Explore the blog
Monday, March 18, 2013

Of motor pinjam dan insiden

Pernah tak merasai satu hari yang sangat malang? Aku yakin mesti pernah semuanyalah.

"Sudah jatuh ditimpa tangga"

Heh. Tiga insiden yang dikaitkan dengan motorsikal pinjam ni memang akan diingati sepanjang zaman.

********

Pada suatu tengah hari yang panas, hari Jumaat, tatkala orang lain sudah habis kelas dan kuliah, aku mendapat panggilan untuk ke Fakulti tempat aku belajar. Sewaktu itu, aku masih berada di kolej kediamanku. Memandangkan cuaca agak terik dan pemandu bas juga sudah hampir mengakhiri shift mereka (almaklumlah solat Jumaat tak lama lagi), aku kebingungan sama ada mahu ke sana atau tidak.

Nak jalan kaki? Panas. (heh. manjanya kau!)

Nak naik bas? Bas dah takde.

Nak naik kereta? Siapalah yang sudi meminjamkan.

Naik motor?

Haa.. Tidak semena-mena kuterlihat kelibat manusia yang sangat kukenal. Rakan sekuliah. Dengan perasaan yang tidak berapa malu, ku meminta untuk dipinjamkan motornya buatku. Alhamdulillah, permintaanku dikabulkan.

Apa lagi, aku pon tidak sabar untuk tiba ke destinasi. Sementelah dapat sahaja motor tu, aku terus sahaja pecut. Namun, apakan daya, belum mula perjalanan, aku telah mempedajalkan motor tu. Terlanggar tiang bhai. Haih. Aku terlupa. Nature motor ni tidak sama dengan motor2 yang aku tunggangi selama ini. Ranap juga front cover+lampu depan motor. Alhamdulillah ku tidak mengalami sebarang kemalangan fizikal. Hanya kemalangan mental sahaja sedikit sebanyak. -_______-"

Kalau tukar front cover agak-agak berapa eh? Tang lampu dah selesai. Kopak laa bajet. T__T


Namun, dengan kekentalan jiwa dan semangat yang tinggi, aku gagahi untuk bertemu dengan seniorku di fakulti. Perjumpaan yang hanya lebih kurang setengah jam itu kukira berbaloi memandangkan keesokannya aku harus present bahan itu. Setelah tamat pertemuan, aku kembali ke motor. Alangkah hampanya aku bila mendapati tiada minyak. Tank zero! Damn! Patutlah sebelum tu, aku diingatkan supaya mengisi minyak terlebih dahulu, tapi kukira sempat sahaja usai pertemuan nanti.

Hampa. 2 insiden on row. Aku meratapi nasib di kafe. Nak telefon empunya motor, solat Jumaat baru sahaja akan berlangsung ketika itu. Nasib kau la, Nis. Redha je lah dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.

Sedang ku merenung nasib, ku ternampak seorang senior. Teragak-agak, aku cuba menggagahi diriku untuk meminta bantuan daripadanya. Kalau diikutkan, malu lah juga sebab tidak berapa rapat dengannya. Namun, aku tidak mahu menyusahkan empunya motor buat kali kedua. Terus, aku memintanya agar meminjamkanku keretanya untuk membeli minyak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah, dia memberi keizinan.

Terus sahaja aku memecut ke stesen minyak berdekatan. Usai minyak dibeli, aku terus menuangkan minyak ke dalam tangki. Masih tidak penuh. Nampak sangat tangki kering kontang. (-.-"). Melihat meter minyak yang bergerak dari E ke F, aku tersenyum. Aku bersyukur dengan kepanjangan akal yang Tuhan kurniakan kepadaku untuk survive. Lalu, aku menghidupkan enjin motor untuk kembali ke kolej kediaman.

Ku sangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Lorh. Motor tu mati dalam perjalanan pulang. Kukira hanya 200 meter sahaja aku bergerak dari tempat asal. Aku tidak dapat membayangkan betapa miserable nya hidup aku ketika itu. Berada keseorangan di tengah panas. Bermacam-macam usaha aku lakukan untuk menghidupkan motor tersebut, namun, apakan daya motor dengan aku memang tiada chemistry. Aku hanya tahu menungganginya tanpa kenal selok belok berkenaannya. 

