Hai semua!
Self-feeding Ali |
Sekarang Ali dah 10 bulan, bermakna dah lima bulan Ali terlibat dengan fasa makan-makan. Maka, aku nak share review jujur aku dengan alatan pemakanan Ali. Kira legit lah kan review ni sebab Ali start makan sejak 6 bulan, tapi lima bulan kemudian baru aku rasa nak review baby-gear yang aku guna untuk Ali. Review ni mungkin berguna kepada ibu atau bapa yang baru nak berjinak-jinak dengan penyediaan barangan keperluan untuk anak bila baby dah start makan nanti. Barang-barang ni boleh dibeli di IKEA and I kid you not, you won't regret purchasing these items.
SENARAI BARANGAN DAN REVIEW RINGKAS SEPERTI DI BAWAH:
#1. ANTILOP HIGH CHAIR WITH TRAY
Mula-mula aku teragak-agak juga nak beli kerusi tinggi ni atau beli kerusi rendah (lowdown) tu. So aku listkan pro & cons dulu berbaloi beli yang mana:
- Pro Baby High Chair: Boleh guna lama, boleh guna tanpa kerusi lain kalau duduk makan di meja dan boleh guna untuk pelbagai aktiviti
- Pro Lowdown Chair: Boleh bawa travel, boleh letak atas kerusi makan bila nak suap di meja makan dan boleh guna bila nak duduk dengan kita kat lantai dan sebagainya.
Aku beli Antilop with Tray - RM 59.90 |
Antilop High Chair ni ada 3 warna: Putih, Pink & Biru. Aku suka warna putih sebab universal. Antilop High Chair ni ada dijual dengan tray atau tanpa tray. Tanpa tray ni sesuai untuk toddler yang makan sekali dengan dewasa. Untuk baby better beli yang ada tray. Senang dia nak self-feeding juga. Dan yang best ada juga Antilop Tray je in case nak spare part. Boleh tengok/klik sini untuk purchase.
- Senang nak guna
- Ada 3 pointer seatbelt. Tapi kalau baby lasak macam Ali, seatbelt ni agak tak membantu sebab ada ruang untuk dia lipat kaki dan dia pandai berdiri atas baby chair ni. Jadi kena letak kusyen bagi ketat. Kejap lagi aku tulis pasal kusyen ni dekat point seterusnya.
- Senang nak cuci since baby memang makan bersepah sangat-sangat. Lap atau angkut je masuk toilet sebab ringan.
- Ringan dan kukuh
- Sesuai dari fasa baby sampai toddler
- Senang cari spare part
- Ali tak buat sepah kat kawasan lain sebab dia makan dekat kerusi dia je. Kadang-kadang time masak atau kemas rumah pun aku letak Ali dekat kerusi ni so that dia boleh tengok kita. Ali tengah fasa-fasa seperation anxiety. Agak nak melekat dengan orang sepanjang masa haha
- Dan harganya agak murah berbanding kerusi baby yang lain. Hehe
#2. ANTILOP SUPPORTING CUSHION & COVER
Antilop Supporting Cushion (RM 15) |
Aku rasa awal-awal benda ni tak perlu sebab rasa okay je kalau letak dalam kerusi tanpa supporting cushion tu. Tapi kerusi IKEA ni walaupun nampak kecil, sebenarnya ruang dia agak luas juga untuk baby. Jadi insert cushion support ni sangat-sangatlah diperlukan. Nak-nak kalau baby dah pandai lipat kaki dan bangun daripada kerusi dia. Aku pernah nak luluh jantung bila nampak Ali berdiri depan mata sendiri. Terus aku disiplinkan diri masukkan kusyen tu supaya dapat menghalang dia daripada berdiri dan bagi dia selesa menyandar. Mula-mula aku beli support je. Kemudian baru aku beli sarung sebab bila ada sarung, lagi buatkan dia selesa. Sebabnya cushion support tu isi dengan angin je macam kita tiup pelampung. So, surface dia agak tak selesa kalau tak guna cover. Total dua barang ni RM 30. So far, sejak masukkan kusyen ni dalam kerusi, Ali dah tak boleh memanjat dah. Aku pun dapat teman dia makan dengan tenang.
#3. KLADDIG BIB
Kladdig Bib (RM 14.90) |
Ali sejak mula-mula makan lagi dia suka self-feeding. Memang kena bagi extra sudu dekat dia time suap dia makan sebab dia akan tarik sudu yang kita nak suapkan kat dia. Dan memang akan berlaku perang kecil antara kami. Hahaha. Memang jadi lumrah baby setiap kali lepas makan akan bersepah sangat. Makanan berterabur, tumpah kat baju. Kalau dah mandikan, kena tukar baju semula sebab messy sangat. Dia main dengan makanan sebab tu cara dia explore makanan guna semua senses dia. Dia pegang, makan, sapu dekat muka. Comot pun comotlah nak, asalkan makan ya..
Jadi, Kladdig Bib ni sangat membantu untuk protect mess, especially baju yang baby pakai lah sebab penat juga nak basuh banyak kali kan? Haha. Sebab Bib ni macam baju OT, jenis sarung & ada pelekat velcro belakang baju for maximum protection gitu. Warna dia pun ceria kan. Polka-dot comel-comel je untuk baby. Bib ni sesuai juga kalau nak buat aktiviti comot atau sensory play. Bagi aku worth-it lah guna. Tapi ada satu saiz je Kladdig Bib ni. Kalau dah besar sikit maybe dah tak boleh guna dah.
***************
Setakat ni, tu je dulu review untuk kali ni. Nanti ada masa aku review kitchenware or tableware untuk baby pula atau apa-apa yang terlintas di fikiran. Korang ada baby product yang korang rasa best, share lah dekat bahagian komen ya. Terima kasih sudi baca :)
Would you like to comment?