Explore the blog
Friday, December 2, 2011
Lately, aku agak busy. Busy doing nothing. --"

Takdelah. Macam post aku sebelum nie, aku ada mention yang kitorang akan berhijrah ke rumah baru. And sekarang, memang dah masuk, dah start memunggah barang & kemas tapi not fully done. Lagipon rumah nie bukan beli siap tapi designated by my mother & rakan sekerjanya. Jadi,agak lambat laa dari segi maintenence & sebagainya... 5 tahun duk Kelantan baru dapat rasa duk rumah sendiri. huhu... So, agak excited laa.. ^^

***************************************************************

Pukul 5 p.m lebih semalam (011211), result dah keluar. Memang agak lambat sebab saja nak main ngan adrenaline hormone kitorang. Punyalah check kat website, asyik ralat je. Well, agak annoying jugak laa pasal sume orang asyik update sal result nak kuar ble kat FB. hoho. Sume orang tak sabar, aku je kot cuak. --"

Then, pukul 5 camtu orang wat havoc kat fb, result pon kuar jugak finally. Punyalah cuak nak log in. Dahla loading slow, saje je nak main ngan aku. haihh... But then, it was quite shocking. Aku macam tak caya je result aku sampai camtu sekali... Alhamdulillah, aku tak expect akan jadi tinggi macam tu *walaupun takdela tinggi sangat..* Tapi aku bersyukur sangat2.. Tak terkira sangat result yang Allah bagi kat aku. Masa final exam hari tu, aku expect nak dapat 3.00 pon susah. Apatah lagi DL...

Tapi entah kenapa, aku tak tau asal aku tak rasa happy dapat result macam nie. Bagi aku nie memang tahap tebabom dah kot. Usaha aku amat2lah kurengg... But then, keputusannya splendid to me. Kadang2 aku fikir, betul ke nie? Ataupun ia sekadar istidraj. Nauzubillah... Teringat post Mr.K pasal istidraj nie. Istidraj nie kan nikmat yang Allah kepada hambaNya tapi tanpa redhaNya...

Frankly, I think I don't deserve this result. Macam tak layak untuk aku. Usaha tak seberapa, tapi result. Hurm. Mungkin lah result nie adalah petunjuk supaya menjadi hambaNya yang lebih bersyukur?? Perhaps. I was like.. "kenapa Allah bagi  aku result yang gempak camnie sedangkan aku nie bukannya bersyukur sangat. Selalu je leka... Betul ke result aku nie..."

This verse explained to me my blurry questions..

But then, I realize, I shouldn't ask about that. Allah sangat penyayang. Sentiasalah berfikiran baik terhadap Allah. I learn a lesson from this result thingy. Maybe, orang boleh cakap, result je pon. It's not a big deal. Tapi kalau boleh belajarlah apa yang berlaku kat sekeliling kita. Yelah, kita kadang2 alpa. Kita lupa yang Allah sayang kat kita, sentiasa bagi yan terbaik untuk kita.. Tu pon, masih lagi tak bersyukur...

Ohh man... Senang kita nak nyatakan kesyukuran kita. Tapi nak hayati istilah Alhamdulillah tu bukannya senang. Semoga kita terus istiqamah... Istiqamah laa benda yang paling susah nak buat.

"Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu..."
So, gotta be ready for the next sem tamhidi usimians sekalian. Let bygone, be bygone. Pasang tekad & azam baru untuk merevolusikan sem 2 nie. Ehhe. Let's go! =)

P/s: trimas bebanyak kat Nani, Atheefa & Aisyah sebab tolong & support aku. 
Aku appreciate sangat2. =)



Friday, November 25, 2011
Sejak akhir2 nie, makin hangat pasal bola kat Malaysia. Al-maklumlah, lepas Sea Games, kelayakan olimpik pulak. Lepas menang menentang Indonesia dalam Final Sea Games 2011 hari tu, populariti pemain Malaysia melonjak naik. Yeay! Aku pon tumpang gembira. Ramai orang update status macam2 kat fb. 
"Tahniah Malaysia."
"We are proud to be Malaysian"
"Patah sayap Garuda diterkam Harimau! :D" *err, tu status aku...*
* sebagainya....



Even mak aku yang sememangnya minat bolanya mendahului aku suruh aku tengok match tu especially part penalti. Yea, quite mendebarkan. Macam aku pulak jadi Apek. hue hue hue.

Technically, aku pon bukannya minat sangat bola. Takdelah update sangat perkembangan pasal bola. Gaya bagai nak rak, kononnya aku nie peminat setia Chelsea. Semua benda nak Chelsea. Tapi dah nama pon perempuan, asal usul minatnya adalah terhadap player sahaja. Apasal la sume soccer player hensem? Errr....

Especially yang ni. Frank Lampard... :-D

Tapi lama2 tu memang jadi minat gak la. Just minat, tak sampai tahap obses macam Alexa Yussida lagi dengan Barca nya. Hehe... :-p

But then, masa final Indon vs. Malaysia tu, kita tau yang Fakri Saarani takde rezeki untuk menyumbatkan penalti, masa tu mulalah semua orang duk kutuk.Hamboih... Takmo laa main kutuk2. Dia dah main 120 min atas padang tu. Kamonlah. Dia pon ada perasaan gak. Klik SINI untuk baca komennya. Adat laa tu, lastly menang jugak... Syukur, alhamdulillah...

Then, tak sampai 24 jam, Malaysia vs. Syria lak. Yeah, everybody expected the miracle will happen tapi sayang, Malaysia kalah 0-2 ke atas Syria. Ada laa segelintir rakyat Malaysia yang kutuk sebab kalah. Masa tu barulah kita boleh detect sape sebenarnya supporter & tak. Tapi ramai je yang still sokong. Especially aku. 

Yelah, penat kot berjuang 120 min kat Indon, then, kena kena berjuang menentang Syria lak. Agak la wei. Tak payahlah nak kutuk2. Sapelah sangat kita nak kutuk diorang. Ni ada yang siap nak pertikaikan lagi Malaysia:
"kemenangan di Indon takde makna..."
"sedangkan garuda dilangit dapat diterkam, masakan unta di Bukit Jalil dibiarkan..."
Tak payah nak hipokrit sangat laa... Time menang, We are proud... Time kalah, Wat maluu je... Menyesal aku sokong. Malaysia lembik laa.. bagaikan pohon nyiur melambai2... Berubah pendirian. 

So, sayangilah negara kita. Support la bola sepak tanah air kita. =D




Friday, November 11, 2011
11-11-11.
tahun lepas duk heboh 10-10-10
tahun depan 12-12-12
tahun seterusnya? takde bulan 13. =.=''

Nothing special bout this day. cuma tarikhnya je kot yang lawa. Bagi aku hari nie yang specialnya bila family aku & aku kena berpulun kemaskan rumah. (bukan berkemas sangat kot, lebih kepada merombakkan rumah). Kena packing2 barang, masukkan barang dalam kotak, beg, plastik & sebagainya. Kenapa? Sebab tak lama lagi akan tiba masa penghijrahan dari rumah lama ke rumah baru. Tak sabar kott... >.<

Ni baru suku... Tak habis lagi packing nie. haih


Bila tengah kemas2 rumah (means kena belek balik barang2 lama i.e.: Baju2, buku2, cenderamata & others), tengok barang2 tu memang menggamit memori & nostalgia kot. Teringat balik masa zaman2 sekolah dulu *macam la lama sangat tinggal sekolah...* 

Even uniform sekolah rendah masa darjah 6 pon aku simpan satu set. Uniform sekolah menengah satu set. (macam KFC je set2 nie) Bukan apa, bagi aku tu semua adalah kenangan. Dan aku dapat lihat betapa terbantutnya tumbesaran aku. Cam nak sama je saiz. Ceh. 

