Okay, dalam post sebelum ni, aku ada ceritakan tentang pengalaman untuk buka buku pink. Boleh klik sini untuk baca. Kali ni aku ceritakan pula prosedur minum air gula (MGTT) di Klinik Kesihatan (KK) Nilai. Usia kandungan aku 21 minggu aku kena minum air gula. Mungkin disebabkan berat badan aku naik mendadak sepanjang mengandung dan aku berumur 25 tahun ke atas.
Seperti yang diceritakan dalam post lepas, sebenarnya aku check-up di KK Bangi. Namun, prosedur minum air gula agak mengambil masa. Jadi, aku minta dengan nurse KK Bangi untuk tumpang minum air gula di KK Nilai memandangkan aku bekerja di Nilai. Kalau boleh, taknak lah ambil cuti. Nurse kata kena tanya KK Nilai boleh ke tumpang. Kalau di KK Bangi, minum air gula adalah pada hari Jumaat sahaja. Hari Rabu minggu lepas, aku ke KK Nilai untuk bertanya tentang prosedur sekiranya mahu menumpang. Nurse kata MGTT di situ adalah pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Aku minta untuk buat MGTT kesokannya (15 Ogos 2019). Aku daftar dengan nurse di KK (perlu bawa buku pink dan kad pengenalan) dan beliau mengisi borang minum air gula. Borang macam kat bawah ni.
Borang MGTT |
Apa itu MGTT dan untuk apa?
MGTT ialah Modified Glucose Tolerant Test (75gm glucose with 250 ml water) dilakukan untuk mengesan sekiranya ibu mengandung menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau lebih dikenali sebagai kencing manis semasa mengandung. Kadang-kadang ibu mengandung ni tiada pun penyakit kencing manis sebelum mengandung tetapi atas beberapa faktor dan risiko, ibu ini mungkin boleh menghidap kencing manis.
Siapa yang wajib minum air gula?
- Wanita dalam kategori obes (BMI 30 ke atas)
- Wanita yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis
- Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
- Wanita yang pernah hamil bayi besar
- Wanita yang berumur 25 tahun ke atas
- Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi mati dalam kandungan
Prosedur minum air gula (MGTT) adalah seperti berikut:
- Puasa pada pukul 10 malam
- Datang ke klinik pada pukul 8 pagi (kalau boleh datang awal lebih bagus)
- Darah akan diambil kali pertama
- Minum air gula (MGTT)
- Puasa setelah minum air gula untuk 2 jam seterusnya. Tidak dibenarkan makan atau minum
- Darah akan diambil kali kedua selepas 2 jam (2-hour post prandial)
- Keputusan akan diberi selepas seminggu atau dua minggu
Rabu malam tu, aku puasa bermula pukul 10 malam. Makanan terakhir aku adalah oat susu. Aku sampai ke KK Nilai pada pukul 8.15 pagi. Kaunter MGTT dibuka dari pukul 7.30 pagi-8.30 pagi. Nasib baik masih sempat. Aku menunggu di hadapan bilik G dan mengambil nombor warna pink. Borang yang nurse isi semalam aku kepilkan bersama nombor tersebut. Nombor giliran aku 24. Masih ada 23 orang sebelum aku lah ni. Tak mengapa, aku dah maklumkan dekat bos yang aku akan masuk lewat sedikit.
Bilik MGTT KK Nilai |
Kira-kira pukul 9 pagi, baru lah nurse panggil masuk ke bilik G tersebut. Darah diambil di lengan dan diisi ke dalam tiub. Kemudian aku minum air gula tersebut. Ermm. Komen aku okay je air gula ni. Mana ada tak sedap. Kenapa selama ni benda ni menjadi mimpi ngeri semua orang? Haha. Air gula di KK Nilai warnanya jernih. Macam air masak dan agak suam. Kalau di klinik swasta, ada yang warna oren dan ada juga warna ungu macam air anggur. Kena habiskan satu gelas. Tak boleh muntah dan tak boleh tak habis minum. Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan segelas air gula tersebut dengan jayanya. Yeayy! Rasanya manis seperti air kordial tanpa letak air masak. Rasanya biasa-biasa sahaja lah kalau menurut aku. Cuma mungkin rasa pening, mabuk atau loya tu sebab perut kosong dari malam tadi dan terpaksa minum air ni first thing in the morning dan perlu menunggu dua jam pula sebelum dapat makan makanan hakiki. Huhu.
Air gula di KK |
Lepas minum air gula, nurse minta tunggu di hadapan bilik G sahaja tetapi memandangkan tempat kerja aku dan KK Nilai is just a walking distance, aku balik semula ke pejabat untuk menyelesaikan urusan-urusan kerja. Selepas dua jam, aku berjumpa dengan doktor di klinik aku bekerja untuk bertanyakan status rapid test glucose. Aku sebenarnya perlu tunggu ambil darah di KK sahaja tetapi disebabkan tak sabar, aku minta doktor aku ambilkan darah untuk check bacaan gula aku. Kemudian aku bawa tiub darah tersebut ke KK Nilai. Hehe.
Darah yang diambil di klinik aku kerja. Kemudian aku bawa sample ini ke KK. Alhamdulillah mereka terima sahaja :) |
Alhamdulillah, menurut strip test tersebut, aku tiada GDM. Bacaan gula selepas dua jam adalah 6.4 mmol/L sahaja. Kalau 7.8 mmol/L ke atas baru dikira GDM. Tetapi aku perlu tunggu official result dari KK Nilai kira-kira seminggu atau dua minggu dari tarikh MGTT. Aku perlu follow-up semula dan hantar keputusan tersebut ke KK Bangi. Ini sekadar keputusan tak rasmi untuk aku tak nervous sementara tunggu keputusan sebenar je. Hehe. Nanti kalau dah dapat keputusan, kita update pula macam mana.
Keputusan tak rasmi. Yang rasmi kena tunggu minggu depan! |
Would you like to comment?