Explore the blog
Friday, June 28, 2013
Berakhir sudah sem 2. Tinggal lagi 8 sem. Lapan?! Wow.. still long way to go. -.-

Sejujurnya masuk Tahun 1 agak berbeza dengan zaman tamhidi (asasi). Walhal zaman tamhidi pon boleh dikatakan campus life jugak sebab ada kuliah, kelas bagai. Tapi, berbeza dengan degree sebab jadual yang tak pack sangat + silibus pelajaran yang makin mencabar + kepadatan aktiviti luar. Senggang masa yang lama antara kelas menyebabkan kecenderungan pelajar untuk balik bilik dan tidur.

Tahun 1, subjek-subjek yang kitorang belajar:-

Sem 1:
  • Malaysian Legal System 1
  • Madkhal ila Syariah
  • Arabic 1
  • Arabic 2
  • English 1
  • English 2
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
  • Hubungan Etnik (HE)
Sem 2:
  • Malaysian Legal System 2
  • Usul Fiqh 1
  • Fiqh Ibadat
  • Mabadi' Dakwah
  • Arabic lil Qanun
  • English For Law
  • Business Management
  • Information Communication and Technology (ICT)

Haru. Aku rasa subjek bahasa terlalu banyak. The worst thing, aku still tak mampu nak kuasai bahasa-bahasa tu to the fullest. My bad..

Cuma dah dua tahun dekat alam universiti, barulah aku menghargai zaman sekolah. Cara pembelajaran yang berbeza. Walaupun orang kata masa zaman sekolah, lebih kepada exam-oriented (uni pon sama je exam-oriented), tapi aku rasa adaptation terhadap silibus exam-oriented tu lagi bagus. Kenapa? Aku touch bahagian edu je. Kalau life, memang totally kita nampak perubahannya nak berbanding sekolah tu.

#1. Kita takkan belajar kalau takde exam
Yeah, tu yang aku dapat. Mostly people learn because of examination. Takdenya nak pulun baca kes saja-saja kalau bukan exam. Study week, rata-rata baru nak print lecture note, nak create study group semua.

Tapi kenapa aku rasa adaptation kat sekolah lagi bagus? Sebab selalu ada ujian dan peperiksaan. Kita akan selalu berada dengan buku. Kita akan belajar menghargai buku tu. Aku bet semua faham. Mungkin dari satu sudut, perspektif aku ni boleh disangkal sebab aku merupakan pelajar sastera. Assessment lebih kepada presentation, mid-term test & assignment sahaja. Kuiz tu jarang la ada. Kalau ada, sah la aku akan buat latihan tiap-tiap masa (berdasarkan pemerhatian terhadap roommate aku yang juga budak sains).

Pointnya kat sini, disebabkan kat sekolah selalu ada exam, (Ujian Penggal, Exam Pertengahan Tahun, Ujian Percubaan & Exam Akhir Tahun, etc), menjadikan kita lebih bersedia even though kita ni hasil celupan silibus. But still, ilmu tu continuous, alhamdulillah even tak belajar aliran sains, tapi aku still recall la sikit2 ilmu bio, kimia, fizik & so on. Berkualiti apa.


#2. Jangkamasa pelajaran yang terhad
Semua orang tahu, jangkamasa belajar kat sekolah lama. Sekolah rendah je, 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun. Ada yang 7 tahun. Depends la macam mana flow education seseorang tu. Kalau pandai, ada la lompat-lompat tu. Kat uni pulak, kalau degree, purata 4 tahun. Tapi akan divide pulak jadi sem satu hingga la sem last kita belajar. Dalam satu sem tu pulak, kita akan belajar for about 5-6 months. Sepanjang tempoh tu, akan ada pelbagai assignments yang menekankan jiwa, presentation yang memaksa kita untuk stay up, (nak-nak pulak bila jadual kita pack gila hari tu, presentation pagi hari esoknya, memang haru la gayanya). Mid-term test, quiz dan sebagainya. Subjek banyak, tempoh yang diberikan kadang-kadang adequate, kadang-kadang tak cukup tanah nak buat. Even bila dah sampai study week, ada lagi pending assignment yang diberikan last minute oleh lecturer sehingga bother study week which is the only time nak study. Yelah, masa-masa before tu guna nak buat assignment, presentation bagai (dan berfoya-foya)

Sudahnya, dalam masa study week, kita akan pulun untuk study subjek-subjek yang kita amik sebab final tu lah assessment terbesar nak dapatkan result cemerlang. Masa ni memang lampu bilik akan terbuka sepanjang masa, bergilir-gilir shift dalam bilik untuk stay up & bau kopi semerbak harum dalam bilik hanya untuk subjek yang sem depannya kita tak akan belajar. For instance, TITAS & HE, bersungguh-sungguh baca 1 buku untuk exam, sem depan tak belajar dah subjek ni. Nak-nak subjek yang history-like ni lagi laa blerghhh orang nak baca. Aku bet, orang lupa terus TITAS sem depannya.

