Explore the blog
Monday, October 19, 2020

Trip to Aquaria KLCC ketika PKPP | Beli Tiket Murah di Shopee!

 Hai semua. Apa khabar?

Sekarang ni di Selangor, KL & Putrajaya tengah PKPB 2.0 kan? Sedih betul tengok kes hari-hari meningkat naik. Aku tengah cuti tanpa gaji dua minggu memandangkan taska tempat aku kerja tutup. Sedih tak dapat gaji tapi apakan daya.. Aku harap Allah cukupkan rezeki untuk kami sekeluarga. Terima kasih suami sebab kerja siang malam untuk sara hidup kami.


Apa pun, harini aku nak share sedikit tentang pengalaman kami ke Aquaria di KL Convention Center pada 7 September 2020 yang lalu. Masa ni tengah PKPP (Pemulihan) jadi boleh bergerak lagi. Disebabkan kami cheapskate, kami cuba cari mana lubuk mana yang menawarkan harga tiket yang paling rendah. So ni summary pencarian perbandingan harga di website Aquaria, Klook & Shopee:



Dannn aku decide untuk beli di Shopee. Tapi Shopee kan banyak shop dan seller, risau juga kalau tak legit. Jadi kena tengok satu-satu review, rating yang okey, kedai mana yang banyak buyer. Maka, kami temui kedai ini -- 

Seller: Travelog (klik --> link)

Lepas habis baca review, terus buat payment. Kalau ikut arahan di kedai tersebut, aku kena chat seller untuk bagi nama penuh dan email. Jadi aku terus chat seller. Disebabkan aku beli malam sebelum kami pergi dan kedai Shopee tersebut telah tamat operasi, jadi aku tunggu sahaja sampai keesokan pagi. Pagi keesokannya, seller Shopee telah menjawab chat tersebut dan telah email e-ticket yang mengandungi bar code. Senang je kan? Hehe

Seller send e-tix through email

Kami ke Aquaria menaiki kereta. Aku plan nak naik LRT je tapi laki aku risau sebab virus still ada. Jadi langkah selamat adalah menaiki kereta sahajalah. Jadi bila bawa kereta, satu isu yang kami kena hadapi adalah parking. Susah nak cari parking area KL, nak-nak di KLCC pula. Lepas pusing dan pusing, kami jumpa lah satu tempat parking yang sangat dekat dengan KL Convention Center. Nak pergi ke Aquaria memang just a walking distance lah. Kami masuk kawasan car park dalam pukul 11-ish am.


Sampai je di Aquaria, kami beratur untuk menunggu giliran masuk. Biasalah di Aquaria ni banyak juga checkpoint staff ambil gambar kalau ada yang nak beli nanti boleh beli sebelum keluar nanti. Setel ambil gambar, kami terus ke gate untuk masuk ke dalam. Tak perlu beratur dah sebab dah beli awal-awal kan tiket (Express Lane). Kami tunjuk emel dan staff terus scan barcode yang tertera pada emel. Sangat mudah dan cepat! Oh ya, kanak-kanak bawah dua tahun tiada caj dikenakan. Jadi, Ali tiada caj, mommy dan babah sahaja dikenakan caj.


Kami pun pusing dan pusing lah di dalam Aquaria tu. Walaupun Ali baru 8 bulan dan belum mengerti apa-apa tapi dia sangat teruja tengok ikan. Nampak lah keterujaan dia awal-awal tu. Kami tak bawa stroller pun. Carrier Cuddle Me kan ada. Carrier tu sangat-sangatlah berjasaaa! Nanti lah aku tulis review carrier tu pula nanti kalau rajin.


Dalam Aquaria, ada macam-macam zone. Sebenarnya Aquaria ni takdelah besar sangat. Aku rasa Underwaterworld Langkawi tu lagi besar kot, siap ada penguin lagi. Haha. Ke bukan eh? Aku pergi Underwaterworld pun masa zaman sekolah lagi tahun 2009. Ni zon-zon yang ada dalam Aquaria KLCC. Of course zon favourite aku dekat bahagian tunnel (Living Ocean) sebab rasa macam duduk bawah laut boleh tengok ikan berenang atas kita. Kita pun tak perlu gerak, just berdiri je atas belt tu. Selain tu Deep Forest & The Coast pun best sebab kawasan tu tenang dan luas!


Map Aquaria


So yeah, ni gambar-gambar sekitar Aquaria. Rasanya tak perlu explain banyak sangat pun sebab I bet ramai yang dah pernah masuk Aquaria. Alhamdulillah waktu kami ke sini tak ramai orang langsung. Tempat lengang so senang nak bergambar. Dengan hari weekday nya, PKPB pulak tu, memang lah tak ramai orang, ye dok? Hehe.


Ni kat bahagian entrance. Ali pun puzzle tengok keadaan sekeliling

Kat sini cantikkk. Ada coral. Tak ingat ni bahagian apa. Rasanya zon Shipwreck


Kat sini pun cantik. Ni zon The Coast. Gambar pemandangan kat sini ada dalam kamera. Tak transfer lagi



Ni dekat zon Living Ocean. Zon ni best tapi quite crowded sebab inside tunnel kan. Kena jaga jarak kat part ni



Mommy, Babah & Ali!


Zon Weird & Wonderful. Zon ni ada obor-obor, evolution hidupan laut & so on. Part ni macam exhibition sikit




Japanese Giant Spider Crab! Ni kalau nak buat lauk pun takut nak masak!




Short video: Reaksi Ali di Aquaria


Sebenarnya bila masuk Aquaria ni boleh fefeeling retis okay. Kat mana-mana sudut ada staff Aquaria ambil gambar. Tapi kami tak beli pun walaupun gambar diorang ambil cantik sebab nama pun trip bajet. Satu gambar ada lah dalam RM 20+ jugak. Hukhuk. Overall, bagi aku Aquaria nice lah untuk berjalan-jalan family. Boleh tenangkan fikiran tengok ikan berenang, pemandangan pun biruuu je. Lepas tu indoor pulak. Takde kena sun exposure bagai. Haha. Tapi mungkin kalau pergi lagi umur Ali dah pandai jalan dan kenal benda, mesti lagi best. One day lah ya Ali kita repeat trip. Ni lebih kepada nak memenuhi nafsu mommy je nak ajak berjalan-jalan. Hehe. 



Would you like to comment?