Explore the blog
Thursday, October 24, 2019

Figura Tukang Masak Media Sosial yang Aku Kagumi

Sejak jadi suri rumah sepenuh masa, aku rajin betul masak. Bukan apa, daripada duduk rumah goyang kaki, ada baiknya kalau memasak kan? Senang hati suami bila kita rajin masak. Kita jugak yang nak makan. Lagipun, bila masak untuk dua orang ni, perbelanjaan makan sangat-sangatlah jimat. Kalau tak, sekali makan untuk dua orang, paling kurang pun adalah RM 20. Tu untuk sekali makan, makan berat sekurang-kurangnya dua kali sehari, darab pula untuk seminggu, gandakan dengan sebulan.. tak sanggup rasanya nak jumlahkan semuanya. Baik lah beli barang dapur dan masak sendiri sahaja. 

Aku ni nak kata reti masak sangat tu tak lah. Tapi aku suka mencuba masakan-masakan baru dari sebelum kahwin lagi. Cuma tak rajin masak sahaja. Dengan lambakan media sosial yang ada sekarang ni, sangat senang untuk cuba memasak. Asalkan ada bahan dan keazaman, insyaAllah menjadi je. Alhamdulillah juga, aku dikurniakan seorang suami yang tak demand bab makan dan sangat suka masakan-masakan yang aku masak. 

Antara page atau figura media sosial yang aku suka follow adalah Khairulaming & Che Nom. Aku rasa tak ada orang tak kenal dua figura ni. Khairulaming aku suka follow sebab resipi masakan dia bagi sangat simple dan mudah untuk diikut. Aku pernah cuba beberapa resipi yang diberi, nak kata 100% menjadi macam dia buat tu tak lah.. tapi boleh lah nak makan dan rasa pun not bad. Hehe. Suami aku pun sekarang dah pandai request masakan bila dia nampak post-post terbaru daripada Khairulaming.

Oh ya.. untuk siapa yang tak kenal Khairulaming,

Ni pulak, aku nak share gambar Kek Pisang Coklat guna periuk nasi resipi Khairulaming (klik untuk link resipi). Menarik resipi ni. Disebabkan rumah aku tak ada oven, jadi ni antara resipi yang senang dibikin. Nak kata menjadi sangat tu tak jugak tapi boleh lah dimakan. Afiq suka sangat dengan kek ni.

Ni hasil lepas beberapa kali tekan periuk nasi. Hahaha. Kitorang tak letak choc ganache

Ni pulak hasil kreativiti laki aku dia pi letak pisang sebagai topping

Selain tu, aku discover juga channel masakan Che Nom di YouTube sebab aku teringin nak masak sambal ayam ala-ala kenduri. Aku terus subscribe channel Che Nom ni sebab aku suka cara dia ajar memasak step by step dan paling best, dia bagitau kenapa perlu letak bahan-bahan masakan tu, apa rahsia masakan jadi sedap dan sebagainya. Selama ni, kalau masak, aku hentam terus je tumis bahan-bahan tanpa perlu tahu apa relevansi bahan-bahan ni letak dulu, bahan-bahan tu letak kemudian. Sejak tonton video masakan Che Nom, aku jadi tahu. Che Nom banyak ajar masakan dan lauk pauk melayu. Ada juga beberapa resipi Thai, Western dan lain-lain. Pendek kata, beliau memang versatile!

Ni pulak, aku nak share beberapa gambar masakan yang aku follow daripada resipi Che Nom:

Ayam Masak Halia (klik untuk link resipi)

Ikan Siakap 3 Rasa (klik untuk link resipi)

Untuk resipi Che Nom ni, presentation takdelah sama macam dalam video tapi untuk rasa tu memang sedap sangat lah. Suami aku puji berkali-kali yang masakan aku sedap especially ikan siakap 3 rasa sebab memang resipi ni kegemaran dia kalau makan dekat restoran Thai. Nampaknya bakal diminta berulang kali lah lepas ni. Hehe.

Oh ya, selain daripada dua figura ni, aku follow juga adik Danish Harraz. Aku teringin gila nak cuba resipi Danish tapi masih belum berkesempatan. Aku kagum dengan Danish ni. Di usia yang sangat muda (masih bersekolah rendah), dia dah berjaya membantu ramai orang. Dia selalu share resipi failproof, resipi-resipi ni membantu suri rumah ataupun mereka-mereka yang rajin memasak untuk mencuba masakan-masakan baru. Selain tu, adik Danish ni pun berniaga masakan homemade dan menjadi duta kepada beberapa produk. Hasil daripada titik peluhnya, dia bantu pula orang-orang yang memerlukan dari segi persekolahan dan sebagainya. I'm so inspired! Nanti satu hari, aku kena cuba resipi Danish ni.

Ni pula twitter dia: https://twitter.com/Danish_Harraz

Okay, tu je nak bebel. Aku akan cuba banyak lagi resipi daripada tiga figura ni. Bila kita dah biasa masuk dapur, automatik kita akan nakkan yang terbaik untuk keluarga kita. Rasa seronok bila masakan yang kita masak habis disantap. Lagi naik semangat nak masak dan berikan yang terbaik. Oh ya.. Niat asal sebenarnya nak tulis resipi buatan sendiri yang aku cuba buat. Tapi takpelah, tulis benda ni dulu. Mana tau satu hari nanti aku baca balik dan kagum dengan diri sendiri sebab rajin gila masak. Hahaha. Semoga Hanis istiqamah untuk masak sentiasa! Doakan!

Would you like to comment?