Explore the blog
Friday, August 16, 2019

Tentang Lens Kamera Retak & Pusat Servis Samsung

Okay, dalam post yang lepas, aku ada berikan ulasan ringkas berkenaan telefon Samsung Galaxy A30, jadi kali ni aku ada nak cerita satu insiden yang berlaku. Pada 15 Julai hari tu berlaku satu insiden yang tak diingini bila aku tak sedar yang telefon aku dekat riba masa aku bangun daripada seat kereta. Maka, telefon tu jatuh dengan agak kuat dekat atas jalan tar. Cover telefon dah agak tebal tetapi memandangkan cover telefon tidak menutupi bahagian kamera telefon, maka lens telefon aku retak! Hancurrr hati aku tengok lens kamera retak. Dah lah aku jenis suka ambil gambar. Aku terpaksa menerima berita ni dengan hati yang hiba. Aku tak ambil gambar lensa retak, tapi kawasan retaknya seperti dalam gambar di bawah.

Lens kamera retak di kawasan yang bertanda kuning tu. Masih boleh ambil gambar tapi efek gambar agak glaring dan blur. Memang susah nak fokus lah pendek kata. Maklumlah retak pula di bahagian kamera utama. Sobsss.

Lepas tu, aku try test ambil gambar guna lensa retak ni. Nak tengok performance macam mana. Teruk ke atau boleh bertahan lagi? Ni antara gambar yang aku ambil menggunakan cracked-lens camera. 





Nampak kan tak berapa dapat fokus? Ada efek lighting ke apa pun aku tak tahu nak describe macam mana. Haha. Mungkin sesetengah orang tak kisah pun, tapi aku agak mengutamakan performance camera memandangkan specs telefon ini juga diberi fokus kepada kamera. Jadi aku tak berapa puas hati juga lah kalau tak baiki lensa kamera yang retak ni. Dah lah aku memang suka ambil gambar walaupun gambar-gambar tersebut sangat rawak. Haha.

Lebih kurang dua minggu juga aku bertahan dengan keadaan kamera begitu walaupun tak senang duduk sehinggalah suami aku mencadangkan untuk kami bercuti ke Cameron Highlands pada awal bulan Ogos memandangkan dia mahu ambil cuti lama. Ah sudah, kalau pergi Cameron, mesti nak ambil gambar kan? Kamera telefon ni dah lah cantik, rugi kalau tak baiki.

Jadi, aku mula survey-survey tempat untuk membaiki. Mulanya aku teragak juga mahu menghantar ke Pusat Servis Samsung sebab aku anggarkan mesti agak mahal. So, aku search dan call kedai-kedai servis telefon yang berhampiran Bangi untuk bertanya tentang hal ni. Ada yang caj RM 100, RM 400. Mereka juga tak dapat menganggarkan jumlah sebenar sebab aku hanya bertanya melalui phone call. Ada juga kedai servis yang kata tiada spare part memandangkan telefon ini agak baru.

Next option, aku google Samsung Service Center. Menurut hasil carian aku di Google, ada beberapa pusat servis. Aku cuba call:
  • Pusat Servis Samsung The Mines, Serdang: 03-8957 0933
  • Pusat Servis Samsung Terminal One, Seremban: 06-767 7070
  • Pusat Servis Samsung One Utama: 03-7726 6211
Call The Mines, dia kata kena tukar the whole back glass sebab tak boleh tukar lens sahaja. Anggaran harga dalam RM 225 macam tu. Mak aih.. mahal jugak. Tanya berapa hari siap, dia kata kalau ada stok dalam 3-4 jam macam tu. Tapi kena bawa dulu telefon untuk diorang tengok condition, baru boleh bagi harga sebenar.Lepas tu, aku cuba call Terminal One pula untuk tanya, dia kata harganya dalam RM 180 sebab back glass juga. Okay, at least lagi murah daripada The Mines. Aku call OU pula untuk tanya. Anggaran harga dalam RM 180.30. Antara tiga-tiga ni, aku dalam dilema sama ada mahu pergi ke The Mines atau Terminal One sebab Mines dekat dengan rumah aku, manakala Terminal One dekat dengan tempat kerja aku. Setelah mengambil kira kos perjalanan dan sebagainya, aku putuskan untuk hantar ke Terminal One, Seremban sebab beza RM 225 dan RM 180 tu RM 45 juga.. Tetapi perjalanan ke Seremban kalau dari Nilai tak ada lah sampai RM45.

