Istana Budaya |
18 Oktober 2015, aku bersama rakan-rakanku (Maryam, Salmah dan Fatehah) pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton
persembahan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aku dah baca novel, dah
tengok filem dan dah tengok teater. Jadi nak komen sedikit sebanyak pasal
teater. Tak reti sebenarnya, tapi #siscoba
Sebelum masuk |
Dari segi pelakon, aku suka watak Hayati yang dibawakan oleh Nabila
Huda, penuh penghayatan dan perasaan. Babak Hayati banyak menangis. Tak tahu
lah lobam mana mata beliau nak bawa watak tu seminggu. Eheh. Watak Zainuddin
yang dibawakan oleh Amar Baharin pula agak kurang menyengat tapi good job lah.
Ada babak-babak Zainuddin yang aku rasa meresap ke dalam jiwa. Tapi antara Zainuddin
teater dan Zainuddin filem, memang Zainuddin filem lagi win!
Curtain call |
Dari segi plot penceritaan, dalam buku harus lah penceritaan yang paling
holistik. Dengan bunga bahasa yang indah, plot cerita yang menarik dan lebih
terperinci, jadi untuk dijadikan teater, pengarah kena tonjolkan beberapa babak
sahaja untuk dipertontonkan. Tetapi pada aku, cerita sebenar tentang jatuh
bangun seorang pemuda dalam melayari bahtera kehidupan, sistem adat yang
akhirnya menghimpit perjalanan manusia gagal ditonjolkan. Yang ada, hanyalah
kisah cinta yang tidak kesampaian dan konflik antara Zainuddin dan Hayati.
Kareografi dan lagu dalam teater, aksi miming semua pelakon harus
dipuji. Tidak dinafikan lagu-lagu dalam filem lebih tangkap feel dan tangkap leleh,
tapi hasil usaha karyawan tempatan untuk mengangkat karya tempatan kena bagi
jugak penghargaan. Jadi kudosss! Cuma lagu high pitch sangat. Macam terlebih-lebih sendu dia dan agak tak sesuai lagu balada dalam cerita berlatarbelakangkan tahun 1930-an
Props, pencahayaan, set, efek bunyi dan pelakon latar pulak tak payah
cakap. Semuanya hebat. Dari awal ke habis persembahan, aku kagum tengok set
pementasan, props pokok, gunung & sebagainya dibawa masuk ke tengah pentas.
Sampai tak hirau dah dengan surat-surat cinta yang dibacakan sebab kagum dengan
pelakon tambahan dengan props. Sampai terfikir kesungguhan orang belakang tabir
macam mana. Superb!
Apa-apapun, pelakon & krew semua bagi all out waktu persembahan hari terakhir.
Jadi, gua rate 3.5/5 untuk teater TKVDW. Tahniah krew dan pelakon!
Untuk ulasan teater yang lebih menyengat, boleh rujuk link ni: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ulasan-teater-kapal-van-der-wijck-tenggelam-dalam-kecetekan-77426
Would you like to comment?