Explore the blog
Monday, January 23, 2012
Obiter Dictum, Prima Facie. Ratio Decedendi. Habeas Corpus & etc.

Pening menengok bahasa latin law nie. Bila la nak mahir ngan law term nie? Haih... Yang English punya part pon tak mahir lagi. Apatah lagi Latin punya word.



Baca kes? Lagi laa.. Issue nya hado. Court's held tak jumpa. Sudahnya habis kena gelak ngan lecturer. Nasib la dapat lecturer yang agresif. But it's fun by the way. Terbukak sangat jadi pemikiran kitorang. Global habis. 

Syarat kelayakan masuk course law kena Band 4 MUET or else Band 3 (tapi SPM kena A-,A or A+). Alhamdulillah aku dah lepas syarat kemasukan untuk masuk kos nie. But I simply couldn't find what is the relation between MUET & entry requirements for taking this courses. Memang la BI tu penting. Nak2 kalau belajar law. Tapi MUET & LAW tu 2 benda yang berbeza. Istilah BI yang digunakan dalam Law pon memang sangat2 berbeza.



Ada 2 situasi:

PERTAMA:
Kalau ada sorang nie memang gila2 minat subjek law. Semua pasal isu semasa, general knowledge dia tau. But then, time MUET terkandas. Dapat band 3, tapi BI SPM B. Takkan terkubur camtu je kot cita2 dia?
Memang laa boleh repeat tapi the next fee is RM100, compare to mula2 amik RM60. We never expect what will the questions be. Contoh la kalau repeat pon tak lepas, takkan terkubur camtu je kot? Kalau dia high-spiritual person, it wouldn't bother him. Bagus kalau ada orang camtu.


KEDUA:
Sorang lagi nie dah achieved the requirement. Tapi tak minat untuk amik kos nie & berhasrat untuk tukar fakulti. Tapi percentage untuk tukar tu sikit la. Mungkin dalam 30%? Ye lah, mesti dekan nak jaga orang yang dah lepas band nie. Sape dapat band 4 mesti la dia ada harapan cerah untuk sambung kos nie. Tapi kalau tak minat cemana?
Oh ye.. aku bercakap tentang asasi. Sebab asasi tak semestinya pelajar akan stick kepada kos mereka. 

Antara kelayakan dengan minat, mana yang lebih penting?

Kalau layak tapi tak minat? Macam mana nak survive? Lainlah kalau dia terapkan minat untuk mendalami.

Kalau tak layak tapi minat? Ikhtiar tu ada. Boleh cuba lagi. InsyaAllah ada rezeki lain masa. Yang penting jangan mengalah.

Cuma, aku rasa kerajaan tetapkan tinggi kot syarat kelayakan for law. Bahasa Inggeris dengan legal term tak sama. Yang former student law (yang dah keje) takde MUET pon boleh survive, jadi lawyer, majistret, hakim apa. Yang kisah website Kementerian Pertahanan dolu2 tu kes takde MUET ke apa? LOL..

Dengar ura2 nak naikkan band 5 instead of band 4 for entry requirement for Law. Ntoh betul ke idak den tak tau...


P/s: Doakan aku mid-term 26 & 27 nie... hehe..
Oh ye.. baideway.. happy birthday adikku, Amin.. ^^






Wednesday, January 11, 2012
Last entry: 2 December 2011
Today's date: 11 January 2012

Almost a month, aku tak update blog, tak blogwalking and so on. Sangat tak istiqamah... =_="
Secara tak langsung, aku pon blurr nak tulis mende laa kat sini. 

Kadang2 terfikir gak, orang dapat manfaat ke kalau baca blog aku ni? Most of the things I wrote here are from my everyday's life. Tapi yang mana aku rasa nak kongsi je la. Most of the things, aku rasa tak perlu nak story & rahsia, biar laa pendam sorang. Kalau setakat nak cerita hari ni makan kat mana, jumpa sape, better tak payah la. Malu kot nak story sume benda kat orang. Lagipun, what will they get.? ~_~

Dalam meniti usia yang makin lanjut nie, makin rumit kot hidup nie. Jadi budak senang, tak payah fikir pape, main doktor2, masak2... Suwitt.. Jadi remaja? General knowledge kena ada.. Baru la senang nak bercerita. Buka kedai kopi. *Mengumpat* ye tak? nauzubillah...



Lately, aku baru sedar betapa pentingnya untuk kita mengetahui isu semasa sekarang. Nasib baik, masih tak terlalu lambat untuk aku menyedarinya. Yeah, masa zaman sekolah dulu, aku agak kolot. Aku MEMANG cukup TAK berminat untuk tau isu2 semasa especially POLITIK. hoh.. hamekkau, banyak gila caps lock. Pendek kata, you're so LAME... Sampaikan dulu, aku just tau surface of the story, nak tau mendalam? jangan harap. Dulu,ayah aku je la jadi paper bergerak aku. Tanya dia,asal benda tu jadi camtu & so on. Tu pon kalau nak tanya laa...

901 assembly


But then, I realised now that I'm suffered for not knowing the current issues. Nak2 bila belajar subjek Law & Society. Ingat senang ke nak belajar benda kalau gist of knowledge about the issue takde? Bila lecturer tanya pendapat, tapi kita tak tau nak cakap apa. Mula2 rasa tension kot bila kena amik tau pasal isu semasa before masuk lecture hall. Tapi alhamdulillah lama2 benda tu jadi habit.

Aku teringat la member aku pernah cakap bila orang ulas pasal politik nie... Pernah la terdetik, asal la sibuk2 nak tau pasal politik kotor nie...
"dah tu.. takkan la masa kau nak mengundi baru kau nak  fikir sal nie?"

So, sekarang current issue tu jadi feveret aku kot. Site2 malaysiakini, beritasemasa, harakahdaily, dah jadi feveret kot. Isu Adam Adli, Anwar Ibrahim & so on. Takmo la ulas panjang2 sekarang. Still menelaah kes. (Chewah... kerek kot...=_=")


p/s: lepas gian dah lama sangat tak hapdet blog... so, isinya berterabur... Maaf.. =="
Btw, lame duck? hehe. Kalau rajin, search maksud dalam Oxford Dict & give your opinions through comment box. Thank you.. :)