Explore the blog
Monday, August 13, 2018
Pertama kali aku membeli dan memakai kanta lekap adalah pada 2 Julai 2018, iaitu kira-kira sebulan yang lalu. Sebelum mengambil keputusan yang nekad untuk membeli kanta lekap, aku menonton beberapa video berkenaan kanta lekap di youtube, membaca tentang saranan netizen berkenaan jenama dan harga kanta lekap di twitter dan membaca sedikit sebanyak mengenainya di tulisan-tulisan blog dan artikel. Aku sangat bimbang sekiranya memakai kanta lekap memberikan satu impak buruk terhadap penglihatan aku, memandangkan telah banyak cerita yang membahayakan kesihatan telah aku baca dan aku lebih selesa berkaca mata sejak 14 tahun lepas. Ya, aku mula memakai cermin mata sewaktu aku berusia 11 tahun, tetapi waktu itu rabun aku tidaklah terlalu tinggi. Lama kelamaan disebabkan tabiat tidak memakai cermin mata, power mata aku naik dari tahun ke tahun. Aku mengambil keputusan untuk memakai cermin mata secara tetap semasa aku berumur 15 tahun. Sehingga kini, sudah hampir 10 tahun aku memakai cermin mata dan aku sangat selesa berkaca mata.

Jadi, kenapa aku mengambil keputusan untuk mencuba kanta lekap pula?

Pertama, seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, aku perlu memakai kanta lekap untuk proses pemulihan luka disebabkan oleh sinaran laser di kawasan hidung. Sekiranya memakai kaca mata, ia akan mengganggu proses pemulihan luka. Seminggu juga aku memakai spek sebelum membuat keputusan untuk membeli contact lens, jadi, di spek aku terlekat sisa-sisa luka, Sekiranya berlarutan, proses pemulihan luka akan berlarutan.

Kedua, aku sengaja mahu merasa pengalaman tanpa kaca mata. Bertahun dengan kaca mata, apa lah agaknya perasaan tanpa kaca mata semula walaupun hanya untuk seketika.

Setelah betul-betul nekad, aku bersama rakan sekerjaku terus ke kedai cermin mata Focus Point yang terletak di dalam Giant, Nilai untuk membuat contact lens. Menurut hasil pencarianku di twitter, Focus Point antara kedai cermin mata yang menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang bagus. Disebabkan ini pertama kali aku mahu membeli kanta lekap, aku bertanya kepada optometrist di situ tentang pakej contact lens. Beliau menerangkan terdapat dua jenis contact lens iaitu harian (daily) atau bulanan (monthly). Manakala untuk warna, terdapat dua jenis iaitu jernih (transparent/clear) atau berwarna (coloured lens). Harga untuk setiap jenis ini berbeza. Aku berminat untuk mencuba yang bulanan walaupun penjagaan yang sangat rapi diperlukan. Aku tidak berapa berminat untuk mencuba yang harian kerana harganya agak mahal dan aku yakin aku mampu menjaga kebersihan tangan dan jari sekiranya aku memakai kanta lekap bulanan. Untuk cubaan kali pertama, aku berhajat untuk mencuba clear contact lens (monthly).
Friday, August 10, 2018
Orang kata tahi lalat di wajah menaikkan seri di muka. Mungkin sesetengah orang sukakan penaik seri itu, tapi aku berada dalam golongan yang tidak sukakan tahi lalat hidup di muka. Aku tidak kisah dengan tahi lalat mati, asalkan dia kekal di muka tanpa ada tumbesaran, aku boleh terima keadaan itu. Namun, tahi lalat aku semakin membesar apabila meningkatnya usia. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membuang tahi lalat pada bulan Jun lalu. Sepanjang usiaku 25 tahun, tahi lalat itu semakin membesar dengan jayanya.

Sebelum itu, aku banyak survey di internet tentang lokasi rawatan dermatologi dan aestatik di sekitar Kota Bharu, Nilai dan Bangi. Namun, aku tidak pernah membaca sebarang reviu atau komen dan itu membuatkan aku jadi ragu-ragu dengan rawatan di situ. Aku teruskan lagi pencarian aku sehingga aku terbaca satu tulisan blog tentang laser mole removal di sini. Cuma blogpost ini bertarikh 17 September 2012 dan aku tidak pasti sama ada klinik itu masih wujud sehingga kini atau tidak. Menurut saudari Surina, beliau membuat rawatan laser di Poliklinik Medi-Kulit dan Surgeri Kepong dengan harga yang berpatutan.

Hasil carian Google. Hadapan klinik. Kredit gambar: blog ini