Explore the blog
Friday, November 25, 2011
Sejak akhir2 nie, makin hangat pasal bola kat Malaysia. Al-maklumlah, lepas Sea Games, kelayakan olimpik pulak. Lepas menang menentang Indonesia dalam Final Sea Games 2011 hari tu, populariti pemain Malaysia melonjak naik. Yeay! Aku pon tumpang gembira. Ramai orang update status macam2 kat fb. 
"Tahniah Malaysia."
"We are proud to be Malaysian"
"Patah sayap Garuda diterkam Harimau! :D" *err, tu status aku...*
* sebagainya....



Even mak aku yang sememangnya minat bolanya mendahului aku suruh aku tengok match tu especially part penalti. Yea, quite mendebarkan. Macam aku pulak jadi Apek. hue hue hue.

Technically, aku pon bukannya minat sangat bola. Takdelah update sangat perkembangan pasal bola. Gaya bagai nak rak, kononnya aku nie peminat setia Chelsea. Semua benda nak Chelsea. Tapi dah nama pon perempuan, asal usul minatnya adalah terhadap player sahaja. Apasal la sume soccer player hensem? Errr....

Especially yang ni. Frank Lampard... :-D

Tapi lama2 tu memang jadi minat gak la. Just minat, tak sampai tahap obses macam Alexa Yussida lagi dengan Barca nya. Hehe... :-p

But then, masa final Indon vs. Malaysia tu, kita tau yang Fakri Saarani takde rezeki untuk menyumbatkan penalti, masa tu mulalah semua orang duk kutuk.Hamboih... Takmo laa main kutuk2. Dia dah main 120 min atas padang tu. Kamonlah. Dia pon ada perasaan gak. Klik SINI untuk baca komennya. Adat laa tu, lastly menang jugak... Syukur, alhamdulillah...

Then, tak sampai 24 jam, Malaysia vs. Syria lak. Yeah, everybody expected the miracle will happen tapi sayang, Malaysia kalah 0-2 ke atas Syria. Ada laa segelintir rakyat Malaysia yang kutuk sebab kalah. Masa tu barulah kita boleh detect sape sebenarnya supporter & tak. Tapi ramai je yang still sokong. Especially aku. 

Yelah, penat kot berjuang 120 min kat Indon, then, kena kena berjuang menentang Syria lak. Agak la wei. Tak payahlah nak kutuk2. Sapelah sangat kita nak kutuk diorang. Ni ada yang siap nak pertikaikan lagi Malaysia:
"kemenangan di Indon takde makna..."
"sedangkan garuda dilangit dapat diterkam, masakan unta di Bukit Jalil dibiarkan..."
Tak payah nak hipokrit sangat laa... Time menang, We are proud... Time kalah, Wat maluu je... Menyesal aku sokong. Malaysia lembik laa.. bagaikan pohon nyiur melambai2... Berubah pendirian. 

So, sayangilah negara kita. Support la bola sepak tanah air kita. =D




Friday, November 11, 2011
11-11-11.
tahun lepas duk heboh 10-10-10
tahun depan 12-12-12
tahun seterusnya? takde bulan 13. =.=''

Nothing special bout this day. cuma tarikhnya je kot yang lawa. Bagi aku hari nie yang specialnya bila family aku & aku kena berpulun kemaskan rumah. (bukan berkemas sangat kot, lebih kepada merombakkan rumah). Kena packing2 barang, masukkan barang dalam kotak, beg, plastik & sebagainya. Kenapa? Sebab tak lama lagi akan tiba masa penghijrahan dari rumah lama ke rumah baru. Tak sabar kott... >.<

Ni baru suku... Tak habis lagi packing nie. haih


Bila tengah kemas2 rumah (means kena belek balik barang2 lama i.e.: Baju2, buku2, cenderamata & others), tengok barang2 tu memang menggamit memori & nostalgia kot. Teringat balik masa zaman2 sekolah dulu *macam la lama sangat tinggal sekolah...* 

Even uniform sekolah rendah masa darjah 6 pon aku simpan satu set. Uniform sekolah menengah satu set. (macam KFC je set2 nie) Bukan apa, bagi aku tu semua adalah kenangan. Dan aku dapat lihat betapa terbantutnya tumbesaran aku. Cam nak sama je saiz. Ceh. 