Hari Jumaat 26 Julai tu aku ke Pusat Servis Samsung di Terminal One. Lokasinya di Aras 1 Terminal One, Seremban. Aku google map je untuk direction. Mula-mula ingat nak naik KTM tapi memandangkan KTM agak lambat dan aku pergi time lunch-hour office, aku drive je ke sana. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari Nilai. Sampai je kat sana, aku terus consult berkenaan telefon. Aku bagi telefon aku dan staff (Cik Zetty) check. Yang paling mengejutkan dan menggembirakan aku bila Cik Zetty kata kos untuk baiki hanyalah RM 40 sahajaaa! Aku senyum lebar sampai ke telinga. Sebelum tu aku dah withdraw RM 200 untuk baiki. Tapi langkah kanan sungguh bila dia kata tak perlu tukar back glass, hanya tukar lens sahaja. Alhamdulillahhhh!

Spare part tiada waktu aku pergi, mereka perlu order dari HQ. Secepat-cepatnya esok barang sampai dan paling lewat hari Selasa minggu depannya. Aku setuju dan bayar advance payment RM 40 untuk order barang. Cik Zetty menampal sellotape di bahagian kamera untuk mengelakkan masuk habuk. Jadi, sementara tunggu spare part, gambar kamera aku jadi macam kat bawah ni. Hahaha.


Yaaa sangat kabur! Tapi tak mengapalah.. demi mu Samsung!
Keesokan harinya 27 Julai, Cik Zetty call dan kata barang spare part sudah ada. Boleh bawa telefon ke Pusat Servis untuk tukar lens. Aku agak sibuk hari Sabtu tu jadi aku pergi ke sana pada hari Ahad 28 Julai 2019 selepas kenduri kawan di KL. Meredah utara-selatan juga lah perjalanan aku. Tapi tak mengapa. Sampai je di Terminal One lebih kurang pukul 3.15, aku terus ke Pusat Servis Samsung. Mereka kata mungkin akan mengambil masa satu hingga dua jam untuk membaiki. Mereka remove sim card aku untuk sementara waktu. Aku ke Terminal One seorang diri memandangkan suami aku kerja pada hari Ahad. Aku pula tiada telefon lain untuk dihubungi, maka aku hanya betul-betul bergantung kepada masa sahaja. Kena pulak pada hari tersebut, aku tidak memakai jam tangan. Aku banyak bergantung pada jam di surau Terminal One dan jam di sekitar tempat tersebut. Sempat juga aku singgah membeli di Parkson. 

Agak-agak sudah pukul 4.30 petang, aku terus ke pusat servis semula. Aku tidak lah mengharapkan telefon dah siap tetapi aku tak ada tempat untuk pergi dah. Aku risau juga kalau-kalau suami aku telefon waktu tu. Ingat nak pinjam telefon service center tu untuk update kat dia. Tapi alhamdulillah, sampai je kat situ, diorang kata telefon aku sudah siap dibaiki. Mereka suruh aku test mengambil gambar and voila! Aku sangat-sangat berpuas hati dengan keberadaan kamera telefon aku sekarang. Hehehe. 

Cik Zetty membuat bil bayaran dan memberikan sedikit penerangan. Sempat juga dia berpesan agar aku sentiasa berhati-hati. Hehe. Maklumlah saya ni sangat culas orangnya. Cik Zetty bersihkan sedikit telefon aku dan buat phone health screening juga. Kira-kira pukul 4.45 petang, selesai urusan aku di situ. Alhamdulillah. Jadi, ni gambar yang aku ambil sejurus keluar dari pusat servis.

Cash Bill RM 40 (Replace Lens Camera)

Pusat Servis Samsung di Aras 1 Terminal One Seremban

Malu nak ambil gambar dari depan. Sipi-sipi pun okay. Hahaha

Keciwi sebab lens kamera dah okay. LOL
Konklusinya, jagalah telefon anda dengan baik. Aku puas hati sangat-sangat dengan perkhidmatan dekat Pusat Servis Samsung ni. Baru aku tau harga di pusat servis lain-lain. Kalau aku pergi Mines, mau RM 100 juga aku kena kot untuk tukar lens kamera. Alhamdulillah langkah kanan sungguh rasa dapat tukar lens dengan harga yang murah. Aku kena jadi lebih berhati-hati lepas ni.


Would you like to comment?