Walaupun ku agak keberatan, tapi apakan daya. Aku memang naif bila berbicara bab-bab mekanik.  Aku harus membuat pilihan sama ada diam dan cuba sedaya upaya atau memaklumkan kepadanya sahaja. Terus sahaja aku meng'sms' tuan punya motor dan memaklumkan kepadanya. Ego dan perasaan tidak ingin menyusahkan orang tidak akan selesaikan apa-apa.

Tidak lama kemudian, tuan motor tiba bersama rakannya. Rakannya cuba menghidupkan motor itu namun gagal. Jadi, aku membuat konklusi, motor itu memang ada masalah sedikit tang enjin. Jadi, dia menghubungi rakannya yang memang arif bab motor dan menyelesaikan masalah tersebut. So, happy ending. Ehh.

*******

Cerita tu tak habis di situ. Ofkos la aku kena tanggung segala kos. Walaupun agak miserable gila rasanya time tu, tapi cepat2 aku fikir balik. Aku cuba untuk terima segala ujian daripadaNya. At least dengan kesusahan yang menimpa-nimpa, dengan keseorangannya aku time tu (nak minta tolong pon semua perempuan kot, laki solat jumaat, mana ada yang reti bab2 motor ni), alhamdulillah Allah bagi aku kecekalan untuk hadapi. If only aku mengeluh, rasanya kondisi lagi teruk kot.

Walau apa pon, peristiwa ni mengajar aku supaya bersyukur dan tak cuai dalam lakukan kerja. Oh, and yes, jangan duk menggatal sangat nak bawak motor illegally. Lesen B2 tu dah takde, tak payah nak gatal bawak motor orang. -____-"





p/s: ohoii.. baku gak bahasa post kali ni. keh3
p/s 2: akibat lama tak menulis, kan dah panjang post ni. -.-"




Whould you like to comment?

  1. itu nasib baik motor jer yang kena, kang tang keta yang nak didrive ke stesen minyak pun buat hal, alamat malang berlipat kali ganda.

    pengajaran: sila belajar menunggang dengan betul.

    mekasih atas ucapan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.. memang berganda-ganda. minta jauh laaa benda2 gitu.
      haha. orait. mekasih atas khulasah cerita.
      sama2 sobat. :D

      Delete
  2. Hurm..insyaAllah ada hikmah..amik pengajaran ek drpd semua yg blku ni..just be more careful nexttime..ikutkn hti..kalo aku ada duit, nk j bli moto k mu.. -______-'

    Btw, bhsa tu baku btul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. orait bestie. insyaAllah.. banyak gak pengajaran drpd pengalaman ni.
      wee.. bday aku nnt, hadiahkn la moto. haha. :p
      mmg lah, memartabatkan bhs melayu.

      Delete
  3. wani asz aecha maherMarch 18, 2013 at 2:21 PM

    LOOOLLLL~~~kesiannye ko..huhu, tulah naik motor sorang2x, klu ko naik ngan kitorang kan lg berkat...lol,pepehal, tunggang motor leklok lain kali,buatcuak jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. korang memang! bukan nak kesian, gelak je reti. haish. -.-"
      yela.. yelahh..

      Delete
  4. huhu.. pernah gak pinjam kereta orang, pastu kete tu eksiden.. sedih diriku

    xpelah anggap jelah itu ujian utk kematangan dan peringatan utk memandu scr berhati - hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling cuak kan bila pnjm something drpd org & then rosak or eksiden?
      hehe. okey :)

      Delete
  5. hohoh.
    saba laa epp. ada hikmahnya tuh.

    ReplyDelete
  6. anda bernasib baik.. ujin kecil kecilan berbanding org lain..
    adakah anda mengalami kecederaan? ahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. alhamdulillah tiada kecederaan fizikal tuan hamba, kecederaan emosi sahaja.

      Delete
  7. tiga kali kne..dah memang dugaan tu.. takpe r..dapat gak learn something kan.. hmm.. kne lebih alert r tambah2 tang minyak tu..

    ReplyDelete
  8. sampai 3 kali tu.. dugaan tu. Takpe belajar dari musibah

    ReplyDelete