Explore the blog
Friday, December 31, 2010
SKSTB-6 Tekun (2005)


SMKAM-5 Ibnu Sina (2010)


2 gambar yang berbeza. Tapi xdela beza sangat. Aku still memakai warna uniform yang sama (tapi jawatan yang bebeza). Kedudukan gambar pon hampir sama (barisan tengah).
  • 1st pic ketika bersekolah di Sek Keb Sg. Tua Baharu, Selangor
  • 2nd pic di Sek Men Keb Agama Melor, Kelantan
Sekejap je poolak rasa, tamat sudaa zaman persekolahanku. Baru kusedar, betapa pantasnya masa berlalu..
Sunday, December 26, 2010
Ni gamba kucing aku (Seggy), baru beranak 18hb Dec ari tu...
Ada 4 ekor sume.
Ntah camne sesat sekor warna hitam.
trait bapak dia kot.. ^^


Ni baru je masukkan 'dia' (Seggy) dalam sangkar. Selama ni memang lepas je biarkan 'dia' lepak merata-rata. Masukkan Seggy dalam sangkar pon sbb taknak 'dia' larikan anak 'dia' & takut kena makan oleh bapak kucing tu.


Ni nak habaq, semalam kitorang bawak kucing balik kampung. Bukan bawak gi jenjalan, cari makan tapi sbb kitorang ada trip ke KL. So, takkan nak tinggal 'dia & anak2nya' kat rumah kan..
Then, decide la letak kat kampung.

Otw to kampung, memang macam kucing kesejukan (ubah peribahasa cacing kepanasan) duk dalam sangkar dalam kereta. Tak pasal2, aku as penjaga sangkar kehormat kena cakar free2 ngan 'dia' sekor ni.. Aihhh...

Memang tak tentu arah lah.. Tak semena-mena aku berfikir.. chewah...

  • Macam ni ke keadaan kita nanti kiamat esok lusa.?? Gelisah je.. Tak tau ke mana nak lari. Gempa memang hebat semacam. Kalo aku la kucing tu, mesti aku pikir, tengah kiamat ke ni.. And for sure, tak tau nak lari pegi mana.
  • Second, kucing tu berusaha nak selamatkan 'anak' dia daripada 'gempa bumi' tu. Betapa sayangnya ibu kucing tu kat anak 'dia'. Tapi manusia sekarang? Buang anak merata-rata.
kucing pon boleh berfikir even takde nikmat akal. But then, kita as human yang memang dapat nikmat akal free2 daripada Allah kenalah muhasabah diri kan? Subhanallah.. Sesungguhnya ciptaan Allah tu memang ada hikmah di sebaliknya..




Saturday, December 25, 2010
Tahniah lah dengan result PMR skola yang agak membanggakan..

76 orang - 9A
21 orang- 8A

Dan jugak kat adik kesayangan, Mohd Amir Syafiq sbb dpt straight A..
Keep it up the good work in SPM poolak..

p/s: Harap2 kejayaan yang sama berulang utk result SPM 2010 ni poolak...
Friday, December 24, 2010
Date: 18-21 Disember 2010
Event: Jenjalan ngan member ke Melaka-KL

maybe ni the last moment kitorang naik bas skola yang terchenta. Ikut trip ngan member2 & cikgu2 jenjalan kat Malaysia.. Chewah, ayat!
Papepon, syabas lah diucapkan kat mastermind kitorang, Haikal Zainuddin sbb rncg trip ni. Walaupun, lepas je kuar dewan 16hb Disember, kitorang tak lagi bergelar pelajar SMKAM, at least kitorang masih lagi berpeluang naik bas skola... waaa...~ 0_O



-On the road-

-Zoo Melaka-


-At Homestay Datuk Zakaria & Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya-


-Bandar Sunway-


-Berjaya Times Square Theme Park-


Hurm, that would be the best moment ever...!

Thursday, December 9, 2010

Betul ke SPM mcam tu? Semua Perkara Mudah??

Eish, orang lain la kot, bagi aku tak.. Kalau diberi peluang untuk amik semula SPM pon, sumpah aku tak mau.. huhu... 3 minggu sudaa aku bergelumang dengan SPM.. adoyaai,.. tak sabar nak abes... lagi 2 paper.. Seriosly, aku agak jelous dengan member-member aku yang lain especially yang sekolah SBP & MRSM.. kwa3

Sabar je la Nis.. =,='






Baru sempat update setelah 2 bulan lebih aku tinggalkan blog terchenta! ^-^

Masih tak terlambat an to say Salam Maal Hijrah.. Baru 3 Muharram hari ni.. Hijrah-perkataan Arab yang membawa maksud perubahan. So, tahun baru, azam pon baru la kan? Semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat rahmat-Nya.. Amin..

