Sepanjang mengandung, aku pernah mengalami fasa-fasa bacaan sel darah merah menurun. Mungkin sebab aku tak disiplin makan ubat atau vitamin. Atau mungkin juga kandungan bahan dalam ubat-ubatan tersebut tidak mencukupi. Jadi hari ni, aku nak bebel sedikit sebanyak tentang masalah hemoglobin menurun dan vitamin pre-natal yang aku telah cuba.
Seperti yang semua maklum, pengambilan pil hematinik (vitamin pre-natal) ketika mengandung adalah sangat penting. Sebelum mengandung, aku antara orang yang selalu menderma darah jadi bacaan hemoglobin (Hb) aku sentiasa berada di paras yang normal iaitu 12.0 g/dl ke atas. Tetapi sejak mengandung, bacaan Hb aku agak lari bacaannya. Nurse dah letakkan aku di bawah kategori 'Mild Anemia' di hadapan buku pink aku sebab aku berisiko untuk mendapat anemia ketika mengandung. Persoalannya di sini, bahayakah anemia ketika mengandung?
Okay, aku taknak ulas panjang tentang sains dan kesihatan. Biarlah mata pelajaran Biologi yang belajar di sekolah dulu menjadi basic knowledge sahaja. Hemoglobin (Hb) atau sel darah merah tugasnya membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi sifirnya, jika kurang Hb, kuranglah oksigen di dalam badan. Bila kurang oksigen, impaknya kepada tubuh kita, kita akan jadi lesu dan tak bermaya, cepat berasa penat dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Bayangkan pula kalau mengandung, anda membawa dua nyawa. Nyawa anda dan bayi.. Jadi sekiranya anda mengalami anemia, kesannya terhadap ibu adalah: keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin, dan kematian. Manakala risiko anemia kepada bayi: tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran tidak cukup bulan dan bayi meninggal di dalam kandungan.
Jadi, ni aku kongsikan sedikit sebanyak bacaan Hb aku sepanjang aku membuat pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan:
- 15/05/2019 (9 minggu) - Hb Level: 12.0 g/dl
- 17/06/2019 (14 minggu) - Hb Level: 11.5 g/dl
- 22/07/2019 (19 minggu) - Hb Level: 10.6 g/dl
- 13/08/2019 (22 minggu) - Hb Level: 9.9 g/dl
- 27/08/2019 (24 minggu) - Hb Level: 10.4 g/dl
- 01/10/2019 (29 minggu) - Hb Level: 11.5 g/dl
Kalau tengok dekat pola Hb aku setiap kali check-up, bacaan Hb masa 22 minggu dah tunjukkan red alert. Nurse warning untuk jaga pemakanan, banyakkan makan sayur-sayur hijau, kekacang, elakkan minuman berkafein untuk naikkan bacaan Hb. Sebab bila dah menurun sehingga 9, ada kemungkinan untuk menurun lagi sekiranya tak dijaga. Jadi, doktor pun menambah ubat zat besi sebagai supplement tambahan kepada vitamin pre-natal yang aku makan memandangkan kandungan zat besinya mungkin tidak cukup.
Berikut, aku nak kongsikan supplement pil hematinik (vitamin pre-natal) yang aku dah cuba sepanjang hamil.
Benda wajib semasa mengandung. Zincofer tiada dalam gambar |
1. KAPSUL ZINCOFERKapsul ini lah yang selalu dibekalkan di Klinik Kesihatan seluruh negara. Vitamin ni dah lengkap dengan semua bahan. Cuma aku tak berapa gemar kapsul ni sebab setiap kali aku telan, aku mesti rasa nak muntah. Terlalu rasa kandungan zat besinya. Mungkin kalau aku makan sekarang, dah tak rasa loya macam dulu sebab aku makan kapsul ni masa aku berada di trimester pertama kandungan (masih di fasa loya dan mabuk). Jadi, setiap kali aku cuba makan ubat ni, aku mesti akan muntah semula dan muntah berwarna merah dan berbau besi. Errrr.. Tak sanggup nak ingat.. Padahal telan ubat dengan jus oren atau jus buah-buahan yang masam dah. Huhu.
Rupa Zincofer |
Klik gambar untuk lihat kandungan Zincofer |
2. TABLET EUROFERTablet ni aku beli sebab aku dah tak sanggup nak teruskan pengambilan Zincofer. Atas saranan kawan-kawan di tempat kerja lama (kelebihan bekerja di klinik swasta, ramai kawan yang arif hal ubat-ubatan), mereka cadangkan untuk aku cuba Maltofer. Aku pergi ke farmasi Alpro di Bandar Seri Putra untuk beli Maltofer, malangnya ahli farm3asi di situ memberitahu bahawa Maltofer tidak lagi dibuat di kilang. Jadi Eurofer ni sebagai ubat generic kepada Maltofer. Aku rasa tak salah mencuba. Jadi aku beli satu kotak ni dengan harga RM 27.90 tak salah aku, ada 30 tablet.
