Explore the blog
Thursday, October 24, 2019

Shopee Sale 10.10: Borong Barang Newborn!

Rasanya tak terlambat lagi nak ceritakan pengalaman aku sebagai expectant mother dalam persiapan menyediakan barang-barang untuk newborn dan kegunaan sendiri lepas bersalin nanti. Sekarang dah 32 minggu, maksudnya ada lagi lebih kurang lapan minggu sebelum bersalin. Hehe. Sangat teruja sebenarnya nak sediakan barang-barang baby. Aku banyak baca dan survey barang keperluan sebelum membeli sebab taknak tersilap langkah. Maklumlah, barang-barang baby ni bukannya murah. Ada je benda-benda yang kita teruja nak beli tapi tak perlu pun sebenarnya. Jadi ni aku senaraikan keperluan yang betul-betul perlu untuk newborn dan keperluan ibu.

Senarai Keperluan Newborn:
  1. Barut Bayi (10 helai)
  2. Bedung Bayi (10 helai)
  3. Diapers Newborn (1 pack)
  4. Tuala (2 helai)
  5. Rompers - Pakai Siang (5 helai)
  6. Baju Tidur - Pakai Malam (5 helai)
  7. Mitten & Booties (7 pasang)
  8. Hat/Bonnet (5 helai)
  9. Minyak Telon
  10. Set Penjagaan Diri (Mandian, Syampu, Losyen, Bedak, Baby Oil)
  11. Wet Tissue
  12. Bath Tub
  13. Set Tilam Bayi (Tilam, Dimple Pillow, Bantal Peluk)
  14. Sapu Tangan Bayi
  15. Botol Susu
Senarai Keperluan Ibu:
  1. Breast Pump
  2. Breast Pad
  3. Nursing Bra
  4. Bengkung
  5. Set Berpantang/Set Bersalin
  6. Tungku
  7. Stokin Pantang
  8. Maternity Pad/Overnight Pad
  9. Toiletries (untuk beg hospital) - kalau rajin, aku tulis persediaan untuk hospital bag nanti
Okay, aku rasa ni je keperluan yang betul-betul kena ada untuk persediaan menyambut kelahiran dan menjadi ibu. Lain-lain barang boleh sediakan nanti lepas baby dah lahir dari semasa ke semasa. Kalau ada bajet lebih, boleh lah sediakan lebih macam baby cot, stroller, car seat, buaian semua. Ramai antara kawan-kawan aku yang sempat ke Baby Expo di MITEC dan Mid Valley baru-baru ni untuk borong barang baby, tetapi disebabkan suami aku kerja pada hujung minggu dan gajinya dapat awal bulan tiap-tiap bulan, aku rasa Shopee antara tempat yang paling sesuai untuk borong barang bayi sebab banyak sangat pilihan dan harganya murah! Kualiti pun sangat berbaloi okay! 

Jadi, hari ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak barang-barang bayi dan keperluan aku yang aku beli di Shopee masa sale 10.10 tempoh hari. Ingat nak update hari tu tapi selalu tak sempat. Ni baru ada masa nak update. Untung belanja semasa Shopee 10.10 sebab boleh apply voucher code untuk free shipping walaupun belian serendah RM 10 sahaja. Banyak pulak tu barang boleh beli. Hehe.

  • KAIN BEDUNG BAYI (MUSLIN SWADDLE)

Harga dia RM 6.77- RM 6.88 untuk satu kain. Aku beli 10 helai, jadi total lepas tolak Shopee coin RM 68.94 untuk 10 helai. Biasa dekat kedai, harga RM 10 ya sehelai paling murah. Harga standard pun RM 15 untuk satu kain. Kain dia sangat besar dan sejuk! Corak pun comel-comel. Penghantaran pantas! Sangat recommended! 
Material: 100% Cotton
Size: 120 cm x 100 cm

  • KAIN BARUT BAYI (BABY BINDER)

Harganya RM 2.50 untuk sehelai barut. Aku beli 10 helai, jadi total RM 25. Biasa dekat kedai, paling murah pun RM 6. Corak pun comel-comel. Penghantaran pantas! Sangat recommended! 
Material: 100% Cotton, ada 2 lapis (dalam putih, luar corak)
Size: 20 inch x 5.5 inch
Sesuai untuk newborn sampai 4 bulan. 

  • NEWBORN DRYPERS (64's)

Ada 64 keping diapers newborn dalam satu pek. Sebenarnya tak sure jenama apa yang elok untuk newborn ni sebab kena try & error. Takut juga nanti kena rash kan. Jadi aku tak berani nak beli banyak-banyak terus. Beli 1 pek je dulu. Lagipun, newborn cepat besar. Sangat cepat untuk bertukar dari saiz NB ke S ke M dan seterusnya. Jadi, untuk langkah berjaga-jaga, kita sediakan saiz NB (Newborn), 64 keping dulu. Harga di Shopee lepas tolak Shopee coin: RM 27.61. Oh ya, dan penghantaran sangat rapi sebab dia hantar guna kotak walaupun satu pek je.

  • MATERNITY PAD (2 x 20's)

Ada 2 pek maternity pad. Setiap satu pek ada 20 keping. Harga borong untuk ni RM 27.40 sahaja. Tak sure kedai jual berapa. Aku pun tak sure sebenarnya maternity pad ni berbaloi ke tak beli sebab ada orang kata better guna overnight pad je. Takpelah, kita sediakan je dulu. Overnight pad senang nak beli dekat kedai runcit je.

  • STOKIN PANTANG (3 PASANG)
Warna maroon, green army & blue black
Aku beli 3 pasang. Tak sure akan fully utilize ke tak kegunaan stokin ni sebab aku tak berapa gemar pakai stokin. Lagi-lagi yang tebal macam ni. Haha. Ada banyak pilihan warna yang menarik. Sepasang stokin RM 4.80, Total bayaran RM 14.36 selepas tolak dengan Shopee coin jugak. Stokin lembut sangattt. Penghantaran pun cepat. Sangat recommended!

---------------------------

Sehingga 32 minggu ni, sebenarnya banyak juga barang keperluan lain yang kami dah sediakan. Mak aku pun sangat teruja nak sambut cucu pertama sampai beli playpen, tilam dan baju untuk baby. Dah lah banyak juga bagi duit belanja untuk beli barang. Hehe. Terima kasih Ibu. Suami aku pun sangat banyak melabur untuk beli barang-barang kegunaan nanti macam breast pump, bottle and breast pump sanitizer dan sebagainya. Terima kasih Abang. Rajin-rajin nanti, aku update post lain pula tentang persediaan menyambut newborn. Terima kasih sudi baca!

Would you like to comment?