Explore the blog
Friday, November 21, 2014
Semenjak masuk sem 5 ni, aku tak lagi menceburkan diri dalam kerja-kerja organisasi, aku rasa aku enjoy jadi freelance lagi daripada sibuk dengan mesyuarat yang berpanjangan, karenah birokrasi yang meletihkan. Setahun bersama organisasi (sekretariat fakulti; Syariah & Law Club dan kelab di bawah kelolaan HEP; Kelab Debat) banyak mengajar aku selok-belok dunia korporat(?) Aku tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang selok-belok dunia ni. Yelah, berdepan dengan karenah birokrasi, organizational behavior dan sebagainya. Tapi aku dapat banyak 'soft skill'. Dan aku mungkin dah pun establish nama aku sebagai 'designer' (kot?) untuk apa-apa program. Orang dah recognize kita sebagai designer pun sebenarnya dah bagi sesuatu yang besar kot bagi aku sebab aku tak pernah rasa aku layak pun dapat gelaran tu. Design pun simple habis, aku nak cakap artwork aku sebagai satu nilai seni pun rasanya banyak lagi yang kena praktis.

Jadi, aku sibukkan diri dengan benda-benda lain. Aku rasa memang aku bukanlah seorang yang boleh duduk diam macam tu je. Selagi aku tak buat sesuatu, aku akan ikut gerak hati dan kadang-kadang memang intuitif aku mampu mengawal otak. Maka terjadilah sesuatu dengan minda separa sedar.

Ambil contoh mudah, projek terbaru kami -- COFFEE TALK oleh #Gengsukakopi

Poster event pertama:
Bedah buku Room to Read
Aku tak adalah menjadi penyumbang secara langsung untuk Gengsukakopi ni. Aku masuk group ni pun lepas puji poster comel yang kawan aku buat (sebelah kanan ni). Asalnya mereka nak buat Diskusi Buku sambil minum-minum kopi. Aku yang sememangnya lapang terus setuju nak join program first diorang (rujuk poster sebelah kanan). 12 November 2014 - Terus CEO (Tyah) create group dekat whatsapp, dikumpulnya potential members untuk sama-sama menjunjung gagasan #gengsukakopi. So, malam tu kitorang bincang through whatsapp je tentang apa sebenarnya #gengsukakopi? apa yang kitorang aim daripada projek ni dan sebagainya. 

Disebabkan malam tu aku gatal tangan dan agak lapang, aku terus buka file photoshop dan mula lah mengedit. Ada lah jugak manfaat setahun aku menjinakkan diri dengan ilmu photoshop. Aku siapkan Logo #Gengsukakopi dan Poster PENGENALAN #Gengsukakopi
Official logo #Gengsukakopi

Poster Pengenalan Gengsukakopi
Poster event kedua:
Bedah Lagu & Puisi Siri 1

Alhamdulillah, diorang terus setuju dengan design logo dan poster pengenalan. Terus dikongsi di media-media sosial -- facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya. Perasaan aku? Walaupun aku sering menganggap hasil seni aku adalah picisan semata, tapi bila tengok orang gembira dan disebar luas hasil seni tu, aku rasa gembira. Tak tahu nak ungkap macam mana. Lebih-lebih lagi bila ada yang memuji. Bagi aku, kerja-kerja designing ni tak sama dengan kerja-kerja penulisan. At least, penulisan, kita tahu siapa penulisnya. Pelukis pun ada watermark pada lukisannya. Tapi kalau kita berbicara perihal graphic designer, jarang orang mahu mengambil tahu siapa designer, unless beliau betul-betul dah established dan orang dapat mengagak siapa designer tersebut. 

Dulu, masa aku masih berada dalam organisasi, aku rasa progres aku untuk menyiapkan satu poster agak lambat. Mungkin sebab aku tiada jiwa menyiapkan, atau manusia dalam organisasi terlalu demand dalam meletakkan nilai seni, atau ilmu aku dalam bidang Photoshop masih dangkal. Tapi bila dibandingkan dengan non-profit organisation, aku rasa lagi senang. Aku mampu siapkan poster dalam hanya beberapa jam. Benda ni seakan sudah jadi passion. Mungkin kerana tiada tekanan, kawan-kawan yang sangat-sangat supportive dan ilmu photoshop juga semakin meningkat. Entahlah. Aku pilih semua jawapan yang aku nyatakan.

