Explore the blog
Monday, July 1, 2013

A Day For Syria


Dua hari lepas, kitorang pergi ke A Day for Syria event yang bertempat di Kompleks Pendidikan Islam, Bangi. Serius aku dah lama nak pergi jadi sukarelawan macam ni. Dah alang-alang dapat peluang, pergi saja. Keluar cost pon untuk pengangkutan dan makanan je.


A Day for Syria - Program ni adalah program anjuran NGO Syria Care yang bertujuan untuk membantu rakyat-rakyat Syria khususnya yang berada di Malaysia. Pelbagai acara telah dilakukan untuk membantu dari segi kutipan secara amnya. Kita pon sedia maklum dengan apa yang berlaku di Syria. Rumah dibom, kanak-kanak dan wanita dibunuh sesuka hati & sebagainya. Kejamnya pemerintahan kuku besi yang dilakukan oleh rejim Basyar al-Assad ni.

So, aku dan memeber aku lagi 3 orang saja je la join alang-alang dah habis exam, sementara tunggu masa nak balik rumah je. Best jugak sebenarnya jadi volunteer program-program macam ni. 

  1. Sebab dapat pengalaman
  2. Sebab dapat bersama dengan kanak-kanak dan foreigner tanpa perlu pergi ke oversea
  3. Sebab dapat input & informasi secara langsung daripada diorang
  4. etc

Serius seronok gila. Budak-budak Syria semua kawaiii.. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tatkala melihat diorang main macam-macam game dekat booth tu. Happy sangat-sangat muka diorang. Ulang-alik duk main game-game yang ada kat situ. Tugasan kitorang yang volunteer ni just jaga booth je. Aku, Afiqah, Ummi dan Nashitah ni jaga booth game 'Hit the Star'. Game tu simple yet mencabar gak. Kena masukkan bola dalam lubang yang ada warna. Yang tu pon letih jugak sebab nak explain benda yang sama in various language; Melayu untuk kanak-kanak Melayu & English + Arabic untuk bebudak Syria ni. Mau terbelit lidah nak explain cara-cara bermain in Arabic. -____-"


ni la game 'Hit The Star' tu


Kids on action!
Racist aku letak gambar bebudak Melayu kat frame kecik -.-

It's good to see how much they enjoyed themselves. Even kitorang ni letih menjaga booth saja, terhibur kot bila tengok gelagat diorang. Betapa bahagianya diorang kat sini. Imagine muka comel-comel macam ni dibunuh dengan kejam oleh rejim Basyar. Nauzubillah. Tak sanggup kot nak tengok. Sedih..

There was a time, I asked this kid, 'Uwais. Konon nak speaking Arabic. Macam-macam aku tanya.

Uwais, 9 years old.
Handsomeeee and raja game lastik cicak. haha

"Mas muk (nama apa)?"
"Kam umruk (umur berapa)?"
"Aina taskun huna (kat sini tinggal kat mana)?, ma'3a man (dengan siapa)?"

dan sebagainya... Pertanyaan2 simple tu senang la aku nak faham diorang jawab apa. 
Sekali aku pergi kat soalan yang lebih kompleks.

"hal ta3rif Basyar al-Assad (anda tahu siapa Basyar)?"
"kaifa hua (bagaimana dia)?"

tang ni mata dia dah berubah. Dia jawab dalam bahasa Arab dengan laju gila, dengan bahasa 'ami nya sampai aku pon tak faham. terpaksa buat-buat faham je. English diorang pon terbatas. Tapi aku dapat mengagak bahawa dia pendam perasaan geram tu. Dapat dibaca hanya melalui mata & nada suaranya. Betapa mujahid kecil ini kental jiwanya. Allahu...