Compared to sekolah, even though exam-oriented tapi kita belajar dengan jangka masa yang cukup. Contoh subjek Sejarah, memang la SPM masuk dari silibus Form 4 & Form 5 je, tapi kita dah terdedah since Form 1 sampai la habis SPM. At least, kita ingat sebab kita belajar continuous (dan tertekan jugak sebenarnya, nak2 aku dulu selalu kena condemn ngan cikgu sebab sejarah rendah.) Tapi, bila belajar HE, alhamdulillah mampu recall balik apa yang belajar masa sekolah dulu.

#3. Sistem Peperiksaan yang tak selari
Sistem peperiksaan di uni ada yang tak selari dengan silibus. Mungkin diukur dari segi kematangan i.e. kita dah besar, udah-udah le spoon feed. Ilmu tu kena cari. Kat uni, ada beribu students, lecturer pon ramai dan fikiran semua lain-lain, sudahnya cara pengajaran dan penyampaian lain-lain tapi yang pasti kertas exam final bagi subjek wajib uni lain dari apa yang belajar. Masa tengah study week tu, pulun la duk upload softcopy past year yang totally tak sama dengan apa yang belajar dalam kelas & kuliah (certain-certain subjek je la).

Question to ponder. Subjek Wajib Uni (WU) which hold the same course code, even student tak sama course, but we expect semua mestilah belajar silibus yang sama. Cuma masalah kat sini, apa yang belajar dalam kelas seciput je masuk. Mahu tak terkejut dengan ke'taiko'an soalan tu. Lastly, memang jadi super saiya je jawab semua soalan tu. Nak-nak soalan tu MCQ type. Memang bergantung kat nasib je la. Nak suruh jadi critical thinker sebenarnya. Huiii~ Serius frust la jugak. Nak-nak yang masuk exam, totally kita tak belajar time lecture. Lecturer lain buat kertas soalan. Kalau subjek tu bersangkut-paut dengan course kita takpelah, ada la jugak pengetahuan am. Ni tak. Memang ke laut weeyyy.

Kalau kat sekolah, semua silibus standardize dah. SPM, PMR, Lembaga Peperiksaan yang buat kertas soalan. Even soalan memang takkan pernah lari daripada silibus. Sebab tu senang nak skor. Senang ke? Yep, senang untuk skor atas kertas. Cikgu pon selalu buat bengkel menjawab soalan, memang tip top la. Kat uni, mana ada benda-benda ni, self-study aje. Semua bergantung kat diri sendiri. How we manage this. Satu aspek kat uni ni bagus sebab everything depends on us. Memang independant habis bab belajar ni.

Point kat sini, sepatutnya soalan exam bagi subjek wajib uni tu janganlah menzalimi student sangat. Tak kisah nak masuk apa yang kitorang tak belajar, cuma, kalau boleh selarikan semua silibus yang diajar dengan semua lecturer.



****************************

Enough with criticism kot. Tu tak masuk lagi dengan part orang ponteng kuliah, kelas. Suruh tolong 'tap'kan kad matriks, tiru tandatangan semua.  Hoho. Kena saman kang tak pasal pulak. Sem 2 ni memang macam-macam la terjadi dalam hidup aku. Dengan insiden accident laa. Join macam-macam pertandingan debat & pengurusan debat. Jadi editor bagi dua video. Berlakon jadi mafia & pendakwa raya laa. Entah macam mana tah result sem ni. Hopefully, all is well, Aminnn...

And sebenarnya apa yang paling penting nak survive kat alam uni ni adalah TIME MANAGEMENT. Yang aku fail sejak dulu sampai sekarang. -___-" Semua point kat atas tu sebenarnya boleh tolak dengan satu hujah ni je pon. Point tak kuat. LOL

Oh, saja nak share. Ni gambar semalam. Kami classmate pergi rehlah bersama-sama kat Sungai Gabai, Kuala Langat. Saja la nak rest otak lepas berhempas pulas menjawab final paper hari Rabu tu remark the end of our first year. Oh, another good thing to remember :)




p/s: Salam Ramadhan yang bakal menjengah tak lama lagi untuk semua! Barakallahu fikum ^_^


Tuesday, June 4, 2013
Mode: Gempur!

(ambil ayat roommate, dia siap tampal kat bilik lagi). 
Moga memang betul gempur + kamikaze laa since Final just around the corner.

