Explore the blog
Saturday, May 18, 2019
Hai guys!

Sekarang aku tengah rajin nak buat blogpost sebab senang kalau kawan-kawan atau saudara mara aku yang nak kahwin nanti rujuk untuk masa akan datang. Kalau lambat tulis, nanti lama-lama lupa pulak. Sementara masih fresh ni, baik aku tulis apa yang terlintas.

Okay dalam banyak-banyak prosedur nak kahwin, isi borang nikah adalah part paling penting sebab ni lah dokumen yang kita akan gunakan untuk dapatkan kebenaran kahwin dalam negeri masing-masing. Disebabkan aku bermastautin di Kelantan sejak 2006, maka tempat kahwin aku wajiblah Kelantan. Ada je kawan aku yang born and raise in Kelantan tapi kahwin di negeri lain, berbeza lah prosedurnya. Disebabkan aku berkahwin di Kelantan, aku kena patuh dengan prosedur-prosedur negeri Kelantan.

Prosedur sekarang semuanya online sahaja. Tak perlu ke pejabat agama untuk mengambil borang. Kalau dulu-dulu, mungkin perlu ke pejabat, bayar RM 2 untuk mengambil borang, isi borang secara manual dan sebagainya. Sekarang, borang hanya perlu diisi online, print-out dan kemudian setelah selesai, baru lah hantar proses di pejabat agama (Balai Islam Negeri Kelantan - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JHEAIK). Faham je kan setakat ni? Oh ya, permohonan kahwin ini hanya boleh diisi seawal-awalnya 90 hari sebelum tarikh berkahwin dan selewat-lewatnya seminggu sebelum berkahwin.
Friday, May 17, 2019
Hai semua. Dah lama dah nak tulis post ni tapi selalu tak tertulis. Tup-tup, dah nak masuk dua bulan aku kahwin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kalau rajin, nanti aku tulis post. Masih menunggu gambar dan video daripada photographer dan videographer.

Okay, seperti yang kita semua maklum, salah satu syarat untuk berkahwin bagi yang belum pernah berkahwin adalah: Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan (Kursus Kahwin). So, sijil kursus kahwin tu lah nanti akan dianggap sebagai salah satu lesen besar kalau nak kahwin. Kalau dah pernah kahwin, mesti dah ada sijil kan? Tapi Kelantan ada juga pengecualian daripada mengambil kursus kahwin untuk orang yang ambil peperiksaan SMU/STAM dan mereka yang belajar kursus Syariah Islamiah. Banyaknya perkataan kahwin dalam perenggan nii. Hahaha. 

Jadi, aku dan pasangan aku mengambil kursus kahwin di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan pada 29 & 30 Disember 2018 yang dikendalikan oleh *** Management Services. Bayaran bagi kursus kahwin ini adalah sebanyak RM 80/seorang. Aku dan Afiq telah mendaftar untuk pergi ke kursus bersama-sama memandangkan waktu tu lagi tiga bulan kami akan berkahwin. 

Sebelum kursus, aku telah membayar deposit RM 60 untuk dua orang. Selebihnya bayar pada hari pendaftaran. Kod pakaian? Aku hanya memakai jubah pada hari pertama dan skirt & blaus pada hari kedua. Tiada kod pakaian tertentu yang ditetapkan asalkan pakaian sopan dan menutup aurat. Pada hari pendaftaran, admin menyatakan yang kami perlu membawa gambar pasport & salinan kad pengenalan yang dipotong mengikut bentuk IC. Tak pasti untuk apa, mungkin untuk pengesahan sijil nanti. Kita ikutkan sahajalah.