Pada pendapat aku, sambutan Awal Muharram memang dilakukan dengan penuh tawaddhu'. Mana taknya, setiap orang Islam kena baca Doa Akhir tahun sebelum masuk waktu Maghrib & Doa Awal Tahun lepas masuk waktu Maghrib.. Tu lah cara sambut tahun baru yang sebenar-benarnya.. Kalau orang hayati betul2 makna doa tu, InsyaAllah bertambah sayang kita kat Ya Rabb.. :))

It's time to Hijrah! Let's go guys! :))






Saturday, September 18, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Sudah terlambat ke nak ucap? Orang kata raya sebulan,tapi ada gak yang cakap raya seminggu. Ikut la mana2 mazhab pun, yang penting, aku nak ucap jugak. Kepada sesiapa yang pernah terluka dengan empunya diri ni, maaf banyak2 dipinta. Maaf takde expired kan selagi hayat dikandung badan?



Raya2 gak, tapi tahun ni tak terasa sangat keriangan beraya gara-gara SPM.. Adoyai.!
Semua letak harapan tinggi. Hope, I can make it succesfully... hurm???

Gotta be back to hostel now.. Plan sekarang.. tumpukan full attention to study. Chaiyok!!~
Wednesday, September 8, 2010

30 tahun lalu, Sang Arnab kalah dalam perlumbaannya dengan Kura-Kura. Sang Arnab sangat malu bukan kepalang akibat sifatnya yang bongkak itu. Sampaikan kisah kekalahannya di tayangkan berulang kali di Stesen TV Sang Kancil yang kuat menipu itu.

Mujurlah Sang Arnab itu kuat larinya. Boleh lah lari jauh membawa dirinya yang telah malu itu ke benua yang lain.

Di benua baru itu, Sang Arnab bermuhasabah diri sedalam-dalamnya. Mengalir air mata keinsafan di matanya yang memang berwarna merah sejak azali.

Di sanalah Sang Arnab menemui kehidupannya yang baru. Sang Arnab telah ditemukan pasangannya di bumi hijrahnya itu.

Lahirlah Anak Sang Arnab yang selayaknya dipanggil Sang Arnab juga. Sang Arnab mendidik Anak Sang Arnab menjadi makhluk yang tawaduk agar tidak mengulangi kesilapan sepertinya.

Sampailah satu ketika anak Sang Arnab meminta izin untuk mengembara. Mahu juga dia melihat kampung halaman tempat 'Abi'nya diaibkan yang sebenarnya memang akibat bongkak 'Abi'nya dahulu. Sememangnya Sang Arnab sangat2 menyesali hidup silamnya,
tiada apa yang disorok untuk anaknya, semata-mata mahu anaknya mengambil pelajaran.

Dengan fitrah arnab kurniaan Pencipta, sekejap saja, sampai lah anak sang arnab ke kampung lama Abinya dahulu. Dan nak disedapkan cerita, berjumpalah Anak Sang Arnab dengan generasi baru sepertinya, Anak Sang Kura-Kura. Dah dapat gelaran baru sebenarnya, Dato' Sang Kura-Kura.

Anak Sang Arnab gembira berjumpa generasi sebayanya. Niat di hatinya, dengan generasi baru ini, lupakan saja perbezaan bapak-bapak mereka yang melarat 30 tahun lamanya. Berkawanlah yang lebih baik untuk dia dan anak Sang Kura-Kura.

Akan tetapi, Anak Sang Kura-Kura sudah lupa diri. Atau dia memang tak tahu bagaimana sebenarnya abahnya yang lembap itu boleh menang. Entahlah..

Abahnya seorang wira, abahnya dah dapat dato'. Apa kelasnya nak berkawan dengan Anak Sang Arnab yang kalah ini? Dah la kalah, berdosa pula tu, bongkak!!! Terkejut besar Anak Sang Arnab atas penolakan persahabatan oleh Anak Sang Kura-Kura.

Persahabatan yang dihulurkan, perlawanan pula yang di balas. Sang Kura-Kura mencabar Sang Arnab berlumba dengannya seperti bapak-bapak mereka dahulu. Anak Sang Arnab yang telah dididik Abinya menjadi seorang yang tawaduk, menolaknya dengan baik. Tetapi dengan kuasa Anak Dato' yang dimiliki Anak Sang Kura-Kura, perlawanan paksa itu tetap diadakan juga. Terpaksalah anak Sang Arnab memenuhinya demi menjaga adab di tempat orang.

Dengan Tembakan Pistol pengampu-pengampu anak Dato' Kura-Kura itu, berlumbalah mereka di atas trek yang sama digunakan ayah-ayah mereka 30 tahun dahulu. Dan zaman telah berubah. Allah Maha Penerima Taubat. Allah senantiasa membela yang benar.

