Assalamualaikum...
Salam eid al-fitr semua even mood raya tu dah habis. Minta maaf la kat sape2 yang ada terasa dengan aku & so on. Lama gila dah tak menulis + blogwalking ouh.
Time2 cenggini, lebat gila entri pasal raya. Biasalah musim raya. Raya tahun nie pon nothing special happened. Tapi agak memenatkan juga since tahun pertama raya kat rumah baru. So, ramai gila tetamu; kengkawan, saudara-mara datang. Memang fun bila berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah. Terima kasih kat sesiapa yang sudi datang. :)
Musim raya jugak, ramai lah orang kahwin... Minggu lepas je, 2 orang kahwin. Sorang tu blogger, Kak Yussida. Aku pergi je rumah dia (23 Ogos 2012), dekat je ngan rumah aku. Seriously, lawa gila kak Yus, suami dia, Mr. Korean pon hensem. Tapi perjalanan nak pergi rumah dia, memang mencabar. Bukan sesat. Kereta yang aku drive buat hal. Mati bape kali kat tengah dan tepi jalan. Bayangkanlah, nak u-turn sekali enjin mampus! I was like, "aaaa... cemana nie? majlis sampai pukul 5 je." Kena hon tu takyah kira la. Tapi wat muka toya je la. Alhamdulillah.. Sampai pukul 5 lebih gak. Lol. Tapi berbaloi la. Dapat amik gambar ngan pengantin. Hewhewhew...
Rosjuraida + Nazrin Terbaik punya shot! Photo taken by: Amin |
Tu first time aku jumpa kak Yuss. Selama nie kenal kat blog je. Malu jugak. XP
Anyways, Selamat Pengantin Baru kak Yuss. Semoga berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah. :)
********************
Then, 2 hari lepas tu (25 Ogos 2012), sepupu aku pulak kahwin. Sepupu aku yang perempuan nie, Kak Ira. Lovely je colour baju, pink putih. Sweety! And to Kak Ira and hubby, ucapan sama jugak ditujukan. Semoga berbahagia sentiasa sampai ke syurga. InsyaAllah :)
Syahidi Alfee + Nur Athirah |
Eh, pasai pa aku cakap sampai ke syurga? Sebab masa tamhidi dulu, ustaz Arab aku buat joke.
Beliau cakap, kalau orang wish kahwin mesti cakap,
Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga anak cucu... tak pun.. Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
Duh, persoalan timbul di sini. Lepas dapat anak cucu tu amacam? Bahagia tak? Sebab kita doakan sampai anak cucu je?
Then, kalau berbahagia sampai akhir hayat pulak, after one died, orang tu tak bahagia dah la?
Hmm.. betul jugak. Bak kata Faizal Tahir, sampai syurga, ku menunggu. Ececece.
Asal aku up entri kahwin nie? Tak pernah-pernah den buek sebelum nie? Lol. Jangan tanya aku soalan tu. Aku muda lagi kot. Umur tak layak mengundi lagi. Haha. Maybe these 2 people are significant. Sorang blogger yang memang dah lama aku follow, sekali jumpa depan mata. Sorang lagi sepupu. Pastu majlis pulak dalam minggu yang sama. Sebab tu la kot aku up. :D
Nak2 pengalaman mencabar bawak kete rosak. Lol. Aku memang laahh anti-kereta rosak. Cepat-cepat je nak call abang or ayah aku. Tapi nasib baik la kereta tu tak buat masalah sangat time tu. Alhamdulillah.
Oh ye, tinggal beberapa detik je lagi. Cuti 4 bulan bakal berakhir. 1 September menanti. Maka, akan berakhirlah sudah penantian selama ini. -_-"
gagah jugak la drive walaupun keter wat hal, itu satu benda yang harus dikagumi
ReplyDeleteeh, putus asa jugak weh tp fikir kan undangan, aku gagahi jugak. :)
Deletekenduri kahwin memang banyak musim2 ni..hehe..
ReplyDeletesampai syurga, that right :D Insya Allah. :D
Selamat hari raya :D
kalau rosak dekat area umah tahan lagi.. hehe~
ReplyDeleteaipp mana gambo ninjaaaa???
hehe.. tu la pasal. start kuar umah ag dh wat hal.
Deleteninja? dio rest. kikiki.. :p
Kereta nk berhenti / mati banyak kali. Smpai rumah pon berhen
ReplyDeleteamboi..hahah..asyik post gambar orang kawin je..hang bila pulak? ai tu i nampak gambar u dengan "pakwe" u..hahah..nanti kawin ajak I tawww...
ReplyDeleteishh bhayanya nk u-turn pun boleh termati keta . naseb baik tk jd pape . huhu wahh , kita nk khwen muda agi. bljr pn tk hbes. hahaha:p
ReplyDeleteKu datang jua ke rumah mu..
ReplyDeleteyeay! tahniah! datang lagi deh lain kali :D
Deletekay_are
September 3, 2012 at 11:16 AMThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekay_are
September 3, 2012 at 11:17 AMselamat ari raye maaf zahir batin.. ok dah mintak maaf, leh pangkah balik kan? =P cane leh dapat lesen kalau drive kete pun leh engine mati lagi? tak tror betul control clutch =__= pasni turn ko lak kawin ye? amin.. ^^
ReplyDeletekete manual je pon. memang kete tu dah rosak dari awal la. tapi disebabkan kegigihan, aku gagahkan jugak. chewah. turn aku? haha. lambat lagi. ko dulu nye la. bujang terlajak dah oi.. :p
Deletewah pinky..sweettt
ReplyDelete