Explore the blog
Thursday, March 22, 2012
*Tajuk ilham daripada Matluthfi*

Semalam keluar result SPM, ye dak? Awal 2 hari dari tahun lepas. Tahun lepas 23 Mac. Waa.. Hebat sebab mampu ingat lagi tarikh tu. *clap*

Keputusan keseluruhan SPM tahun lepas pon naik. Alhamdulillah. Cerah la masa depan negara. Siyesly, aku puji.



Cuma 1 benda yang aku tak faham kenapa benda nie berlaku. Pengkelasan ataupun Ranking. Correct me if I'm wrong. 
Kenapa mesti wujudnya sistem Ranking macam ni? 
  1. To improve the educational system in that particular school
  2. Untuk meneliti keberkesan pencapaian sekolah tu (macam sama je dengan nombor 1)
  3. Untuk mencontohi mekanisme yang dah dibuat oleh sekolah yang cemerlang.
  4. As catalyst supaya pelajar akan belajar bersugguh-sungguh (Push factor la ni)
  5. Tak terfikir lagi.. (tambah la ea)
Aku tak deny yang semua ni bagus. Tapi... ni membawa kepada diskriminasi. Diskriminasi antara sekolah yang cemerlang/kluster dan sekolah yang biasa2 je, Ke tak?

Kenapa perlu rankingkan semua sekolah tu? Mesti lah sekolah2 SBP or MRSM yang akan mendominasi carta. Sekolah harian biasa kalau ada tu memang hebakk jiddan. Kalau sekolah orang asli lagi laa gempak.

Mungkin skop ni tak berapa jelas. Kalau kita kecilkan skop dalam sekolah, mungkin lagi nampak kot. Apa impak kat sekolah? Cikgu berlumba2 nak naikkan ranking or kalau dah cemerlang, nak kekalkan ranking. So, pelajar pon kenalah bersungguh-sungguh untuk membantu menaikkan atau mengekalkan nama sekolah. Kalau tak, malu la... Tapi disebabkan benda ni, tujuan belajar tu dah jadi lari. Pelajar ni kena belajar sebab nakkan ilmu ke keputusan yang baik or sebab nak naikkan nama sekolah?

1 contoh ayat cliche.
Kamu kena belajar betul2. Sekolah kita ni dah dapat top 10 negeri. Malu kalau jatuh...
 See? One of the purpose untuk dapatkan result yang bagus adalah demi menjaga reputasi sekolah.

Yup, Malaysia nie memang terlalu exam-oriented. Bangga kalau sekolah kita dapat ranking atas, dapat straight A ramai. Tapi once kalau drop, malu kot.

Aku bukannya nak burukkan sistem pelajaran kat Malaysia. Tapi dah terang lagi bersuluh yang Malaysia terlalu menekankan exam sebagai penanada aras pelajar. Kehadiran sistem ranking lagi la menunjukkan tujuan tu.

Belajar kena ikhlas. 

Untuk lepasan SPM 2011: Kalau result SPM tak gempak bukan bermakna anda tak pandai. Ramai je bila sambung belajar ni result diorang hebat. Kalau result gempak, bersyukurlah & teruskanlah kejayaan tu. SPM bukannya penentu segalanya. Ia hanyalah permulaan bagi sesuatu.. (ayat cliche bagi yang dah lepas SPM)





Thursday, March 15, 2012


Sejak kitorang pindah rumah baru bulan 12 tahun lepas, alhamdulillah dapat ramai jiran. Jiran pon semua baik2 belaka. Antaranya Cik Ani. Cik Ani nie rumah dia dekat je ngan rumah kitorang. Selang 3 buah rumah je. Cik Ani nie jugak look after nenek aku sementara parents aku keje (pada siang harinya). Aku pon baru kenal Cik Ani nie masa balik cuti mid-sem bulan 2 hari tu. Dia pon tau serba sedikit background education aku.

Kenapa dengan Cik Ani nie?

Hari tu, aku dapat mesej daripada dia. Mesej tanya khabar, tanya study, bila balik & so on. Then, dia pon cakap, dia nak tanya soalan. Dalam hati aku ni rasa agak berdebar-debar la kot. Apa jenis soalan yang dia nak tanya. Kalau orang tanya soalan pon biasanya kawan or junior je la, tu pon tanya pasal subjek2 zaman sekolah dulu or pasal course subject sekarang nie.

Kalau member or junior tanya, aku tak kisah sangat. Maybe sebab masing2 tengah belajar. Tapi bila komuniti tanya, berdebar jugak la. Apa bentuk soalan pon aku tak dapat nak expect.

Then, dapat lah mesej soalan tu. Ternyata dia tanya pasal hukum-hakam & pendapat tentang situasi. I was like.... aaaaa... (M-A-T-I!!). Aku bukan mufti. Aku bukan ustazah. Aku hanyalah seorang pelajar yang masih belajar. Tapi cepat-cepat la kembali ke dunia nyata. Recall balik apa yang dah belajar sepanjang 2 sem kat sini dengan rujukan2. Wallahu'alam. Semoga aku menyampaikan kebenaran.