Yang kiri - uniform sekolah rendah (Librarian time tu)
Yang kanan berkot tu - uniform sekolah menengah (pengawas time tu)
kaler nak sama, tugasan lain2... huhu

Dan selain daripada baju, antara khazanah lain: Buku. Buku2 PMR, SPM. UPSR? err... tak simpan dah la. ke ada dalam kotak lain. =.=''

Sungguh, aku tak tau macam mana nak manfaatkan buku2 nie. Adik2 aku pon kian membesar. Yang bawah aku form 4, boleh lah dia guna buku SPM aku. Yang 2 orang bawahnya darjah 4 & darjah 3. Mungkin formatnya berbeza satu hari nanti. Bukan tak pernah bagi kat orang, tapi mungkin kuantitinya yang banyak. *rajinlah katakan masa zaman kegemilangan sekolah menengah dulu (tapi masa PMR je la rajin, SPM hampeh)* 

Bila mak aku suruh asingkan yang mana nak simpan, yang mana nak bagi kat orang, aku jadi keliru, sebab tu proses pengasingan nie aku memang slow. Tak tau macam mana nak asingkan. Semua benda penting, semua memori. hadoii... susah kot jadi aku. Bukan senang nak hapuskan nostalgia nie. (ecece ayat...) Daripada barang2 lama tu lah, kita dapat tengok betapa membesarnya kita, dari segi saiz badan, tulisan & sebagainya.


Kalau macam tu, kena tambah slot kat rumah baru. "Muzium Hansyitake~"... ehhe. banyaklah songeh. Memang khazanah2 lama tu memori. Simpanlah yang mana patut je. Kalau tak bersawanglah rumah disebabkan khazanah2 lama tu. Kalau jaga rapi, takpelah jugak. Kena upah penjaga muzium nie. Siapa nak?


p/s: korang ada simpan barang2 lama? Barang apa yang paling veteran bagi korang? ehhe. 





Monday, November 7, 2011
Salam Aidil Adha 1432h. 

Bila cakap pasal Aidil Adha, pasti kita akan linkkan dengan pengorbanan. Orang dah sedia maklum dengan sejarah Aidil Adha. Peristiwa antara Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s yang berkisar tentang pengorbanan ayah terhadap anaknya yang sangat2 superb.

Aku suka baca kat SINI tentang peristiwa sejarah Aidil Adha. Nukilan Hilal Ashraf. Kalo rasa nak baca daripada sudut pandangan dia, boleh la klik.

Dalam kesempatan nie, aku nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua pembaca. Ada ruang dan peluang nie (al-maklumlah, orang busy, jarang update blog), nak minta maaf jugak kalau ada tersalah atau terkasar bahasa. Terkomen2 yang tak kena ke apa. Harap dimaafkan. :)


********************************************************
Enough about Raya. Cliche kot.



Makin dewasa, makin banyak pengalaman. Hipotesis tu diterima.
Makin banyak pengalaman, makin banyak kita belajar. Tu pon boleh diterima.
Sebab tu mat saleh kata: Experience is the Best Teacher.

Kita bermula dengan menangis, kemudian meniarap, merangkak, tateh, berjalan. Lastly, baru lah boleh berlari. Kalau kita tak berpengalaman nak hadapi meniarap, tak mungkin kita dapat berjalan. Manusia menangis dulu sebelum pandai berceloteh.

Yup, makin menginjak usia kedewasaan nie, makin banyak cabarannya. Dari zaman tadika kanak2 ribena, dunia penuh keseronokan... Dengan buku colour2. Main masak2. Main sep2 tom2. Best kot.

Tapi bila dah menjejaki zaman U nie, macam2 la rintangan dan cabaran. 
  • Pengetahuan am kena update or else, anda ketinggalan. 
  • IT kena tau, kalo tak, anda outdated. 
  • Penampilan kena jaga or else, anda lame. 
Dan banyak lagi lah. Aku percaya zaman U nie la yang paling mencabar sebab terlalu kuat persaingan. Masing2 idamkan diri untuk ditonjol. Yelah, markah kat U dikira dari segala sudut. Tak macam kat sekolah yang lebih kepada exam.

Aku dah alami apa yang orang cakap culture shock bila masuk U. Dengan presentation & assignment yang melambak. Kadang2 tak menang tangan dibuatnya. Dengan keseronokannya la. Masa tu takyah cakap. Kadang2 weekend memang sia2. Tengok movie, outing, tidur, online. Keseronokan tanpa batasan. Puncanya: Time Management yang tak betul.

Teringat balik post2 sebelum aku jejakkan kaki ke USIM, aku dah gambarkan kerisauan aku especially untuk hadapi subjek2 arab, tapi alhamdulillah, aku rasa aku dah boleh cope dengan masalah bahasa. Orang kata to master in language, you NEED to talk. Then, yang jadi masalahnya bila aku selalu wat pengorbanan kat masa dengan benda dop pekdoh. Kununnya nak pulun time study week. Sempat le sangat. Bila dah study time tu, mulalah pemahaman tu berada kat paras yang cetek, nak2 word Arab. Haish~ =.=''

Pengalaman sem 1 tamhidi yang baru tamat nie, betul2 mengajar aku. 
  • Hargailah masa sebaik-baiknya. 
  • Watlah revision tak kira masa. 
  • Bacalah apa yang patut dibaca.
  • Menuntutlah ilmu keranaNya.

Shift your paradigm la Nis.



p/s: obses ngan Danbo seyh. scenery dia lawa. =.=''
oh ye, thanks sudi baca. panjang kot. ^_^



Friday, October 21, 2011


Lumrah manusia yang memang sukakan benda yang baik2, sukakan pujian, sukakan something yang boleh menyedapkan perasaan. Benda tu normal. Yang membezakannya, macam mana kita menerima benda2 tu. 

Satu pengajaran buatku apabila mula melakukan sesuatu yang bukan keranaNya. Mulalah kita akan rasa riak, bangga diri & nakkan penghargaan. Padahal, kita dah maklum buat sesuatu kerana Allah....

Perasaan camtu pernah melanda diri aku. Kononnya lecturer pernah announce dalam kuliah yang group aku (subjek Law) pernah dapat 2 kali presentation terbaik among other groups & tutorials. Alhamdulillah, kitorang bersyukur sangat sebab penat lelah membuahkan hasil.

So, untuk kali ketiga, kitorang pon (yang kononnya competitive nie) nak buat slide terbaik lagi untuk topik Alternative Dispute Resolution (ADR). So, bersengkang la mata. Namun, apa yang diharapkan tak kesampaian. Agak sedih la jugak. Tapi tulah yang terjadi bila kita buat something bukan keranaNya. Memang la kitorang dah setting niat buat slide tu demi menuntut ilmu tapi mungkin bukan sebagai niat yang prior.


*****************************************



I learned a thing after that. 

Benda tu adalah ujian. Bukan kesusahan dan kemudaratan je ujian tapi semua. Yang penting, macam mana kita react dengan ujian tu. Bakal bangun atau bakal rebah? Semua adalah reaksi kita. Daripada pengalaman aku tu, yang paling prior adalah niat kita. Lagipun, hadis 1dalam hadis 40 yang disusun oleh imam Nawawi adalah berkaitan dengan NIAT.

