Explore the blog
Wednesday, June 3, 2015

Yang dicanang-canang matang

Tak sangka minggu last study ni aku banyak gila ponteng kelas, siapkan assignment tertunda. Tak tahu lah kalau aku yang banyak bertangguh buat kerja atau aku agak malang bila dapat ahli yang terlalu dependent. Kalau nak buat kerja, kena tunggu arahan kita, lepas tu bila tanya siapa willingly nak compile, semua tutup mata, tak balas apa-apa. Sudahnya, kita juga yang terkontang-kanting jadi editor untuk semua benda sampai sanggup skip kelas sebab nak kejar deadline.

Aku tak kata aku tak salah. Aku pun banyak kali bertangguh buat kerja. Sanggup pergi berjalan sana sini, berjimba tak henti-henti dengan harapan siapkan kerja kemudian sebab aku rasa pengalaman lagi susah nak dapat. Dan aku pun banyak kali volunteer untuk kumpulkan pelbagai macam kerja sebab aku tahu aku boleh siapkan sebelum sampai masa submission. Yang agak pissed off bila nak minta tolong teammate tapi teammate buat bodoh. Menyirap tahu? Nak marah pun kawan jugak, lagi tua daripada aku pulak tu semua. Kang timbul soal tak hormat.

Aku tahu aku tulis ni sebab aku tak boleh control. Dan aku tahu, satu hari nanti bila aku baca balik aku mesti tergelak seorang diri sebab aku tahu zaman degree aku terlalu magnificent (ayat nak sedap hati lah kononnya). Magnificent sebab orang bergantung harap kat kita untuk initiate semua benda. Aku rasa aku mesti bertabah untuk hadap lagi 4 sem macam ni. Dah habis sem 10 nanti mesti aku tergelak atau tersenyum sebab aku rasa benda ni kelakar. Aku tak matang, orang lain pun tak matang. Ikut lah umur berapa-berapa pun. Semua kebudak-budakan.

Tu tak campur lagi dengan drama-drama dekat Twitter. 

Walaupun aku dah tak ada Twitter, tapi aku ada lah jugak tahu kisah-kisah kutuk-mengutuk, keji-mengeji kawan serumah, sekuliah sendiri dekat Twitter. Apa yang aku tahu, bila kau marah-marah, mengamuk dekat Twitter sekalipun, kau takkan puas. Kau mengapi-apikan orang, buka aib kau dan aib kawan ada lah. Mana confrontation selama ni yang kita praktis? Mana sikap toleransi yang duk canang-canang selama ni?

Aku tak tahu lah. Sepatutnya bila dah meningkat usia, sepatutnya kematangan pun kena seiring. Tapi apa yang aku nampak, makin bertambah usia, makin bertambah mengada. Makin sering meminta perhatian, makin terserlah sikap menjatuhkan. 

Aku tak tahu lah.
Mungkin aku baru kenal dunia dan ragamnya. 





Whould you like to comment?

  1. Bg tips cemane kau tutup akaun kau dengan rasa yakin yang kau takkan aktifkan balik? Sebab aku banyak kali gak attempt tp endup re-install. Hancussss haha. Btw, patutla lama tak nampak kau kat burung biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Azie! Rindu kau.. hahaha. tiboh

      Tips mende eh? Aku tak ada tips sangat. Aku dah ada twitter since 2009, memang susah nak berenggang sebenarnya. Addicted punya pasal. Tapi aku deactivate twitter on few basis:

      1- Aku rasa aku tak matang bila ada twitter. Habis semua benda nak tweet. Even lapar pun nak kepoh. Semua benda nak tunjuk.

      2- Aku nak menghilang. Aku pernah gaduh besar dengan seseorang, so aku nak hapus jejak lah kononnya (ececeh poyo gila alasan ni)

      3- Aku rasa banyak pergaduhan berlaku kat twitter. Kes sentap-menyentap lah dan sebagainya. Semua orang tahu nature twitter tu macam mana kan?

      4- Aku rasa semua benda yang aku tweet tu tak ada faedah pun untuk aku. Twitter tu kan monolog dalaman yang dihebahkan. Aku rasa aku kena control diri aku daripada melalut. Kalau betul aku nak share pasal apa2, aku rasa aku kena cari kawan atau orang yang betul untuk aku share atau lepas. Twitter is not the right place for me.

      Sebab-sebab atas ni jadi base kukuh untuk aku stop tweeting. Alhamdulillah lah aku rasa macam tak addicted langsung nak tweet sekarang. Aku perasan jugak, lepas aku dah tak ada twitter, orang macam mula bersikap jujur dengan aku. It's about sharing things dengan orang yang kau betul2 percaya dan cuba untuk kawal daripada luahkan segala benda dekat situ.

      Tips aku, kalau kau betul nak deactivate twitter, kau kena ada strong determination. Kau deactivate dekat laptop. Bila kau dah deactivate, kau takkan boleh buka dekat fon. Rasa nak buka balik tu akan ada, tapi kau tahan lah. Kau ingat balik kenapa kau nak delete twitter. Dan jangan rasa kolot once kau dah tak ada twitter. Berbahagialah! :)

      Delete
  2. Haha good tips. Sebab aku pun few days ni ade jugak terfikir nak uninstall semua sns aku except whatsapp. Tp faham-fahamlah manusia lalang ni.

    Aku setuju dengan pendapat kau sebab aku rasa tak matang kut ada twitter. Semua benda nak expose. Perasan jugak bila ada twitter ni aku takut nak jujur dengan orang, kutuk belakang je. Baik lagi aku zaman sekolah-tamhidi dulu. Tak puas hati, face to face, slow talk.

    Btw, it is a good advice. Kena benar-benar ikhlas. Thanks banyak-banyak ;)

    ReplyDelete