Explore the blog
Thursday, March 15, 2012

Kekontangan Ilmu



Sejak kitorang pindah rumah baru bulan 12 tahun lepas, alhamdulillah dapat ramai jiran. Jiran pon semua baik2 belaka. Antaranya Cik Ani. Cik Ani nie rumah dia dekat je ngan rumah kitorang. Selang 3 buah rumah je. Cik Ani nie jugak look after nenek aku sementara parents aku keje (pada siang harinya). Aku pon baru kenal Cik Ani nie masa balik cuti mid-sem bulan 2 hari tu. Dia pon tau serba sedikit background education aku.

Kenapa dengan Cik Ani nie?

Hari tu, aku dapat mesej daripada dia. Mesej tanya khabar, tanya study, bila balik & so on. Then, dia pon cakap, dia nak tanya soalan. Dalam hati aku ni rasa agak berdebar-debar la kot. Apa jenis soalan yang dia nak tanya. Kalau orang tanya soalan pon biasanya kawan or junior je la, tu pon tanya pasal subjek2 zaman sekolah dulu or pasal course subject sekarang nie.

Kalau member or junior tanya, aku tak kisah sangat. Maybe sebab masing2 tengah belajar. Tapi bila komuniti tanya, berdebar jugak la. Apa bentuk soalan pon aku tak dapat nak expect.

Then, dapat lah mesej soalan tu. Ternyata dia tanya pasal hukum-hakam & pendapat tentang situasi. I was like.... aaaaa... (M-A-T-I!!). Aku bukan mufti. Aku bukan ustazah. Aku hanyalah seorang pelajar yang masih belajar. Tapi cepat-cepat la kembali ke dunia nyata. Recall balik apa yang dah belajar sepanjang 2 sem kat sini dengan rujukan2. Wallahu'alam. Semoga aku menyampaikan kebenaran.


*********************************************

Okei. Peristiwa tu bagi pengajaran yang sangat2 besar buat aku. Betapa pentingnya diberi peluang oleh Allah untuk belajar. Untuk mendalami ilmu2 dalam bidang masing2. Peristiwa tu juga mengajarku supaya belajar bukan dengan niat exam, nak dapat pointer tinggi & so on. Tapi dengan niat nak bangunkan Islam. Niat kerana Allah. Ikut la course apa pon yang kita amik.

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر


Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. Tak perlu la diterangkan maknanya. Semua sedia maklum. Sebelum ni aku selalu jugak la dengar senior cakap...
"Belajarlah betul2.. Orang kampung sanjung siapa yang belajar tinggi2 nie & diorang akan sentiasa jadikan korang sebagai rujukan...."

Dulu aku take for granted je kata2 nie sebab aku rasa benda tu takkan berlaku kat aku. Siapalah nak jadikan aku nie rujukan.. Aku bukannya pandai ke apa orang nak rujuk. Sekali.... Hamikkau. Barulah tau macam mana. Terkontang-kanting macam musafir rawan.

Orang luar tak tengok pandai ke tak kita, dekan ke tak kita. Orang tengok bila kita dah mampu belajar tinggi2 (IPTA, IPTS, Poli & so on) kita mampu menyumbangkan sesuatu kat mereka. Bukan yang dah ada gelaran ustaz, ustazah, Doktor, Prof je yang akan dijadikan rujukan. Bukan yang ada Master of PhD je yang akan orang rujuk. Tapi semua. Allah bagi kita peluang belajar sebagai wasilah untuk sampaikan kepada yang lain.
 Tapi berbaloikah usaha kita dengan expectation mereka?
Belajarlah kerana Allah. Manfaatkanlah ilmu yang dipelajari. Janganlah sombong dengan ilmu yang ada. Wallahu'alam...





Whould you like to comment?

  1. Jolor la tu...
    Kesimpulan hok mg tulih: Kito hidop biar buleh berkongsi ilmu... xdop ilmu cari.. at least buat guno utk diri sndiri.. blaja bkn semato2 exm

    ReplyDelete
  2. kalau belajar tinggi2 semata2 nk kejar nama dan ingin disanjung, tiada gunanya..

    manfaatkanlah ilmu yg dipelajari tu utk org ramai..

    kan... =)

    ReplyDelete
  3. besday kite same.. aku still lebih muda.. =P entri ni berakhir ngan misteri.. ape soalan yang ditanye? situasi apekah??

    ReplyDelete
  4. @Harun:
    betul la gpo mu oyak tp aku nk stresskn kat cni. ilmu yg kita blaja bukannya just utk kita tp untuk semua manusia. :)


    @SZ:
    haa.. u get it..
    betul lettew. :)


    @kay_are:
    eh eh tolong la. ko tahun 87. aku tahun 90-an. jangan perasan okei? haha...
    em.. soalan n situasi tu? ada laa.. biarlah rahsia. haha.

    ReplyDelete