Bulan Julai bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa hari, akan tiba kunjungan bulan Ogos yang membuatkan aku berdebar. Tak, aku dah kahwin, jadi aku bukan berdebar tentang perkara itu. Sudah setahun lebih aku berada di tempat kerja sekarang, telah banyak perkara yang aku belajar dan aku sumbangkan. Tapi bak kata orang, setiap yang bermula pasti akan berakhir, bukan? Maka, bulan Ogos ini akan menjadikan bulan terakhir aku bekerja di sini disebabkan kontrak aku akan berakhir. Memikirkan tentang perkara itu, aku menjadi gemuruh. Aku harus mencari pekerjaan secepat mungkin. Tak mungkin aku akan jobless dalam masa sebulan lagi.
Saban waktu, aku memikirkan apabila memasuki alam pekerjaan, senang sahaja kita ditukar ganti walaupun telah banyak sumbangan yang telah kita berikan. Menurut bos (puan), kontrak aku dihentikan kerana tiada lagi Eksekutif Pemasaran bakal ditempatkan di klinik, tetapi akan ditempatkan di HQ dan GCEO akan mengupah orang luar untuk melakukan kerja-kerja pemasaran. Okay.. mungkin mereka tidak berpuas hati dengan performance aku sepanjang setahun bekerja. Maklumlah, aku fresh grad yang tiada kelayakan dalam bidang pemasaran, hanya bidang undang-undang yang tak laku. Aku redha saja dengan keputusan itu, lagipun aku sudah tawar hati dengan pengurusan pihak atasan (GCEO) tempat ini. Aku tiada masalah dengan puan dan staf di klinik. Malah mereka juga tidak suka dengan penindasan ini. Puan siap mengeluh, kerja akan jadi susah jika aku tiada nanti dan beban kerjanya akan menjadi lebih banyak.
Cuma aku terkilan, mungkin mereka tidak tahu yang satu-satunya 'Eksekutif Pemasaran' ini lah yang banyak membuat kerja-kerja public relation, yang menguruskan pencarian panel, menulis surat permohonan, mengambil surat di pejabat-pejabat kerajaan walaupun mereka tidak membayar claim, membuat design-design untuk kegunaan dan kepentingan mereka, menempah rak air mineral & membeli air mineral tiap-tiap bulan demi jualan di klinik serta membuat laporan tahunan yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Banyak lagi jobscopes yang aku tak nyatakan lantaran aku suka bekerja di sini, jadi aku tak kisah dengan exposure sebegitu walaupun gaji tidaklah memberangsangkan. Tugasan aku bukanlah hanya berkisar dengan pemasaran semata-mata tetapi semua aspek, aku yang perlu bereskan. Mungkin aku terlalu naif apabila mengharapkan sekelumit penghargaan daripada pihak mereka. Mungkin juga aku yang terlalu sentimental apabila kontrak tidak disambung di saat-saat aku sedang hamil. Tapi itu lah hidup. Mantra harian aku sejak tahu kontrak aku tidak disambung adalah: Rezeki ni bukan mereka yang bagi, Allah yang tentukan segala-galanya.
Ada juga puan dan beberapa staf lain yang tanya tak mahu ke merayu dengan GCEO untuk disambungkan kontrak. Aku berpegang, tak perlu lah merayu pada yang tak sudi. Mungkin sudah sampai waktunya aku mencari peluang di tempat lain, mencuba peluang baru. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menunggu aku di hadapan. Who knows?
Aku suka petikan dalam buku ini. Knows when to quit |
Sekarang, aku tengah giat mencari kerja. Syukur aku punya seorang suami yang sangat-sangat memahami dan menyayangi dan keluarga sendiri serta keluarga mentua yang sangat-sangat supportive serta kawan-kawan yang banyak membantu. Aku cuma berharap agar Allah cukupkan segalanya untuk keluarga kecil ini. Dan sekarang juga, aku sedang plan waktu untuk menghabiskan cuti yang berbaki. Hehe. Aku mohon sangat supaya dipermudahkan segala urusan. Aku harap siapa yang baca coretan ini, mohon doakan juga ya. Terima kasih yang tak terhingga :)
Would you like to comment?