Explore the blog
Friday, February 24, 2012
Hari tu, masa duk dalam kuliah, tetiba kawan aku panggil kawan dia "Sara... Sara..". Ceh. Padahal nama Sahira je pon, abis nak panggil Sara (pronunciation: Sera). Haha. Ok,fine. Tak klaka.

Tapi disebabkan panggilan dia tu yang telah menerjah masuk pendengaranku, tetiba aku terecall satu memori daun pisang masa sekolah rendah. Masa tu aku darjah 4. First time la pegi kelab Kokurikulum. Aku masuk kelab BI (ELS). Sir Hamdan b. Ahmad yang conduct kelab tu.




Then, first perjumpaan kitorang dikehendaki untuk menyanyikan lagu nie. Que Sera Sera. Nak dijadikan cerita, aku just humming time tu sebab aku tak berapa suka. Macam melankolio & slow2 apa je. Lirik pon klaka. Bagi aku la masa darjah 4. Kalau nak dengar klik video kat bawah nie.







Ok, back to suasana dalam dewan kuliah. Bila dengar je kawan aku pangil Si Sara tu terus aku buka 4shared & nak download lagu tu. Heh. Dulu tak suka, sekarang amik... Kan dah beria2 cari... Lagu tu dah lama sangat2. Tahun 1956. Abah aku pon tak lahir lagi. Sang by Doris Day.
 
Bila aku fikir2 balik, memang agak sama la dengan life aku. Lagu nie agak meaningful even though lirik dia sangat2 ringan & melodi dia sangat klasikal. Lagu nie agak terkena jugak la dengan aku. Selalu jugak tertanya what will my life be. But then, I just let it follows the flow. Racangannya banyak. Antara mimpi & realiti je la.
"Que Sera Sera
Whatever will be will be"

And what I achieved today, kebanyakannya aku tak duga. Contohnya dulu pernah la kununnya bermimpi nak amik kos Kimia, skali ended up dengan asasi Syariah & Law. Tapi bersyukur sangat2 sebab banyak benda baru aku blaja. Cita2 masa kecik lagi la banyak; jadi doktor la, cikgu la, arkitek la, penyanyi la (melalak je reti dulu...) & many more.
"The futures not ours to see."
Yup, kita takkan sangka apa yang akan terjadi dengan kita punya masa depan. Nak jadi pilot tapi ended up ngan chef? Nak kawin dengan anak raja skali kawin dengan rakyat jelata? Not to mention kebanyakan kita just follow the flow. Bak kata orang melayu: Apa nak jadi, jadi laa...

Memang betul segala apa yang berlaku tu ketentuan takdir aka ketentuan Ilahi. Tapi kita wajib berusaha sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku... Allah pon ada berfirman: Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasibnya sendiri. (Ar-Ra'du: 11)

So? think ahead.



 p/s: Sahira & Atikah. kalau korang baca post nie, aku bukan nak perli tau. Saja, nak ucap thanks sebab tolong recall memory nie. ^_^




Saturday, February 11, 2012
Header buruk yang dikritik

Semalam masa duk lepak2 ngan siblings kat rumah, tiba2 adik aku (Amin) pon tanya..
"Ngah, asal dalam gambar tu Garu fikir camtu? Bukan ke Garu tak suka Pucca?"
Aku speechless. =.="

Sekali...
Bertubi-tubi soalan yang berbaur kritikan yang aku dapat daripada sorang lagi adik, Iqa pasal header tu. Lepas Iqa kritik, Amin kritik. Macam machinegun.

Antara kritikan mereka:

#1. Kenapa Garu fikir camtu? Bukan ke Garu memang benci gila kat Pucca? Sila refer video di bawah. =.="


#2. Kenapa ejaan banyak gedik? Habhal.. Mokicik, Pokicik, Lettew...
Erk, aku pon tak tau asal aku eja camtu. Sumpah gedik. Maybe sebab sekarang ni kan zaman teknologi. Habis nak eja pelik2. Baru la gojes. heh.

#3. Kenapa PENYAHTINJAAN?
Haha.. tak boleh blah soalan. Aku pon tak tau kenapa Penyahtinjaan. Mungkin perkataan tu pelik & unik & memang tak sesuai untuk digunakan selain daripada sistem penghadaman manusia. Err.. 
Afterwards, Iqa pon tunjuk buku Sains darjah 4 dia. Nota yang dia salin daripada cikgu.
Ignore ejaan yang salah & take note perkataan yang bergaris merah.
  Adehh.. Salah penggunaan bahasa ye? Sorry... >.<

#4. Apa kehe kat tangan Garu tu?
Aku buat header ni pon pakai tibai nak edit. Aku pon tak faham apa motif letak kilat-shape kat tangan Garu tu. Beware of Pucca, maybe? =.="

#5. Kenapa langit & jalan pink? Garisan putus2 jalan hitam?
Ntah, paling senang nak edit kot. Tanak take time untuk edit. hue hue hue. Alaa.. rilex la dunia katun je pon. Bukannya real. Kalau dunia real semua satu kaler memang tak best. Macam aku mention before, hidup ni perlu warna-warni. *Merapu*

