Explore the blog
Thursday, December 25, 2014

Rakyat Malaysia dan Banjir

Bila orang tanya apa yang kau rasa unik dan best tentang Malaysia? Orang akan jadi macam pelancong. Maksud aku, rakyat Malaysia sendiri akan beritahu jawapan yang klise seperti makanan, tempat-tempat menarik seperti KLCC, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian.. Ada juga yang akan bercerita tentang kepelbagaian kaum dan sebagainya.

Ya, memang diakui itu antara unique features tentang Malaysia. Dialog klise lain, "walaupun kita hidup berbilang kaum, kita masih dan tetap harmoni." Rakyat Malaysia sangat menghormati antara satu sama lain, yada, yada, yada. Aku suka dengan sikap ni.

Tapi, aku perasan.. Yang meng-unik-kan lagi tentang rakyat Malaysia adalah sikap suka membuat telahan sendiri, exaggerate tentang sesuatu perkara dan cepat 'gelabah' dengan isu semasa. Aku tak tahu nak perihalkan bagaimana.. Tapi itu lah realiti Malaysian. Ambil contoh tentang isu sekarang, perihal Banjir besar di Pantai Timur. Aku sangat menyanjungi sikap rakyat yang prihatin. Pelbagai bantuan cuba dihulurkan. Cuma kadang-kadang, sesetengah daripada mereka seolah-olah cuba mengapi-apikan keadaan yang memang dah kritikal.

1) Contoh situasi membuat telahan sendiri:
Ketika orang sibuk bercerita mengenai bantuan, ada yang membangkitkan tentang punca utama banjir adalah disebabkan pihak pembangkang yang memerintah negeri. Ini adalah bala sebab kerajaan negeri tak betul. Dah kenapa kau nak kaitkan sentimen politik dalam urusan ni? Kalau betul lah sebab pembangkang, kenapa Selangor, Penang, Kedah tak dilanda banjir? Kenapa Terengganu, Perak, Pahang yang diperintah kerajaan pun banjir? Aku agak pissed-off dengan mereka yang mengeluarkan 'fatwa' sewenangnya. Nak kata bodoh ke bangang ke aku pun tak tahu, tapi ramai jugak lah warga twitterjaya yang condemn dia. Itu pun dia masih mahu mempertahankan apa yang diperkatakannya.

Padahal, banjir berlaku banyak sebab, Ujian kali ini menimpa Pantai Timur. Tak dinafikan, tiap-tiap tahun Pantai Timur banjir, tapi tak adalah seteruk ini. Aku rasa pihak yang berwajib masih belum mengambil ibrah dengan apa yang berlaku sebelum ni. Sebagai seorang yang bermastautin di Kelantan, aku tahu antara punca banjir adalah kerana tanah rendah dan sistem perparitan yang amat lemah. Nak bangunkan kawasan pun agak-agaklah sistem perparitan dan perancangan bandar tu.


2) Contoh situasi meng-exaggerate cerita:
Yang ni banyak berlaku kepada mereka yang tidak tahu perihal sebenar keadaan. Peranan media sosial -- FB, whatsapp, twitter dan blog yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini. Aku tak salahkan orang yang simply percaya dengan apa yang berlaku sebab mereka pun tak tahu. Mesej pun seperti berantai. Tak tahu dari siapa dan disebarluas tanpa mengambil tahu kesahihan berita.

Disebabkan itu, rakyat jadi buka mata tentang betapa teruknya keadaan yang menimpa. Ada bagusnya apabila berlaku exaggerate macam ni sebab orang jadi buka mata. Cuma apabila terlalu melampau, kadang-kadang ia menekan pihak-pihak tertentu seperti keluarga mangsa banjir itu sendiri. Let's say lah dia tidak berada di negerinya, tetapi disebebkan cerita buruk yang disebarluaskan menyebabkan dia tertekan. Padahal, keadaan di sana masih dapat dikawal.

Contohnya dua gambar di bawah ni:

Media sosial claim ni gambar banjir di Rantau Panjang.
Tapi ada yang mengesahkan ni keadaan di Narathiwat.
Aku pun buntu sebenarnya dekat mana.

Orang hantar kat group whatsapp, ni merupakan situasi di KB sekarang.
Tapi aku lama perhatikan gambar ni. Aku rasa keadaan sekarang bukan macam ni.
Struktur bulatan tu dah berubah.
Then, ada orang sahkan ini merupakan gambar lama.

Dan banyak lagi cerita yang di-share di group whatsapp, seperti; sudah dibuat pengisytiharan darurat sedangkan masih belum. Jalan udara juga sudah terputus padahal tidak. Bandar KB dinaiki air hingga ke paras tinggi walhal hanya 0.2 meter, dan sebagainya.

Bukan tak bagus exaggerate cerita. Bagusnya exaggerate cerita ni sebab dapat mempercepatkan proses penghantaran bantuan dan kecemasan. Sejujurnya, aku kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang sangat-sangat prihatin. Tetapi ada sesetengah kawasan di sana yang masih selamat dan terkawal. Cerita-cerita yang melebih-lebih kadang-kadang akan menekan sesetengah pihak. 

Ambil sahaja contoh Tragedi MH 370 dan MH 17. Pelbagai spekulasi cuba dibangkitkan tanpa pengesahan menyebabkan ada insan yang tertekan. Jadi, kajilah sesuatu perkara sebelum berkongsi. Tanyalah sumber yang sahih.

Itu belum cerita lagi tentang perangai me-mocking atau troll orang. Pagi ni pun dah hangat cerita troll DS Najib sebab pergi main golf waktu-waktu kritikal macam ni. Keh keh keh


Konklusi, uniknya rakyat Malaysia adalah terletak pada keunikan perangai rakyat itu sendiri. Sekian.



P/s: Apa-apa pun, teruskan berdoa dan solat hajat supaya air cepat surut.  


Would you like to comment?