Kadang2 kita lupa niat utama kita. Sebab tu la kena perbaiki niat sokmo op? :)



p/s: final exam next week! doakan aku.... (^_^)V
Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum....

Just having a little thought...

Semalam, time dalam kelas, kitorang saje2 la borak.. 
(Ikuti perbualan kat bawah. Dialog antara 2 orang member aku)


Ummi: Eh, ada orang top-up kan aku RM 10. Aku tanya mak bapak aku... 22 cakap tak...
Wani: Kau panggil ayah kau bapak eh?
Ummi: Eh, takdelah... Aku panggil ayah laa...
Wani: Urm... Wani takde dah la orang untuk nak panggil ayah... :')
Ummi: Wani... sorry2.... 

Then, Wani pon cite la bila ayah dia meninggal dunia. How old was she at that time, how the situation was. Tak semena2 disebabkan dengar cite2 tu, mengalirlah air mata sebahagian yang ada kat situ. At the same time, Ummi pon cite sal member dia yang kematian ibu masa on the way balik dari sekolah dulu. Lagi la sayu. Situasi dalam kelas time tu pon agak melankolik, padahal masa tu kitorang ada presentation. Seriously, tak boleh fokus time tu. Huhu... Kantoi tak fokus~





**************************************************

I was having a little thought.

Bersedia ke aku nak dengar berita kematian orang yang disayangi. Bohonglah kalau cakap tak sedih. Tambahan pulak kalau jadi perantauan, belajar jauh dari family. Tup, tup dengar salah sorang dari family kita meninggal especially kalo parents. Rasa time tu mesti nak je duduk ngan family. Tanak gi mana2. 

Tapi apakan daya, kematian pasti berlaku even if kita tak bersedia. Bukannya boleh cakap kat malaikat maut suruh tunggu kan. Tapi kita selalu je leka. Insaf la untuk seketika. But then.....

Bukan nak cakap aku baik ke apa. I was having a little thought at that time. For sure, aku tulis nie untuk peringatan untukku & untukmu jua. Mudah2an kita sentiasa ingat akan mati. InsyaAllah.

Nak tulis quote yang dah tulis dalam post sebelum nie lah... :)

"The man who decides to change his life at 12th hour, died on 11th..."

p/s: Hari nie hari Rabu tapi aku tetap banyak benda nak cakap. So, no wordless wednesday.. (eleh, macam aku pernah post WW sebelum nie = ='' ) Lagipun, lama dah tak menghapdet blog... 






Tuesday, September 27, 2011
Assalamualaikum w.b.t....


rasanya memang dah lama gila aku tak update blog nie. Haiyoo... indeed, aku bukannya blogger tegar. =,=''


But as I undergo a student life or life as a Muslim, rasanya memang banyak masa habis digunakan dan indeed dalam kata lain, banyak gila masa dihabiskan dengan sia-sia. Dengan tidurnya laa, makannya laa, tengok movie, fb & so on.

Bila masa tu telah pon berlalu, baru la nak realize, 
"alaa.... rugi gilaa, kalo aku buat benda tu tadi kan....." 
maka, bermulalah istilah KALAU. 

tu pon kalau sedar laa... mostly, rasanya memang selalu ikut kata hati je or penuhi tuntutan nafsu.

As I read along buku Hlovate - Contengan Jalanan, rasanya mau meremang kot bulu roma. Rasa terkena batang hidung semua benda tu. Amik kata watak Akmal dalam novel tu....
"Kita selau jadikan diri kita sebagai watak putih dalam Al-Quran... tahulah kita Islam kan, then, mulalah nak perasan yang kitalah orang yang beriman yang disebut-sebut dalam Al-Quran tuu... dalam masa yang sama, mulalah kita nak pandang rendah kat orang lain sebab kita nie baik...."
Yerp, memang Allah selalu bahasakan kita sebagai Wahai orang-orang yang Beriman.... tapi, betul ke kita nie betul2 beriman?

Then, Akmal sambung lagi:
"Sepatutnya kita letakkan diri kita sebagai watak hitam dalam Al-Quran. Golongan2 yang Allah azab dalam neraka. Dengan meletakkan kita dalam golongan camtu, barulah kita akan rasa betapa kerdilnya diri kita...."

Bukan part tu je yang terkena, banyak lagi part yang dalam novel tu macam terkena dengan diri aku.... Kalau korang dah baca buku tu, memang aku bagi thumbs-up kat Hlovate sebab mampu menyedarkan kitorang. 

Berbalik kepada life, manusia memang selalu wat keje at 11th hour. Hatta esaimen ari tu pon wat at 11th hour, masa nak submit tu barulah pulun nak wat. Hamikkau. Baru nak kalut. Padahal banyak sangat peluang masa tapi tak nak guna sangat..

"The man who decided to change his life at 12th hour, died on the 11th..."

Think of it.... (^_^) 



Saturday, September 3, 2011

Time flies fast. Tak sangka tempoh seminggu akan berakhir kurang 24 jam dari sekarang. 

Bila dah bersama famili, sanak saudara & rakan-rakan, yang dekat jadi jauh, yang lambat jadi cepat & sekarang.... semua tinggal kenangan.

suku daripada keseluruhan keluarga



Pengalaman yang manis2 saja mampu kuingat. Yang pahit2 tu letak sipi2 cerebrum sudah la kot?

  1. Memandu kereta: Agak la kot. Tahun pertama beraya dengan diberi kepercayaan drive kete. Sape cakap driving tak letih. Teramat2 meletihkan. Especially time2 raya camni. Dengan jalan yang tak sah kalo tak jammed. Perghh... tahan je laa duk dalam kete di bawah pancaran dan sinaran terik matahari.... Sekali bawak, isi minyak tu jadi perkara wajib la kot. Kuhanya mampu melihat duit berterbangan keluar dari celahan dompet... errr....
  2. Duit raya: Siapa sangka dalam usia yang nak menjengah 20-an ni pon ada lagi yang sudi bagi aku duit raya.... Makin bertambah pulak tu. Teringat kata2 nenek aku masa zaman budak2, "amik laa duit yang tak seberapa ni, buat beli aiskrim tengah jalan..." sambil menghulurkan sekeping, dua not berwarna biru... Then, jadilah sekejap cikgu bahasa, "cik, takde orang jual eskrem tengah jalan, orang jual kat tepi jalan je..." Even sekarang pon nenek aku still cakap benda yang sama... haha... :D 
  3. Beraya dengan blogger pemes: Ehhe... pulak... sape yang pemes tuu? For sure korang kenal kot Ieda al-Habsyi. Dia memang nak beraya ngan aku pon.. Cehh... prasan gila... Takdelah, kitorang sepupu secara tak langsung. Dia isteri sepupu aku. So, nice to meet her then. Memang becok macam kat dalam blog dia laa.. Kepoh habis... Soon to be delivered... tak sabar nak tunggu kelahiran adik Khayra Amanda Badrisham nie. ehhe.. :D
  4. Beraya rumah kengkawan: Macam sedey je bunyi... Selama 5 tahun duk kat bumi Kelantan, tak penah lagi raya kat Kelantan. Rumah sendiri pon tak penah, apatah lagi rumah member2.. Memang family aku raya kat kampung je, at Terengganu. Ada feel gitu kalo raya kat kampung. But then, dah ada lesen, sume benda jadi kot. Aku lak jadi driver, angkut & hantar sorang2 balik rumah. From Terengganu, jump to Kelantan. Kesudahannya malam tu, memang tidur mati. =.=''
  5. And banyak lagi laa... 

