Explore the blog
Friday, April 15, 2016

Cabaran Pelajar Undang-Undang USIM

Post terakhir sebelum aku kembali menulis adalah bulan Disember 2015, sekarang sudah pun bulan April 2016. Perkara yang agak susah dan tidak konsisten pada aku adalah menulis. Apa tah menulis, membaca juga perkara yang agak sukar buat masa ini. Apa-apa pun masih mencuba untuk memaksa diri membaca.

Aku tengok di ruangan komen pada post ini, pada setiap tahun mesti ada komen daripada pelajar lepasan SPM yanag akan bertanyakan tentang program Syariah dan Undang-undang yang aku belajar di USIM. Sekarang sudah pun berada di semester lapan, dan bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan (insyaAllah). Aku tak tahu jawapan apa yang sepatutnya aku beri kepada mereka yang berminat untuk menyambung asasi atau ijazah di sini. Dan aku tak tahu lah sama ada tulisan ini bakal viral atau tidak. Sekurang-kurangnya aku hanya menulis untuk pertimbangan kalian yang masih muda, yang masih tercari hala tuju kehidupan selepas ini.

Sejujurnya, pada tahun ini, USIM masih belum mendapat pengikitirafan daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB). Tak tahu apa itu LPQB, google sendiri. Masih dijanjikan yang USIM akan dapat tapi aku tidak tahu bila aku grad tahun depan, pengiktirafan itu sempat atau tidak. Jadi, untuk melayakkan diri anda menjadi atau mengimpikan kerjaya sebagai seorang peguam sivil, anda haruslah mengambil Sijil Amalan Guaman (CLP), lulus periksa, pergi chambering, selepas itu barulah layak untuk menjadi peguam sivil. Sekiranya anda mahu jadi peguam syarie, anda perlu mengambil Diploma Amalan Kehakiman & Guaman Syarie (DIJAP) atau sijil seumpamanya untuk melayakkan diri anda menjadi peguam syarie, atau di sesetengah negeri seperti Kelantan, sijil DIJAP tidak diperlukan untuk melanjutkan kerjaya ke bahagian guaman syarie. 

Tidak seperti di universiti awam yang lain (UIA, UM, UKM atau UiTM), program undang-undang mereka sudah lama bertapak di universiti di Malaysia, dan anda tidak perlu untuk mengambil CLP sebab bila dah habis belajar, anda boleh terus ke chambering dan praktis sebagai peguam sekiranya layak.

Okey, itu cabaran pertama. Kebanyakan dari kami masih belum memikirkan hala tuju selepas ini. Hanya memikirkan cara untuk survive dengan law school yang rupa-rupanya bukan mudah dan agak menyeksakan juga. Tetapi buat mereka yang sudah ada hala tuju, tahniah aku ucapkan. Ada yang berminat untuk mengambil CLP, kumpul duit dari sekarang untuk mengambil CLP yang beribu ringgit juga yurannya. Ada juga yang mengambil DIJAP untuk kesenangan pada masa akan datang. Ada yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah, mahu menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD dan ada juga yang bercita-cita untuk membuka bisnes sendiri, yang langsung tiada kaitan dengan kos undang-undang.

Cabaran kedua? Aku rasa dari segi subjek dan jam kredit. USIM menegakkan konsep ilmu aqli dan naqli yang bagi aku cukup bagus sebab pelajar akan belajar subjek-subjek agama yang lain seperti Akhlaq, Aqidah, Fiqh-fiqh, Al-Quran dan Hadith serta subjek-subjek duniawi seperti undang-undang, keusahawanan, komputer dan sebagainya. Aku tak kata tak bagus, tetapi kami, pelajar Undang-undang USIM seolah tidak punya pilihan untuk drop subject kerana semua telah ditetapkan sebagai subjek wajib universiti, wajib fakulti dan wajib program. Satu sem, kami terpaksa mengambil sehingga 22 jam kredit, kaedah pemarkahan 40% carry marks serta 60% peperiksaan akhir untuk kesemua subjek (ada sesetengah subjek 50%-50%) seolah tidak langsung memikirkan nasib kami untuk menanggung sesi kehidupan hanya berputar isu pembelajaran semata. Aku suka menimba ilmu, belajar perkara-perkara yang baharu, tetapi sampai bila kita harus disogokkan dengan exam-orientation. 

Aku tidaklah menyesal menjadi pelajar jurusan undang-undang di USIM. Banyak perkara yang aku belajar. Salah satunya aku menjadi seorang yang cekal dengan ujian-ujian yang melanda kami dan bertuah mengenal kawan-kawan lain yang seangkatan dengan aku. Aku percaya suatu hari nanti, walau tanpa recognition sekali pun, aku insyaAllah akan menjadi seorang yang berjasa kepada keluarga aku (at least) dan sekiranya mampu berkhidmat untuk masyarat pun, aku akan cuba sehabis daya. Apa-apa pun, aku berdoa supaya junior yang lain kekal berusaha dan tidak merasa lelah, payah dan jerih kami sebagai senior.

Jadi, kepada anda yang berkira untuk menyambung sesi pembelajaran di USIM kelak, sila fikir dahulu. Aku boleh kata, USIM bagus dari segi kondisi dan suasana pembelajarannya. Tetapi sekiranya anda aim nak jadi seorang peguam dengan cara yang mudah, USIM bukanlah pilihan utama.

Aku tulis ini bukanlah tujuan untuk menghasut tetapi agar mereka yang di sana tidak membuat pertimbangan yang salah. Sekiranya USIM telah mendapat pengiktirafan daripada LPQB suatu hari nanti, aku akan menarik balik post ini.






Whould you like to comment?

  1. Salam, suatu info yang menarik berkaitan FSU, cuma sy nak tya sket sekiranya pelajar tamhidi syariah n law tak dapat band 4 dalam Muet boleh ke teruskan dlm degree syariah n law. Boleh ke graduan SYARIAH N LAW ambil CLP kerana setakat ni belum ada pengiktirafan dari LPQB.
    Setakat mana progress USIM untuk dapatkan pengiktirafan tu.
    Tkasih byk.

    ReplyDelete
  2. Maaf ya tak perasan soalan tentang CLP tu dah ditulis diatas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pelajar tak dapat band 4 MUET tapi dapat A solid dalam matapelajaran english SPM , masib boleh apply .

      Delete
  3. So skrg dh dpat pengiktirafan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum mendapat pengiktirafan LPQB.
      USIM baru ambil step tukar nama dari Fakulti Syariah dan Undang2 kepada Fakulti Undang2 dan Syariah tahun ini.

      Delete
    2. nama program smsu sahaja dtukar kpd smus iaitu sarjana muda undang2 dan syariah, bukan nama fakulti

      Delete
  4. Utk dptkan pengiktirafan LPQB tu ada berapa step semuanya?...agak2 lama lg ke nk dpt pengiktirafan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sedang berusaha sedaya upaya. Doakan yang terbaik.

      Delete
  5. Fiqh dan fatwa hanya ade di USIM je ke?

    ReplyDelete
  6. Salam . Kalau kita dpt band 4 pda muet julai ni still bole apply law di usim ke utk degree 18/19 ?

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah dapat ka pengiktirafan LPQB TU... TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya salah sorang student tamhidi syariah undang2 usim 18/19. Alhamdulillah lecturer kata dah dpt dah pengiktirafan LPQB tu.

      Delete
    2. Masih belum lgi.. saya baru sahaja lepas menghubungi pihak usim..

      Delete
  8. Sekarang dah dapat ka pengiktirafan LPQB TU... TERIMA KASIH

    ReplyDelete