Apa-apa pun, aku rasa mungkin juga passion aku dalam buku, kopi dan juga designing menyebabkan aku gembira berada dalam circle ni. Mereka sangat-sangatlah passionate, toleransi, berani dan berkeyakinan. Moga istiqamah kawan-kawan.. Kita bermula mungkin agak senang, Tuhan mempermudahkan jalan untuk kita, tapi aku harap kita sama-sama support each other. Alhamdulillah kita terima positive feedback daripada orang sekeliling, bukan hanya pelajar perempuan dari FSU, malah dari fakulti-fakulti lain, lecturer, para jejaka USIM dan juga orang luar.

Moga kita kekal dengan imej underground dan rare (dibaca tunduk dan rendah hati) ini.


P/s: Banyak lagi upcoming event! Stay tuned with us! :)


Tuesday, November 18, 2014

Among other love stories that have been played in the TV or even in reality,
I would always adore this or any of this kind.




I just love to see how deeply they fall for each other despite the look.

Imperfections --
Never amputate the feelings though.
It somehow creates an ultimate love story.





Wednesday, November 12, 2014




Kadang-kadang, betapa kejamnya mejadi Sang Realis, yang mampu menggoyahkan mimpi Sang Idealis hanya sekelip mata. Kejamnya dia apabila tidak memberi peluang kepada Sang Idealis mengorak angan dan memprovok setiap apa yang difikir Sang Idealis.

Maka, antara angan dan sedar, Sang Idealis mula melupakan mimpi-mimpinya hanya kerana satu kata -- "berpijaklah pada bumi yang nyata, bukan terawang di awangan semata."

Kejamnya Sang Realis -- 
seolah dia tidak pernah punya mimpi. Hidup hanya bersandar realiti.


12112014
0114



Sunday, November 9, 2014

Perasaan yang paling rapuh
-- apabila kau rindu pada yang telah tiada




Disebabkan memori telefon aku hampir penuh, telefon selalu hang, aku decide untuk membuang separuh gambar yang sudah pun dibluetoothkan ke laptop. Memang terlalu banyak gambar untuk seorang pencinta memori seperti aku. Hatta gambar zaman sekolah, tamhidi, awal-awal tahun pengajian degree masih tersimpan rapi di dalam telefon walaupun sudah pun dipindahkan ke laptop. 

Ketika membelek-belek dan memilih gambar untuk dibuang, aku ternampak gambar-gambar kenangan aku bersama arwah Che. Terlalu banyak gambar kenangan. Aku membuka kesemua gambar tersebut. Gambar selfie bersama, gambar ketika hari raya, gambar aku menemaninya ke hospital dan sebagainya. Aku tak dapat menahan sebak. Serta-merta air mata seakan mahu mengalir keluar. Cepat-cepat aku menahan sebak dan bajet cool di hadapan kawan-kawan rumahku.



30072013 | Tangan aku dan tangan Che
Tak mungkin aku lupa tangan tua ini yang berupaya membesarkan anak cucunya dengan tabah hati dan penuh cinta


Tak lama selepas itu, Nani whatsapp aku. Rindu katanya. Sungguh melankolik rasanya. Ketika aku rindukan yang telah tiada, Nani berkata alangkah bagusnya kalau aku berada di sampingnya, duduk bersama, berkongsi cerita bersama-sama. Aku memberitahunya rasa rinduku terhadap Che. Nani berkata instinct kami kuat. Perasaan rindunya menebal terhadapku, mungkin kerana dapat merasai mood aku yang agak melankolik.

Nani berkata, "Hanis.. Mu cucu yang baik... Sedekahkan al-fatihah dan Yassin untuk dia.."