Sekejap sangat kot. Malam esok bakal menghabiskan 12 jam atau lebih pulak mengharungi pengembaraan nak balik ke Nilai... Haiyoo....  Sabor je laa... =.=''

eh, dah post panjang2 baru teringat...
HAPPY EID MUBARAK, MAAF ZAHIR BATIN :)


p/s: rasa lain laa pulak tetiba ada gambar yang bukan milik google dalam post kali nie. hee...


Sunday, August 28, 2011



After 3 months, homesick is cured by yesterday. :D


12 jam perjalanan dalam bas pon tak meninggalkan parut

pokoknya rindu sudah terubat,

Ahh... nampaknya masa seminggu nie kena digunakan sebaiknya. 

Aku harap masa akan berjalan dengan seperlahan mungkin...

oh ye... aku gembira sebab dapat dating dengan si dia.

siapa? 

my bestfriend la... sudah 3 bulan kami tak berjumpa

saling bertukar hadiah, Hadiah hari lahir kami yang sudah pun berlalu...

Juga kugembira untuk menjadi pemandu & peneman yang setia

buat ibuku bershopping

Eh, kukira ku tak bisa lagi untuk memandu. :D

Tiba2 ku jadi cengeng sebegini bila bersama 

keluarga dan teman karib...

phuuu.... =.=''


p/s: macam la tak pernah berpisah selama nie. padahal 5 tahun duk asrama. 
oh ye, tetiba mood jiwang. sedap pulak soundtrack toy story 2 tu...

Tuesday, August 23, 2011
Gelas nie separuh penuh or separuh kosong?

Sometimes, we have to force ourselves to do something we don't like. 

Ye la... Bak kata motivator, tu lah resepi orang berjaya. Tapi kalau la kita lakukan benda dalam keterpaksaan, dalam masa yang sama, kita tak pernah suka benda yang kita buat tu, is it worthy? Ask yourselves...

Kita tak pernah or kurang amik tau yang sebenarnya kesusahan yang kita alami sebenarnya menyenangkan kita satu hari kelak. Bak kata orang2 tua, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.... (ohoi.... ni yang rindu kat abah nie sebab selalu cakap camtu)

So, resipi untuk buat benda yang kita tak suka a.k.a buat dalam keterpaksaan adalah dengan menjadi seorang yang OPTIMIS. tau optimis? wiki or google je la....

yerp, meh aku bagi sedikit analogi tentang perbuatan yang sering dibuat dalam keterpaksaan....

Situation 1; EXAM:

Sape suka exam? Budak2 genius tahap Albert Einstein & yang memang gila study la kot yang memang adore ngan Exam nie. Aku setiap kali exam, for sure nervous tahap apa. (aku memang suka guna hiperbola, harap maklum). Lebih2 lagi, kalo preparation for subject tu kureng... For example, subjek2 yang guna bahasa arab yang aku blaja sekarang nie. Dahla memerlukan pemahaman yang amat, then, kalo ada istilah2 tertentu, memerlukan penghafalan... Oh... I'm not a SILENCER macam dalam cite 3 Idiots tu... Kalo subjek law poolak, mati kutu kalo tak ingat facts, cases & so on....

TAPI, sebenarnya EXAM la yang meningkatkan pemahaman kita kat certain2 subjects yang kurang jelas. Disebabkan Exam, kita akan berusaha untuk fahamkan subjek tu. Secara tak langsung, proses pembelajaran & pemahaman dah berlaku kat situ. Kalo takde exam? Haremm nak kaji balik bab2 yang dah lepas tu... (nampak sangat study sebab exam.... =.='') Takdelah, just kidding... Set balik niat.. Study untuk tambah ilmu...


Situation 2; ASSIGNMENTS

Perghh... ni lah obstacles yang aku alami sekarang. Kena submit 2 assignments before balik cuti raya. Dateline sampai hari jumaat nie. Dahla campur dengan certain ayat dari surah Al-Baqarah, Al-Ma'idah & An-Nur pon masih tak ingat lagi... Haiyoo... berat betul rasanya ujian nak abiskan last week before mid-sem break. Boleh gila rasanya bila semua keje nak dibuat dalam satu masa. Sampai satu tahap, aku pon stressed. =.='' haha... Tu lah bertangguh sangat keje. Padahal lecturer bagi lama dah assignment tu. Serve me right... @_@ Tambahan pulak, mood nak balik tu makin lama makin menebal. Jasad je kat sini, fikiran melayang entah ke mana... phuuu...


TAPI, sebenarnya lambakan esaimen ni la yang mempercepatkan perjalanan waktu. Makin bertambah kesibukan aku, makin sekejap masa berlalu. (Memandai wat hipotesis sendiri). Tapi betul la... 3 hari je lagi pon before balik cuti raya. Sabor je laa... Lagipon, esaimen nie la yang memantapkan lagi skills... Lepas habis esaimen, baru la boleh balik dengan beban yang zero! huh, can't wait...


See? 2 situasi cukup untuk menggambarkan betapa pesimis nya aku selama nie. Cubalah jadi optimistik sikit. At least, optimisme would not end up with stressful. 


p/s: serious aku tengah homesick. haha


Monday, August 15, 2011
Hari ni 15 Ramadhan 1432... it's mean approximately 15 hari lagi akan masuk bulan Syawal. Sekejap sungguh masa berlalu... Semoga kita terus meningkatkan ibadah di bulan ini... insyaAllah...


2 hari lepas, aku & member (member A & memeber B) pergi jenjalan kat salah sebuah mall kat Nilai nie... tak semena-mena, kitorang kena tahan dengan segerombolan makhluk promoter... Diorang cakap nak buat testimoni Bahasa Inggeris... So, kitorang pon follow je la... Rupa2nya diorang tengah promote software linguaphone... Aku & member 2 orang tu dipisahkan antara satu sama lain. Means, setiap orang satu promoter... (memang gila2 promote laa....)

Aku just tadah telinga la dengar apa yang consultant tu cakap. Yela, setiap promoter mestilah puji gila2 diorang punya company product. Aku tak nafikan produk tu bagus & MUNGKIN berkesan. Yelah, sampai promoter tu jamin 98% berkesan. Tapi nak paksa orang beli or register tu agak keterlaluan la kot.? (tetiba teringat video Mathlutfi - serta paksa)

Ok, part aku ngan 'promoter aku' tu kira selesai la bila aku cakap aku tak berminat... (kejam kot cakap straight to the point... =.='') Then, bila aku & member A dah selesai usrusan ngan promoter tu kitorang tunggu member B lak... Tapi cam lama gila laa poolak promoter tu promote... Siap pelawa aku & member A duk kat situ gak... so, kitorang duduk la... dengar la hujahnya tentang kejayaan orang. Dia cakap even Sheikh Muszaphar, Faiz Khaled pon guna produk tu. Then, dia tunjuk bukti dari keratan akhbar tentang orang yang berjaya sebab guna produk tu...

Sampai satu tahap, dia pon berbahas dengan kitorang tentang kejayan, rezeki & nikmat Allah... oh ye, fyi, promoter tu lelaki... berambut cacak & rambutnya didye. Hmmm... Aku kalau boleh taknak la judge dia based on penampilan dia. Dia ada mempersoalkan result SPM kitorang. Yeah, I know, aku tak dapat straight A time SPM ari tu.  Tapi aku bersyukur sebab aku dapat apa yang aku target. Then, dia tanya adakah Allah kejam sebab tak bagi rezeki kat orang miskin? Kenapa orang miskin tu miskin? Kenapa orang cina tu kaya? Haiyoo... 

Janganlah kita menjadi orang yang sombong. Jadilah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain...


It's all based on Usaha & Rezeki la brader... Takkan la benda tu nak persoalkan gak? Even sometimes, orang tu dah usaha, then, rezeki dia banyak tu, tu semua rezeki Allah... Perlu ke dipersoalkan? Kena lah bersyukur dengan apa yang ada... Allah dah tetapkan semuanya. Doa & Usaha je pengubah nasib. But then, dia cakap kitorang baru je dapat degree of  SPM, tak dapat lagi degree of Life. Think before talk & so on... (yelah, teenagers are always wrong, dia je yang betul...=.='')

Kalau nak ikutkan memang suasana tu tegang gila kot. Daripada nak promote barang tetiba cakap pasal nie. Benda nie start bila kitorang bagi hint yang kitorang tak berminat tapi dia memutarbelitkan dengan kata, kitorang taknak sacrifice untuk berjaya (padahal dia nak cakap kitorang taknak sacrifice untuk benda alah tu...) Yeah, promoter is always being promoter... 

Sebenarnya bila diasak dengan persoalan2 camtu membuatkan aku terfikir. Kita tak semestinya dapat apa yang kita nak. Contohnya, dulu aku nak dapat straight A SPM tapi aku ended up dengan dapat 8 out of 11 je & tak dapat kos yang aku impikan dulu  --> Kimia..  tapi aku suka je dengan kos yang aku amik sekarang nie. Rezeki masing2... sebab tu kita kena sentiasa upgrade usaha, sabar & syukur. Sebab Allah Maha Mengetahui... Lagipun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya...


p/s: panjang seyh post kali nie... Thanks la kat sape2 yang sanggup baca sampai habis... Kalau boleh, komen le sekali... ngeh3... :P



Monday, August 1, 2011


Masuk bulan Ramadhan nie, terus aku teringat memori2 daun pisang time2 skolah dulu... Aku ada sorang kawan yan terlampau baiknya... Alhamdulillah ukhuwah tu berterusan sampai sekarang... Sampaikan nak menjelang Ramadhan semalam, dia kirimkan aku stok2 makanan, banyak pulak tu... dengan Nesvitanya laa & so on... Mungkin susah kot nak terima perpisahan nie... Almaklumlah, selama nie nak 5 tahun kot selalu sekali ngan dia... Alih2 tahun nie, aku tercampak kat Nilai, dia kat PJ. Tapi, dia bersusah payah kirim makanan  untuk aku... 

Pernah sekali tu masa form 2 kot, ktitorang tak tido malam sebab nak tunggu pokok sujud masa bulan Ramadhan... Almaklumlah, pokok sujud petanda lailatulqadr... lastly, sama2 fell asleep... Nak dijadikan cerita lak... Memang malam tu betul2 lailatulqadr... Melepas..... haha..

Time form 5 yang paling best kot... Dengan penuh syahdunya, kitorang duduk2 kat bawah layaran bintang2... dah la masa tu banyak gila kot bintang & talked our past years... Macam kapel la pulak... Takpe, tak dosa sebab both same gender... (:

Yerp, ukhuwah sangat indah & alhamdulillah ukhuwah tu masih berkekalan... Thanks a lot Nani... (:

Sempena Ramadhan nie... Sama2 lah kita mengislahkan diri pada bulan yang penuh berkat nie dan sama2lah kita cuba mengistiqamahkan diri untuk terus mengislahkan diri kelak berakhir bulan Ramadhan nanti... Ramadhan bukannya untuk puasa je tapi merangkumi semua aspek ibadah... Wallahu'alam...


P/s: Doakan aku... Exam satarting this week lorh... Ada la hikmah duk wat bulan nie... At least, takdelah nak bahagi masa ngan makan... =.=''
Monday, July 25, 2011
Assalamualaikum w.b.t...

Post ni agak personal sikit... Maaf kalau bosan...

I wanna be like a butterfly....


Aku rasa sejak akhir2 ni blog aku agak sastera sikit... Ada orang habaq kat aku yang aku punya penulisan dah ala2 nak tulis buku antologi KOMSAS for students sekolah menengah.., =.=''
Almaklumlah... aku just nak mantapkan bahasa melayu kot... Aku sekarang dah tak belajar bahasa Melayu formal... Kat kampus, kitorang just guna 2 bahasa utama; bahasa Inggeris & bahasa Arab... tapi aku pandai je cakap bahasa Melayu pasar... Bahasa pasar aku memang undeniable la tip top nya... 


Yerp, it's been almost 2 months kat sini... Alhamdulillah aku dah mampu adapt diriku dengan suasana kat USIM even banyak sangat kot assignment... Sampai tak cukup tanah aku duduk... Mid-term pon next  week... Gasak la kau... Belasah je laa... Pesanan untuk diri sendiri: Jangan wat last minute preparation.. Banyak nak kena ingat tu... Madkhal, Mabadi', Quran & Hadith, Law & so on.... Haihhh.... I wish I were a computer...  Save la segala inputs even sebagai draft... @_@


Then, banyak sangat kot insiden yang berlaku... Klaka bangat sih... Ada ke patut berlaku pergaduhan antara laki & pompuan semata-mata nak divide group... Mogok la & macam2... Ni la orang cakap, maturity tu kurenggg.... Almaklumlah dari sekolah transfer to another phase of life which is fasa universiti... Kematangan sangat penting... Ye dak? Eh, tak lama dah nak masuk Ramadhan... Rindukan kedatangan Ramadhan....



p/s: Aku saja termengarut kat sini sebab aku rasa dah agak lama aku tak buka blog nie sebab lambakan assignments... 




Friday, July 15, 2011
"The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all..."

Teringat masa zaman kala muda, fikiran yang berada di benakku pada zaman2 berikut:

  1. Zaman kanak-kanak: Aku kagum dengan mereka yang memakai seragam sekolah beserta kain berwarna biru gelap. Membawa beg tarik & bermain bersama teman-teman. Kukira diriku akan menjadi matang kelak.
  2. Zaman sekolah rendah: Aku kagum dengan mereka yang memakai seragam sekolah beserta kain biru cerah & membawa fail & buku2 di tangan. Sangat mengujakan diriku untuk memasuki zaman tersebut. Kukira diriku sudah matang.
  3. Zaman sekolah menengah: Aku kagum dengan mereka yang menyarungkan seragam biasa & bebas daripada waktu sibuk yang padat seperti di sekolah, menggalas beban buku yang kian tiada.. Kukira diriku akan menjadi dewasa.
  4. Zaman menara gading: Aku kagum melihat mereka2 yang sudah berjaya bergraduasi & bakal mendapat kerja kelak. Kukagum dengan arus-arus perjalanan yang mereka tempuhi.. Aku tidak sabar untuk menjadi dewasa...
  5. Zaman dewasa: Masih belum difikirkan... Sangat infiniti... Mungkin aku fikir untuk menjadi veteran. (??)

Tapi pada hakikatnya... aku sangat rindukan zaman2 yang sudah berlalu walaupun aku sering men'teruja'kan diriku untuk memasuki fasa seterusnya...

p/s: So live the life to the fullest... Life is just once & of course it is just a pit stop before we continue our journey to akhirah soon...
Saturday, July 9, 2011



9 Julai 2011,

Satu lagi hari bersejarah bagi Malaysia kini...

Rakyat Malaysia akan menggunakan perkataan yang sinonim dengan BERSIH selain daripada BERSIH..

seperti..

clean, nazifah, cuci, suci...

Warna kuning yang simboliknya sebagai warna kedaulatan raja-raja juga mungkin akan berubah suatu hari nanti,

Aku teringin untuk mengikuti dan mengetahui kesinambungan daripada peristiwa ini..

Pastinya akan meninggalkan seribu satu erti dalam setiap insani...

9 Julai 2011

hari yang paling gempak

Bahkan gempaknya menandingi larian 1 Malaysia...

Beribu-ribu manusia turun padang & bertahan dengan segala macam dugaan daripada pelbagai pihak...

Demi menegakkan hak keadilan manusia...

9 Julai 2011

Hari yang paling meriah bagi sejarah Malaysia

Dan pastinya rentetan peristiwa ini akan menjadi lebih men'ceria'kan...



Monday, July 4, 2011

Difficulties of buying birthday presents..?

4th of July
Yerp, bertambahnya setahun lagi usia aku dalam tahun masihi. Hari lahir dah jadi macam satu hari sumpahan ceria. Even, orang tu moody sekalipon, tapi dengan satu spell, "Happy Birthday, Selamat hari lahir, sanah helwah" & sewaktu dengannya mesti menjadikan orang tu senyum lebar. It gives positive feedback. Kalo ikutkan logik, sape yang nak umurnya bertambah? Kalo boleh sume nak stay young & freshly born. Ye dak.? Tapi kalo dengan ucapan tersebut mampu menggembirakan mereka apa salahnya? Lagipun, tu tandanya kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup & menjadi hamba yang hakiki kepadaNya.. :)

Sape yang share birthday hari ni, aku ucapkan "Happy Birthday!"
 Semoga ketaatan kita sebagai hamba kepada Allah semakin utuh.
Semoga kita sentiasa hidup bawah keredhaanNya..  :)

Lastly, sape2 yang wish sama ada kat fb, sms, secara live & so on, aku ucapkan terima kasih. Sedikit sebanyak ucapan2 tu dah menceriakan hari aku. And also thanks for the gifts.. :)

p/s: kena puasa daripada terima call or call orang esok. Sakit eardrum aku wat free call hari ni. Saja nak memanfaatkan free call.. :P

Thursday, June 30, 2011


        "Atom, molecule, ion... compound, mixture, element... neutron, proton, electron... & bla.. bla... blaa..."

Aku ingat lagi time first time aku belajar Kimia masa aku form 4. Aku bukannya faham sangat istilah2 dia.  blurr je.. Exam mula2 pon asyik dapat C & D, Naik mereng kot otak aku nak hadam istilah2 kimia nie. Sampaikan exam kali kedua masa form 4, kertas kimia aku kena lempar ke lantai sebab markah yang terlalu "tinggi"...

Tapi aku pon tak tau nape aku gilakan sangat subjek nie. Setiap kali ada eksperimen, mesti aku nak amik chemical substances tu & conduct experiment. Walaupun ada je apparatus yang pecah sebab keganasan menghandle eksperimen tu tapi aku tak kesa. even tangan aku pon penah je kena baham ngan Acidified potassium manganate (VII) solution & so on.



But now, no more chemistry & sciences subjects yang lain. agak sedih kot mula2 untuk tinggalkan kimia. (haiihh.. kimia je ke kak?? hampeh beteii..) Tapi takdir dah bawak aku ke sini, by hook or by crook, aku kena redha gak & belajar benda baru yang agak susah pada mulanya & akan menjadi senang kalau berusaha. Practice makes perfect by the way. Alhamdulillah even aku dah tinggal subjek Kimia for about 1/2 year tapi aku still ingat camne rupa eksperimen tu & silibus2 untuk subjek Kimia SPM (skit je la kot, I coulndn't remember much). But still, ada kawan2 kat asasi & matriks ada gak tanya soalan kimia yang kadang2 aku pening nak fikir sebab tak familiar dengan silibus kimia for matriculation. 
 
Maybe jodoh aku ngan kimia sampai sini je kot. Allah dah tetapkan aku untuk belajar Syariah & Law. Tapi pertanyaan demi pertanyaan pasal kimia tu kot yang jadikan aku still ingat pasal kimia. hehe.. Bak kata cikgu aku dulu (Mr.Shamsol), "Sebab tu dalam belajar, kita jangan asyik nak belajar sebab exam. Nak lulus exam, nak dapat pointer tinggi or dapat banyak A."

The main purpose of learning adalah untuk tambah ilmu. &  wajib (Nawaitu kena betul: Kerana Allah). Aku pon belajar dulu dulu for exam's purpose sebab tu jadi tak ingat dah lepas tu. "Bagus" sangat.. Sebenarnya, ia akan jadi satu benda yang merugikan sebab ilmu tu akan lenyap macam tu je padahal selama ni kita had work hard for it.

Think of it ..  :)

    "Ilmu yang kita belajar ni hanya setitis air yang menitik dari hujung jari je nak dibandingkan dengan ilmu Allah..."
Thursday, June 23, 2011
Assalamulaikum w.b.t...

Ada sape2 rindu aku tak? Especially Ghost Writer yang siap tanya dimanakah kelibatku. Hihi. Siyes perasan.

Selama hampir sebulan aku di sini, macam2 orang yang aku jumpa. Ada yang biasa2 je, yang cool, yang terover dose & so on. Yelah, lain orang, lain ragam. But yet, eventhough kita masing2 ada specialties, kelebihan dan keburukan, kita still berada dalam dunia yang sama.

 Type of people..
 And this typewriting is just based on my observation, bukannya dari kajian yang tepat, padat & jitu. =,=''


Men'capub': or else cari publisiti. Aku tak tau apa yang speselnya sangat jadi this type of human.  Maybe, their centre of attraction did really boost up their spirit to have confidency. Tapi certain people might think this "mencapub" people are really annoying sampai dah create haters among them. Benda tu adalah normal kot?? Dalam ramai-ramai mesti ada gak sorang dua yang jenis camtu kan.

Merendah diri: Really down-to-earth. At least takde la kot haters. Sape yang membenci tanpa sebab tu memang tak berhati perut kot? Biasanya mereka adalah jenis pemalu & tak banyak cakap. Diam adalah prinsip mereka. Mereka adalah baik sangat3.. 

Galoks: a.k.a gediks. Biasalah biasanya yang group ni orang refers kat pompuan. Commonly, orang akan cakap, yang minat warna pink & has girly accesories adalah gediks! Then biasanya mereka suka huha-huha tak tentu pasal. Yup, dunia ni mereka je yang punya kot?

Macho: Oh, ini biasanya lelaki. Tak suka senyum. Pakaian smart, sarkastik and so on. (you might imagine by yourself). Dah nama pon laki, mesti la mereka je yang betul walau salah sekalipun. Egoistic. Tapi, bak kata laki, normal what.. 


Sebenarnya, aku tak berniat nak mendiskriminasi manusia. Tapi semua pandangan yang aku lontarkan kat atas tadi adalah pandangan semata-mata. Aku cuma nak sampaikan yang being  a great observant is not meant you are true. Kadang2 yang mencapub tu boleh jadi orang yang sangat2 helpful. Otherwise, yang senyap, boleh jadi orang yang kuat backbitting. Manusia macam2 ragam. Kita tak boleh stick on our first impression. Bak kat omputeh, don't judge book by it's cover.  

Kenalilah seseorang dengan mata hati, bukan mata kasar. Jangan terus menghukum mereka. Don't ever blame on someone because nobody is perfect.


p/s: rindu nak blogwalking tapi assignments suka nak bermanja ngan aku. =,=''
Tuesday, June 7, 2011


It almost a week I studied in USIM. Kuliah pon baru je bermula hari ni. Nak kata belajar tu tak jugak la. Lecturers just bagi briefing untuk subjects yang akan diajar. Alhamdulillah, almost a week aku duk kat sini, I did feel happy. Ngan housemates yang gila-gila & sekepala. Within a month, kitorang pon dah rapat macam dah kenal lama. Yang klaka nye kitorang bukannya just blaja Bahasa Arab & Bahasa Inggeris sebagai subjek bahasa. Bahasa negeri lain pon belajar gak. Bahasa utagha, selatan, sabah, timur & so on. Dialek Kelantan aku pon aku aku rasa dah kurengg.. haha.


Tipulah kalau aku kata kalau aku tak rasa nervous study kat situ. Aku pulak merupakan pelajar Tamhidi Syariah & Law. Student2 lain ramai je boleh speaking arabic fluently.  Masa duk dengar lecturer dari Puan Mina which is fully in Arabic (no wonder, she is from Medina), aku terlopong seyh. Mende poolak nie? Haishh.. Aku just dapat agak beberapa words Arab & I just considered, "dia maksudkan itu kot??" 
Tu tak masuk lagi subjek2 arab, syariah, Fiqh, bi & law lagi. Duh. =,=''


Seriously aku kagum sape yang dapat mahirkan diri menguasai bahasa. Bukannya senang nak masterkan diri dalam bahasa. Bahasa sendiri pon masih terkontang-kanting. Aku terpaksa say goodbye kat subjek2 sains such as Bio, Physics, Maths & especially Chem yang sangat aku cintai. Aku blaja 9 subjek, 23 credit hours/week. Sum up buku untuk 2 sem tamhidi ni maybe can reach to RM1000++.


Kurindukan gugusan bintang yang kian memudar...

Aku pon maybe akan kurangkan masa sikit kot untuk berblogging. Jihad melawan nafsu (la konon...) Kejayaan kot bila aku tak surfing dalam masa seminggu. Wow.. 'hebatnyeww' ittew! Dalam masa seminggu tu macam2 kisah panas berlaku yang aku tak tau. Isu Gambit dengan klip videonya lah. Isu Adinda Evans lah. Macam2 dunia sekarang. Antara populariti @ maruah diri, maruah diri mungkin bukan lagi satu priority. hurmm.. 

"Kontrol lah diri, 
Elakkan kontroversi. 
Kurangkan maksiat dalam diri
Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.."

Let us fall for Allah.. :)




Monday, May 30, 2011


Who don't love driving?
Bila drive je rasa cambest je. Especially bila drive kat jalan yang lengang & lurus camni. Speed lah tang mana pon, padahal bukan kat highway pon time tu.


Newbies cam aku yang fresh-fresh dapat lesen nie majoriti eksaited kemain bila drive. Tapi tu hanyalah perasaan masa mula-mula je. Terasa kepuasan bila lulus driving test. Bawak pon kemain laju. Takde dah nak main 50, 60 km/j macam mula-mula belajar kete.Bak kata orang ke'skema'an tu akan hilamg serta merta bila dapat lesen. Ye la kot? Kids nowadays kemain eksaited bila cakap, "woah! aku drive 120km/j tadi!" (dalam keadaan sedar, huruf P terpampang indah di depan & belakang cermin)


Purpose of talking? Show-off? Kinda..
(orang amik lesen, kita nak jugak an? so, masing2 berlumba nak show-off? gitu?)


Sikap driver macam-macam. Kalo dah expert + tak sabar, kejenya memotong je memanjang. Takdenya lah nak follow ketat-ketat belakang kereta lain. Kalau salah sikit, mulalah nak hon + tunjuk f sign tu. Mereka tu pemandu GP kot? tak pon pelakon fast 5?

Tapi....

Bila jadi camni, sape yang hebat?  

Aku yang baru setengah bulan dapat lesen P nie kadang-kadang rasa hebat je bila dapat drive kete. Makin jauh makin bangga kot? Makin besar kete, makin hebat kot? Selalu je timbul perasaan-perasaan aneh + jahat macam tu. Normal ke? Normal tak normal pon, bila aku tengok ada kemalangan depan mata, aku tak semena-mena jadi takut. Yang expert pon boleh accident, apatah lagi yang newbies?Nauzubillah.


Pesanan khidmat masyrakat: 
  1. Berhati-hatilah di jalan raya. Jangan main bedal je speed tu. Jalan hak semua bukan kita je.
  2. Amalkan sikap toleransi.
  3. Selamat bercuti semua! Aku lah yang baru nak pegi blajo.. -,-'' 


P/S: Off to KL tomorrow. Tetiba aku terbayang gunung-ganang, bukit-bukau, jalan raya & highways. Sebab tu post pasal nie. -.-''

Sunday, May 22, 2011


Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari lagi aku nak tinggalkan rumah. Aku akan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dalam tamhidi Syariah & Undang-undang. Aku tak berjaya ditawarkan ke IPG. Takpelah. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Lagipun, at least takdelah aku akan pening buat kali kedua nak fikir nak sambung belajar kat mana. Rasa sekejap je masa berlalu. Frankly speak, my preparation for the Uni so far tak sampai lagi 50%. By this time, medical check up tak buat lagi. Baju orientasi tak siap lagi. Akaun BIMB tak bukak lagi. Barang-barang lain pon ada yang tak beli lagi. Padahal daftar 1 Jun nie. Cari pasal la kalo macam nie. haha.


Yea, aku tengok most of the SPM leavers sangat TERUJA kot untuk masuk fasa baru. Kat facebook siap ada buat group untuk bakal pelajar. Ye, kitorang dah pon buat havoc sebelum masuk Uni lagi. Aku rasa bila sampai kat sana, suasana masa mula-mula tu takdelah sehavoc kat group FB tu. Kat group tu dah siap chatting, posts & so on. Sangat TERUJA! Nasib baik gak ada FB dak. Boleh la cari kawan & tanya macam2 benda untuk persediaan. hehe..


Aku nak  cakap ready untuk masuk USIM nie tak jugak. Lebih-lebih lagi untuk Tamhidi Syariah & Undang-Undang ni. Oh ye. Tamhidi nie sama je maksudnya macam Asasi. Bila search kat google, aku dapat tau tamhidi nie ada 7 subjek.

