Explore the blog
Thursday, April 26, 2012
 26 April 2012. Lagi 2 hari Bersih 3.0. sape join? haha.

Ingatkan takde la post bulan nie. Tapi tetiba hari nie gatal nak menaip. 26hb April nie officially tamatnya final exam dengan paper Law & Society, maka tamatlah program Tamhidi USIM. 2011/2012. Masuk sini 1 Jun tahun lepas. Terasa sekejapnya masa berlalu. Yang penting dapat cuti 4 bulan before masuk degree bulan 9 nanti. Tu yang duk tunggu dari study week hari tu. Erk...=="

Khulasah (Kesimpulan) yang aku dapat sepanjang 2 sem ni banyak sangat kot.. Ye la. Setiap hari ada je yang berlaku dalam hidup kita & benda tu lah yang mematangkan kita.

Yeah. So true.

Subjek Akedemik
Sem 1:
  1. Madkhal ila syariah
  2. Mabadi' ila fikhiyyah
  3. Quranic & Hadith (in Arabic)
  4. Arabic 1
  5. Arabic 2
  6. English for Law 1
  7. English for Law 2
  8. Introduction to Law
  9.  ICT Skill
Sem 2:
  1. Madkhal ila fiqh wal mujtama'
  2. Intro to General Principle of Malaysian Law (GPML)
  3. Law and society
  4. Arabic 3
  5. Arabic 4
  6. English for Law 3
  7. English for Law 4
Awal2 masuk tengok subjek2 ni, seriously aku terkedu. Amende laa... Majoriti arab. Memang tak laa.. Cemane la nak survive? Tapi alhamdulillah lepas harungi 2 sem ni, bahasa arab tak jadi masalah sangat dah cuma nak construct ayat guna nahu+sorof yang betul tu tak lagi la. Meniarap lagi kot. Tak masuk fasa merangkak lagi.

Part subjek law tu memang agak susah gak la. Masa sem 1 ok lagi la kot sebab nama pon intro. Masuk sem 2 nie mencabar gak la. Belajar contract law, law of tort, criminal law and constitutional law dicompresskan dalam 1 subjek (GPML). Memang poning! Tapi best nak2 time belajar criminal & consti. Kes pelik+tragis!

Campur lagi dengan subjek Law & Society yang memang kena think out of the box.  Assignment kitorang kena wat research pasal aboriginal right in Land. Padahal dalam silibus takde pon. Even exam hari ni pon aku tak tau apa yang aku mengarut. Tapi subjek nie la yang membawa aku melihat dunia. (Chewah ayat...) Belajar pasal isu semasa; politik, dunia, sejarah, kemasyarakatan & so on.  Lecturer pon sempoi je. =D


Exam
Jadi student uni nie senang sebab carry mark. Ada carry mark 70-30, ada yang 40-60 & so on. Nak dekat2 exam tu mulalah pakat duk sibuk nak tau pasal carry mark. Ada sehari tu tanya ustazah Mina yang ajar arabic 4 tu, camne carry mark kitorang. (Tanya of course dalam arab). Tersentap jugak bila ustazah tanya camni, "Limaza kullu tullab yurid li ta3limuna carry mark?" (Kenapa semua pelajar nak tau carry mark?) Belajar sebab exam ke sebab nak ilmu? Of couse bila dah tau carry mark, sibuk duk kira2 nak skor bape for final. Err...

Betul jugak sebenarnya apa yang ustazah cakap. Psychological effect.
Carrymark tinggi ---> semangat
carrymark rendah ---> down!

So,what your purpose of studying?

Bertawakkal je lah. Exam pon dah habis hari nie. Kalo pointer kekal alhamdulillah, kalo jatuh pon alhamdulillah. Ada la hikmah disebaliknya..


*****************************************************************************


What's more? Ntah lah. Banyak sangat pengalaman sepanjang 2 sem kat sini. Cuti sekejap 4 bulan. Rest2 minda. Tapi dah ikat kontrak kena aja Kimia kat adik aku. (Ntah ingat lagi ke tak kimia tu, setahun lebih dah tinggal)... =_="

Selamat berstruggle lagi nanti.
Yang penting jangan menyerah. :)






P/s: Panjang umur, murah rezeki, jumpa lagi dengan member2 tamhidi nie. Even possibility tu ada takde. Yang penting ukhuwah terbina tu terus utuh. :)

Thanks for the memories. ^^


p/p/s: tak sabar nak balik doi. cepat la 280412. online secara langsung dari library usim. habiskan last moment as a Tamhidi student la kununnya. heh.