Yang kiri - uniform sekolah rendah (Librarian time tu)
Yang kanan berkot tu - uniform sekolah menengah (pengawas time tu)
kaler nak sama, tugasan lain2... huhu

Dan selain daripada baju, antara khazanah lain: Buku. Buku2 PMR, SPM. UPSR? err... tak simpan dah la. ke ada dalam kotak lain. =.=''

Sungguh, aku tak tau macam mana nak manfaatkan buku2 nie. Adik2 aku pon kian membesar. Yang bawah aku form 4, boleh lah dia guna buku SPM aku. Yang 2 orang bawahnya darjah 4 & darjah 3. Mungkin formatnya berbeza satu hari nanti. Bukan tak pernah bagi kat orang, tapi mungkin kuantitinya yang banyak. *rajinlah katakan masa zaman kegemilangan sekolah menengah dulu (tapi masa PMR je la rajin, SPM hampeh)* 

Bila mak aku suruh asingkan yang mana nak simpan, yang mana nak bagi kat orang, aku jadi keliru, sebab tu proses pengasingan nie aku memang slow. Tak tau macam mana nak asingkan. Semua benda penting, semua memori. hadoii... susah kot jadi aku. Bukan senang nak hapuskan nostalgia nie. (ecece ayat...) Daripada barang2 lama tu lah, kita dapat tengok betapa membesarnya kita, dari segi saiz badan, tulisan & sebagainya.


Kalau macam tu, kena tambah slot kat rumah baru. "Muzium Hansyitake~"... ehhe. banyaklah songeh. Memang khazanah2 lama tu memori. Simpanlah yang mana patut je. Kalau tak bersawanglah rumah disebabkan khazanah2 lama tu. Kalau jaga rapi, takpelah jugak. Kena upah penjaga muzium nie. Siapa nak?


p/s: korang ada simpan barang2 lama? Barang apa yang paling veteran bagi korang? ehhe. 





Monday, November 7, 2011
Salam Aidil Adha 1432h. 

Bila cakap pasal Aidil Adha, pasti kita akan linkkan dengan pengorbanan. Orang dah sedia maklum dengan sejarah Aidil Adha. Peristiwa antara Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s yang berkisar tentang pengorbanan ayah terhadap anaknya yang sangat2 superb.

Aku suka baca kat SINI tentang peristiwa sejarah Aidil Adha. Nukilan Hilal Ashraf. Kalo rasa nak baca daripada sudut pandangan dia, boleh la klik.

Dalam kesempatan nie, aku nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua pembaca. Ada ruang dan peluang nie (al-maklumlah, orang busy, jarang update blog), nak minta maaf jugak kalau ada tersalah atau terkasar bahasa. Terkomen2 yang tak kena ke apa. Harap dimaafkan. :)


********************************************************
Enough about Raya. Cliche kot.



Makin dewasa, makin banyak pengalaman. Hipotesis tu diterima.
Makin banyak pengalaman, makin banyak kita belajar. Tu pon boleh diterima.
Sebab tu mat saleh kata: Experience is the Best Teacher.

Kita bermula dengan menangis, kemudian meniarap, merangkak, tateh, berjalan. Lastly, baru lah boleh berlari. Kalau kita tak berpengalaman nak hadapi meniarap, tak mungkin kita dapat berjalan. Manusia menangis dulu sebelum pandai berceloteh.

Yup, makin menginjak usia kedewasaan nie, makin banyak cabarannya. Dari zaman tadika kanak2 ribena, dunia penuh keseronokan... Dengan buku colour2. Main masak2. Main sep2 tom2. Best kot.

Tapi bila dah menjejaki zaman U nie, macam2 la rintangan dan cabaran. 
  • Pengetahuan am kena update or else, anda ketinggalan. 
  • IT kena tau, kalo tak, anda outdated. 
  • Penampilan kena jaga or else, anda lame. 
Dan banyak lagi lah. Aku percaya zaman U nie la yang paling mencabar sebab terlalu kuat persaingan. Masing2 idamkan diri untuk ditonjol. Yelah, markah kat U dikira dari segala sudut. Tak macam kat sekolah yang lebih kepada exam.

Aku dah alami apa yang orang cakap culture shock bila masuk U. Dengan presentation & assignment yang melambak. Kadang2 tak menang tangan dibuatnya. Dengan keseronokannya la. Masa tu takyah cakap. Kadang2 weekend memang sia2. Tengok movie, outing, tidur, online. Keseronokan tanpa batasan. Puncanya: Time Management yang tak betul.

Teringat balik post2 sebelum aku jejakkan kaki ke USIM, aku dah gambarkan kerisauan aku especially untuk hadapi subjek2 arab, tapi alhamdulillah, aku rasa aku dah boleh cope dengan masalah bahasa. Orang kata to master in language, you NEED to talk. Then, yang jadi masalahnya bila aku selalu wat pengorbanan kat masa dengan benda dop pekdoh. Kununnya nak pulun time study week. Sempat le sangat. Bila dah study time tu, mulalah pemahaman tu berada kat paras yang cetek, nak2 word Arab. Haish~ =.=''

Pengalaman sem 1 tamhidi yang baru tamat nie, betul2 mengajar aku. 
  • Hargailah masa sebaik-baiknya. 
  • Watlah revision tak kira masa. 
  • Bacalah apa yang patut dibaca.
  • Menuntutlah ilmu keranaNya.

Shift your paradigm la Nis.



p/s: obses ngan Danbo seyh. scenery dia lawa. =.=''
oh ye, thanks sudi baca. panjang kot. ^_^