Aku terimbas saat Che menghembuskan nafasnya yang terakhir (23 Jun 2014). Ketika itu, aku sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir sem 4. Sewaktu itu, aku dan budak-budak rumah yang lain baru selesai solat jemaah Maghrib bersama-sama dan berbuka puasa bersama-sama (tu first time kami buat aktiviti macam tu anyway). Telefon aku langsung aku tak sentuh sebab tengah dicas. Tak lama selepas itu, Along telefon, memberitahu berita kematian Che. Aku terkejut, tak mampu berkata apa-apa. Solat isyak dalam keadaan tersedu dan menangis. Sepanjang malam aku menangis. Bukan tak mampu nak menerima berita ini.. Tapi mungkin aku sudah setkan dalam minda yang aku akan menjaganya sepanjang cuti dua bulan. Mungkin juga aku mengenangkan hakikat yang aku tidak mampu memberikannya penghormatan terakhir kerana peperiksaan yang berturut-turut selama 4 hari.

Keluarga-keluargaku yang lain menenangkan aku. Kebanyakannya berkata, "Angah dah banyak jaga Che selama ni.. Banyak dah jasa Angah dekat Che.. Terima kasih Ngah.. Jangan sedih-sedih" Tapi mana mungkin aku tak sedih. Masa yang aku luang bersamanya juga sangat lama. Tidur bersama, menemaninya ke hospital, menyediakan makan, minum, pakai buatnya setiap hari, setiap kali cuti. Sungguh, kehilangan Che merupakan kehilangan yang cukup besar pernah aku rasa. Aku masih rasa yang aku belum serve well untuknya hatta sehingga sekarang. 


That feeling somehow... Fragile


Tetapi, aku bersyukur kerana menjadi orang kepercayaan keluarga untuk menjaganya. Sungguh, itu pengalaman yang tak mungkin aku lupa.. Aku berdoa.. Dengan masa yang masih ada, moga aku dapat menaburkan jasa kepada kedua-dua ibu dan abah..



Moga arwah Che dan semua yang telah tiada tenang di sana.
Al-fatihah..







Saturday, November 8, 2014
Semalam (7 November 2014), berlangsungnya Debat Polisi Universiti buat kali kedua sempena PRK USIM. Kali pertama diadakan pada tahun lepas. InsyaAllah program ini akan menjadi program tahunan setiap kali menjelang PRK USIM. Program ini bertitik tolak daripada usaha SLC lepas (walaupun tahun lepas sumpah kurang gila audiens dan calon MPP yang turun padang dan melibatkan diri). Aku walaupun sudah bersara secara langsung dari SLC, tapi atas sebab teknikal, SLC baru menyatakan hajat dan meminta aku untuk memberi sumbangan dari segi poster hebahan. Maka, jadilah poster simple yang dihebahkan di FB dan hard copy poster yang diedarkan sekitar fakulti. Simple simple pun, aku rasa satu kepuasan. Mungkin sebab ni merupakan Debat Polisi Universiti Kedua dan aku dapat nilai perkembangan artwork setelah setahun.

Kiri: Poster pertama ever yang pernah aku hasilkan menggunakan Photoshop (masa ni tak reti LANGSUNG ilmu Ps)
Kanan: Perkembangan setelah setahun bersama SLC (gitu testimoni) Still banyak ilmu yang kena godek ni.

Ok, main focus adalah tentang debat polisi. Tentang poster nanti lah aku cerita di lain post. Gaya macam hebat sangat je nak claim-claim poster ni. Heh. Mohon jangan bash gua. Hewhew.

Debat Polisi semalam membawakan 3 agenda (seperti yang tertera di poster sebelah kanan). Pada pendapat aku, tajuk-tajuk yang dicadangkan itu adalah quite controversy. Seperti yang pelajar sedia maklum, banyak benda yang berlaku pada sesi lepas (sesi 2013/2014). Antara isu yang dibangkitkan oleh pelajar supaya MPP membawakan kepada pihak atasan adalah seperti berikut:
  • Isu 'kecurian' yang dilakukan oleh pihak Bendahari USIM berkenaan yuran pelajar (tanpa dimaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu)
  • Isu yuran LSP yang timbul secara tiba-tiba. Para pelajar selama ini dimaklumkan program yang dianjurkan selama 3 sesi adalah free of charge, tetapi tiba-tiba timbul kecuaian daripada pihak Bendahari sehingga pelajar menjadi mangsa keadaan dan perlu membayar sejumlah amount kepada pihak Bendahari.
  • Isu bas. Tentang schedule perjalanan bas setiap hari dan kemucak apabila berlaku insiden bas terbabas pada 28 September 2014 di sekitar Ulu Yam berpunca daripada penyelenggaraan bas yang tidak berkala.
  • dan pelbagai lagi isu yang diketengahkan
Disebabkan isu-isu yang disebut di atas, maka pelajar mempersoalkan peranan MPP yang sepatutnya mendokong harapan pelajar, telah tersimpang. Maka, sesetengah pelajar mengambil jalan mudah dengan memboikot Pilihan Raya Kampus pada kali ini. Jadi, pendekatan yang dilakukan oleh SLC adalah dengan mengetengahkan calon-calon umum MPP untuk membuka mulut dan memberi respon terhadap tajuk-tajuk yang dicadangkan dan memberi peluang kepada audiens untuk menilai sama ada pandangan mereka berunsur realistik atau retorik semata.

