Jadi, kenapa aku mengambil keputusan untuk mencuba kanta lekap pula?
Pertama, seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, aku perlu memakai kanta lekap untuk proses pemulihan luka disebabkan oleh sinaran laser di kawasan hidung. Sekiranya memakai kaca mata, ia akan mengganggu proses pemulihan luka. Seminggu juga aku memakai spek sebelum membuat keputusan untuk membeli contact lens, jadi, di spek aku terlekat sisa-sisa luka, Sekiranya berlarutan, proses pemulihan luka akan berlarutan.
Kedua, aku sengaja mahu merasa pengalaman tanpa kaca mata. Bertahun dengan kaca mata, apa lah agaknya perasaan tanpa kaca mata semula walaupun hanya untuk seketika.
Setelah betul-betul nekad, aku bersama rakan sekerjaku terus ke kedai cermin mata Focus Point yang terletak di dalam Giant, Nilai untuk membuat contact lens. Menurut hasil pencarianku di twitter, Focus Point antara kedai cermin mata yang menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang bagus. Disebabkan ini pertama kali aku mahu membeli kanta lekap, aku bertanya kepada optometrist di situ tentang pakej contact lens. Beliau menerangkan terdapat dua jenis contact lens iaitu harian (daily) atau bulanan (monthly). Manakala untuk warna, terdapat dua jenis iaitu jernih (transparent/clear) atau berwarna (coloured lens). Harga untuk setiap jenis ini berbeza. Aku berminat untuk mencuba yang bulanan walaupun penjagaan yang sangat rapi diperlukan. Aku tidak berapa berminat untuk mencuba yang harian kerana harganya agak mahal dan aku yakin aku mampu menjaga kebersihan tangan dan jari sekiranya aku memakai kanta lekap bulanan. Untuk cubaan kali pertama, aku berhajat untuk mencuba clear contact lens (monthly).