Alkisahnya, aku baru sahaja membeli sebiji telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A30 pada 30 Mei lepas di J&B Gadget Enterprise, Kipmall Bangi (Warta Bangi). Aku beli telefon ini sebab aku nak jual telefon lama aku iaitu Xiaomi Redmi Note 5A Prime kepada acik cleaner di tempat kerja aku di samping aku ingin upgrade telefon kepada yang lebih molek memandangkan storan telefon agak kecil (32 GB). Acik cleaner mengadu telefon bimbitnya tidak dapat install aplikasi seperti MyCar, Facebook & WhatsApp. Jadi, atas belas ihsan, aku menjual telefon bimbit tersebut menepati harga yang mampu dibayarnya. Semoga bermanfaat Cik Suzy! Hihi
Xiaomi Redmi Note 5A Prime bersama tuan barunya!
Mula-mula teragak juga mahu beli Samsung memandangkan sudah lama benar Samsung tidak lagi menjadi sasaran utama pelanggan, namun atas saranan penjual di kedai, beliau mengatakan specs Samsung kali ini adalah yang terbaik berbanding model-model lama. Jadi, sepanjang pengalaman menggunakan telefon ini selama beberapa bulan memang terbaik. Ni aku share screenshot specs Samsung Galaxy A30 yang aku ambil daripada website Samsung. Boleh klik sini untuk tengok. Aku beli telefon warna biru seperti dalam gambar di bawah.
Front view
Back view
Side view
Specs Camera
Specs Samsung Galaxy A30
Processor:
CPU Speed: 1.8GHz
CPU Type: Octa Core
Memory:
RAM Size: 4GB
ROM Size: 64GB
Support External Memory up to 512GB
Dual-SIM
Earjack 3.5mm Stereo
6.4" FHD + Super AMOLED edge-to-edge Infinity U-Display
Ultra Wide Angle
Long-Lasting battery & Fast Charging (4000 mAh)
Camera:
Front Camera: 25MP
Rear Camera: Dual Camera 16MP (F1.7) and Ultra Wide Camera 5MP (123°)
Flaw Detection for Flawless Shots
Convenient Mobile Security (Face Recognition, Fingerprint & Secure Folder)
Colour: Blue, Black and White
Weight: 165g
Price: RM 799
So, ni aku share beberapa keping gambar yang aku ambil menggunakan kamera telefon ni. Semua gambar yang aku upload ni tak disunting (edit) pun. Aku hanya letak watermark @hansyitake sahaja.
Gambar menggunakan rear camera. Ada efek bokeh tu!
Shot from rear camera waktu malam
Shot by rear camera. Bunga daripada suami sempena hari lahir yang lalu. Awww
Taken from front camera. Kenangan solat sunat Aidilfitri di Kampung Guntung Luar bersama adik dan ibu tercinta
Selfie mode. One with husband during raya puasa
Bagaimana pula dengan video? Video pun sangat-sangat cantik. Kena pandai ambil angle lah baru jadi lawa ye dok? Ni sample video kucing aku yang aku ambil.
All-in-all, sepanjang aku guna, telefon ni sangat-sangat terbaik, gambar cantik dan jelas. Berbaloi dengan harga bawah RM 1000. Aku memang kedekut sikit bab-bab telefon ni. Kalau nak melabur lebih RM1000, aku akan fikir banyak kali. Jadi bila dapat telefon macam ni dengan harga yang berpatutan, aku kira aku antara insan yang bertuah lah. Hehe.
Untuk review lanjut telefon ni, boleh tengok video youtube ni:
Hello, I'm Hanis. I blog about random things.. mostly about valuable experiences that I treasured and did not want to forget. Happy reading and don’t forget to drop comments!
Would you like to comment?