Explore the blog
Tuesday, June 4, 2013

Just Keep Swimming!

Mode: Gempur!

(ambil ayat roommate, dia siap tampal kat bilik lagi). 
Moga memang betul gempur + kamikaze laa since Final just around the corner.

Still. Ada 1 lagi assignment pending. Courtroom Drama. We'll be doing the case of Mona Fandey. Aku jadi Public Prosecutor. Heh. Banyaknya nak kena pot pet! I can't help myself but to focus both for these final exams & courtroom drama sebab final assessment courtroom ni 30%. Banyak kot. Ni jelah penentu gred sebab takde final exam subjek ni.

Minggu-minggu macam ni memang kritikal. Rasa macam tak cukup tanah + masa nak study. Tambah pulak kemalasan yang melanda bak tsunami. Ok, cut it out.

Dah lama tak blogwalking, tak update blog, aku terbaca blog rakan-rakan yang rata-ratanya update tentang exam. Ada yang menulis tentang kegagalan, luahan tak bersedia di kala exam. Ada juga yang menulis tentang glory & sebagainya. Memang fitrah student blogger untuk meluahkan apa yang terbuku di hati melalui medium ni. 

Sejujurnya, aku lagi suka membaca kisah kegagalan daripada kisah kejayaan. Kagagalan semacam bagi satu sumber inspirasi supaya kita lebih bersemangat. Masa tu kita akan rasa diri kita rendah dan hina sangat. Berpijak pada bumi yang nyata, bukan berada di awan-awangan. Somehow, seakan ada catapult yang buatkan kita nak move on, lari daripada kondisi semasa. Bak kata Dory in Finding Nemo:

"When your life gets you down, do you wanna know what you gonna do? Just Keep Swimming"




Tapi, kalau selalu disogok dengan kejayaan, rasanya seperti kita dah tahu semua. Nak nak kalau tak baca pon dapat pointer tinggi. Satu perasaan yang menjengkelkan. Perasan diri bagus serba-serbi. "Aku tak baca tapi aku boleh jawab apa." Nauzubillah... Kadang-kadang wujud perasaan tu dalam diri. Padahal semuanya daripada Dia. Kalau Allah tarik nikmat tu, mau menangis tak berlagu.

Orang kata belajar sebab ilmu. Is it? Susah sebenarnya. Nak tak nak, mesti jadi belajar sebab exam jugak. Sudahnya, masa study week ni lah duk pulun baca siang, malam. Masuk tandas pon terngiang-ngiang apa yang baca. Bila dah habis je exam, buku bersepah dekat luar dewan exam. Tanya je soalan, terus tak ingat. Tak ke rugi ilmu tu? Belajar 6 bulan semata-mata untuk skor pointer?

Hari tu family datang melawat all the way from Kelantan to Nilai, alang-alang hantar adik aku masuk Matriks Banting. Then, tiba tiba, mak aku tanya;"Angah, nak hadiah apa? 3 sem (daripada tamhidi) dapat dekan kan?" I was like, aaaaa... Aku tak tahu. Kalau sem ni result jatuh, mau mati. Entahlah. Hidup ibarat roda. Kadang-kadang, I am afraid to hold on to promises, kalau tak lunas, aku tak sanggup nak tengok muka kecewa mereka. The hardest part bila orang rely kat kita. Kita tak sanggup nak kecewakan mereka. That's why we have to work for it. InsyaAllah. 

Sedar tak sedar, Examination is just part of formal test yang kita hadapi dalam hidup ni. Yelah, kena struggle berbulan-bulan untuk exam yang hanya untuk berapa jam. Padahal, kalau kita apply segala yang kita hadapi macam sakit, accident & bala lain yang menimpa kita, kita mampu hadapi. Terus heads down sebab kita nak mohon kekuatan untuk hadapi benda-benda ni. Same thing goes to exam, berjihad atasi kemalasan & tawakkal in all means (belajar, solat hajat, etc tapi dengan syarat istiqamah)

Kejayaan & Kegagalan. Dua dua tu ujian. It's just how we handle the things. Don't say that you are born to be a failure or what. Nobody is born that way. Still, we have plenty of time to shift it. 

Love the quote. Dah lama buat jadi cover Fb supaya jadi penyedap hati. Heh.




P/s: Dedicated to all who will face final examination too.. :)
P/s 1: Terima kasih ibu, abah & semua sebab datang hari tu di saat kemalasan melanda. InsyaAllah semoga bagi suntikan baru untuk angah belajar.
P/s 2:Nani, jangan sedih.. Ingat janji kita untuk berjaya sama-sama ye. We did this before masa kat sekolah dulu. Sekarang walaupun beza uni, jiwa kita bersama. Boleh punya laa.
P/s 3: Other bloggers yang dah bekerja kalau terbaca post ni, anggaplah ni part of tulisan picisan daripada student yang tak tahu nak luah mana dah. Gian nak menulis satu. Haha.




Whould you like to comment?

  1. Saya sokong sangat2 kata2 awak tu. Pemikiran kita sama.. heee.. Suka entri ni.. semoga awak berjaya dalam pelajaran.. kejar dean list banyak2.. mana taw kot2 nanti dia offer PHD terus. Haa.. peluang nak jadi proffesor pun makin dekat la.. :p

    Semoga kawan awak si Nani tu tak bersedih lagi.. ekeke..

    ReplyDelete
  2. hoho.. nayy.. tajdid niat. bukan sebab dean list. the dean list is nothing compared to knowledge. i wish there wont be any exam. lol.. semoga nani tu ceria sokmo. smile! :D

    ReplyDelete
  3. walau orang kata, belajar bukan sebab peperiksaan dan pointer..

    tapi kalau dapat grab dua-dua tak salah kan.. belajar dan pointer..

    sebab dua-dua tu yang akan menolong kita, sekarang dan akan datang..

    sebab dua-dua tu yang dapat membahagiakan mereka yang kita sayang..

    sebab dua-dua tu yang mampu kita buat untuk balas jasa ibu bapa kita, buat masa ni..

    dan jangan jadikan ayat "study bukan sebab pointer" untuk kita tak study bersungguh-sungguh.. "buat apa nak study.. pointer tak penting pon.. lame excuse.. (emo plak.. :p)

    p/s: kadang-kadang, pointer tu boleh jadi satu sebab, satu semangat, untuk kita study macam nak gila..

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn pendapat NusaNa Nosa 91....belajar utk dua2 sekali, ilmu dan pointer.
    Dlm kdaan skrg pointer amat penting untuk dptkn kerja slepas belajar memandangkan terlalu ramai cerdik pandai yg berkelulusan ijazah, master n PHD...walaupun rezeki ketentuan Ilahi.
    Harap Hansyirah beroleh kejayaan cemerlang di Dunia & Akhirat, In sha Allah

    ReplyDelete
  5. dari kecik tadika sampai abis U.. aku belajar semata2 sebab result exam

    start bekerja...baru aku belajar sebab ilmu..

    finally baru aku dapat merasai nikmatnya ilmu itu...

    ReplyDelete
  6. dah nak final? gud luck dan buat yang terbaik ok! betul2.. aku setuju.. banyak orang blaja unuk nak pegang skrol tu.. tu je.. bile dah keje betul2 baru r rase result2 exam dan skrol tu tak menjamin ape2 sangat pun.. usaha tu tetap yang utama.

    ReplyDelete
  7. Follower ke : 319
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete