Explore the blog
Friday, April 29, 2011
Assalamualaikum..

Kenal tak diorang? Me & My hubby.. haha..

Hari ni 29hb April 2011 adalah hari bersejarah bagi rakyat2 Britain.. Perkahwinan yang gilang gemilang keluarga diraja Britain woo.. Perkahwinan antara Putera Williams & Kate Middleton yang amat secocok.. Aku suka tengok suasana tu.. Grand giless.. Nama pon 'Royal Wedding'. Ngan equestrians & macam-macam lagi.. Kat perkarangan istana, rakyat siap picnic bagai.. Memang semua orang membanjiri perkarangan istana.. Memang patriotik la kot?!

Aku tak tengok sangat pon sebenarnya.. Bila tengok Putera William anak Putera Charles & Lady Diana nie kahwin ngan Kate Middleton yang cun ni, aku tetiba teringat satu peristiwa lampau yang berlaku masa tahun 1997.

Alkisahnyaa.....


          Masa tu 31 Ogos 1997, I'm not going to talk about National's Day Celebration... Tapi tarikh tu mesti jadi hari yang bersejarah gak bagi rakyat Britain sebab kematian Lady Diana.. Memang seluruh dunia bersedih..  Bukan kat Britain je. Siap beli bunga sebagai tanda berkabung.. Aku pun tak ingat sangat sebab masa ni aku baru 4 tahun.. Yang aku ingatnya, suasana memang murung la.. People keep mourning all over again.. Aku pon tak paham kenapa.. Pastu, akhbar memang selalu ulas pasal kemalangan yang menyebabkan kematian Lady Diana.. Untuk refresh balik sal Lady Diana, klik sini..


Lawa laa Lady Diana nie.. Prettier than Kate Middleton, I guess..



Again, I repeat, memang majoriti sedih la dengan kematian Lady Diana nie. Aku yang masih kanak-kanak masa tu pon enggak mengerti.. Yang paling aku ingat sampai sekarang, Along, yang tua setahun daripada aku menangis meraung tahap baban sebab sedih ngan kematiannya... Aku tengok kat dia, tanpa perasaan.. Dia pulak menangis dengan penuh perasaan.. Aku ingat lagi time dia cakap kat parents aku, "Ibu, abah.. Along nak hantar bunga untuk Lady Diana kat kubur dia... Cepatlah.. Jomlah..." *sobbing & ulang 2,3,4 kali sampai aku pun tertidur dalam kereta.*


Aku emotionless kot? Or perhaps, I was too young to understand? Bila ingat balik sal ni, memang Along malu gila la.. Ekekeke.. Dia pon tak tau asal dia jadi camtu.. Nak kata dia waris aku, yela kot.. Sebab muka Lady Diana memang iras2 aku.. hahaha... *perasan seyh!*

Tulah antara peristiwa yang aku ingat masa aku kanak2 dulu.. Aku bukannya mudah nak ingat peristiwa yang berlaku dalam hidup aku especially masa zaman kanak2. Tapi drama Tangisan Along untuk Lady Diana memang fresh2 aku ingat... haha.. :D
Thursday, April 28, 2011
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya English course yang aku amik kat Cambridge Language Centre (CLC) selama 3 bulan dah pun berakhir (26hb April). Memang banyak la yang aku dapat.. Pengalaman, pembelajaran, ideas & so on.. Zillion gracias teachers! :D

Life after SPM, kadang-kadang boleh jadi cambest, boring sebab wat benda sama.. Aku tak expect yang kehidupan lepas SPM menjadikan aku seorang yang sibuk.. (Sibuk laa sangat... =.='') Aku masa sekolah dulu, kalau boleh nak sangat masuk PLKN.. Tapi takde rezeki, aku tak terpilih.. haha.. Alhamdulillah gak tak terpilih pon.. 

So, apa yang aku wat sementara tunggu intake? (Ni antara yang aku wat hari2 laa..)

  • Amik la lesen.. Tapi sampai sekarang aku masih memegang Lesen I.. Bak kata Raji: Illegal Driving License.. haha.. bila la nak jadi pemandu yang sah nie? Asyik jadi driver yang tak sah je.. =.=''

  • Aku masuk kelas BI kat CLC selama 3 bulan.. Ni pon lepas ayah aku suggest.. Alhamdulillah, aku rasa banyak la gak improvement.. Especially time interview maktab tu.. Aku tak rasa nervous pon maybe sebab ada mock interview kat pusat bahasa ni dulu.. Alhamdulillah.. Banyak gak benda yang aku dapat.. Daripada habiskan masa tak wat pape, at least, aku dapat banyak sangat benda.. :)

  • Blogging.. haha.. Padahal aku update dalam sebulan tu boleh kira bape.. Aku bukannya blogger tegar.. Saje je.. Bila dah ada pemikiran baru, barulah aku update.. Dah tu, nama blog aku pon camtu.. haha.. Then, FB.. memang satu geng la FB ngan blog nie.. Tapi lately, aku layan FB la kot smpai tak ter'update' blog nie..

  • Lately, bila dah nak habis kelas BI, aku dapat offer daripada cikgu skolah aku dulu untuk jadi tutor.. So, aku sekarang informally bergelar cikgu la.. Anak didik aku 4 orang je.. hehe..Ngaja subjek Kimia silibus form 4 & form 5. Dua kali seminggu, 2 jam setengah satu sesi.. Mula2, aku letih gak.. But then, I find the activity is really exciting.. Satu kepuasan bila diorang faham apa yang aku ajar.. Alhamdulillah.. hehe..




Aku tak pernah fikir pun yang life after SPM nie akan jadi camni.. Aku ingat aku akan melantak & membuta je. Habiskan masa kat rumah, ternak lemak.. Tapi alhamdulillah.. Banyak sangat benda berfaedah yang aku buat.. Creating memorable & enjoyable moments too.. Oh, tolonglah panjangkan tempoh hibernasi nie.. Malehh eh rasa nak sambung blaja.. haha.. :D
Friday, April 22, 2011

Assalamualaikum.. :)

Pagi2 nie adik aku, si Iqa dah beria-ria kejut aku bangun & wat taichi.. erk, taichi? =.=''

haha.. takdelah dia minta aku tolong ajar dia sedikit sebanyak pasal movement dalam Tae Kwon Do (TKD).. Hari nie dia ada grading untuk kenaikan tali pinggang.. She still a beginner. So, aku pon tunjuk kat dia sedikit sebanyak even aku pon dah tak ingat sangat..


Aku suka tengok gambar nie.. Cute fighter! Aku snap kat kete sorang coach TKD..



Then, aku pon saje la ikut dia pergi kat venue grading nie.. Saje nak bagi support.. Lagipon, ni first grading dia.. Dia tak biasa sangat ngan suasana camni.. Mula2 dia tanak bagi aku ikut, malu la kot kalo aku tengok.. tehee..

So, sementara menunggu turn dia diuji, aku pon sempat la snap several moments..



Kanak2 riang yang tunggu masa untuk diuji


Supporters kanak2 riang ribena yang involve dalam grading..


The Instructor


Kanak2 riang beraksi




Masa duk tunggu tu, memang melayang la fikiran aku.. Teringat balik masa first time aku masuk TKD dolu2. Time tu aku darjah 2. Memang camni la scene masa 1st grading. Nervous tak hengat.. Padahal main sepak2 camtu je.. Belt putih je pon masa tu.. Ekeke..

Bila dah besau ni, adik aku poolak ikut jejak langkah aku masuk TKD gak.. Like sister, like sister la nie.. =.=''

Aku sekarang tak aktif dah TKD. Kalo orang suruh perform balik, mau sakit segala urat saraf & otot.. haha.. sungguh I'm not an istiqomah person dalam bidang nie..

Tapi aku suka tengok time kanak2 riang nie perform.. Memang semangat habis.. Dahla diorang nie kecik2.. kaki pon pendek2.. pastu wat kicking, blocking & punching.. Kalo sparring lagi la, dgn movement & kicking combine skali, nampak macam cute small fighters.. Kiut sangat..


p/s: ttbe rindu kat TKD lorr... orang kata kalo pompuan masuk TKD ganas.. Ye ke? Aku tak pon.. Aku pompuan melayu terakhir.. ngeh3.. :P


Wednesday, April 20, 2011
Assalamualaikum..

Seminggu sudey, aku tinggalkan blog sebab busy ngan macam2 benda. *macam la aku ni YB* haha..

Recently, (18hb April), aku ada interview untuk kemasukan ke maktab. Tu merupakan interview pertama selepas aku dapat keputusan SPM hari tu. Aku ditawarkan untuk kursus Kimia. Interview tu berlagsung di IPG Kampus Kota Bharu. Wallawee~ Ramai manusia ow.. Dahla kebanyakannya dapat straight A. Aku ni dengan result yang tak seberapa terasa kecik sahaja.. O_o

Interview start ngan ujian Insak, jawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Kalo orang len kata soalan ni senang, bagi aku tak kot.. Boleh jadi poolak aku sorang je dalam group interview yang tak sempat jawab. Wat malu je.. Ahaha.. Lastly, aku tembak je, antara jawapan A & B. Padahal soalan tu tanya wajar @ tak je. Tu la, aku terlalu rasional & guna critical thinking.. Erk.. =_=''

Lepas tu, proceed untuk interview berkumpulan. Alhamdulillah, tajuk perbincangan untuk group aku - Pelancongan. Goreng je la habis-habisan. Nasib baik group discussion ni dalam BM, orang lain ada yang kena speaking..*relief sigh*




Then, baru la proceed untuk interview individu. Untuk group aku, aku orang 1st. Ada 2 orang panel, dua2 laki. Yang tak boleh blah nye, memang diorang selalu wat muka yang disgusting macam gambar kat atas. Siap provok aku lagi tu. Dia cakap, "Saya berpendapat anda LANGSUNG tak sesuai untuk menjadi seorang guru, betul ke anda betul2 mahu menjadi seorang guru??" *sambil wat disgusting look*

Aku apa lagi, goreng habis-habisan la jawapan.

Alhamdulillah la,  I think I manage it.. Soalan2 yang ditemu duga tu kebanyakannya dia suruh aku ulas balik pasal apa yang aku tulis kat orang pernyataan hasrat & sikit soalan Kimia in English.  

Nasib baik la interviewers tu tak tanya Apakah falsafah pendidikan negara ke hape.. Memang hentam je kalo dpat soalan pengetahuan am.

Tapi, kalo aku pass interview ni, betul ke aku nak jadi Teacher Chemistry nie? Err... tu la, banyak sangat yang aku apply sampai aku pon dah jadi pening.. Kalo aku jadi cikgu, memang 360 dgree la brubah ngan profesion yang impikan selama nie.. 

Ni lah yang dinamakan Qada'& Qadar. Berserah kepada takdir. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Lagipun, doa sahaja yang mampu mengubah nasib.


Tuesday, April 12, 2011

Well, hello there world! (macam Anwar Hadi la poolak.. =_=')

My English course yang aku amik selama 3 bulan kat CLC will come to an end.. Yippee.. haha..
Happy ye ko..? haha.. takdela, at least, boleha la aku rehat skit2 pasni..

Erm, aku dapat banyak gak pengalaman kat situ. Selain daripada pengalaman study, aku dapat gak pengalaman jumpa new people. Bukannya setakat malays, chinese, indians je. Aku ada kenal sorang Palestinian.

Well. Her name is Bara'a. She's 24, I think.. Aku pon tak ingat sangat. Aku suka berborak ngan dia even my English is broken.. haha.. Dia datang sini pon sebab nak further her studies dalam Master in Electrical Engineering. So, sementara tunggu intake kat USM bulan 5 ni, dia amik short course ni dulu.

She's married already. Husband dia buat phD in Radiology kat USM. Memang sweet la diorang. Diorang datang sini lepas je dia kahwin tahun lepas. 

So, memandangkan aku & dia sama2 dah nak habiskan course kat situ, aku pon tak lepas peluang amik gambar ngan dia. Lepas amik gambar, she said to me, "Don't upload it on facebook.."

Aku quite stunned bila dia cakap camtu. I respect her privacy then. Memang aku tak suka sangat upload gambar. Bagi aku pompuan memang suka share gambar. But I was wrong. Maybe suami dia tak bagi gambar dia ditayangkan untuk tatapan umum.. Dia memang lawa sangat. And Alhamdulillah, dia jaga kecantikan dia hanya untuk suami dia.

Even kat fb dia pon, aku takde la jumpa gambar dia. Nil and none, sekeping pon takde. Memang dia betul2 jaga anugerah kecantikan yang dia dapat.




Then, I learned a thing. Why not kita jaga rupa paras kita kan? Lagipun Aisyah r.a pernah berkata: perempuan yang cantik tak memandang & dipandang. :)

So, sama2lah kita renungkan ye.. ^^


Friday, April 8, 2011



Aku nampak kau di sana..
Merintih keseorangan
Di saat itu aku cuba memahami kesulitanmu
Aku cuba sedaya upaya untuk menolongmu
Tapi, apakan daya, aku hanya mampu melihat sahaja
Maafkan aku kerana tidak bisa membantumu.
Ternyata aku cuma manusia biasa
Sedangkan kamu seorang yang luar biasa....


Ini saja yang mampu ku lakukan..
Untuk merasai kepedihanmu.
Sajak yang kureka khas untukmu
Agar kau mengetahui
bahawa aku juga mengerti...







Wahai Seggy ku...
 


Amik ko, kan dah terjiwang sudaa.. Haha
Actually, mokcik ni beranak pulak semalam lepas sekor2 anak dia mati dulu.
Kali ni semua 4 ekor & semuanya hitam! Traits bapak dia lagi kuat la nmpknya.
Yang bestnye, dia dah tak tertahan sangat kot sampai terberanak depan kitorang.
Siyes ngeri aku tengok kucing beranak.. erk...=='



P/S: Aik, kucing bunting bape bulan ey? Baru je dia deliver bulan 12 tahun lepas.
Pastu, semalam dia beranak lak? 
Aihh... =='

Monday, April 4, 2011


Know this movie? Aku tau cite lama.

Yerp, aku suka tengok cite nie. Even berkali2 aku tengok pon tak bosan. 1st time aku tengok masa aku skola rendah, umo bape tah time tu. But then, kat Disney channel pon still ada cite ni sometimes & I never get bored with it. I really adore with Mulan's character. Bukan Mulan Jameela ye.

Sape yang xtaw cite nie, boleh klik sini, tapi paham2 la, English tu sebab aku google je.

Yang bestnye Mulan ni, dia prefer tuk jadi warrior untuk gantikan tempat ayah dia (Fa Zhou). Ye la, kalo girls lain yang sebaya mesti prefer duk kat rumah, chillex2 kat c2. Siap nyamar jadi laki lagi yang bernama Ping. Tapi kantoi gak ngan Shan Yu. Masa mula2 masuk campsite, siap kena buli ngan kroni dia. Lastly, she manages. Aku suka video ni.. Dia bukan just jadi saviour untuk team yang pernah anggap dia black sheep, bukan just kebanggan famili dia tapi kebanggaan rakyat Cina gak.

OST lam cite ni pon quite inspiring.. Kalo suka boleh dengar..^^








Pendek kata, cite ni memang best la sebab boleh motivate & inspiring.
Jangan cakap korang tak tengok lagi.. cite lama nie.. huhu.. =='
Friday, April 1, 2011
Pernah bergaduh tak?
Pernah timbul hasad dengki tak?
Pernah rasa susah nak maafkan someone tak?






I bet, semua orang pernah rasa camtu.. Sama cam aku.. Kadang2 kita tak sedar kita ni termasuk golongan tadi..

Kita selalu wat salah. Kita pernah bergaduh sesama sendiri. Tapi asal ey susah sangat nak forgive and forget? And kalo bergaduh tu macam2 perkara buruk yang akan kuar daripada mulut kita..

"Aku takkan maafkan ko sampai mati.."
"Aku tak nak mengaku sedara dah!!"
and so on..


Kalo yang bergaduh ngan so-called musuh, aku tak heran sangat.. Sebab politikus pon lebih kurang camtu gak. Maki-hamun, merendah-rendahkan orang & so on..

Tapi kalo yang bergaduh ngan kawan sendiri disebabkan perkara kecil, hmm.. so immatured. Yang lebih teruk lagi kalo bergaduh ngan adik beradik sendiri.. Mula dengan adegan gurau, then, naik skit tangan, pastu terus angkat tangan, kaki & sebagainya.. Lastly keluarlah ayat yang bukan2 yang menyebabkan masing2 terasa hati & perang dingin antara 1 sama lain..

Hurm.. tu sume penyakit hati. Takde alasan sebenarnya nak cakap kita tak boleh nak maafkan someone. Tapi sebab masing2 dengan ego sendiri. Egoistic harms the bodies. Hoggish harms the hearts.

Dalam Islam sendiri pon melarang umatnya memutuskan persaudaraan. Tak boleh la kalo bergaduh tu tak cakap lebih daripada 3 hari. Sebab Islam amat mementingkan persaudaraan.

Let's think about this. Muhasabah diri. And let us just forgive and forget.. :)