Explore the blog
Wednesday, November 5, 2014

Kecil Cilik

96 friend request di Facebook buat masa ini. Tak rasa mahu approve siapa-siapa.

Tapi, satu hari aku terpandang tab 'other' di bahagian mesej facebook. Ada menunjukkan satu (1) mesej daripada seseorang yang belum menjadi kawan aku di FB. Bila buka tab tersebut, aku tidak cam siapa pengirimnya itu. Tapi aku tersenyum akhirnya. Cepat-cepat aku approve request dia. Mesej tersebut bertulis begini... 



What can I say? Aku terharu. Sangat terharu. 
Rasa keikhlasan terpancar pada kalimahnya.

Ainaa ni berumur 9 tahun. Bukanlah daripada kalangan ahli keluargaku. Merupakan anak keempat daripada 6 beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Aku rasa aku harus hafal semua adik-beradiknya kerana bagi aku mereka sangat istimewa. Mereka merupakan anak yatim. Ibu mereka meninggal seawal si bongsu (Iki) berusia 2 bulan kerana penyakit kanser.

Aku baru sahaja mengenali mereka sewaktu cuti panjang semester 4. Ayahnya memberitahu ibuku perihal anak-anak perempuannya (Ainaa dan Wawa), tentang pelajaran mereka, pakaian mereka (waktu tu hampir tiba hari raya) dan sebagainya. Ibu jawab, "Boleh lah Acik (panggilan kami buat ayah mereka) hantar Ainaa dan Wawa kat sini. Lagipun Angah ada je sepanjang cuti ni.. Dia cuti sampai bulan 9.. Rasa Ainaa dan Wawa mesti suka. Angah pun senang rapat dengan budak.."

Aku yang mendengar perbualan tersebut terkesima. So, jadi babysitter kah aku? Aku tak kisah. Tapi penat sikit lah dengan bermacam-macam kerja rumah yang kena buat.

Jadi suatu hari, Uncle Cik datang bersama Ainaa, Wawa, A'ie dan Iki. Masa tu baru aku berkenalan dengan mereka. Petang itu juga, Uncle Cik tinggalkan Ainaa dan Wawa di rumah kami. Ibu mengajak aku menjadi driver dan kami pusing satu KB untuk memborong tudung raya. Aku dah dapat budak memang main tak ingat dunia lah. Daripada sepatutnya cari tudung, jadi main sorok-sorok dengan si Wawa (5 tahun) dalam kedai. Ainaa relaks dan cool sahaja gayanya. Mungkin kerana personalitinya sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga walaupun baru sahaja berumur 9 tahun. 


19 Julai 2014| Kedai Tudung


Dipendekkan cerita, selesai membeli, kami pulang ke rumah aku dan menunggu beberapa jam sebelum ayah mereka datang menjemput. Aku biarkan sahaja laptop aku menjadi mainan mereka. Apa yang memberi kesan kepada aku apabila mereka menyanyi lagu 'Arjuna Beta - Fynn Jamal' yang mana lagu itu menceritakan tentang harapan seorang ibu kepada anaknya. Tetapi untuk situasi ini.. Aku sebak. Ibu mereka sudah meninggal, mereka menyanyikan lagu tersebut dengan ceria. Ah, budak.. Masih terlalu muda untuk memahami dan mendalami makna lagu. Tapi, aku bahagia melihat mereka begini.

Sudahnya, mereka tertidur di bilik aku sebelum ayah mereka menjemput mereka. Terasa berat hati untuk melepaskan sebab sudah separuh hari bersama. Betapa pertemuan yang tidak sampai sehari itu menjadikan mereka manusia yang ceria dan moga mereka akan terus-terusan begini selamanya.

Kak Ngah rindu kamu juga, Ainaa dan Wawa! Nanti kak ngah balik kita main sama-sama :)


Would you like to comment?