itu.


Otw to Serdang naik bas. Maaf lah aku jakun naik bas intra-city sendiri


Di LRT BTS. Bukan jakun. Tapi aku rasa sadis tunggu train setengah jam.
LRT mana pernah lambat sebelum ni. Hmm


Bahagian Imigresen di Tingkat 2. Aku naik lif je sebab aku dah malas nak mendaki. Sampai tingkat 2, aku tengok direction Bahagian Imigresen dan terus berjalan ke sana. Then, aku tengok ramai gila manusia. Exaggerate sikit. RAMAI GILA! Aku rasa aku bakal dapat bad luck lagi kali ni tapi aku maintain positif. Terus ke pintu dan tanya pak guard.

"Pakcik, nak buat passport..."

"Maaf dik.. Nombor dah habis.. Datang esok pulak ya.."

"oh.. okay..."

Helpless. Hopeless.

Aku hampir terduduk dan-dan tu jugak. Aku tak tahu nak menyumpah ke nak sedih ke nak react camne time tu. Mata dah start bergenang tapi aku kena maintain emosi. Terus aku cari kerusi sebab nak redakan perasaan. Tapi berapa lama sangat aku boleh tahan keadaan camtu. Menitik jugak lah air mata sekali dua. Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Tak tahu nak pergi ke mana. Dua kelas petang aku ponteng. Berapa ringgit aku habis untuk perjalanan ni dan berapa lama masa aku terbuang untuk perjalanan sejauh ni.

Masa tu aku terfikir, 'hari belum senja, moga ada perkara baik yang Tuhan nak tunjuk..'
Dalam diam, aku cuba jadi sepositif mungkin. Aku cuba cari sebanyak mungkin hikmah perjalanan ni. Tiba-tiba hujan lebat di luar. Aku rasa memang aku bakal stuck je dalam UTC tu. Tak apa lah. Asalkan keadaannya selamat. Aku habiskan masa di situ sahaja. Mujur ada wifi free UTC, boleh lah aku bertwitter, ber-whatsapp untuk seketika. Aku tengok-tengok buku dan pemandangan di KL. Dalam hati terdetik, 'nak ke aku kerja kat KL nanti?' Aku tengok pace nya laju. Semerta aku teringat kenapa abah dan ibu eager sangat nak pindah Kelantan. Faktor kepadatan dan kesibukan adalah antaranya.

Hujan
Gambar diambil dari lif UTC

Lepas solat Asar dan makan, aku berkira untuk bertolak balik ke Nilai. Makan pun seorang, ditemani dengan buku The V oleh Project V. Buku yang menyentuh isu feminism. Memang forever alone lah pendek kata. Tapi aku tak kisah kot. Bukannya ada orang dan memang aku introvert pun sejak dulu. Kadang-kadang perlu juga masa bersendirian, kan?


Ni sum up lunch + dinner aku. Supper pun sekali kot sebab sampai rumah, aku dah tak makan


Aku rasa aku suka interior design food court UTC ni. Cuma banyak sangat sampah

So yep, aku dah makan, dah solat, dah puas melilau kat sana, hujan pun dah reda, aku kira boleh lah aku berangkat pulang. Masa otw ke bangunan sebelah, aku nampak pakcik dan makcik ni. Sebenarnya dari awal aku dah nampak, cuma aku mengejar Jabatan Imigresen. Hala balik aku tak kejar apa-apa. Nak kejar train pun, letih. Aku terpana dari awal bila tengok pasangan ni. Dua-dua ada masalah penglihatan tapi dua-dua kelihatan sangat adorable. Pakcik menyanyi. Makcik sentiasa berada di sampingnya, mendengar. Mungkin makcik jatuh hati kepada pakcik daripada suaranya? Aku meneka je tetapi aku benar-benar terhibur.

:)

Jadi, aku stop dekat laluan untuk snap gambar. Orang mungkin akan kata aku jakun. Tapi peduli apa. Aku rasa momen ni menarik. Mereka seolah berada di dalam dunia sendiri. Terus menyanyi walau tidak tahu entahkan ada atau tidak yang mendengar, entah siapa audiens mereka tetapi mereka tetap melakukannya. Itu yang aku kagum.

Dan menambahkan lagi kekaguman aku, lagu yang didendangkan pakcik sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam kepada mereka yang lalu lalang. Sayangnya, nilainya bukan pada semua. Cintanya utuh buat mereka berdua, terikat dek serasi minatnya dan sokongan bersama.

Tabahnya mereka :')

Aku rasa ini yang aku dapat untuk perjalanan sehari yang aku kira agak memenatkan. Pengajaran dan hikmah yang sukar dicari jika aku berada di dalam kelas sepanjang hari.

Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah pada jam 9 malam.
10 pagi keluar, 9 malam balik. Tak cukup 12 jam lagi tu.

Sekian, kembara sedih 091214



Whould you like to comment?