Dengan Penuh rasa kehinaan kerana merasa dirinya adalah hamba, Anak Sang Arnab berlumba dengan penuh fokus. Sementara Anak Sang Kura-Kura yang pada mulanya bongkak di awal perlumbaan kini berlumba dengan penuh susah payah dan kehairanan, hakikatnya fitrahnya yang lembap itu memang tidak boleh berlari laju pun!!!

Tersenyum saja generasi bapak-bapak mereka yang menonton perlumbaan itu. 30 tahun dahulu, bapa Sang Kura-Kura menang perlumbaan bukan kerana berapa laju dia lari, tetapi kerana tingginya tawaduk bapanya.

Hari ini, alangkah malangnya. Anak Kura-Kura tidak kenal dirinya, dia lupa kekalahan Sang Arnab dahulu adalah kerana sifat bongkaknya. Hari ini, kekalahan itu berbalik kepada dirinya, beralaskan sifat yang sama, sifat bongkak yang melampau.

Moral 1: Jangan bangga sangat dengan pencapaian keturunan kita. Hakikatnya kita sendiri belum tentu boleh atau tidak memberi pencapaian yang sama.

Moral 2: Orang agresif yang bertaubat insyaAllah berpotensi menjadi manusia yang lebih hebat asalkan ditambah lagi dengan sifat tawaduk.

Moral 3: Kenali diri anda.

Moral 4: Orang yang sudah la lemah, bongkak pula. Memang mengundang kemurkaan Allah..

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud,
"DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)

dari Amiril Affandee..
Tuesday, September 7, 2010
Tarikh: 31 Ogos & 1 September 2010
Tempat: Kampus Kesihatan USM, Kelantan

Students F4 & F5 yg terpilih dari skola kitorang. Ada jugak skola lain yg terlibat: SMK Zainab 1, SMKA Naim Lil'banat, SMKA Falahiah, SMKA Tok Bachok, SMK Dato' Perdana & Maktab Sultan Ismail. Program 2 hari ni mmg best la..

FIRST DAY (31/8/2010)

First day (31 Ogos) xdela best sgt sbb kena stay dlm dewan kuliah dari pagi sampai petang. Memang letih... (huuuu...). Hari pertama program ni, kitorang diperkenalkan dengan course2 yg ada kat USM ni.

Antaranya: Sains Perubatan, Bio-Perubatan, Pergigian, Sains Forensik, Kejururawatan, Dietetik, Pemakanan, Patologi Pertuturan & Audiologi.



SECOND DAY

Derak (Jenjalan) time! Second day, kitorang dibawa oleh fasilitator (Kak Laili & Yun Fatt) ke setiap makmal yang ada kat USM. Tapi tak semua. Kat setiap tempat, kitorang diberi briefing pasal course2 yang ada sama ada daripada pegawai2 yang bertugas atau direct daripada pensyarah.

kat makmal pemakanan & dietetik


bilik patologi pertuturan & dewan kuliah


kat Science Gallery & briefing pergigian


makmal bio-perubatan & sains forensik


Taklimat Kejururawatan drpd Mrs. Jaya


Walaupun 2 hari tapi dah cukup membuka mata kitorang tentang course2 yang ada kat sini. sebagai calon SPM tahun ni, mmg kitorang still tercari2 hala tuju lps SPM. So, program ni cukup membantu. Anyway, THANKS A LOT USM & pihak2 yang terlibat.


Saturday, July 3, 2010

Rasa sunyi poolak Along takde kat rumah.. Takdela orang nak:-
  • marah Iqa & Amin
  • Habiskan lauk kat rumah
  • Amik & hantar aku time minggu balik asrama
  • Amik & Hantar kitorang gi tuisyen or skola
  • Beli barang2 dapur
  • borak2 ngan aku
  • & sebagainya....
Well, Along dah pom pergi UiTM Seri Iskandar, 25 Jun yang lepas. Mengikuti kursus Perancang Bandar. Aku tak ikut masa family hantar dia sebab masa tu minggu tak balik asrama.

Maybe rasa sunyi sebab Along orang first dalam kalangan adik-beradik kitorang yang masuk U kot. Tahun ni tahun dia.. Tahun depan tahun aku poolak.. Aku kena amik alih tugas dia poolak sepanjang tunggu result. Tu pon, kalau tak dapat PLKN. Lama2, kosong rumah.. Tinggal abah & ibu je.. Sunyinye..... Nampak gaya main ngan Seggy & Kiddy (Kucing laa..) la tak lama lagi..