Still. Ada 1 lagi assignment pending. Courtroom Drama. We'll be doing the case of Mona Fandey. Aku jadi Public Prosecutor. Heh. Banyaknya nak kena pot pet! I can't help myself but to focus both for these final exams & courtroom drama sebab final assessment courtroom ni 30%. Banyak kot. Ni jelah penentu gred sebab takde final exam subjek ni.

Minggu-minggu macam ni memang kritikal. Rasa macam tak cukup tanah + masa nak study. Tambah pulak kemalasan yang melanda bak tsunami. Ok, cut it out.

Dah lama tak blogwalking, tak update blog, aku terbaca blog rakan-rakan yang rata-ratanya update tentang exam. Ada yang menulis tentang kegagalan, luahan tak bersedia di kala exam. Ada juga yang menulis tentang glory & sebagainya. Memang fitrah student blogger untuk meluahkan apa yang terbuku di hati melalui medium ni. 

Sejujurnya, aku lagi suka membaca kisah kegagalan daripada kisah kejayaan. Kagagalan semacam bagi satu sumber inspirasi supaya kita lebih bersemangat. Masa tu kita akan rasa diri kita rendah dan hina sangat. Berpijak pada bumi yang nyata, bukan berada di awan-awangan. Somehow, seakan ada catapult yang buatkan kita nak move on, lari daripada kondisi semasa. Bak kata Dory in Finding Nemo:

"When your life gets you down, do you wanna know what you gonna do? Just Keep Swimming"




Tapi, kalau selalu disogok dengan kejayaan, rasanya seperti kita dah tahu semua. Nak nak kalau tak baca pon dapat pointer tinggi. Satu perasaan yang menjengkelkan. Perasan diri bagus serba-serbi. "Aku tak baca tapi aku boleh jawab apa." Nauzubillah... Kadang-kadang wujud perasaan tu dalam diri. Padahal semuanya daripada Dia. Kalau Allah tarik nikmat tu, mau menangis tak berlagu.

Orang kata belajar sebab ilmu. Is it? Susah sebenarnya. Nak tak nak, mesti jadi belajar sebab exam jugak. Sudahnya, masa study week ni lah duk pulun baca siang, malam. Masuk tandas pon terngiang-ngiang apa yang baca. Bila dah habis je exam, buku bersepah dekat luar dewan exam. Tanya je soalan, terus tak ingat. Tak ke rugi ilmu tu? Belajar 6 bulan semata-mata untuk skor pointer?

Hari tu family datang melawat all the way from Kelantan to Nilai, alang-alang hantar adik aku masuk Matriks Banting. Then, tiba tiba, mak aku tanya;"Angah, nak hadiah apa? 3 sem (daripada tamhidi) dapat dekan kan?" I was like, aaaaa... Aku tak tahu. Kalau sem ni result jatuh, mau mati. Entahlah. Hidup ibarat roda. Kadang-kadang, I am afraid to hold on to promises, kalau tak lunas, aku tak sanggup nak tengok muka kecewa mereka. The hardest part bila orang rely kat kita. Kita tak sanggup nak kecewakan mereka. That's why we have to work for it. InsyaAllah. 

Sedar tak sedar, Examination is just part of formal test yang kita hadapi dalam hidup ni. Yelah, kena struggle berbulan-bulan untuk exam yang hanya untuk berapa jam. Padahal, kalau kita apply segala yang kita hadapi macam sakit, accident & bala lain yang menimpa kita, kita mampu hadapi. Terus heads down sebab kita nak mohon kekuatan untuk hadapi benda-benda ni. Same thing goes to exam, berjihad atasi kemalasan & tawakkal in all means (belajar, solat hajat, etc tapi dengan syarat istiqamah)

Kejayaan & Kegagalan. Dua dua tu ujian. It's just how we handle the things. Don't say that you are born to be a failure or what. Nobody is born that way. Still, we have plenty of time to shift it. 

Love the quote. Dah lama buat jadi cover Fb supaya jadi penyedap hati. Heh.




P/s: Dedicated to all who will face final examination too.. :)
P/s 1: Terima kasih ibu, abah & semua sebab datang hari tu di saat kemalasan melanda. InsyaAllah semoga bagi suntikan baru untuk angah belajar.
P/s 2:Nani, jangan sedih.. Ingat janji kita untuk berjaya sama-sama ye. We did this before masa kat sekolah dulu. Sekarang walaupun beza uni, jiwa kita bersama. Boleh punya laa.
P/s 3: Other bloggers yang dah bekerja kalau terbaca post ni, anggaplah ni part of tulisan picisan daripada student yang tak tahu nak luah mana dah. Gian nak menulis satu. Haha.