#1. PRK 2014 - Hambar: Peranan MPP Malap?

Untuk sesi ini, moderator, Saudara Syamil memanggil semua calon umum (yang dapat menghadirkan diri) supaya memberikan pandangan mereka berkenaan peranan MPP malap ataupun tidak. Pada pendapat aku, calon-calon tidak menjawab isu ini seperti yang diharapkan. Sebahagian mereka menjawab hambar kerana beberapa faktor teknikal seperti:
  • Para pelajar tidak cakna tentang tarikh-tarikh seputar PRK (tarikh pendaftaran calon, penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi)
  • Masalah publisiti yang kurang berkenaan PRK kali ini
  • Masalah teknikal berkenaan tempoh berkempen. Sangat singkat sehingga menyukarkan mereka untuk mempromosikan diri dan sebagainya.
Dan ada juga sebahagian daripada calon yang menjawab, PRK kali ini tidak hambar disebabkan:
  • Ramai calon yang bertanding. Pada awalnya, hanya 10 calon umum yang mendaftarkan diri. Tetapi pada waktu-waktu akhir hari pendaftaran calon, seramai 13 calon umum yang telah mendaftarkan diri.
  • Malam penamaan calon menyaksikan DKP 3 penuh dengan audiens yang hadir bagi menyaksikan calon-calon yang bertanding memberi pidato dan memperkenalkan diri
  • Debat Polisi Universiti pada malam tadi juga mendapat sambutan yang menggalakkan -- tanda mahasiswa cakna dan memberi sokongan kepada calon-calon MPP.
Sedangkan, isu yang diketengahkan adalah berkenaan Peranan MPP sendiri. Untuk apakah MPP? Mengapa perlu ada MPP di setiap universti? Adakah MPP mampu untuk membawa suara pelajar atau hanya bekerja bagi pihak HEP? Tetapi hanya segelintir daripada mereka yang betul-betul menjawab persoalan ini.


#2. MPP: Jalan Konfrontasi atau Jalan Diplomasi?

Sesi ini agak kontroversi disebabkan tajuknya yang agak provokatif. Saudara Alim sebagai moderator memberikan analogi yang cukup menarik sebagai intro dan warm up berkenaan tajuk. Beliau berkata, "jalan konfrontasi umpama highway. Ekspres dan laju, kadang-kadang sahaja perlu berhenti di tol, manakala jalan diplomasi adalah seperti jalan lama. Banyak kereta dan kadang-kadang lori sehingga menyebabkan perjalanan menjadi perlahan.."

Aku kira saudara dan saudari panel telah mengambil jalan yang selamat. Kebanyakan mereka menyokong untuk memilih jalan diplomasi tetapi harus disertakan dengan desakan. Pelajar juga haruslah bersama-sama mereka untuk mendokong hasrat tersebut. Ada juga calon yang mempersoalkan, "sekiranya jalan konfrontasi yang dipilih, siapa sanggup untuk dibuang universiti bersama-sama?" Pertanyaan tersebut, pada hemat aku menampakkan jalan konfrontasi adalah satu dosa dan salah sama sekali sehingga boleh mengakibatkan pelajar dibuang. Betul kah?

Suasana debat dipanaskan lagi dengan seorang audien (Saudara Mustaqim) yang bangkit memberikan respon tentang maksud jalan konfrontasi adalah antara jalan penyelesaian yang bagus. Jalan diplomasi sudah lagi tidak mampu menyelesaikan masalah. Pendahuluan kepada soalan beliau yang panjang menyebabkan para panel seolah terprovok dan membuka mata mereka bahawa realiti tiadalah seindah fantasi. Aku suka soalan tu by the way.