Papepon, harap Along boleh cope ngan study. InsyaAllah..
Friday, July 2, 2010
First event
Event: Malam LifeLine 4 Gaza
Time: Lepas Isya', 24 Jun 2010
Venue: Dewan Al-Ghazali
Anjuran: BADAR & Jabatan PSK

Sebenarnya, program LL4G ni berlangsung selama 4 hari. Tapi, malam LL4G ni yang paling special. Ada persembahan nasyid, pentomin dan sebagainya. Kitorang happy bila diberitahu sekolah kitorang adalah yang pertama buat program ni. This event was held to create awareness about people in GAZA. Seperti yang kita semua tau, betapa kejamnya Yahudi Laknatullah merampas tanah Palestin. Bukan rampas je, skali ngan tindas poolak uh. Tak malu btol! Ada jugak acara demonstrasi ---> Bakar bendera Israel!


Hancur sudaa Bendera Israel!



Second event
Event: Malam Srikandi Aspuri
Date: 25 Jun 2010
Venue: Dewan Al-Ghazali
Anjuran: MT & Exco Aspuri SMKAM

Malam keesokannya, MT & Exco Aspuri adakan program Malam Srikandi Aspuri khas untuk ASPURIAN sahaja. Malam ni bertemakan Arabian Night. Program ni juga bertemakan Malam Palestin. So, Aspurian kena pakai ala2 orang Arab gitu lowh.. Memang superb la diorang ni!huhu.. Banyak gak persembahan.. Antaranya: Acara gimik (oleh MT+Exco), Puisidra (F1+F2), Seni Tari (F3), Pentomin (F4) & Choral Speaking (F5). Alhamdulillah, mmg gempaq la program ni. Menggegar dunia! kwa3


Kenangan bersama (Warden & Exco Asrama 2010)





Friday, June 18, 2010
Venue: Bukit Mak Lipah (Depan SMKAM)
Date: 5 Jun 2010
Event: Mendaki sambil meronda


Bukit ni kat depan skola aku je... Klaka an bunyi daki bukit dpn skola? Kalau ye pon, gi la daki Gunung Tahan ke Everest ke...? But to me, menarik apa daki bukit tu. Jarang2 orang nak daki tapi kitaorang dh daki.. ok what?? Yang paling kitorang tak ingat nak bawa, bendera skola, Yela,.. nak pacak kat atas tu.. sebagai bukti kitorang dah pun tawan bukit tu. huhu... Oh ya..people who were getting involve- PREFECTS only.


ni lah Bukit Mak Lipah.


MASA OTW to Bukit
ni masa otw ke bukit tu... got a lot of fun!


ni group aku, group 2. Kali ni, aku ketua group aku. Dilantik secara tak rasmi

My group members are: Me, Nashrah, Izzati, Ameezah, Ikram & Syahmi.


kat dalam ni, ada barang amanah (telur). Kitorang kena bawa barang ni daki gak.
but, we have to use natural resorces sbgai pelindung.


During pendakian


gelagat group kitorang masa kat bukit..

FYI, kat atas bukit, kitorang telah disajikan dengan beberapa permainan.
Antaranya: Berpantun (4 kerat) tentang haiwan yang kitorang nampak.
membina handicraft by using ranting2 kayu & daun2
cool trademark.. our trademark:
HOI HOI HOI YA HOI, KITA SEMUA GEMBIRA.. DAKI BUKIT MAKLIPAH, SAMBIL CUCI MATA.. HOI!

kenangan bersama-sama pengawas & guru yang terlibat


After pendakian, kitorang balik ke perkarangan sekolah dengan menaiki bas. But, an incident occur, one of our friends terkena serangan asthma tiba2. Tapi, nasib baik benda tu tak melarat sangat. Kat skola, pemenang diumumkan. Kitorang tak sangka group 2 menang tempat ke2 overall. Alhamdulillah..




Date: 16 Mei 2010
Venue: School Compound
Event: Teacher's Day

Sambutan ni tiap2 tahun diadakan bagi meraikan guru2.. This event was organised by PERTIMA (Fivers laa..) So,tahun ni turn kitorang. Memang busy gler ah.. It took time to complete all the task.. Kali in, aku ditugaskan sebagai AJK Hadiah. Ketua plak tu.. So, I've been very busy on that day.. Yang paling kitorang tak suka sambutan ni diadakan 2 hari before mid-year exam. Haru btol,.. Tapi, demi cikgu, kitorang OK je.. :))


During Preparation




During Event


Aksi cikgu2 masa acara permainan



Ketibaan dif-dif kehormat


Acara pentas

We all PERTIMA


Lastly, kitorang memang enjoy and ikhlas anjurkan majlis ni walaupun behind the scene agak memeritkan.. Tapi, it's FUN!