Alkisahnya, bila aku makan tablet Eurofer, Hb aku semakin menurun. Dari 10.6 kepada 9.9. Jadi doktor kata tak cukup kandungan zinc dalam Eurofer tu, menyebabkan aku terpaksa ambil pil tambahan: Iron Tablet 200 mg. So, aku kena makan iron tablet untuk mencukupkan kandungan di zat besi di dalam badan. Huhu. Tak pernah aku punya Hb jatuh merudum macam ni. Di samping tu, nurse suruh memperbanyak ambilan sayur-sayur hijau. Jadi aku kerap juga makan kangkung, bayam dan sebagainya.
Yang besar tu Eurofer. Dia rasa macam coklat. Ada orang kunyah je tapi aku telan dengan air. Yang dua kecil tu Iron Tablet. Kena ambil 2 biji sehari atas prescription doktor. Huhu |
3. TABLET IBERET FOLIC 500
Memandangkan ubat Eurofer dah makin habis, aku kena tambah stok ubat. Oh ya, lupa nak bagitahu.. KK hanya menyediakan ubat Zincofer sahaja untuk pil hematinik. Sekiranya kita nak tukar ubat, perlu maklumkan kepada nurse dan cari ubat di farmasi berhampiran tempat anda. Okay, sambung..
Aku ke farmasi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi untuk menambah stok ubat. Memandangkan mereka tak jual Eurofer, hanya ada Zincofer dan Iberet, aku cuba beli Iberet pula kali ni. Biasanya, selain Maltofer, Zincofer dan Iberet, ada yang mencadangkan Obimin. Harga Iberet di farmasi tersebut RM 32 untuk 30 biji. Agak mahal berbanding ubat-ubatan lain tetapi tak mengapa, demi kandungan. Ni rupa Iberet Folic tu.
Rasa dia? Bagi aku tetap rasa kandungan iron tapi tak sekuat Zincofer dan tiada kesan sampingan lepas makan. Aku telan bersama air masak sahaja. Alhamdulillah lepas aku amalkan Zincofer, bacaan Hb aku meningkat dengan jayanya. Dari 9.9 ke 10.4 ke 11.5. So maybe aku akan stick with Iberet je lepas ni. Malas dah nak try and error. Banyak kena keluar fulusss maaa! Hehe. Selain daripada Iberet, aku memang beli sayur bayam merah dan masak celur biasa je. Aku amalkan selalu especially seminggu sebelum check-up. Hahaha. Kantoi! Tapi seriusss, sangat membantu!
Maka, untuk post kali ni, itu sahaja yang aku nak sampaikan. Jangan lupa amalkan pil hematinik (sekiranya anda mengandung), setiap malam sebelum tidur. Memang najis sepanjang mengandung ni warna hitam lah sebab banyak sangat kandungan iron dalam badan. Tapi tak mengapa, demi anak. Jagalah kandungan anda sebaiknya. Semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan dijaga Tuhan. Semoga dia membesar dengan sihat dan bijak. InsyaAllah :)
Aku ke farmasi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi untuk menambah stok ubat. Memandangkan mereka tak jual Eurofer, hanya ada Zincofer dan Iberet, aku cuba beli Iberet pula kali ni. Biasanya, selain Maltofer, Zincofer dan Iberet, ada yang mencadangkan Obimin. Harga Iberet di farmasi tersebut RM 32 untuk 30 biji. Agak mahal berbanding ubat-ubatan lain tetapi tak mengapa, demi kandungan. Ni rupa Iberet Folic tu.
Packaging Iberet Folic 500 |
Rupa pil Iberet |
#KANDUNGAN EUROFER & IBERET FOLIC
Kat gambar ni aku sertakan apa yang terkandung di dalam pil Eurofer & Iberet. Dan ada juga kotak Iron Tablet yang mengandungi 200mg zat besi. Klik gambar untuk baca. |
P/s: kalau nak baca info tambahan tentang anemia, boleh baca di bahagian belakang buku kandungan Klinik Kesihatan. Semua informasi lengkap ada kat situ. Selain tu, penting untuk rujuk jururawat dan doktor. Jangan self-diagnose sahaja ya.
Would you like to comment?