  1. Introduction to Law
  2. English I & II
  3. Mabadi' Ila Syariah Islam (Usul Fiqh)
  4. Madkhal Ila Fikhiyyah
  5. Quranic & Hadith for science social
  6. Bahasa Arab I & II
  7. ICT skill

Daripada 7 subjek tu, aku dapat tau yang 4 daripadanya adalalah fully Arabic (yang bold) . Hahai.. Bahasa Arab aku memang tak power. Sangat basic yang aku kuasai. Bab2 nahu+sorof mana la aku ingat sangat. Mampu ke aku nak menguasai semua nie? huhu.. I'll try, InsyaAllah :) Lagipun Law & Syariah ni adalah sains sosial. Mungkin majoriti bakal pelajar adalah daripada budak sastera. Aku pulak time skolah dulu aliran sains tulen. Dahla aku sorang dari budak skolah aku yang dapat course nie. Takpelah. Ni lah yang dikatakan new environment.


By this time aku tulis post nie, most of my friends ada yang dah pergi kat form 6, daftar kat matriks, UiTM & so on. Yeah well, all the best semua. Take care. Till we'll meet again. Zaman persekolahan dah tamat tak semestinya persahabatan akan terpisah selama-lamanya. :)

okie, dengar nie. Memang menggamit memori.. :) 




P/s: asal asik Aamir Khan nie? Post sebelum nie sal cite Hindi gak.. =,=''
Saturday, May 14, 2011
Satu perkara pelik yang berlaku dalam tempoh hibernasi ni adalah apabila aku mula layan filem Hindi. Hahai.. Buang tebiat gila ah.. Sebelum ni, aku memang terkenal dengan anti-bollywood. Tapi lepas layan filem 3 Idiots, aku mula membuka mata.. Bollywood is quite awesome! Tapi aku tak suka la yang jenis lovey-dovey, dancing thingies! Err.. Peminat bollywood, jangan marah..

Melayari kebosanan di malam hari, abah aku pon tune to Zee Channel. Erh, aku tak suka channel tu.. I prefer Disney.. *napok bebeno kebudakannya.. =.=''* Tetiba mataku terpaku kat kaca TV. Cerita pe aku tak tau, tapi bila info, rupa-rupanya Aamir Khan berlakon, terus terbatal segala aktiviti aku. Maybe sebab penangan 3 idiots kot aku jadi suka tengok lakonan Aamir Khan.. hue hue hue..




Tajuk filem tu Taare Zameen Par. (Stars on Earth). Directed by Aamir Khan. Jalan ceritanya sangat menarik. Pasal budak, Ishaan (Darsheel Safary) yang mengalami diseleksia, yang tak mampu mengintepretasi tulisan, nombor dan ayat. Dia hanya tau pasal lukisan, catan dan benda berkaitan seni.. Cikgu2 selalu marah dia. Ayah dia pon selalu blame dia. Cakap dia bodoh, pemalas & sebagainya. Sampai dia jadi pasif, liar & tak pandai bersosial. Tapi dengan semangat kental seorang guru, Nikumbh (Aamir Khan), budak tu banyak peningkatan. Dah pandai membaca, menulis & so on. Dia juga merupakan johan pertandingan tu & seterusnya membuka mata para guru & pelajar sekolah tu yang 'bodoh' tak bermakna tak boleh menjadi juara.

Nikumbh portrayed Ishaan as one of his outstanding students

Lukisan Ishaan yang menobatkannya sebagai juara.
One of the quote yang aku suka dalam filem nie..

Filem ni filem lama. Tahun 2007. Tapi jalan cerita yang menarik menyebabkan aku nak review filem ni.. Fyi, filem ni menang banyak award masa tahun 2008. Mesti ada antara korang yang dah tengok.. Especially bollywood-maniacs. :)

All in all.. filem ni sangat rare & awesome! ^^
(klik SINI untuk lebih awesome)

Tuesday, May 10, 2011





Ku meniti hari-hari yang berlalu. Semakin ku sedar, tempoh hibernasi ku semakin singkat.. Akan ku keluar dari gua, melihat dunia yang penuh dengan pancaroba, fatamorgana. Berdepan dengan cabaran & sebagainya. Kenali dunia? Ahh.. Dunia sekarang kotor & jijik. Macam-macam manusia lakukan untuk mencapai matlamat masing-masing.. Kalau cara itu bagus & tidak bertentangan tidak mengapa. Tetapi, seiring dengan arus modenisasi, cara-cara yang kotor sering kali diguna pakai. Inilah yang berlaku bila nafsu merajai diri, menguasai hati. Semua menunding jari. Dan akhirnya semua mati.














Apa yang aku melalut nie? Macam novelis bhai.. Aku sebenarnya tengah menghitung hari ke IPT. Dan sebenarnya perkara yang paling susah adalah untuk membuat keputusan. 

1 Jun 2011, insyaAllah, aku akan bergelar pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Undang-undang & Syariah.. I never expected to get this course. Tapi aku bersyukur juga. Aku juga menunggu keputusan temuduga maktab yang akan diberitahu 21 Mei ni. But now, I totally puzzle to make my mind. To choose. Becoming a chemistry teacher ? Or taking Law? haihh.. =.=''


P/S: what say you? if you don't mind, cerita la jugak macam mana kalian buat keputusan. Macam mana kalian akhirnya ended up dengan kerjaya @ course sekarang. Nak puaskan hati semua orang & belajar untuk masa depan totally bukan perkara yang mudah. Exactly, most of you have gone through those difficult moment.
Monday, May 9, 2011
Hell yeah, Man U menang.. Machamtaek United.. lulz.. take this!

Nice Photo! haha..

2-1? Aku redha je lah.. Haihh.. =.=''

btw, Thanks Lampard for the goal! :)
Labiu lah..


You are welcome Hansyirah Takezur! :)
labiu tu.. haha


Bola itu bolat..
Macam2 boleh jadi lah, Lat..

Chelsea memang zuhud pon, kan? :)
Tuesday, May 3, 2011
Assalamualaikum...

Ramai orang update sal Obama mati.. Eh silap, Osama bin Laden, the most wanted person telah terbunuh (or dibunuh??) Wallahu'alam.. Orang kata palsu.. Photoshopped? Aku pon rasa camtu.

Gambar sebelah kanan sekali tu, warna kulit muka & badan cam lain je kan?

Dan ada sesetengah orang kata Obama, eh, Osama langsung tak pernah wujud. Propaganda US je lebih.. Tak tau la.. Baca kat sini..


Masyarakat dunia lebih senang menganggap Osama nie sebagai pengganas.. Sebab kejadian 11 September tu. Dan semua orang lega bila mendengarkan berita kematian Osama nie termasuk lah............

Kata2 Presiden AS, Barack Obama..
"Amerika Syarikat (AS) tidak menentang Islam, sebaliknya AS menentang pengganas."

Aku stunned bila tengok quote ni.. Ye ke? Kejadian kat Palestin tu cane weh? Semua penduduk Gaza tu pengganas ke? Semua rakyat Iraq tu terrorist ke? 

Islam memang sentiasa dianggap pengganas oleh Kafir Laknatullah.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat2 indah.. Tapi kadang2 keindahan Islam tu dicemari oleh umatnya sendiri.. 

"Sesungguhnya Islam bukanlah agama falsafah, tapi Islam adalah manhaj hidup yang sempurna.."  

Aku tak tau nak coclude camane.. Aku hanyalah insan biasa (erk.. nani.. pinjam tagline jap.. huhu..) Aku boleh wat hipotesis kat sini, semakin aku fikir, semakin aku tak terfikir.. Erk, bukan nama blog aku ke tuh? =.=''

Kalo korang tau pasal nie, share la kat komen eh.. Sharing is caring.. Ngee, Thanks! ~


Wallahu'alam..