Explore the blog
Sunday, May 5, 2013

Bahana PRU: Dulu dan Kini -Persepsi Seorang Noob

Ok, I know, esok 5 Mei 2013 bersamaan Hari Mengundi 'Sedunia'. Lol. Kenapa 'Sedunia'? sebab semua makhluk dalam alam semesta bercakap tentang ni sejak kebelakangan ni dan akan berterusan cakap pasal ni untuk tempoh yang akan datang. Meriah!



Bila aku log in FB, Twitter, rata2 semua berbicara tentang PRU 13, Ini Kalilah & sebagainya. And so I am, I get too excited about this even I do not show that much. Bukan tak nak update, tapi aku rasa lebih baik jadi bystander sahaja.

Aku tak selalu update pasal politik dalam blog ni, rata2 semua kisah picisan hidup gue. Tapi disebabkan bahang yang amat, sedikit sebanyak telah memaksa aku untuk menghentam papan kekunci. (LOL. ayat sastera bhai)

Bahang PRU 13. Tak sama dengan PRU 12. Kenapa?

#1. Eagerness

Ye, kali ni agak lain auranya kalau nak dibandingkan dengan aura PRU 12. Mungkin sebab jangka masa 5 tahun daripada last GE (biasanya kan 4 tahun je) Dah la lama gila nak tunggu parlimen bubar. Parti2 pon masing2 dah come out dengan aura yang lain macam. Semangat. Baik parti PR & BN, semua ada manifesto yang diharapkan mampu membeli undi rakyat jelata.

Masa ni lah yang kita boleh nampak, calon turun padang. Bendera parti terpacak di sini sana. Lagu 'Sayangi Selangor, Yakini BN' yang kerap berkumandang di radio dan dalam train. LOL. Iklan-iklan di laman youtube semua berkait dengan undilah BN dan sebagainya. Oh, tak lupa juga pelbagai cerita-cerita panas yang tersebar sebelum ini. Aku rasa last PRU takdelah macam ni. Ke ada? Entahlah. 5 tahun lepas, aku masih belum terdedah dengan internet.

#2. Atmosfera berbeza

Last PRU, I was only 15, tahun 2008. Form 3. Masih mentah. Environment pon kat sekolah. Paling-paling hangat pon ada lah budak-budak Aspura duk pampang bendera parti dekat blok diorang. Pastu, ada yang duk nyanyi lagu parti. Nyanyian diorang pon jelas menusuk pendengaran budak-budak Aspuri. Lol. Lepas tu, duk berdebat sesama sendiri, parti mana yang lagi baik. I was not aware, maybe typical budak-budak sekolah, "korang tak layak mengundi, jangan cakap pasal politik, sejarah pon fail" What a double-standard! Dan itu telah menanamkan doktrin dalam kepala aku bahawa politik tu kotor. Then, kalau log in FB pulak... Ohh. tak ingat. aku masih sacred time tu, FB pon takde lagi. So, tak tahu macam mana gempaknya perbualan tentang PRU di alam maya.

Lain situasi dengan sekarang. Dah masuk alam U, dah ada FB. Aku dapat lihat betapa semangatnya anak-anak muda bila berbicara tentang politik sama ada secara live atau laman sosial. Nak komen? Aku takde ilmu sangat mahu berhujah. Hanya mampu jadi pemerhati setia. Kadang-kadang rasa macam outta date.  Sebab apa? Orang lain semua duk berbicara soal PRU, share itu ini, tukar DP ---> 5.5, #IniKalilah #GE13 bagai, tapi aku? update macam unaware what is happening. Heh. Outdated gila kau. Sangat ignorance tak ambil port pasal politik. Bukan tanak amik port, tapi ku kira dengan segala newsfeed tu dah cukup untuk bagi info dan maklumat dekat aku walaupun harus di'filter' terlebih dahulu.


Erm, lagi?

Tu je la kot. Saya cuba bersikap neutral. keh3.

Smart!



Selamat Mengundi! Buatlah pilihan yang bijak demi negara aman dan sejahtera! :D
Go GE 13! 
Minta jauh daripada peristiwa seperti 13 Mei 1969 berlaku lagi.










Whould you like to comment?

  1. teruskan neutral...kerana kalau semuanya ada sokongan masing2 macam aku ni hah... x bes gak.. we need check n balance.. ~~ moga Allah beri yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. woww..thumbs up :D

    memng bahang dia kali ni tak sama denga dolu-dolu :D

    ReplyDelete
  3. kat aspura pun dah pandai pasang bendera politik? like seriouslyyy?? :O kau sekolah mane dulu weh? haha..

    ReplyDelete
  4. dulu internet tak meluas, tak banyak pun gune internet, info pun based paper ngan berita je, tapi zaman sekarang ni dah lain sebab orang boleh dapat lagi banyak source yang lebih boleh dipercayai berbanding ape yang show dekat certain paper or berita kan?

    ReplyDelete