And this is 'Alaa.. 4.5 years old. Aku berkali-kali panggil budak ni sebab serius dia sangaaaaat comel! Dengan rambut blonde, mata hijaunya. Perfecto! Tapi satu je, dia taknak ambil gambar ngan sesiapa. Rupa-rupanya baru lah aku tahu, dekat Syria, dia telah menjadi saksi pengeboman rumahnya yang meragut nyawa ibunya dan adiknya yang berusia 2 tahun. Allahu... Tabahnya dia. Aku sendiri pon tak tentu boleh menjadi setabah dia.



Bukan tu sahaja. Kanak-kanak ni pon ada lukis pelbagai lukisan yang bertemakan Syria. Macam-macam perasaan diluahkan di atas kanvas tersebut. Kagum dengan semangat diorang. 

Antara painting diorang. Sangat lawa & kreatif!


Yang ni LOL!
Zakariyya painted a pic of Basyar. Somebody bought his painting for RM 200!

Perasaan gembira bertemu dengan semua yang berada di situ. Terlahir satu perasaan yang seakan sudah lama mengenali mereka. Walhal hanya berapa jam bertemu mata. Rindu betul dengan wajah-wajah comel tu. Haa. kan aku dah buat ayat sastera. Tapi serius tak tipu.. Kalau ada peluang jumpa lagi, memang aku akan grab lah. 

Ni baru kenal. Gaya cam kamceng gila dah



Pada belah petang, ada forum 'Syria is Calling'. Forum ni lebih kepada bertanyakan tentang hal-hal di Syria. Rata-rata panelis juga merupakan rakyat Syria yang berada di Malaysia. Mereka menceritakan pengalaman mereka di sana. Bagaimana keadaan di sana mendesak dan memaksa mereka untuk memulakan kehidupan di sini. Antara ayat yang mereka ungkapkan...
"We are not afraid of Basyar. We come here because we want to give our wives and children a promising and better future..."

Sebak dengar ayat tu. Aku rasa bertuah dan bersyukur pulak duduk dekat Malaysia ni. Diorang pon datang sini sebab fikir masa depan. Dekat Malaysia ni takdelah sampai macam tu sekali keadaanya. Alhamdulillah, keadaan di Malaysia masih aman walaupun sudah wujud mereka yang beraliran Syiah. Moga-moga bumi Malaysia ini terus aman hendaknya.

To end with, a combination of pictures of Adam! Adam dengan belon buih. Saangaaaat comel! ^_^


Bahagia betul muka dia!



p/s: dah lama tak post banyak-banyak gambar macam ni. banyak lagi gambar tapi malas dah nak upload. hewhew -.-






Whould you like to comment?

  1. comelllll.. nak sorang wat jadi adik angkat or anak angkat.. ) come to momma.. wink wink .. hehe

    ReplyDelete
  2. TQ.. Yo. mnarik sgt.. bestnyer klu Melor dpt join sama.

    ReplyDelete
  3. comel nye budak2 syria!! kulitdorang putih cerahmuka pun memang menenangkan.. kagum aku..

    ReplyDelete
  4. uishh.. sapa yg berjubah hitam, bershawl purple buat peace tu? kem salam plzz.. haha..

    ReplyDelete
  5. Salam sis,
    Terima kasih sudi mengimarahkan majlis sederhana kami. Kak Shila minta maaf tak dapat nak berterima kasih secara peribadi, sure sakit habis satu badan membongkok kutip bola kan? Kalau rindu nak jumpa diorang lagi, jemput dtg ke karnival TV9 Raudhah DiHatiKu di Masjid alHasanah Bandar Baru Bangi Jumaat-Sabtu ni. Booth kami no B8, menjual lebih banyak lukisan anak2 Syria ni. Bagitau kawan2 ya!

    kak Shila Razlan
    A Day For Syria Team

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanis.... wuwuwu... wow! bila law student menganalisa program.. nah! good job sis! hahahaha.... seronok3! ni ha... ptg td bru blek dari program raudhah di hatiku.. booth kak shila... seronok3 cumanya syrias aren't coming today but insyaAllah tomorrow :)

      Delete