*********************************************

Okei. Peristiwa tu bagi pengajaran yang sangat2 besar buat aku. Betapa pentingnya diberi peluang oleh Allah untuk belajar. Untuk mendalami ilmu2 dalam bidang masing2. Peristiwa tu juga mengajarku supaya belajar bukan dengan niat exam, nak dapat pointer tinggi & so on. Tapi dengan niat nak bangunkan Islam. Niat kerana Allah. Ikut la course apa pon yang kita amik.

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر


Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. Tak perlu la diterangkan maknanya. Semua sedia maklum. Sebelum ni aku selalu jugak la dengar senior cakap...
"Belajarlah betul2.. Orang kampung sanjung siapa yang belajar tinggi2 nie & diorang akan sentiasa jadikan korang sebagai rujukan...."

Dulu aku take for granted je kata2 nie sebab aku rasa benda tu takkan berlaku kat aku. Siapalah nak jadikan aku nie rujukan.. Aku bukannya pandai ke apa orang nak rujuk. Sekali.... Hamikkau. Barulah tau macam mana. Terkontang-kanting macam musafir rawan.

Orang luar tak tengok pandai ke tak kita, dekan ke tak kita. Orang tengok bila kita dah mampu belajar tinggi2 (IPTA, IPTS, Poli & so on) kita mampu menyumbangkan sesuatu kat mereka. Bukan yang dah ada gelaran ustaz, ustazah, Doktor, Prof je yang akan dijadikan rujukan. Bukan yang ada Master of PhD je yang akan orang rujuk. Tapi semua. Allah bagi kita peluang belajar sebagai wasilah untuk sampaikan kepada yang lain.
 Tapi berbaloikah usaha kita dengan expectation mereka?
Belajarlah kerana Allah. Manfaatkanlah ilmu yang dipelajari. Janganlah sombong dengan ilmu yang ada. Wallahu'alam...





Saturday, March 3, 2012
Nilai: Pokicik Garu & Mokicik Pucca telah selamat kembali ke alam folder picture pada pukul 12.00 pagi ini. Semoga mereka berbahagia hendaknya dan bergembira tinggal di Taman Penyahtinjaan Pemikiran di alam tersebut. Tak lupa juga sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. 

Rentetan daripada post INI, mereka dipercayai berkecil hati dengan tuannya. Pokicik Garu semasa hujung hayat hidupnya pernah menyatakan: "Biarlah kami dimomokkan... Asalkan dia bahagia.." Ayat pasrah itu dipercayai diucapkan setelah mendapat khabar skandal tentangnya dan Mokicik Pucca didedahkan oleh tuannya.

Walaubagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenalpasti. Siasatan selanjutnya akan diteruskan demi mengetahui punca kematian tersebut. -TIADANAMA-

Berita melalut pepagi buta tersebut disampaikan oleh wartawan terkenal, Miss Terry Nussa Tarra. Sekian.

RIP Pucca & Garu..



Tak bleh blah berita tu.. Ok, back to reality. Bukan disebabkan kritikan adik-adik aku dalam post NI, aku ubah blog, tapi saja nak buat sedikit perubahan. Mungkin lebih matang? Matang laa sangat...  Pucca & Garu tetap dalam ingatan sebab diorang lah feeder blog aku sebelum nie. huhu...

So, untuk header baru nie sudah tentunya bukan hasil kerja aku... Header nie dibuat oleh sorang blogger import khas dari utara tanah air... Kalau hampa kenai Solihin Zubir, dia la yang tolong buat header nie. Macam mana dia boleh tolong buat? Panjang ceritanya.. haha. 

Dia cakap simple ja. Bagi aku lawa je sebab simple. So, trimas bebanyak.. :)

Matang ke?

So, tema kali nie Ninja. Pucca & Garu dulu pon ninja jugak. Jadi ninja den lopeh nie. =.="

Background belakang aku kekalkan dengan warna kelabu. Nak cakap aku suka warna nie tak jugak tapi bagi aku warna ni dominan. Macam berfikiran terbuka pon ada jugak. (Memandai buat andaian psikologi). Nama & url blog pon dikekalkan jugak... Dah sebati kot?

Nama blog punya la panjang sebab alkisahnya aku tak tau nak letak nama blog tu apa. Aku pon fikir-fikir tapi tak terfikir jugak. Then, puff... jadi la nama camtu... Lagipon, tak semua benda yang kita fikir adalah exactly macam tu. Kadang2 kajian diperlukan.

URL blog pulak sebab masa sekolah rendah dulu, orang panggil aku Yo...So, publisher tu memandai je tambah.. Baru nampak cam nama syarikat. Syarikat sendirian berhad lak tu. Dulu siap ngan logo2 bagai aku reka untuk nama panggilan nie.

Ceh, post nie jadi macam Intro bagi blog nie pulak. Padahal nak attribute Solihin Zubir sebab tolong buat header.