Apa-apa pun, aku juga menyokong pandangan mereka tentang jalan diplomasi yang harus diutamakan terlebih dahulu sebelum dipanjangkan kepada jalan konfrontasi menilai kepada mudarat-mudarat yang mungkin berlaku.

#3. Intelektualisme/Aktivisme: Mana Patut Datang Dahulu?
Sesi yang dikendalikan oleh Saudara Kamil ini sedikit hambar. Pada pendapat aku, tajuk sudah agak menarik, namun mungkin disebabkan oleh faktor masa (ramai orang beransur pulang) dan juga jawapan para panel yang agak direct kurang memberansangkan kami. Kedua-dua calon MPP menyokong kepada intelektualisme harus datang dahulu sebelum aktivisme walaupun kedua-duanya adalah penting. Mungkin jawapan kepada pendefinisian harus dipertajamkan supaya kami yakin. Jawapan seperti "IQRA'" merupakan wahyu pertama sememangnya betul, tetapi hujah yang kurang menjadikan suasana agak kurang menarik.

Konklusi daripada Saudara Kamil bagi aku agak menarik. Beliau menyatakan, "ilmu itu umpama batang pokok, manakala dahan, ranting, daun dan buah adalah umpama aktivisme. Sekiranya aktivisme yang dititikberatkan tanpa ilmu, tiada apalah seseorang manusia itu.."

_________________

Konklusi keseluruhan yang aku dapat semalam adalah:
  • Mungkin sesetengah calon pandai berkata-kata, tetapi ada juga yang kurang menyerlah pada medan ini. Aku tidak mempersalahkan calon sekiranya mereka tidak dapat berpidato secara lantang kerana hakikat manusia itu berbeza. Mungkin skill itu akan dapat diasah dari semasa ke semasa.
  • Setiap calon harus mempersediakan diri mereka dengan isu-isu semasa dan cakna tentang apa yang berlaku.
  • Berkata-kata manis seperti yang dicanang orang pada malam penamaan calon dan malam perdebatan haruslah dibuktikan sekiranya mendapat amanat menjadi MPP kelak. Kebanyakan audiens memberikan harapan yang tinggi terhadap mereka dengan memperkatakan, "MPP adalah untuk pelajar, yang membawa isu pelajar, bukannya hanya bekerja untuk HEP"
  • MPP perlu matang dalam menangani kritikan pelajar. Tidak semestinya dikritik bermakna dibenci. Tidak perlu menjadi dismisif terhadap sesetengah isu tetapi mestilah bersikap terbuka.
  • MPP perlu menjawab persoalan pelajar berdasarkan fakta dan seharusnya bersikap realistik, bukan hanya retorik semata. Aku perasan autoriti ayat Quran dan hadis disertakan di dalam jawapan sahaja tidak cukup untuk meyakinkan para pelajar yang lain sekiranya tidak berlandaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Dan aku rasa perlu digariskan sedikit penambahbaikan untuk pihak penganjur supaya debat ini akan lebih efisien pada masa akan datang. Pada pandangan aku, tiga topik untuk didiskusikan pada satu malam adalah terlalu banyak. Masa terhad yang diberikan untuk calon menjawab isu juga amat suntuk lantas menyebabkan ada perkara yang tertinggal dan persoalan isu tersebut tidak ditackle dengan jayanya.. Sekiranya perlu, jemput juga para calon MPP Fakulti untuk turun padang bagi memeriahkan acara ini. Moderator-moderator yang mengendalikan pada pendapat aku sudah berjaya kerana berjaya menimbulkan suasana provokasi dan membuka mata para calon dan audiens. Apa-apa pun, tahniah dan kudos kepada penganjur kerana penganjuran yang bersahaja dan selesa! Moga event seperti ini diteruskan lagi pada lain masa. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon yang turun dan melibatkan diri anda dalam Debat Polisi Universiti ini!

Selamat maju jaya kepada para calon yang bertanding!
Selamat mengundi buat semua warga pelajar USIM!




