Explore the blog
Friday, July 6, 2012

Cliché.. Random Birthday Post

Assalamualaikum...

Wann Syada wish birthday camni kat FB aku. sentap!




























Berlalulah sudah 4 Julai 2012. Ulangtahunku menurut kalendar masihi. Dan juga hari kemerdekaan USA. Maka dengan power that is vested in me, i declare warga USA cuti pada tarikh tersebut. Trimas untuk aku. lol.

Saban tahun akan datang dan perginya tarikh tu. Sama ada akan berjumpa atau tidak lagi dengan tarikh tu, we never know. Terimbas balik masa zaman kecil, hari lahir adalah hari yang paling bahagia, bermakna. Mungkin sebab rasa diri diraikan. Hadiah yang banyak dan ucapan yang tak putus. Tak lupa juga dengan kek hari jadi.

Teringat lagi masa darjah 4, 4 Julai 2003, saat tibanya hari kelahiranku. Tak silap aku hari tu hari Jumaat. Kawan2 kamceng masa darjah 4, Che'ah, Yana, Aishah, Tikah, Alia (yang juga merupakan ahli Spy Girls, diorang declare aku leader. pehh..) sambut birthday aku kat sekolah. Happy tak payah cakap laa hari tu. Kawan nak buat surprise kot.

Lokasi: Kantin SK Sungai Tua Bharu
Masa: Around 2 p.m lebih  


Buka2 mata je, hadiah dah depan mata. Perghh.. Gila terharu den dibuatnya. Semua member sengih je memanjang macam kerang busuk. Aku pon apa lagi, memang memanjang laa ucapan terima kasih.. Terharu dengan perlakuan diorang.

Atikah: Nis, bukalah hadiah tu...
Aku: Ok (buka dengan cermat)
Che'ah: Koyak je weh. Tarik je pembalut tu..
Aku: Taknak lah. Nak tunjuk kat mak aku balik nanti. (Cakap sambil senyum excited)
Krik.. Krik.. Krik... Suasana sunyi sepi. Aku tengok muka sorang2 yang ada kat situ. Tenang + sengih. Apa kehal bebudak semua nie?  So, aku dah berjaya bukak balutan hadiah tu. Tapi.... ada lagi balutan... Buka lagi.. Ada lagi... Entah bape layer aku tak ingat. Masa tu jugak aku nampak masing2 duk tahan gelak.

"Something wrong somewhere betul bebudak nie..." aku mampu monolog je la.

Lepas dah habis semua layer, akhirnya nampak juga rupa kotak. Tak sabar2 kot nak bukak..

"1..."


"2..."


"3..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

sekali... hamik kau... kotak berisi batu! cisdel betul. -___-"



























Apa lagi. Terbahak-bahak laa diorang gelak. Habis semua nak menganjing aku. Diorang pon cakap.

"Nak bagi mak kau tengok eh...?? Hahahaha..."

Grrr... Sabor je la. Takkan nak masam2 kot. Tergelak sakan jugak laa kitorang kat kantin. Memang takkan lupa laa.. Punyalah eksaited kemain nak unwrap hadiah leklok.. nak share skali ngan mak aku. Pfffttt...

Tapi dalam 'kekejaman' diorang tu terselit jugak kebaikannya.. Lepas episod 'menyayat hati' tu diorang pon bagi laa hadiah sebenarnya. Room Accesories. Perhiasan berbentuk double-heart yang diisi dengan air dan dalam tu ada kapal & ikan bagai. Ada suis kat bawah tu. Bila switch on je kuar lagu... Sweet betul. Awww.. Mekasih kawan2ku.. Terharu seyh. Masa tu jugak diorang nyanyi lagu birthday & bagi kad. Dahla besar gedabak tulis SPY GIRLS. hahaha..

Well, sepanjang birthday aku selama 19 tahun ni, tak pernah lagi la disajikan dengan tepung+telur. Alhamdulillah. Memang taknak pon. Aku bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk bernafas & hidup. Semoga dengan keizinan nie, lebih banyak amalan baik yang dilakukan. Thanks kepada sesiapa yang wish birthday sama ada through FB, Twitter, text message, call and whatsoever.

Peningkatan umur bermakna semakin dekatnya kita ke arah kematian. We never expect it though. When the time comes, we have no excuses & have to go. Bergantung kepada amalan je la lepas tu. hmm.. Dying to be good, though. InshaAllah..




p/s: thanks la kay_are sebab introduce aku kat blog ko. Happy birthday jugak laa 4 julai tu. Ko dah 25. jangan berlagak umur 12.5. still, aku lagi muda. haha.

p/p/s: aku tak berapa ingat sangat sape je yang ada masa insiden 4 julai 2003. sorry kalau aku teradakan or tak mengadakan watak. hee




Whould you like to comment?

  1. kahkahkah.. akak gelak dulu..
    4 tahun lepas masa birthday akak, dorang boleh layan main baling tepung dengan kek tapi akak tak kenalah sebab alasan pegang anak.. hahaha.. tapi enjoy.. rindu suasana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.. nasib baik la ada anak.. kalau kek n tepung takpe lagi. kalau ada telur tu yg menyengat tu. haha

      Delete
  2. tak sangka kau masih ingat zaman kanak2 kita. aku rindu sangat. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla shah. aku susah sbnrnya nak recall balik memori lama tp sejak 2 menjak makin menjadi2. aku rindu jugak. :)

      Delete
  3. wohoi jual nama aku nampakkkkkkk !!haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat bayar komisen. aku dah femeskan kau. haha.
      gambar tu aku edit sendiri kot lepas kau wish. kui3.

      Delete
  4. yang tama, hidup harus terus berani menempuhinya sekalipun berhadapan dengan cabaran lebih besar dari sebelumnya. hidup mohon dirahmati dan sentiasa impikan kesuksesan dalam hidup.

    selamat ulangtahun. masih belum telat untuk diucapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks phan...

      kudapat ucapan hari lahir yg paling menyengat. :D

      Delete
  5. hehehe my mom pon kalau bukak hadia edy bg..mesti nak bukak elok2...edy suruh koyak je pemalut tu.hah dia kate sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. biasalah.. pompuan..

      setiap benda bermakna kot. kalo bg tag harga pon simpan. hewhew

      Delete
  6. Happy belated birthday,
    sama-samalah kita menambah amalan (:

    ReplyDelete
  7. ok r ade batu.. bukak2 takde pape lagi menyayat ati.. ko kalau nak kne ngan tepung.. bile2 mase leh contact aku, confirm dapat! =P aku lebih berjiwa muda.. tu r hakikat nye ^___^

    ReplyDelete
  8. kenangan tu . nasib bek sporting kn . hehe. hepy belated bezday ! hepy slalu yek

    ReplyDelete