***********************************

Adeii.. Hari tu aku kritik drama Melayu. Lastly, aku kena kritik ngan adik2 aku yang baru darjah 4 & 5. Karma ke nie? haha.. Header buruk ni pon lama dah aku buat. About 2 years ago? Aku tak reti nak wat header lawa2. Guna paint je boleh la. Kritik la nak kritik. Kritik menajamkan minda. Ye dak? >.< 

Yang part penyahtinjaan tu paling takleh blah. Nanti aku tukar. yo yo or je. =.="
Ke ada sape nak tolong buatkan header? *muka mengharap*. k, fine. memang takde.

p/s: malam nie bertolak ke nilai. Mungkin akan senyap dari berblogging untuk seketika. *hek eh macam orang kisah...*





Wednesday, February 8, 2012
Wah... Wah..Wah... Makin lama makin gempak la drama2 yang ada kat tv nie. Latest, Bicara Hati & Vanilla Coklat yang dimainkan serentak dalam 2 stesen tv yang berbeza. Mulalah duk main tune tukar2 chanel tv. Erk. =="

Bicara Hati.
Sharnaaz & sape tah pompuan nie. Xkenal eden. -,-"

Vanilla Coklat
Pelakonnya lagi laaa aku tak kenal.



 Semalam, bila aku on je fb, ramai gila kat status duk cite pasal cerita2 nie. Antaranya:
"Weeee.... Sweet gila Vanilla Coklat tadi...."
"Bicara Hati vs. Vanilla Coklat, mana 1 pilihan kalbu...."
etc.
Happy bebeno la dapat tengok kisah2 romantik tu... Orang Malaysia memang SANGAT3 romantik. Any objection?


Pandangan aku?


Seriously, memang aku terfikir akan aiskrim je bila sebut Vanilla Coklat. Slrrpp. Yummy! :D

Tapi, rupa2nya tu drama tv Malaysia. Yup, Malaysia. I thought drama Korea segala bagai. Tak pon Anime Manga keluaran Gempak Starz. 

Makin lama makin kreatif la pengarah Malaysia nak wat cerita2 holy-sweet macam nie. Romantik eww-eww stuff macam ni memang mampu tarik minat para remaja untuk berchenta. Masing2 pakat duk kat awan-awangan... "Alangkah bagusnyeww kalau benda tu berlaku kat itteww... Itteww suka la diyeww." Hamikkau, kan dah bahasa comel tu. =.="

3 sebab kenapa aku tak layan cerita2 camni

#1: TAK DEVELOP.
Soalan pertama yang aku nak tanya: Apa yang korang dapat bila tengok cerita camni? Perasaan seronok sebab hero hamsum & heroin lawa? okeh, no denial. Memang cun abes. Tapi in the end, cerita tu bagi ke impact kat diri korang? Oh ye... Tak ingat. Cerita2 camni dapat pupuk semangat kasih & sayang korang kat si dia, ey? Nampaknya rakyat Malaysia ni dipupuk dengan cerita2 camni sebab nak mengembangkan mind dengan PERCINTAAN seyh.
 #2: TAK REALISTIK.
Cakaplah aku lame sekalipon. Yea, aku tak layan jugak cerita korea, drama Indon & sebagainya. Banyak gila konflik hidup. Memang la hidup ni penuh dengan pancaroba. Hidup kan warna-warni. Hidup tak selalunya indah & ceria. K,admit that. Tapi dalam cerita2 camni, apa yang dihighlight? CINTA. Hanyalah cinta SEMATA-MATA. Betapa ranjaunya hidup kita dalam menempuhi alam cinta? Ye dak? Pffttt... Dah tau, bercinta gak.
#3: TAKDE MOTIF.
Mungkin ni patut jadi reason pertama kot above all reasons here. Tapi aku baru terfikir masa taip. Ok, cakap pasal motif. Apa sebenarnya motif pengarah or kru2 yg terlibat dalam pembikinan cerita ni? Nak catch sebanyak mungkin penonton untuk naikkan rating cerita? Nak menang anugerah skrin nanti? Perhaps. Kalau diorang ikhlas dalam industri ni, mungkin diorang akan sajikan dengan benda2 yang lebih ok berbanding cinta? The question is: Kenapa mesti cinta?
************************************************

Ok lah, 3 sebab tu dah memadai kot kenapa aku tak minat cerita2 camni. The upcoming story: Azura. Hari tu meletup cinema dengan Ombak Rindu. Hai hai. Hidup orang Malaysia tak lama lagi semua macam novel. Everybody is in cloud 9.

  • Permulaan hidup, orang biasa2 je sehinggalah bertemu dengan soulmates. 
  • Pertengahan cerita; berlakulah ranjau & dugaan dalam percintaan
  • Pengakhiran; Live happily ever after.

See? Sangat cliche. Tengok awal pon dah dapat agak camne pengakhirannya... Aku bukanlah anti-cinta ke apa. Tapi camnelah Malaysian nak develop kalau terlalu disajikan dengan mende2 camni?

K lah, tu je lah pandangan aku yang panjang lebar. Aku tak tolak industri hiburan tempatan tapi agak2 la nak bikin cerita tu. Ala2 hollywood & korea dah. Kata nak jaga identiti Malaysia?