P/s: Penulisan adalah pandangan picisan peribadi penulis. Terbuka kepada kritikan. Moga tidak menjadi isu yang havoc. Tiada tujuan mencaci pihak atasan USIM mahupun MPP, tetapi sekadar menyatakan senario yang berlaku di kampus. Kalau mahu consider aku keyboard warrior, pandai mengkrtik tapi tak mampu nak masuk bertanding, anggaplah jiwa aku kecil..



Wednesday, November 5, 2014
96 friend request di Facebook buat masa ini. Tak rasa mahu approve siapa-siapa.

Tapi, satu hari aku terpandang tab 'other' di bahagian mesej facebook. Ada menunjukkan satu (1) mesej daripada seseorang yang belum menjadi kawan aku di FB. Bila buka tab tersebut, aku tidak cam siapa pengirimnya itu. Tapi aku tersenyum akhirnya. Cepat-cepat aku approve request dia. Mesej tersebut bertulis begini... 



What can I say? Aku terharu. Sangat terharu. 
Rasa keikhlasan terpancar pada kalimahnya.

Ainaa ni berumur 9 tahun. Bukanlah daripada kalangan ahli keluargaku. Merupakan anak keempat daripada 6 beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Aku rasa aku harus hafal semua adik-beradiknya kerana bagi aku mereka sangat istimewa. Mereka merupakan anak yatim. Ibu mereka meninggal seawal si bongsu (Iki) berusia 2 bulan kerana penyakit kanser.

Aku baru sahaja mengenali mereka sewaktu cuti panjang semester 4. Ayahnya memberitahu ibuku perihal anak-anak perempuannya (Ainaa dan Wawa), tentang pelajaran mereka, pakaian mereka (waktu tu hampir tiba hari raya) dan sebagainya. Ibu jawab, "Boleh lah Acik (panggilan kami buat ayah mereka) hantar Ainaa dan Wawa kat sini. Lagipun Angah ada je sepanjang cuti ni.. Dia cuti sampai bulan 9.. Rasa Ainaa dan Wawa mesti suka. Angah pun senang rapat dengan budak.."

Aku yang mendengar perbualan tersebut terkesima. So, jadi babysitter kah aku? Aku tak kisah. Tapi penat sikit lah dengan bermacam-macam kerja rumah yang kena buat.

Jadi suatu hari, Uncle Cik datang bersama Ainaa, Wawa, A'ie dan Iki. Masa tu baru aku berkenalan dengan mereka. Petang itu juga, Uncle Cik tinggalkan Ainaa dan Wawa di rumah kami. Ibu mengajak aku menjadi driver dan kami pusing satu KB untuk memborong tudung raya. Aku dah dapat budak memang main tak ingat dunia lah. Daripada sepatutnya cari tudung, jadi main sorok-sorok dengan si Wawa (5 tahun) dalam kedai. Ainaa relaks dan cool sahaja gayanya. Mungkin kerana personalitinya sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga walaupun baru sahaja berumur 9 tahun. 


19 Julai 2014| Kedai Tudung


Dipendekkan cerita, selesai membeli, kami pulang ke rumah aku dan menunggu beberapa jam sebelum ayah mereka datang menjemput. Aku biarkan sahaja laptop aku menjadi mainan mereka. Apa yang memberi kesan kepada aku apabila mereka menyanyi lagu 'Arjuna Beta - Fynn Jamal' yang mana lagu itu menceritakan tentang harapan seorang ibu kepada anaknya. Tetapi untuk situasi ini.. Aku sebak. Ibu mereka sudah meninggal, mereka menyanyikan lagu tersebut dengan ceria. Ah, budak.. Masih terlalu muda untuk memahami dan mendalami makna lagu. Tapi, aku bahagia melihat mereka begini.

Sudahnya, mereka tertidur di bilik aku sebelum ayah mereka menjemput mereka. Terasa berat hati untuk melepaskan sebab sudah separuh hari bersama. Betapa pertemuan yang tidak sampai sehari itu menjadikan mereka manusia yang ceria dan moga mereka akan terus-terusan begini selamanya.

Kak Ngah rindu kamu juga, Ainaa dan Wawa! Nanti kak ngah balik kita main sama-sama :)



Red Tulips



Small thing makes a huge pleasure
-- to those who know how to appreciate


:)